Sunday, 11 June 2017

Ibadah di Trolak, aturanNya




Seminggu di Trolak, Alhamdulillah banyak benda yang aku belajar. Terutama sekali Ibadah. Walaupun sebenarnya aku patut belajar lebih tentang pengurusan Ladang 😅😅.

Apa yang aku nak tulis di sini. Aku sebenarnya agak sedih pada permulaan aku habis semester. Aku jarang ke Masjid, jarang ke Majlis Ilmu.

Kemudiannya aku ke Ladang. Di situ ada Masjid. Juga jarang ke Masjid. Hanya waktu tertentu sahaja. Sedih.

Masuk bulan Ramadhan, hanya hari pertama aku ke Masjid untuk teraweh. Esoknya, aku sakit beguk demam seminggu. Selama itu juga aku tak ke Masjid. Risau juga untuk ke Trolak, risau ibadah dan diri aku yang iman makin kurang makin menjauh dari Allah 😌

Masuk hari ke 9 Puasa, Aku di Trolak, Alhamdulillah. Pengurusan untuk Cadet sini semua nya elok elok. Alhamdulillah aku dapat ke Masjid, dapat menunaikan teraweh, dapat Tadarus bersama kawan kawan, ada ceramah Solat dan yang paling penting ada Slot Pengurusan Jenazah.

Syukur, tapi hati masih sedih, masih lagi terasa dosa. Masih melakukan dosa. Hanya Allah yang tahu. Moga kita semua diampuni oleh Allah SWT di bulan mulia, bulan Ramadhan bilamana kita ditinggalkannya nanti. Allahumma Amin.







Friday, 12 May 2017

Yakin denganNya




Sebenarnya untuk apa apa sekalipun pengharapan hanyalah kepada yang Maha Satu; Allah SWT.

Even kalau kata manusia tu penting, dialah yang decide dan berkuasa, tetapi apa apa keputusan, sama ada baik ataupun buruk, itulah ketentuan Allah SWT.

Ingatlah, Allah SWT yang mengilhamkan kepada manusia tersebut. Allah SWT tahu yang mana yang lebih baik atau tidak untuk kita semua. Yakin pada itu. In shaa Allah. Firman Allah SWT:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (iaitu) orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya." (1:45-46)

Semoga bermanfaat. In shaa Allah. Salam Jumaat dari Masjid Nurul Iman Tembangau 06, Pahang. #muhasabahdiri #salamjumaat #thedaiegraphy




Saturday, 6 May 2017

AturanNya




Kalaulah dibukakan segala hikmah perancanganNya,
Mungkin tidak adanya rahsia duka gembira yang membuatkan kita akan lebih bersyukur kepadaNya.

Kalaulah hidup ini dipermudahkan kesemuanya,
Mungkin hidup kita seperti tiada nilai,
dan mungkin tiada pengajaran yang sebagai bahan cerita masa kelak.

Bilamana kita rasa susah, kita berkeluh,
Allah SWT mendengar;
SayangNya Dia kepada kita,
Sampai Masa,
Dia Beri,
Selalunya tepat;
Tepat pada waktu kita sudah bersedia.

Allah SWT Maha Perancang,
Dan perancanganNya lebih baik.

Hanyasanya;
Masalahnya kita,
Kita sebagai Hamba,
Selalu ego dan lupa,
Selalu berburuk sangka,
Selalu berputus asa.

Itulah Kita,
Lemah,
Sepatutnya kita yakin;
Yakin denganNya,
Yakin dengan RedhaNya,
Yakin dengan AturanNya,
Yakin dengan JalanNya,
Yakin dengan AgamaNya.

Moga dengan apa yang ditakdirkanNya,
Aku dan Kamu redha,
Redha dengan jalanNya,
In shaa Allah,
dipermudahkan segalanya.

