ANTARA IMPIAN AKU.
diberi hari terakhir pada HARI JUMAAT. :)
LATIHAN PANDU ARAH.
Latihan ini bertujuan untuk memudahkan pegawai kadet menggunakan PETA dan KOMPAS untuk sampai ke destinasi yang telah ditetapkan oleh Jurulatih. Mereka akan diletakkan di lokasi yang mereka sendiri tidak tahu tempat sebenar mereka.
Tanpa penggunaan PETA dan KOMPAS yang baik mereka tidak akan sampai di destinasi yang ditetapkan dan kemungkinan sesat.
Sama juga seperti kehidupan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM. Tanpa ALQURAN dan AS SUNNAH kita mungkin tidak kembali ke destinasi sebenar kita di sana; SYURGA.
Sabda Rasulullah SAW :
"Telah aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengannya, Kitab Allah (AlQuran) dan Sunnahku."
(Hadis riwayat Muslim)
Hidup ini penuh perumpamaan. Lihat dan renung sahaja sekeliling kita yang kita pernah pelajari. Dan ambil pengajaran.
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran."
(Surah Az Zukhruf, 57)
Semoga Bermanfaat
Bro, aku tau kau jelous. Jelous di saat kau melihat orang di sekeliling kau bersuka ria walaupun kau dan mereka tahu itu salah di sisi Tuhanmu. Sabar.
Aku tahu. Bukan senang nak jaga Mata. Bukan senang nak jaga Tangan. Bukan senang nak jaga Mulut. Dan yang penting, BUKAN SENANG NAK JAGA HATI.
Bro.
Esok lusa mungkin kau akan MATI.
Jika kau percaya pada Janji Allah. Syurga menanti.
Jaga jaga,
Kelak akan ditanya,
Semua di badan bersuara.
"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan." (SurahFussilat,20)
Ustaz Shahril Long - Kuliah Dhuha bersamaan 21 JAMADIL AKHIR 1436H
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan datang pada hari kiamat seorang manusia yang gemuk (menunjukkan amalan yang banyak), tetapi tidak naik timbangan amal walaupun seberat sayap nyamuk"
Hadith riwayat Bukhari (no. 4360) & Muslim (no. 4991).
Berdasarkan hadis di atas, kiasan kepada orang gemuk itu ialah amalan yang banyak, namun apabila ditimbang amalnya, hanyalah amal sia sia dan tidak diterima oleh Allah SWT.
Antara sebab amalan tidak diterima ialah:
-sombong dan takabbur
-tidak suka pada ajaran Islam
-mempersekutukan Allah SWT
Antara SEBAB kita WAJIB menjalankan HUDUD. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." (Surah An Nisa,105)
"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al Maidah, 49)
Ketahuilah "HUKUM" yang dimaksudkan di dalam ayat AlQuran tersebut adalah HUDUD. Jadi kenapa masih perlu ragu ragu dengan HUKUM ISLAM?
“Adakah patut aku mencari hakim selain Allah SWT, padahal Dia yang telah menurunkan al-Quran kepadamu dengan lengkap? Orang-orang yang telah Kami turunkan kitab mengetahui bahawa al-Quran diturunkan daripada Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka jangan sekali-kali kamu termasuk dalam kalangan orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah al-Quran, sebagai kalimah yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah ayat-ayat-Nya dan Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-An'am, ayat: 114 hingga 115)
Ragu ragu dengan apa yang dibawa oleh Islam boleh membatalkan Akidah seseorang. Moga dijauhkan. Untuk sebarang pertanyaan kepada Ustaz boleh menghubungi beliau 0194736060. Semoga Bermanfaat.
"Tau mana tentang Forum malam ni?"
"Err, ada orang mention nama dalam facebook. Tak ingat dalam page Unais Studio ke Sahabat Taman Syurga."
"Owh, selalu ka follow Unais Studio?"
"Err. Baru ja follow. Bagus. Tema diorang, 'Sampaikanlah Walau Satu Ayat'"
"Malam ni tau sapa Panel?"
"Tau ada 4 orang tapi kenal dua orang ja. Ustaz Abdullah Khairy dan Ustaz Rizam. Ustaz Husam tak kenal sangat. Sorang lagi Panel tak kenal"
Tiba tiba ada sorang ni Pakcik tegur. Yang kau sembang tu la sorang lagi tu. Moderator malam ni. Ustaz Annas. Penerbit Unais Studio.
DOA HARI KHAMIS
ﺑﺴﻢﺃﻟﻠﻪﺃﻟﺮﺣﻤﻦﺃﻟﺮﺣﻴﻢ
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam dan Selawat & salam keatas Rasul Junjungan Nabi S.A.W.
