"When exposing a crime is treated as committing a crime,
You are ruled by criminals"
-
Kita hidup di mana kebenaran ditolak sedang kejahilan berleluasa.
-
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)
-
Inilah Malaysia. Syukur. Malaysia masih Aman
Wednesday, 29 July 2015
Malaysia Hari Ini
Tuesday, 28 July 2015
Tauliah 2015
Berikut maklumat yang perlu diambil perhatian bagi Pegawai Muda PSSTUDM yang ikut tauliah, Pegawai Kadet Pembantu (Kadet Fitik) dan Pegawai Kadet Senior yang akan ditauliahkan:
1. Tarikh Pentaulihan akan dilaksanakan mulai 1 Ogos 2015 hingga 15 Ogos 2015 di UPM Serdang.
2. Majlis Koktail adalah pada 16 Ogos 2015 bertempat di Royale Chulan Hotel (hanya untuk Pegawai Kadet Senior yang telah ditauliah dan Pegawai Muda PSSTUDM yang ingin sertai).
3. Pergerakan Kadet Pembantu (Kadet fitik) dan 1 x Pegawai Muda PSSTUDM sebagai incas adalah pada pagi 30 Julai 2015..pergerakan adalah bersama perkhidmatan darat dan laut.
4. Pergerakan bagi Pegawai, Jurulatih, Staf dan Pegawai Kadet Senior adalah pada pagi 1 Ogos 2015 bersama perkhidmatan Darat dan Laut.
5. Setiap Pegawai Muda, Pegawai Kadet Pembantu (kadet fitik) yang mengikuti pentauliahan perlu menyediakan deposit RM 10.00 untuk cagaran bilik. (deposit akan dipulangkan setelah kunci bilik diserahkan waktu hendak balik)
6. Duit untuk gambar RM 18.00 bagi Pegawai Kadet senior perlu dibayar sebelum/ pada 15 Ogos 2015.
7. Pegawai kadet senior hendaklah menyediakan sampul surat express saiz A4 setiap seorang bagi tujuan pos kad jemputan.
8. Baju Melayu/ Batik/ Planters dan Kurung yang seragam hendaklah dibawa bersama.
9. Kuota ibu bapa masuk dewan watikah setakat ini yang telah comform hanya diberikan kepada ibu bapa best kadet, untuk bukan best kadet maklumat masih dibelum diperolehi, segala maklumat akan dimakluman kemudian.
10. Semua Pegawai Kadet Pembantu dan Pegawai Kadet Senior perlu melapor diri ke UiTM selewat-lewatnya pada 28 Julai 2015 manakala bagi 1 x Pegawai Muda yang akan bergerak pada 30 Jul 2015 bersama kadet pembantu hendaklah melapor diri selewat-lewatnya pada 29 Jul 2015. Bakinya perlu melapor diri selewat-lewatnya 31 Jul 2015.
11. Pada 29 Jul 2015 akan diadakan perjumpaan dengan semua pegawai kadet senior dan pegawai kadet Pembantu (kadet fitik) di Pej PALAPES Udara.Kehadiran adalah wajib.
Sebarang maklumat lain akan disampaikan dari semasa ke semasa. sekian terima kasih
Saturday, 25 July 2015
Antara Tanda Kecil Kiamat
Antara tanda kecil kiamat yang Ustaz Wadi Annuar share semalam.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :
"Di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan bila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"
kemudian sahabat bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah rupa mereka"
Rasulullah menjawab; "Aku sendiri belum pernah melihat mereka".
Zaman sekarang, 1436H; Tahun 2015. Tengok saja sekeliling kita. Pakaian ketat, saja menimbulkan syahwat.
Apa yang Rasulullah cakap, berlaku di zaman kita. Maknanya? Kiamat sudah dekat.
Friday, 24 July 2015
Kuliah Bersama Ustaz Wadi Annuar
Kuliah bersama Ustaz Wadi Annuar.
-
Banyak perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar disebabkan tiada tajuk khas yang diberikan.