Allah humma Amin 😌







Tuesday, 18 April 2017

Pelan Takaful




Dari FB Tuan Amir Syahir(ASY),

Ketahui Bagaimana Mahu Mendapatkan Perlindungan TAKAFUL PERCUMA & Simpanan Untuk Deposit Rumah Pertama
**************************************************

*BAKAL LEPASAN UNIVERSITI PATUT BACA*

Dapat je kerja, ada slip gaji terus rancang kewangan. Terus peruntukan RM300 sebagai simpanan setiap bulan untuk beli rumah pertama.

Rata-rata kenalan aku tak ada medikal kad disebabkan tiada bajet untuk bayar medikal kad dalam lingkungan RM100-RM300 sebulan.

Tapi ada pula peruntukan untuk bayar siaran berbayar. Ada pula peruntukan untuk bayar ansuran kereta import mahal-mahal. Suka sangat tengok bola dan ketawa terbahak-bahak tengok Maharaja Lawak tu.

Apabila berlaku kemalangan, tak nak pula pergi minta tolong dengan artis lawak kegemaran tu. Pinjam duit kawan jugak akhirnya.

Jadi, macam mana nak dapatkan perlindungan takaful dan simpanan untuk duit pendahuluan rumah secara serentak?

Ayuh baca jika kau orang mampu ikut;

***

1. Tahun pertama, mohon pembiayaan ASB RM50K. Tempoh 30 tahun, kadar profit bank: 5.2%.

2. Ambil tempoh yang panjang iaitu 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan kau orang akan murah, dalam RM285.

3. Lepas setahun katakan dividen diumumkan oleh PNB ialah 7.25%. Dan kau orang akan dapat 7.25% X RM50K = RM3625.

4. Maka, selepas setahun ambilah perlindungan takaful yang ada medikal kad. Katakan dalam RM200 sebulan. Keluarkan dividen ASB dan bayar takaful.

5. RM200 X 12 bulan = RM2400. Jadi, baki setiap tahun kau orang ada setelah membayar takaful ialah RM3625-RM2400=RM1225. RM1225 simpan dalam ASB.

6. Ansuran ASB bayar guna gaji iaitu RM285 tiap bulan, dan bayaran takaful guna duit dividen pembiayaan ASB.

7. Ulang langkah 6 sehingga 3-5 tahun. Jika kau orang terminate pada tahun ke 3 atau tahun ke 5, kau orang akan dapat seperti di bawah;

3 tahun
Dividen terakhir: RM3625
Surrender value: RM2200
Bonus: 36/120X0.5/100XRM50K =RM75
Simpanan RM1225 setiap tahun: RM1225 X 2 tahun = RM2450
Jumlah kasar: RM8350

5 tahun
Dividen terakhir: RM3625
Surrender value: RM3900
Bonus: 60/120X0.5/100XRM50K=RM125
Simpanan RM1225 setiap tahun: RM1225 X 4 tahun = RM4900
Jumlah kasar: RM12,550

***

Katakan kau orang nak beli rumah selepas 5 tahun bekerja. Jadi, boleh terminate ASB masa tu dan ada tunai dalam anggaran RM12,550.

Setiap tahun gaji kau orang meningkat. Takkan setiap tahun kau orang mampu simpan RM285 sahaja. Jadi, pandai- pandai kau orang la tambah. Cipta tabung rumah secepatnya. Boleh beli rumah pertama di usia muda.

Ramai yang sudah berusia lebih daripada 35 tahun tetapi belum memiliki aset hartanah lagi. Sebabnya terbeban dengan hutang dan perancangan kewangan yang tidak berkesan. Jadi, kau orang boleh mula merancang bermula daripada sekarang. Sebelum umur 30 dah ada rumah.

Dalam masa kau orang buat ASB Financing RM50K kau orang sudah ada;

✔Perlindungan takaful
✔Duit deposit rumah
✔Laporan CCRIS yang cantik

***

Jika tidak mampu mempunyai takaful mengikut keperluan sebenar, buatlah yang paling minimum dulu mengikut kemampuan.

Jangan tunggu nak sakit baru nak ambil perlindungan takaful. Malang tak berbau. Jadi bersiap sedia semasa sihat ni. Kos perubatan bukannya murah.