Ya Allah, kami memohon kemaafan dariMu atas dosa2 yang kami lakukan dan kami juga saling memaafkan saudara2 kami di dalam kumpulan ini.
Ya Allah...dihari yang penuh keberkatan ini, ampunilah segala dosa2 kami, terimakanlah ibadah kami, masukanlah kami kedalam SyurgaMu, panjangkanlah umur kami, sihatkanlah tubuh badan kami dan murahkanlah rezeki kami.
Ya Allah! Perbaikilah perdamaian kami dan lembutkan
antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan
keselamatan dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada
cahaya dan jauhkan kami daripada sebarang kejahatan
samada yang terang atau yang tersembunyi. Ya Allah,
berkatilah pada pendengaran dan penglihatan kami dan
hati-hati kami dan isteri kami dan keturunan kami dan
berilah kami taubat, sesungguhnya Engkau Maha Memberi
taubat lagi Maha Penyayang dan jadikanlah kami syukur di
atas nikmat-nikmatMu, memuji dengan nikmat pemberianMu
menerima dengan pemberian akan nikmatMu dan sempurnakan
nikmatMu ke atas kami.”
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
∞ DOA PAGI SELASA ∞
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui Ya Allah, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya ... Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesehatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnyaYa Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..
Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.
Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun
Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa² kami, wujudkanlah harapan² kami,
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Ini Kisah Diari.
Mata dia asyik tertumpu pada conversation
whatsapp. menunggu balasan dari si gadis.
seminit..
dua minit..
tiga minit..
empat minit..
bzzz. bzzz.
"apa ni?"
"hayati lirik tu and fahamkan. then tell me the answer. sudi ke tak."
"are you serious Afif Hayat?"
"i am. Saya dah lama suka awak."
"this is not the right way. i'm not ready."
"just tell me. that you love me the way i do or not. only then i'll be okay."
"Saya pun suka awak."
bibir kembali senyum sampai telinga. sampai tak sedar Izzat amin yang sedang murajaah AlQuran surah AnNisa memandang aneh.
"aku akan kahwini ko satu hari nanti."
"i'll wait for that day."
"just you wait. "
dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala duka dan duka. segalanya indah. indah semua apabila hati berbunga. kan?
*
sebulan berlalu.
di satu sudut Haura Najwa sujud di sejadah. lama.
usai salam terakhir, dia menangis. sambil meraup muka.
malu. malu dengan diri sendiri yang makin tak tahu malu.
bermaksiat. ye.. zina. zina hati je. "JE" takkan ubah apa apa.
yang dosa tetap dosa.
"ala ramai je orang lain bercinta."
what is wrong is wrong even if everyone is doing it. hati segera menangkis.
"tapi aku tak pernah langkau syariat!" hati tetap membantah.
betulke...? setiap hari whatsapp. even bertanya khabar. tapi perasaan halus tu sentiasa menjalar di hati. sentiasa tersengih sorang2. sampai kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. selalu cemburu bila si dia digosipkan dengan akhowat lain. selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.
"aku..."
dan masa tu, sejadah menjadi tempat airmata meresap. mata bengkak. badan lemah. hanya pada Allah boleh diluah. hanya Allah yang mengerti saat itu. betapa berdosanya diri. tapi masih, diselubungi perasaan 'takut untuk sakit bila berjauhan' jadi..
"ya Allah.. tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga.. tolong ya Allah.. kurangkan sakit yang aku rasa ni.."
dan malamtu, di saat yang lain nyenyak dibuai mimpi.
seorang gadis di sudut ruang kamar. menangis dan menangis. kerana dosa.
---
"Fif. syok whatsapp? dengan siapa?" tegur Iman. memulakan bicara.
"oh takdelah. dgn member sekolah lama." jawab afif sambil sengih.
"aku bukan apa. tapi aku tengok kau ni dah lain." berhati hati Iman menuturkan.
"lain macam mana?" Afif menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.
"boleh kita bincang kejap?" ajak Iman
"sure." iPhone diletak tepi dan di tukar mode silent. something sounds fishy.
"tengah berbunga ke?" Iman senyum segaris. sekadar bermanis.
"eh apa? what do you mean?" Afif kerutkan dahi tanda tak faham.
"look. let me be honest. sebab ko member aku since first time kita masuk uni lagi. satu course. satu bilik. satu kelas. dan, satu agama. aku sayang ko."
"eh jap jap. ada apa hal ni?"