-
Antaranya suasana di Padang Masyhar di mana Nabi Nuh adalah Rasul yang pertama akan dihitung amalannya. Manakala, Umat Nabi Muhammad amatlah beruntung kerana kita adalah umat yang pertama dihitung.
-
Allah SWT tidak melihat kepada natijah atau kesan dakwah seseorang, tetapi Allah SWT melihat USAHA dakwah seseorang, sepertimana usaha Nabi Nuh yang berdakwah malam dan siang selama 900 tahun lebih, tetapi hanya mempunyai 70 ahli daripada umatnya.
-
Tanda tanda kecil kiamat dan besar juga dikongsikan dalam kuliah tersebut. Para Ulama ramai membahaskan bahawa tanda tanda kecil kiamat yang tidak berlaku lagi boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja. Ini menandakan tanda tanda besar kiamat akan berlaku dan seterusnya Hari Kiamat.
-
Sekadar ini sahaja perkongsian. Semoga Bermanfaat. Wallahualam.
Thursday, 16 July 2015
Selamat Hari Raya. 1 Syawal 1436H
تقبل الله منا ومنكم
“Taqabbalallahu minna wa minkum”
(Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian).
Dari Jubair bin Nufair, ia berkata:
“Dahulu para sahabat Nabi SAW mengucapkan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ ketika saling bertemu di hari Idul Fitri.”
Al-Hafidz (Ibnu Hajar) berkata tentang riwayat ini, “Sanadnya hasan.”
Semoga amalan kalian diterima Allah. Allhumma Amin. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga; Khairulamirin Auzirul Aznan.
1 Syawal 1436H.
Perginya Ramadhan. Rasanya kali ini aku tak mampu beraya seperti biasa.
Ramadhan lepas dan sekarang dah berbeza.
Maafkan aku Ramadhan. Maafkan aku.
Sunday, 12 July 2015
Muedza a.k.a.Takoi
Mama dengan abah bagi nama kucing aku ni Takoi. Aku sorang ja panggil dia Muedza. Tapi ramai yang panggil dia Tam.
Bagi aku, Takoi ni lah paling special dari kucing kucing yang lain. Kucing yang paling beradab. Tak banyak songeh. Apa yang aku bagi makan, dia makan. Peneman. Selalu teman mama time minum pagi dengan malam. Takoi ni jugak lah yang selalu gigit telinga aku time aku nak tidur lepas subuh. Paling best, boleh ajak selfie. haha
Sepatutnya aku enjoy habis final paper harini, semester dua. Tapi mama hantar msg cakap, Takoi dah mati. Mati depan pintu klinik. Doktor cakap kena penyakit hawar. Lumrah, setiap yang hidup akan merasai mati.
"Time spent with cats is never wasted"-Sigmund Freud.
Tuesday, 7 July 2015
Dunia ni hanya kertas
Dunia is just a paper.
What really in the paper was ilmu.
Tak nampak lagi?
Tengok eh.
Sedar tak.
Masa kita UPSR.
Ada slip UPSR.
Pergh!
Gempaklah!
5A & 4A tu.
Pandai terer baqhang laa!
Kaw tiptop punya straight A's kot.
Masuk Sekolah Menengah.
PMR beb.
Sekali dapat slip.
8A's 9A's.
Fuh!
Ni lagi gempak.
Memang otak paramesium tak cukup flagella la.
Mesti study kaw kaw ni.
Masuk upper high school.
SPM.
Weh!
Penentu masa depan ni.
Penentu aku nak masuk U ni.
Takleh jadi.
Kena fokus ni.
9A's, 10A's, 11A's.
And
To
Be
Continues A's.
Fuh!
Ni anak Einstein ni.
Bijak bijak.
Now dah masuk U.
Foundation ni aku target nak masuk degree cepat cepat.
Masuk Degree.
Aku nak graduation cepat.
Sijil Ijazah tuu.
Penentu aku kerja mana.
Gaji ciput ke besar.