Bila gaji naik, boleh tambah mengikut keadaan kewangan. Janganlah abaikan langsung. Biarlah tidak melanggan siaran berbayar tetapi ada perlindungan takaful.

Ramai lagi yang tidak mampu beli rumah walaupun telah bekerja 10-15 tahun. Jika kau orang bijak dan berjimat-cermat, dalam 3-5 tahun kerja dah mampu memiliki hartanah. Lebih teruk lagi, dah berbelas tahun kerja pun tetapi tiada simpanan untuk beli rumah dan lebih parah lagi tiada langsung perlindungan takaful.

Jadi sebelum kau orang tersilap langkah, seperti beli kereta separuh daripada gaji, buat pembiayaan peribadi RM30K untuk kahwin, baik buat macam ni. Mana-mana okay je. Asalkan ada tindakan kau orang. Ini nak menyimpan RM100 sebulan pun susah.

Belanja awek dekat kedai hipster boleh pulak. Kalau kau sayang sangat awek, payung la dia ASB Financing RM50K juga dan buat benda sama. Ada perlindungan takaful. Biar ada duit simpanan untuk kahwin. Ini tidak, hari hari cakap I LOVE YOU tapi usaha nak jadikan dia cinta halal langsung tiada. Simpanan kelaut. Asyik dating tempat mahal je. Kakakaka.

Ini adalah peta, pelan lakar, panduan, cetusan idea untuk kau orang merancang kewangan 3-5 mendatang. Tangguhkan kehendak sekarang untuk menikmati kehidupan yang selesa tanpa hutang dimasa tua. Kah!

#NM



Mohon Tabah 😔




18 April 2017, 8:00PM.
.
Saat hati gelisah, mungkin itu petanda bahawa hati ingin kembali kepada Tuhan,
.
Biidznillah
Tuhan tengah jentik iman kau. Jangan jatuh Jangan rebah. Mohon tabah.
.
Apabila kau luahkan pada Tuhan bahawa kau sudah penat berlari, menunggu dan meratapi.
.
Kemudian kau gusar kerana dunia kau seakan-akan berhenti berputar.
.
Tiada mentari tiada pelangi.
Seolah-olah tiada cahaya dan pengharapan.
.
Berdoalah.
Kau tak kan rugi.
Tak akan pernah rugi.
.
Dia lah yang akan mencabut segala rasa letih dan sedih.
Dan Dia lebih tahu kapan doa mu akan dimakbulkan.
.
Kau percaya pada janji Tuhan kan?
Lantas, apa lagi yang kau risaukan.
.
-pelangikelipkelip
cc: abuhanifah



Monday, 10 April 2017

Andainya Umat seperti Sayyidina Umar




Andainya umat seperti Sayyidina Umar, pastinya seluruh pelusuk bumi ini dipimpin dengan penuh keIslaman.

Adilnya Sayyidina Umar sehinggakan rakyat di zaman pemerintahannya juga bersikap adil dalam urusan perniagaan bahkan nyawa mereka sendiri.

Tegasnya Sayyidina Umar sehinggakan memberi hukuman ke atas keluarganya sendiri dua kali ganda berbanding rakyat biasa sekiranya berlaku salah di sisi Islam.

Sucinya hati Sayyidina Umar sehinggakan Allah SWT memberikan ilham kepadanya untuk berkata kata seiring ayat ayat AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Hebatnya Sayyidina Umar sehinggakan Nabi Muhammad SAW bermimpi kelebihan tentang Sayyidina Umar di Syurga dan Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jika setelahKu ada Nabi maka ia adalah Umar bin Khattab”.

Semoga bermanfaat. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar di Masjid Syarifah Fatimah Jitra; 9 April 2017 bersamaan 13 Rejab 1438H. Wallahualam.




Saturday, 8 April 2017

Muzium Kedah; Pameran Peninggalan Rasulullah SAW dan Sahabat RA




Serban Rasulullah SAW




Darah bekam Rasulullah SAW




Antara capal Nabi SAW




Tongkat Nabi Muhammad SAW, bermula dari Umur 40-an; sunnah




Tapak Kaki Rasulullah SAW




Helaian janggut Nabi SAW



You are not late or early, but just on time like He want




Satu tazkirah yang sangat baik untuk kita semua..

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.
cnp
group watsap 😍



Saturday, 1 April 2017

5 Rejab 1438H


Masih belum terlambat untuk sentiasa beramal dengan Doa ini:

"Ya Allah berkatilah kami di Bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"





Sunday, 26 March 2017

Rezeki masing masing




Rezeki. Ada orang rezekinya bagai air yang mengalir; mudah di mana mana dan ada orang mungkin sebaliknya.

Jangan dikeluh kerana lambatnya rezeki; kerana Allah Maha Adil; cepat atau lambat; semua rezeki dicukupkan dengan kehendakNya.

Rezeki cepat atau lambat bukan penentu pengakhiran. Kerana yang tampak di mataNya sama ada dengan Nikmat Rezeki itu menjadikan kita lebih Syukur atau Kufur. In shaa Allah; sentiasa yakin dengan Allah.

Sedarlah, mungkin kerana dosa; rezeki kita ditunda tunda. Hingga sampai satu masanya; Allah berikan yang baik pada waktu yang terbaik. In shaa Allah. Amin



Thursday, 2 March 2017

Kalaulah tiada pahala dan dosa




Kalaulah di dunia ini tiada pahala dan dosa,
Pasti ramai yang mengaku Raja,
Pasti ramai yang lupa mereka
manusia,
Pasti tiada kenal erti hamba.

Sungguh,
Dosa dan pahala membezakan segalanya,
Kebaikan dan keburukan yang tidak tampak di mata,
Apalah ertinya di bekal?
Yakin di akhirat SANA sudah pasti tiada.

Bila mana datangnya Islam,
Yakinnya tentang Dia,
Muhammad rahmat seluruh alam,
Allah yang Maha Esa,
Membezakan seisi dunia seperti siang dan malam.

Kadang kita,
Melakukan dosa tetapi sukar melakukan pahala,
seperti mana mulut dan mata,
banyak mengata dan membiarkan dosa berlalu saja.

Islam datang dengan asing, kembalinya dengan asing.
Dulunya tiada penampan, penampan kembali runtuh

Wallahualam, Allah lebih mengetahui 😔





Tuesday, 21 February 2017

3 Asal Kemaksiatan




Ada 3 Asal Kemaksiatan:

1)Sombong

(Bila mana Iblis sombong tidak mahu sujud pada Adam AS setelah diperintahkan Allah SWT)

2)Tamak/Rakus

(Bila mana Adam AS menghampiri dan memakan buah khuldi dan menjadi asbab Adam dan Hawa ke dunia; perancangan Allah SWT)

3)Hasad

(Hasad antara Habil dan Qabil)






Monday, 6 February 2017

UjianNya




Kadang, Ujian itu datang,
Sebagai peringatan,
Peringatan buat kita yang selalu lupa,

Kadang, kita lupa,
Terlalu merasa cukup, sempurna,
Sehinggakan lupa pada yang MAHA SEMPURNA.

Kadang, Ujian datang,
juga sebagai peringatan,
Peringatan masa silam,
sama ada kita masih sama atau tidak,
Kerana itu tanda tanda kehidupan yang berputar.

Hidup bukan selalu di atas, ada bawahnya.
Ada silapnya.
Kerana kita manusia, tak lekang dek alpa.

Kembalilah. Itu teguranNya. 😔

"... Sesungguhnya, manusia itu benar benar melampaui batas. Apabila melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya, hanya kepada Tuhanmu tempat kembali(mu)."

#SurahAlAlaq (96:6-8)



Sunday, 5 February 2017

Kasihnya Allah dan Ibu




Bila mana Anak sedih, Ibu tetap merasa,
Bila mana Ibunya sedih, belum tentu anaknya merasa.