"aku tak larang ko nak bercinta. tapi biarlah cinta tu, kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi tu ada jarak. got me?"
"oh.. tapi aku takde la sampai bersayang semua. aku cuba limitkan pergaulan kami."
"hati?"
diam. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.
"Fif.. even kita dah limitkan pergaulan. contact tanya khabar ke. sembang through phone sambil cakap benda baik ke. ingat, syaitan tu ada. bunyi kecik simple gitu je kan? tapi, little do we now. benda kecik macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni. selalu rebah kena hentam dgn nafsu. are you with me?"
"proceed." mata merah. tahan airmata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.
"aku tahu. ko sayang dia. tapi, jarak tu still exists. kalau masa ni ko enjoy kenal dan suka2 dengan dia. lepastu. do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? save. save manja. save cinta. save kata2 manis. tu semua, lepas nikah. ko lelaki. dia tu perempuan. aku rasa si dia tu pun bukan calang2 orang. sbb aku tau, kau terpikat dengan agama dia. at first. perempuan ni umpama air mutlak. kenapa kita nak musta'malkan dia? kenapa nak sentuh hati dia awal2? kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"
tersentak. diam. airmata mula menuruni pipi.
dan sekarang. Afif Hayat sedang menangis. Sebab dosa.
Iman mendekat dan peluk bahu dengan tangan sebelah dan bisik.
"kita taktahu dengan siapa kita akan nikah. kita taktahu bila kita akan nikah. tapi kita kena ingat. kita jugak tak tahu, bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. persiapkan diri. mana tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"
"tapi.. aku sayang dia lillahitaala. aku pilih dia sebab agama dia."
"sayang tu bukan dengan kata2. jangan ucap sayang kerana Allah. jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah tak suka dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. jangan syok sendiri. kadang2, kita kena berbalik pada fitrah. jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga. tapi, jangan sampai jadi fitnah."
"aku sayang dia Im. sakit sangat perpisahan tu. aku tak sanggup hilang dia."
"yakin dengan Allah Fif. jangan cakap macam kau takde Tuhan. kita merancang. Tuhan yang tentukan."
"doakan aku berjodoh dengan dia.. Im" rintih Afif dalam sendu.
"aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia. tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Fif barangkali. kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita. dan barangkali. kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita. janji Allah fif . pegang betul2. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. strive untuk jadi lelaki yang baik."
"kalau aku takde jodoh dengan dia.."
"redha. aturan Allah tu the best. jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. sebab sesungguhnya, semuanya berhikmah. husnudzhon Ai'e. yang penting. doa. doa yang berterusan. Aku tahu ko kuat."
"Im."
"dah jom pergi surau. sahut seruan Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihan ko. Allah rindu beb."
*
seminggu kemudian.
bzzz. bzzz.
"Afif Hayat. Saya rasa saya dah buat keputusan yang terbaik. Saya akan stop contact awak lepasni. Saya tak janji. tapi saya akan cuba yang terbaik. buat masa ni, saya harap awak kuat dan tabah nak hadap dunia ni. lepasni dah takde saya utk ingatkan awak dhuha. sila paham sendiri. lepasni tolong, behave attitude. Saya mintak maaf sbb pernah buai hati awak. dan saya maafkan awak sbb pernah buai hati saya. hati ni masih tak rela. tapi in order to achieve mardhatillah. Saya buat keputusan ni. jangan salah faham. Saya tak benci awak. Saya nak, kita jaga. sesama menjaga. Saya taknak kita terus hipokrit. senang buat apa saja atas nama 'cinta lillah'. Saya nak jaga cinta ni. sebab saya nak Allah redha cinta yang saya bina. insha Allah, kalau berjodoh. Saya nak awak sendiri akan jumpa wali saya. ya salam. jaga hati. jaga iman."
whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja sudah melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. airmata bercucuran. tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.
sakit.
gembira.
berbaur rasa.
'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya Allah.. sakit.' airmata deras mengalir.
sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala menengadah langit. langit mendung. semendung hati. air mata tak habis habis menuruni pipi. seakan ingin meluahkan segala isi rasa yang ada. gadis berjubah hijau bertudung hitam bertutup memulakan langkah dengan lafaz yang mulia. Bismillahirrahmanirrahim. setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad. mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. demi cinta yang suci. demi cinta Allah yang hakiki.
*
ikhtilat tu, bukan hanya dengan orang yang kita suka. tapi dengan semua ajnabi.
jaga hati.
belum sampai masa.
