Tuesday, 20 May 2014

Kekuatan seorang Ibu setanding Kekuatan 1000 lelaki

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

Monday, 19 May 2014

Suatu Cerita Yang Biasa Kita Lakukan

In sha Allah
Zati akan berusaha dgn lebih lagi
Sibuk kejar kehidupan. 

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.

Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.

Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.

Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."

Tergamam.

Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.
Moga ada mnfaatnya.

-copypaste

Monday, 12 May 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah bi arkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

-copypaste

Cara dan Sebab Perlu Beriman Kepada Al-Quran dan Akibat mengabaikan Al-Quran

"Kamu pasti akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu pasti akan mendengar drpd org yg diberi Kitab sebelum kamu dan drpd org mmpersekutukan Allah, gangguan yg bnyak mnyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yg demikian itu trmasuk urusan yg patut diutamakan"
(SurahAliImran,186)

".. Pada harini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmatKu dan telah aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kamu .."
(SurahAlMa'idah,3)

"Dan ada di antara mereka ada orang mendengarkan (bacaan)mu, padahal Kami telah menutup hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. Dan jika pun mereka lihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mahu beriman dengannya ..."
(SurahAlAn'am,25)

"Sesungguhnya Kami mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah"
(SurahAlAn'am,29)

"Dan tinggalkanlah orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Ingatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke dalam neraka) kerana perbuatannya sendiri ..."
(SurahAlAn'am,70)

"Mereka itulah orang yang diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutlah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah daripada kamu dalam menyampaikan (al-Quran)." Al-Quran ini tidak lain hanyalah peringatan untuk (segala umat) seluruh alam."
(SurahAlAn'am,90) 

"Dan al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan lagi diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah, agar kamu diberi rahmat"
(SurahAlAn'am,155)

"Katakanlah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam"
(SurahAlAn'am,162)

"Ini adalah Kitab yang diturunkan kepadamu; maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu mengenainya, supaya kamu memberi peringatan dengan Kitab itu (kepada orang kafir) dan menjadi pelajaran bagi orang yang beriman."
(SurahAlA'raf,2)

"Wahai anak-anak Adam ! Jika datang kepadamu rasul-rasul dari kalanganmu menceritakan kepadamu ayat-ayatKu, maka barangsiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalnya, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tidak (pula) bersedih hati."
(SurahAlA'raf,35)

"Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."
(SurahAlA'raf,36)

"Jikalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka."
(SurahAlA'raf,96)

"Dan orang yang berpegang teguh dengan al-Kitab (Taurat) serta mendirikan solat (akan diberi pahala) kerana sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan pahala orang yang mengadakan kebaikan."
(SurahAlA'raf,170)

"Dan kalau Kami mengkehendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjat)nya dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaanya seperti anjing, jika kamu menghalaunya, dia akan menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, dia tetap menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
(SurahAlA'raf,176)

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai."
(SurahAlA'raf,179)

"Sesungguhnya pelindungKu adalah Allah yang telah menurunkan al-Kitab (al-Quran). Dan Dia melindungi orang yang soleh."
(SurahAlA'raf,196)

"Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat."
(SurahAlA'Araf,204)

"Dan adapun orang yang di dalam hati mereka ada penyakit (munafik/kafir), maka (dengan surah itu) bertambah kekafiran mereka di samping kekafiran (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir."
(SurahAlTaubah,125)

"Sesungguhnya orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan."
(SurahYunus,7-8)

"Katakanlah (Muhammad) : " Wahai manusia ! Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (al-Quran) dari Tuhanmu, sebab itu barang siapa yang mendapat petunjuk, maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku(Muhammad) bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu."
(SurahYunus,108)

"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka, itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman."
(SurahYusuf,111)

"Dan demikianlah, Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (seksa) Allah."
(SurahAlRa'du,37)

"Alif, Lam, Ra. (Ini adalah) Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari gelap-gelita kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Terpuji."
(SurahIbrahim,1)

"(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran."
(SurahIbrahim,52)

Sunday, 11 May 2014

"Allah SWT Penerima Taubat, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

"perkataan yg baik dan pemberian maaf lebih baik dr sedekah yg diiringi dgan sesuatu yg mnyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lg Maha Penyantun"
(AlBaqarah,263)

"(iaitu) org yg menafkahkan (hartanya), di waktu senang mahupun susah, dan org yg menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) org. Allah menyukai org yg berbuat kebajikan"
(SurahAliImran,134)

"..Di kalangan kamu ada org yg menghendaki dunia dan ada yg menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu drpd mereka untuk MENGUJI kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai kurniaan (yg dilimpahkan) ke atas org yg beriman."
(SurahAliImran,152)

"Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian dia memohon keampunan kpd Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun lg Maha Penyayang"
(SurahAlNisa',110)
#MogaAllahmelindungimu 

 "Allah tidak akan menghukum kamu dsbbkan sumpah2mu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu dsbbkan sumpah2 yg kamu sengajakan .. "
(SurahAlMa'idah,89)