Betapa kasihnya Ibu kepada Anaknya

Tetapi Kasih Allah kepada hambaNya 70 lebih dari kasih si Ibu kepada Anaknya.

Wallahualam



Tuesday, 24 January 2017

Road to Graduate, In shaa Allah




Alhamdulillah .. selesai Viva harini ..
In shaa Allah .. akan lebih realiti ..



Saturday, 21 January 2017

Doa untukmu Wanita




DOA Untuk Wanita Solehah

Ya Allah.. Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan padanya maka Jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya .

Engkau telah sentuh hatinya untuk menutup auratnya maka jadikan penutup auratnya memperindah cahaya taqwanya .

Engkau telah indahkan senyumnya maka Jadikan senyumnya selalu mekar untuk menghiasi rumah tangganya.

Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada akal budinya,maka jadikan akalnya meninggikan derjatnya.

Engkau telah memberikan kekerasan hati padanya ,maka jadikan kekerasan hatinya menjadi keteguhan tekad dan ketegaran bagi mimpinya. Namun sisihkan kelembutan untuk mendidik anaknya dan menjaga keluarganya .

Engkau telah tanamkan iman dan taqwa ke dalam hatinya maka Jadikan keimanan dan ketaqwaan yg istiqomah menjadi jiwa kecantikannya .

Jadikanlah jiwa raga dan qalbunya menjadi wanita solehah. Takdirkanlah suami soleh menjadi suaminya. Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya ,Jadikanlah keluarganya menjadi keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah.

Jadikanlah akhir hidupnya kembali pada-MU dengan husnul khotimah.. Amin Ya Allah. .
#untukmuwanita
#muslimah
#dakwah
#doa



Wednesday, 11 January 2017

Pilihan Kita




Kadangkala, kesedihan itu adalah pilihan kita, bukannya dari jalan jalan takdir.

Pilihan yang menetapkan jalan takdir.

Tapi perancangan keduanya; sama ada gembira atau sedih adalah dari Allah Maha Perancang.

Hati hati sebelum menyesal.

Syukur atas kesenangan dan sebaliknya.

Itu tanda HambaNya.



Sunday, 8 January 2017

Rahmat Allah




"Kita ke syurga bukan kerana banyaknya amalan ibadah kita, tetapi kita ke syurga kerana RAHMAT ALLAH SWT. Kita beribadah kepada Allah SWT sebagai tanda syukur kepadaNya. Dan RAHMAT Allah SWT selalu ada pada orang yang bertakwa"

Ustaz Abdullah Khairi di MATIN, Perlis. 8 Januari 2017 bersamaan 11 Rabiulawal 1438H



Sunday, 1 January 2017

2017




Kehidupan kita pada hari hari yang dilalui adalah satu Ujian. Kesemuanya akan dipersoalkan. Sama ada yang baik atau yang buruk.

Tanggungjawab kamu kepada Allah dan Rasululullah SAW. Sama ada kamu bertakwa kepadaNya atau tidak. Sama ada kamu mengamalkan sunnah Nabi SAW atau tidak.

Tanggungjawab kamu kepada Ibu Bapa. Apakah kamu membahagiakan mereka atau lebih membahagiakan diri kamu sendiri?. Apakah kamu menjaga hati mereka yang semakin mudah terusik ketika tua atau lebih menjaga hati kamu sendiri?.

Tanggungjawab kamu kepada Ummah. Adakah apa ada kebaikan yang kamu kongsikan kepada mereka walaupun hanya sekadar doa atau sebenarnya lena dengan dunia yang kamu ada?.

Hari hari sebenarnya mendekatkan kita kepada kematian. Bukannya hanya sekadar hari yang baru, hembusan nafas yang baru, tetapi ajal yang menunggu.

Berapa amal yang telah dilakukan? Berapa amal yang diterima? Walaupun sebenarnya Rahmat Allah SWT yang dipinta di hari sana kelak.

Maaf. Emo sedikit hari ni. Hamba yang selalu naik jatuh imannya dimamah usia. Selamat Tahun Baru 2017



Newer Posts Older Posts Home