Saya juga sedang bertatih.
untuk menjaga hati dari dibuai ajnabi.
ambil yang baik. tinggal yang buruk. ya salam.
Allah is watching. Malaikat is writing. Keep calm and smile..
#Sorry klu org jarang reply.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, Ahad 5 April 2015).
7 CARA MEMERANGI WAS-WAS AQIDAH.
Dalam Islam Was-was terbahagi kepada dua bahagian:
1. was dalam ibadah.
2. was was dalam aqidah.
Was-was dalam ibadah misalnya tentang wudhu adakah sempurna atau tidak, Was-was tentang sholat misalnya tentang rakaat sholat. Dua rakaat atau tiga rakaat dan banyak lagi contoh Was-was dalam ibadah.
Pada tazkirah hari ini, USM ingin membincangkan tentang
was-was dalam aqidah. Perkara ini bukanlah masalah yang baru timbul. Ia sudah timbul sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Di dalam hadis sahih dari Abu Hurairah r.a berkata: sekumpulan manusia dikalangan sahabat Nabi datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu mereka bertanya:
“Sesungguhnya kami telah mendapati dalam hati kami terdapat lintasan-lintasan hati yang kami anggap ia suatu kesalahan besar jika diucapkan dengan lidah.” Nabi s.a.w bertanya “Kamu diserang oleh lintasan2 itu?
” Mereka menjawab ” Ya, maka Rasulullah SAW Maksudnya: “Itulah petanda iman yang jelas”.was was dalam akidah petanda iman di hati. Itulah apa yang nak diberitahu oleh Nabi SAW dalam hadis di atas. Terdapat hadis sahih yg lain yg menunjukkan was was dalam akidah adalah petanda Iman di hati.
Diriwayatkan dari Abdullah ibnu Masud r.a beliau berkata: “Nabi s.a.w ditanya berkait dgn timbulnya was was berkaitan dengan ketuhanan. Nabi SAW menjawab:
تلك محض الإيمان
Maksudnya:Itulah semata-mata disebabkan iman. (HR. Muslim)
Jenis was-was syaitan dalam akidah ada dua perkara:
pertama: Was-was Yang datang secara mendadak dan tidak tetap.
Cara untuk menghadapinya adalah dengan berpaling dari was-was ini. Segala yg terlintas tidak dikira sebagai kesalahan selagi tidak ada keazaman dan diluahkan dgn perkataan.
Rasulullah SAW bersabda:
إن الله تجاوز لأمتي عما وسوست به أنفسها ما لم تعمل به أو تكلم.
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah SWT mengampunkan bagi ummatku apa yang diwas-waskan dalam hati manusia selagi mana dia tidak melakukan dan mengatakan apa yang diwas-waskan tersebut.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Kedua: Was-was Yang tetap dalam hati.
Perkara ini sentiasa bersarang dalam hati. Perkara ini tidak boleh dihilangkan melainkan dengan mempelajari ilmu tauhid dan mengetahui dalil kewujudan Allah SWT baik secara nas ataupun secara akal.
Adapun cara mengubati penyakit was was dalam akidah diantaranya adalah:
1. Hendaklah orang yang ditimpa was-was dalam akidah ini sedar bahwa was was yang menyerangnya dengan tanpa kehendaknya adalah tidak memberi kesan kepada kebaikan dan ketakwaannya. Bahkan ia menunjukkan kepada kebenaran imannya. kesedaran terhadap perkara ini adalah penting supaya dia tidak mempedulikan was-was tersebut.
2. Hendaklah dia merasa gembira bila syaitan cuba menimbulkan was-was dalam hatinya.
As-Sayyid Ahmad bin Abi al-Hawari , seorang ulama sufi telah berkata: “Aku mengadu kepada Abu Sulaiman ad-Darani berkenaan dgn was-was.” Maka dia berkata:
“Apabila engkau hendak memutuskan was-was darimu, pada bila-bila masa kamu merasainya hendaklah kamu gembira. Sesungguhnya apabila kamu gembira dgn datangnya was was itu maka ia akan terputus dari kamu kerana tidak ada perkara yg lebih syaitan benci, daripada kegembiraan orang beriman. Bila kau resah maka akan bertambah was was.”
3. Berta’awwudz (memohon perlindungan) dengan Allah SWT dari syaitan yg direjam.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Araf, ayat 200:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ertinya:
Maksudnya: “Dan apabila engkau ditimpa was was dari syaitan hendaklah engkau minta lindung dengan Allah SWT. sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha maha mengetahui.”
Rasulullah SAW bersabda:
يأتي الشيطان أحدكم فيقول: من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق ربك؟ فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته
Maksudnya:
“Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: “Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?” sehinggalah dia akan bertanya “Siapa yg mencipta tuhanmu?” Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Lafaz Ta’awwudz adalah
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
atau
أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
4. Hendaklah dia sentiasa berkata “aku beriman dengan Allah dan Rasulnya” setiap kali diserang oleh was was syaitan.
Rasulullah SAW bersabda:
فمن وجد شيئا فليقل : أمنت بالله زاد في رواية :ورسله.
Maksudnya:
“Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata “Aku beriman dgn Allah SWT” pada satu riwayat lain ada tambahan “dan Rasulnya”(HR. Bukhari dan Muslim).
5. Hendaklah membaca ayat 3 surah al-Hadid.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 3:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Ertinya:
"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu".
Ini adalah pesanan dari Ibnu Abbas (HR. Abu Daud).
6. Memperbanyakkah zikir seperti ma’thurat dan sebagainya seperti yg di ajar oleh Rasulullah SAW pada waktu pagi dan petang.
Diantara yg baik untuk menjauhkan syaitan ialah dua zikir pada sebelah pagi dan petang: Zikir waktu pagi: Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang mengucapkan:
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير
sebanyak seratus kali sehari maka dia mendapat pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis seratus kebaikan baginya, dihapuskan seratus kesalahannya, ia menjadi pelindung dari syaitan pada hari tersebut sehinggalah malam dan tidak ada yang melakukan lebih baik dari zikir yang diucapkan melainkan orang yang mengucapkan lebih banyak dari itu.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Zikir petang: Abu hurairah berkata kepada Rasulullah SAW.
“Syaitan berkata kepadanya: “Apabila engkau berada di tempat tidur mu hendaklah engkau membaca ayat kursi daripada Awal sehingga habis.
الله لا إله إلا هو الحي القيوم.....
Syaitan berkata lagi “Apabila kamu membacanya maka Allah SWT sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak mendekati kamu sehinggalah waktu subuh.”
Nabi SAW bersabda:
أما إنه قد صدقك وهو كذوب
Maksudnya:
“Adapun sesungguhnya dia telah bercakap benar kepadamu berkenaan dengan ayat kursi itu walaupun dia seorang yang amat pembohong.” (HR. Bukhari).
7. Menutup laluan syaitan.
Terdapat banyak cara untuk menutup laluan syaitan. Diantara jalanya adalah:
-Ingat dan sebut nama Allah.
-Membaca doa masuk dan keluar tandas.
-Menahan dari menguap.
-Banyakkan solat sunat di samping sholat wajib.
-Bersihkan hati dengan akhlak yang mulia.
-Menghindari maksiat.
-Menghindari sifat-sifat mazmumah seperti marah, berbohong dan lain-lain.
Seeloknya bagi orang yang terkena penyakit was was dalam akidah ini, maka hendaklah berjumpa guru yang berilmu untuk mendalami aqidah yang benar.
Ya Allah kuatkanlah keimanan kami serta jauhkan kami dari penyakit was-was tersebut. Mudah-Mudahan kami menjadi hamba-Mu yang benar keimanan kepada-Mu Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Ahad 15 Jamadil Akhir 1436 H).
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
Doa Pagi Isnin
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram...
Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..
Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.
Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`MU.
Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.
Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.
Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.
Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.
Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Dari Muslim bin Haris Tamimi r.a berkata bahawa satu ketika baginda Rasulullah s.a.w berkata secara senyap-senyap kepadaku: Selepas kamu solat maghrib hendaklah kamu membaca "Allahumma Ajirni Minan-naar" sebanyak tujuh kali. (Wahai Allah hindarkanlah aku daripada api neraka) Apabila kamu membaca doa ini dan kamu mati pada malam itu nescaya Allah hindarkan kamu daripada api neraka. Dan apabila kamu membaca doa itu selepas solat subuh sebanyak tujuh kali dan kamu mati pada hari itu nescaya Allah akan hindarkan kamu daripada api neraka. (HR Abu Daud)
Doa Hari Ahad
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, pelajar2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami...
Ya Allah..
Jadikanlah hari ini bg kami lebih baik drpd semalam...
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..
Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Assalamualaikum
Saya nak share satu cerita pendek. InshaAllah ^^
Watak:
Haris: A boy. The very tiptop bab agama.
Nurain: A girl. The very the solehah (baru hijrah).
Table usrah dibuka. Satu demi satu perkongsian dikupas.
Tiba satu soalan, "Abang Haris, cane nak jaga hati?"
Haris sengih. Typical random one.
"Jaga hati, ye? Hati ni.. tempat jatuhnya pandangan Tuhan pada kita. As we know, Dia tak tengok rupa, harta, darjat kita. Dia tengok hati. Back to the question, hati kita akan terjaga hanya bila kita jaga 3 anggota ni. Iaitu, mulut, telingat dan mata. Yes, including ikhtilat. Betapa ramai yang mampu jaga aurat sempurna habis, tapi ikhtilat aci redah? Tak dapat kira dengan jari dah. Sebab ramai sangat. So, nak jaga hati, bukan senang. Perlu mujahadah. Perlu ada tembok yang memisahkan antara hati kita dengan ajnabi sebelum sampai masa. Elakkan tengok dan dengar benda-benda maksiat. Contohnya, orang tak tutup aurat and so on. Iman kita bukan tinggi mana. Jadi, jaga lah."
"Mesti abang Haris tak pernah terbuai hati dengan ajnabi kan. Sebab abang selalu jaga pandangan bila tengok perempuan tak tutup aurat."
Haris sengih.
"Brothers in Islam, ingat yang jaga pandangan tak tengok perempuan seksi ni memang confirm terjaga hati ke?" Haris serius.
"Lelaki yang jaga pandangan, akaj diuji dengan hadirnya perempuan solehah, yang menutup aurat betul-betul."
Haris pejam mata. Istighfar banyak kali. Sebak.
Few years ago..
*****************************************
Hujan. Haris bergegas ke stesen bas untuk bertedug. Tiba-tiba bunyi macam.. suara apa mendayu-dayu ni. Haih banyak kali Haris istighfar.
Haris tengok sekeliling. Tiba-tiba ternampak seorang gadis berpayung. Terus dia tundukkan pandangan. Tapi suara tu jelas kedengaran.
Nurain selesaikan bacaan Quran dengan doa. Hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Nurain tengok sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak Haris. Haris tunduk..
Tiba-tiba Nurain rasa tak selesa. Sebab nampak macam berdua-duaan. Lagipun Haris pakai hoodie dengan cap. Mau tak seram. And so.. dia redah je hujan tu.
Haris pandang sekilas.
"Cantik." Tu je yang keluar dari bibir kaku Haris.
"Argh! Istigfar Haris!" And so.. dia terus istighfar lagi dan lagi.
Esoknya..
Haris pergi library. Saja nak lepak. Kat bilik roommate duk memekak lagu Korea. Kat library, heaven, takde orang nak kacau.
Nurain buat muka selambe masuk library tanpa pass-card. And she succeed. Ambik port paling cun, tepi tingkap, tersorok, aircond betul-betul atas kepala. And she started to recite the Surah Al Fath. Suara slow, maintain. Nak kena ingat surah ni sebelum esok.
But.. Haris pasang telinga.
"Macam kenal suara ni.."
Rupanya port Nurain lepak dengan port Haris bersebelahan je. Cuma tembok dengan rak buku.
Tiba-tiba ada suara halus dalam hati Haris untuk tegur minah sebelah tu. Boleh buat member tasmi' bacaan. At first, was was. Lastly, terjerat.
"Assalamualaikum?"
Nurain teruskan bacaan. Tak dengar barangkali.
"Err miss?" Haris try lagi.
"Already a MADAM!" Nurain bangun dan blah.
Waktu tu Haris rasa macam nak terjun bangunan. Pangg kena atas dahi aaa. Dah bini orang dah pun. Banyak kali dia istighfar..
Nurain sengih. Bagi dia, tadi tu was just an attempt nak mengorat. Ha ha. But then.. "Mungkin dia ada niat lain? Bukan niat nak ngorat?" Dup!
And so.. takdir.
Haris dan Nurain dipertemukan dalam satu meeting. Program forum "Islam hanya di IC" both representing each's club.
Nurain dengan perangai cepat lupa dia memang dah tak ingat dah Haris.
Haris.. maunya tak ingat. Memang kena kaw kaw atas dahi haritu. Dah tobat dah, takmo dah.
The meeting went well. Haris interact professionally still jaga syariat sama je dengan Nurain. Both menjaga. Tapi Haris, still rasa terpukul.
Satu hari atas sebab kerja, Haris WhatsApp Nurain. Pung pang pung pang sampai pukul 12.
Nurain selambe je read tapi tak reply, bluetick, online.
"Sokay. Reply tahun depan pun takpe MADAM Nurain." -Haris.