Boleh dapat duit banyak.
Takleh lepas.
Dah graduate.
Alhamdulillah.
Fuh!
Nak kerja la pula.
Nak kumpul duit.
Nak melancong.
Nak beli itu ini.
Nak kereta sport.
Wahhh!
Perasan tak?
Dunia hanya kertas.
Dan,
paling teruk,
kita bergantung pada kertas,
untuk dapatkan kerja,
untuk masuk sekolah bagus-bagus,
untuk masuk U yang cemerlang,
sedangkan,
Allah yang menentukan semua tu.
Bukan ijazah,
bukan straight A's.
Betulkan mindset.
Kalau kau ada sijil master sekalipun,
tapi,
Allah sendiri kata bukan rezeki kau kat situ,
kau tetap takkan dapat.
Kalau Allah dah kata bukan rezeki kau kerja kat sini,
kau tetap takkan dapat even kau usaha macam mana pun.
Sebab Allah dah takdirkan macam tu.
Habis tu?
Macam mana aku nak dapat kerja bagus semua tu kalau kau sendiri kata takleh pandang sijil semua tu?
Betulkan niat la beb.
Sijil tu laku kalau kau memang niat dari awal kau masuk sekolah dulu untuk menimba ilmu,
dan,
ajarkan pada kawan kawan kau pula.
Bukan simpan ilmu tu dalam sijil je,
pastu,
just tunjuk untuk masuk sekolah bagus-bagus.
U bagus-bagus.
Pehal kan?
Takyah sombong dengan Allah.
Ilmu Allah bagi kejap je.
Bila-bila masa Allah boleh tarik balik ilmu yang kau ada.
Kongsikan ilmu yang kau ada.
Tak rugi.
Aku bukan apa.
Risau apa aku sebarkan tu salah.
Kau niat nak timba ilmu,
nama pun menimba ilmu,
maksudnya,
aampai kau mati pun nanti dinamakan,
proses pembelajaran.
Kau tetap akan belajar dan belajar ilmu Allah.
Ilmu Allah luas.
Bukan Sains, Akaun, Ekonomi, Matematik, dan sebagainya.
Ada ilmu fiqh.
Ilmu usuluddin.
Ilmu al-falaq.
Ilmu tasawuf.
Banyak bro.
Tak terkira dek akal.
Jadi,
jangan hanya pandang pada dakwat yang tercatat 3.5, 4.0, 10A's, 11A's.
Tu semua tak lebih dari kertas yang datangnya dari pokok yang datangnya dari Allah.
Tak lebih dari dakwat yang datangnya dari campuran air dan pewarna yang sumbernya datang dari Allah.
Apa apa pun,
balik pada Allah.
Pinjaman dari Allah.
Kiamat nanti Allah hisab balik.
Tangan ni,
kau buat benda baik ke jahat?
Kaki ni,
kau pergi tempat ilmu ke tempat maksiat?
Mata ni,
kau tengok ilmu ke kau tengok maksiat?
Mulut ni,
kau banyak cakap kotor atau bagus?
Hati ni,
lau selalu ikhlas atau hanya bohong?
See?
Back to Allah.
Nak buat apa apa.
Tanya diri.
Allah redha tak apa aku buat ni?
Kalau masa nak buat tu kau rasa lain macam.
Macam jantung kau laju semacam.
Ada something wrong lah tu.
Allah tegur la tu.
Hidup kita bergantung pada Allah.
Bukan sekeping kertas dan setitis dakwat.
Memang.
Memang cgpa semua tu penting.
Tapi apa yang lagi penting?
Niat.
Dalam kitab Imam Nawawi.
Hadis pertama pasal niat kot.
Wednesday, 1 July 2015
#Share
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS. Ceritanya begini.
Suatu hari, seorang ustazah travel, dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku', dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.
Subhanallah, adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk. Ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya Al-Fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki. Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman..
Cuba kita tanya diri kita sendiri:
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga?
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk?
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka?
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa?