Monday, 30 May 2016

JAW Cement

ALHAMDULILLAH

Walaupun tak sehebat mana

Walaupun last minit

Walaupun tak sekepala

Rezeki Allah yang Punya

No 1 Untuk Fakulti

No 2 Untuk Keseluruhan

FITMALAYSIA

Aku mengaku la dah tua
5KM pun da semput

Bila Kita Mentertawakan Mereka

Kita mentertawakan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain demi AgamaNya.

Sedangkan kita tidak sedar, kebaikan apakah yang kita telah buat untuk Agama kita.

Kebaikan apakah yang mahu dijadikan sebagai bekal kita.

Dan sedang kita tidak tahu,kebaikan yang manakah yang sebenarnya diterima oleh Allah SWT.

Aku Makin Menjauh

Hati manusia itu sifatnya berbolak balik,
Iman itu adanya turun dan naik.

Lumrah manusia,
Kadang, masih tergelincir.

Tahu halal dan haram,
Tapi kerana sayang,
Hukum itu dipendam.

Hukum ada. Iman tiada.

Iman ada.
Mungkin senipis bawang.

Hati itu,
Jika dibiar dengan debu,
Pasti usang.

Hati itu,
Kalau dijaga dengan baik,
Pasti cahayanya terang.

Mahu bahagia sampai Syurga,
Bukan sekadar di dunia.

Hidup hanya sekali.
Sudah di SANA,
Takkan kembali.

HukumNya mendahului Akal,
Bukan Akal mendahului HukumNya,

Bila mana Akal diutama,
Ia seiring nafsu dunia.

Sabar.
Ada ganjarannya.

Akan Ku Ingat Kain Ini

Kuliah Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofree

Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofree di Masjid Syarifah Fatimah, Jitra pada Jumaat malam 28 Rejab 1437H.

Ibnu Umar berkata,
"Para shahabat diberi iman sebelum Al-Quran, sehingga Al-Quran turun kepada Nabi Muhammad menjelaskan hukum halal dan haram, lalu mereka berpegang teguh dengan ayat tersebut."

"Tetapi pada zaman sekarang, AlQuran itu diberikan sebelum Iman, mereka membaca AlQuran dari awal hingga akhir, tetap tidak mempedulikan halal dan haram malah mereka menaburkan halal dan haram seperti kurma yang busuk"

Orang yang merasai nikmat Iman adalah apabila mereka REDHA dengan ALLAH SWT sebagai Tuhan mereka. Kemudian barulah mereka mendapat kemanisan AlQuran.

‎رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا
‎و بمحمد صلى الله عليه وسلم
‎نبيا ورسولا

In shaa Allah. Semoga Bermanfaat. Wallahualam.