Nurain dumbfounded. "Aik? Dia ni tak faham ke dah pukul 12 ni. Ishhh"
The next morning, "for your information, I'm still a miss. And semalam dan exceed the limit. You know right. Never mind. Proceed dengan urusan kerja." -Nurain.
Haris baca sekali dua, tiga, empat kali. "Budak ni biar betul. She must be lying to me that day. Sebab nak jaga diri." Haris sengih.
Program dah selesai. And the usahasama dah habis. Haris berkira-kira nak WhatsApp ke tak and at last..
"Sorry kalau ada buat salah pape."
Nurain reply, "K"
Haris reply, "K? Potassium?"
Eh mamat ni. "Ingatkan cyanide." Nurain replied.
And so.. bermulalah kisah baru. Saling berbalas WhatsApp. Saling berkongsi idea cerita sirah-sirah Nabi.
That term ((romantik islamik))
Satu hari, Nurain cari port untuk hafaz Quran. Lately she felt so not good. Hafaz tapi tak lekat kat kepala. Port cun, atas kerusi bawah pokok.
Dan takdirnya..
Port cun tadi exceli port dak-dak usrah duk lepak berbulatan gembira. Tetiba.. dia terangkut sekali masuk bulatan.
Nurain tanya kak Yuliza, the naqibah.
"Akak. Ain hafaz Quran, tapi tak lekat. Cane eh?"
"Lupa nak baca Bismillah kot."
Gelak berjemaah ..
Dah stabil semua, kak Yuliza tanya, "Cuba throwback, ada tak Ain buat something yang Allah tak redha?"
Nurain senyap.. Dup! Ada.. kot?
Kak Yuliza sambung.. "there must be something yang kita buat sampai Allah tegur kita macamni. In a way we could not tell."
Nurain: "Ain.. ada suka sorang mamat ni."
Kak Yuliza senyum.
Nurain: "Tapi.. Ain dengan dia takde pape pun. Just kawan."
Kak Yuliza: "Kawan macamana tu?"
Nurain: "Kiteorang selalu share kisah-kisah agama. Helping each other. Sebab Ain kan baru je hijrah. Dia tu memang sejak sekolah lagi dididik agama."
Kak Yuliza: "Let me ask something, selalu contact?"
Nurain: "Selalu la jugak. Sebab kiteorang buat program kerjasama."
Kak Yuliza: "Jujur. Discuss urusan kerja je?"
Nurain senyap..
Nurain start rasa bersalah. Dia tau je, selama ni dia deny the fact that ikhtilat still exist even dalam kerja. Selagi boleh elak, kena elak.
Kak Yuliza: "Sister, do you love him?"
Nurain: "Kind of.. no. But yes. Hm"
Kak Yuliza: "If you truly love him, jangan jadi penyebab dosa dia bertambah. Betul, cinta tu fitrah. Tapi, kalau FITRAH disalurkan di jalan FITNAH, tu boleh jadi dosa. Cinta tu asalnya suci. Kita, manusia yang cemarkannya dengan jadikan cinta tu cinta haram, cinta fitnah, cinta dosa."
At 3.00 a.m Nurain bangun. Qiyamullai.
Semua benda dia buat rasa tak kena. Atas sejadah dia menangis dan menangis.. sampai Subuh.
*****************************************
After a few weeks, Nurain buka phone. Beratus misscall. WhatsApp jangan cakap. 100++ check satu satu, mostly nama sama je yang tertera kat phone.
Nurain tekadkan hati. She must help Haris.
Nurain: "Haris, kau selesa ke dengan keadaan camni?"
Haris: "Eh hilang ke mana? Apakepelik soalan tu?"
Nurain: "Random."
Haris: "Ain, are you okay?"
Nurain: "And if I said I'm not, what will you do?"
Haris: "Ain.. what? Tell me. Please"
Nurain: "Aku tak selesa. And I guess, you too. I want the old you."
Haris: "Apa ni Ain.. cuba cakap bahasa Haris faham. Jadi macam dulu? Dulu cane?"
Nurain: "Waktu hati Haris masih terjaga. Saya taknak jadi penyebab dosa awak bertambah. So please, be like the old you, yang terjaga hati."
Haris speechless.
Haris: Ain give me time."
Nurain: "Take your time. Jangan contact saya lepasni. If its true that you love me, come, meet my dad and make me yours. Salam."
Nurain nanges.
Haris nanges.
Both hurts.
"What hurts the most is probably, letting go the person you love the most."
Haris WhatsApp Izaha, "Brother, need some help."
Izaha: "Sure. How?"
Haris: "Meet me. Port biasa at 2.00 p.m. Urgent!"
