Tuesday, 22 July 2014

Takwil Mimpi

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:

”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:

(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,

(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,

(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.

Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

No comments:

Post a Comment