"... supaya dia merasakan akibat yang buruk daripada perbuatannya. Allah telah memaafkan apa yg telah lalu. Dan barang siapa yang kembali mengerjakannya, nescaya Allah akan menyeksanya. Allah Maha Kuasa lg mempunyai (kekuasaan untuk) menyeksa"
(SurahAlMa'idah,94)

"Wahai orang yang beriman ! Jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan (mampu) memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
(SurahAlMa'idah,105)

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang dan kamu sekali-kali tidak mampu melepaskan diri"
(SurahAlAn'am,134)

Katakanlah: "Marilah aku bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhan kamu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan Dia dengan sesuatu, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikianlah itulah apa yang diperintahkan oleh Tuhan kamu kepadamu supaya kamu memahami(nya).
(SurahAlAn'am,151)

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di atas muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik."
(SurahAlA'raf,56)

"Dia (Musa) berdoa: "Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan saudaraku dan masukkan-lah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang."
(SurahAlA'raf,151)

"Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang yang beriman."
(SurahAlAnfal,62)

".. Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hati kamu, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripada kamu dan Dia akan mengampunkan kamu." ..
(SurahAlAnfal,70)

"Dan Dia menghilangkan kemarahan hati mereka (orang mukmin). Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana."
(SurahAlTaubah,15)

"Setelah itu, Allah menerima taubat daripada orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang."
(SurahAlTaubah,27)

"Dan (ada pula) orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampur-adukkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
(SurahAlTaubah,102)

"Dan ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan (kematian) sampai ada keputusan Allah; mungkin Allah akan mengazab mereka dan mungkin Allah akan menerima taubat mereka. Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
(SurahAlTaubah,106)

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan sesuatu kaum setelah mereka diberi-Nya petunjuk sehingga dapat dijelaskan kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(SurahAlTaubah,115)

" Bagi mereka (orang beriman) berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."
(SurahYunus,64)

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(SurahYunus,107)

"Dan mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih."
(SurahHud,90)

"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika waktu permulaan malam (maghrib dan isya'). Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan amalan-amalan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang yang selalu mengingati Allah."
(SurahHud,114)

"Dan aku tidak mengaku diriku suci (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
(SurahYusuf,53)

"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)."
(SurahAlRa'du,22)

"(iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram."
(SurahAlRa'du,28)

 

Thursday, 8 May 2014

Ahmad Ammar, "Suatu Kematian Yang Hidup"

Terima Kasih ya sahaabat sbb menghadiahkan buku mengenai Ahmad Ammar ni .. Selesai jugak membaca buku ni .. Banyak benda yang dapat belajaq daripada Arwah .. Terkesan dengan catatan akhir Arwah ..

"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam dakwah ini."

bersesuaian dengan ayat al-Quran ni :

"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)."
(SurahAlRa'du,22)

In shaa Allah, perkara yang baik disampaikan, dikongsi dan diamalkan untuk keredhaanNya bersama .. ^^

"Dunia tempat aku berpenat, Akhirat tempat aku berehat."

#AhmadAmmar

Friday, 2 May 2014

Meniti PerubahanKu

Assalamualaikum ..

Yaa .. tajuk yg aku post ni nampak simple kan .. "Meniti Perubahan" .. Namun, sungguh bagiku terlalu banyak perkara yg aku belajar dalam Meniti PerubahanKu .. Bukan senang nak berubah .. kerana dalam perubahan .. perlu juga ada Istiqomah dalam diri ni .. supaya setiap hari kita sentiasa berubah .. Xfaham? Pernah dengar peribahasa ni?

"ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA HARINI"

Dalam perubahan yang kita mahukan, selalunya kita berharap perkara yang baik kan? Berharap yg kita akan melakukan kebaikan sahaja .. Jarang kita dengar orang mahu berubah yang mahu berubah dari Baik ke Jahat .. kan?? Jadi .. Normal bagi setiap orang yang mahu berubah dari Jahat ke Baik .. daripada melakukan amalan Jahat ke amalan yang lebih Baik .. kan? Namun, harus kita sedar juga .. berubah dari jahat ke baik atau baik ke jahat juga dipanggil sebagai Hijrah .. :)

Sahabat .. andainya dirimu mahu berubah .. maka berubahlah .. ingatlah wahai sahabat .. maut itu juga Rahsia Allah .. kita tidak tahu bila ajal kita akan menjemput kita .. dan apabila kita berjaya berubah .. istiqomahlah wahai sahabat .. In Shaa Allah .. bukan kerana susah kita mahu berubah, pabila senang kita kembali kufur .. jangan begitu wahai sahabat .. tanamkan sifat mahu berubah lebih baik untuk esok hari .. In shaa Allah kita mampu beristiqomah .. :)

"Kamu pasti akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu pasti akan mendengar drpd org yg diberi Kitab sebelum kamu dan drpd org mmpersekutukan Allah, gangguan yg bnyak mnyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yg demikian itu trmasuk urusan yg patut diutamakan"
(SurahAliImran,186)

Namun sahabat, pabila berubah .. kita akan diUji .. oleh siapa ya? Siapa lagi kalau bukan ALLAH SWT .. Sungguh wahai sahabat, ALLAH SWT suka menguji hamba2Nya yang mahu berHIJRAH .. dan janganlah kita mudah berputus asa untuk berubah .. mudah mengalah kemudian kembali kufur .. jangan wahai sahabat .. :'(

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (siapakah) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil selain Allah, Rasulnya dan orang yang beriman sebagai teman setia. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(SurahAlTaubah,16)

Dalam ayat di atas menjelaskan bahawasanya Allah SWT akan menguji keimanan hamba2 yang mahu berjuang demi agamaNya, agama Islam .. di mana Allah SWT akan menguji hamba2Nya sehinggalah keimanan hamba2Nya terbukti ataupun tidak .. Jadi sahabat .. di manakah tahap iman kita yaa sahabat??

"INGATLAH, ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA DENGAN SESUATU YANG HAMBANYA TIDAK MAMPU TANGGUNG"

"SEKIRANYA ALLAH MENGUJI SESUATU YANG HEBAT UNTUK KAMU, MAKA KASIH SAYANG ALLAH UNTUKMU JUGA HEBAT"

Sahabat .. andainya ada yang mengatakan kamu hipokrit .. biarkan mereka .. maafkan mereka .. kerana mereka tidak tahu .. hanya Allah dan kamu sendiri sahaja tahu sejauh mana perubahanmu .. bersabarlah .. itu yang terbaik .. kerana Allah suka akan hamba2Nya yang bersabar .. :)

"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(SurahHud,115)

Aku mengaku .. aku juga tidak terlepas daripada Ujian .. Sungguh .. UjianNya kadang2 bagiku menakutkan aku .. Aku takut aku kembali berpaling daripadaNya .. aku bersyukur dengan kelukaan yang aku terima .. kerana bila aku ditinggalkan, dilukai .. aku merasa lebih senang .. lebih masa .. untuk aku bersama denganNya ..

"Sesungguhnya orang yg munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka lakukan dengan riyak (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit sekali"
(SurahAlNisa',142)

Sungguh .. aku berubah ini .. untuk mencari keredhaanNya dan juga Rasullullah SAW .. in shaa Allah .. Namun, kadang2 aku diuji .. diuji dengan orang2 sekeliling aku .. diuji dengan orang yang mula melihat kebaikan aku .. diuji dengan orang yang senang dengan perubahan aku .. Ya Allah .. sungguh .. aku bersyukur dengan kehidupanku ini .. Namun, aku berharap janganlah ada perasaan riya' itu mula tumbuh di hatiku .. aku berubah hanya untukMu, ya Rabb .. bukan untuk mencari populariti, berlagak baik mahupun membuat orang jatuh hati terhadapku .. Sungguh, hanya Allah SWT yang memahamiku .. Moga aku tidak tergolong dalam golongan yang munafik .. In shaa Allah .. Amin .. :'(

Sungguh di setiap kali sujudku, doaku, aku berdoa:

"Ya Allah, jika ada rezekiku maka kurniakanlah kepadaku, jika ada jodohku, maka dekatkanlah si dia kepadaku, jika ada (aku hampir) ajalku, maka persiapkanlah aku dengan ajalku."

Sahabat, benar .. percayalah dan berserahlah kepada Allah .. bilamana kita kita mencari keredhaan Allah, kita akan dapat keredhaanNya .. malah kita akan mendapat apa yang kita mohon daripadaNya .. In shaa Allah .. Namun .. bilamana kita berubah untuk mendapat sesuatu yang kita hajati .. memang kita akan dapat .. tapi sayangnya .. mungkin tiada keredhaan daripadaNya ..

"Wahai orang yang beriman ! Janganlah kamu mengharamkan apa-apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas"
(SurahAlMa'idah,87)

Sahabat .. penting dalam hidup kita untuk mendapat keredhaanNya .. kerana dengan keredhaanNya lah kita kan merasa nikmat dunia mahupun akhirat .. bagaimana ya?
Pastikanlah sahabat .. hidup kita dapat membezakan yang mana HALAL dan HARAM .. In shaa Allah .. Pilihlah kehidupan yang sentiasa "hidup" dalam keadaan HALAL kerana itulah yang mendekatkan kita dengan keredhaanNya .. :')

"Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menggantikan kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)."
(SurahAlRa'du,22)

Moga apa yang aku lalui, sedikit sebanyak dapat dikongsi bersama yaa wahai sahabat .. Bagiku, setiap manusia .. telah Allah aturkan jalan perubahan ataupun "hidayah" yang tersendiri .. Namun, berubah atau tidak itu terletak pada hati kita masing-masing .. kerana itu .. jagalah hati .. In shaa Allah wahai sahabat .. moga mendapat keredhaanNya bersama :')