Haris dengan muka serabut mengalahkan orang mati bini duduk sebelah Izaha. Izaha sengih.
Izaha: "Stress pikir pasal Ummah ke duh?"
Haris geleng. Muka serius, tegang sangat.
Izaha: "Okay, silap timing. So wassup?"
Haris: "I knew a girl, and I'm in love."
Izaha: "Firstly, tahniah sebab berjaya buktikan yang kau lelaki sejati sebab suka perempuan."
Haris jeling.
Izaha: "woo woo hold on. So the problem is?"
Haris: "Silap step."
Izaha: "Already langgar the pantang larang?"
Haris: "Kind of.. I know but its just.."
Izaha: "Benda dosa memang seronok buat."
Haris speechless.
Izaha: "Look.. kau belajar agama, kau dakwah situ dakwah sini. Tapi hati tak jaga. Its like, ketuk tin kosong? Bunyi je kuat. Isi? Kosong."
Izaha sambung: "May I proceed? Kang aku proceed, lebam mata aku."
Haris: "Proceed."
Izaha: "Kau suka dia? I mean betul betul betul suka dia?"
Haris: "Sangat? I thought of making her as my wife dah."
Izaha: "Then I bet, you must be so serious."
Haris: "Truly."
Izaha: "But this is not the right way. There's still gap between you and her. Ikhtilat. Kan? Eventho both of you dah tunang pun, still, ikhtilat still exists."
Haris: "Aku just nak tolong dia dalam hijrah dia je."
Izaha: "Tolong sampai buai hati dia? Sampai dia jadi lagha? Useless. Allah tak berkat! You shouldn't be worrying of future. Allah dah tulis cantik siap-siap dah kau berjodoh dengan siapa, maybe anak sultan ke sape ke. Who knows? If you truly love her and thought of making her as your wife, then please don't mess with her heart now. Hold dulu. Lepas nikah, sukati."
Haris betulkan duduk.
Haris: "But I'm.. not contacting her, makes me suffer."
Izaha: "Elok je aku tengok kau hidup sebelum kau jumpa dia dulu."
Izaha sengih
Izaha sambung: "Aturan Allah tu perfect. Terpisahlah jauh mana pun, kau kat Malaysia, dia kat Zimbabwe pun, kalau dah jodoh, takde sape boleh halang. But now.. prepare yourself first. Jangan nak semakkan sangat hati dan fikiran dengan masalah cinta. Ummah needs us, too. Wake up brotha! Haris, aku respect kau sebagai orang yang jaga agama. Tapi, kalau kau buat ceni, jadi fitnah buat agama. Buat diri kau, diri dia. So please. Respect each other as someone yang menjaga agama. Orang tengok kita weyy, sebab kita belajar agama. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Got me not?"
*Izaha siku bahu Haris*
Haris: "Aku dah lama tak tahajjud."
Izaha: "Sebab?"
Haris: "Tak terbangun."
Izaha: "Allah taknak kejut kot?"
Haris: "hm "
Izaha: "ops! .."
Izaha sambung: "Last ayat-ayat cinta, jaga hati, jaga agama. Kita bawa imej Islam. So wherever we are, orang akan tengok.. So, behave! Practice Islam."
"Abang Haris? Are you there?"
Haris: "Ah uh oo here here. Haha sorry. Kat mana tadi?"
"Cane nak jaga hati?"
*Haris sengih* "Jaga hati.. dengan alert yang Allah tengah perhati dan malaikat akan mencatit. Barulah ada rasa malu bila nak terbuai dengan benda dosa."
The end.
Conclusion: wahai awak yang jaga agama, benda dosa memang seronok buat. So beware. Jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat. I was just sharing stories. Not my story to be exact, but I guess that is what happened these days. Take whats good, ignore whats bad.
Muhasabah diri bersama. Burn bersama-sama. Moga bermanfaat. Perbaiki d
iri bersama-sama. InshaAllah
#tarbiahsentap
#GengSukaTarbiah
Hari bersejarah kan Malaysia harini sebab GST.
Satu Malaysia troll GST.
Minor cakap bagus, Major kata membebankan.
Apa pendapat anda?
Tapi, kita semua tahu GST tu datang dari siapa, MANUSIA kan?
Tapi, hukum Allah, HUDUD kenapa tak mahu laksanakan?
Kalau GST boleh buat kempen, jelaskan kefahaman tentang GST kepada rakyat, kenapa HUDUD tidak boleh?
Renungkan Ayat di atas. Nampak kan kita terpedaya. Jom balik pegang AlQuran dan As Sunnah!