Thursday, 29 January 2015

Cerpen Copypaste

Dunia PenulisanKu

Wednesday, 5 December 2012

Cerpen: Subhanallah...Inikah Cinta?!

“Dunia ini penjara bagi orang-orang mukmin, tetapi syurga bagi orang kafir. Apa pilihan kita? Penjara atau syurga di dunia ini?” soal Ustazah Halimah sambil berjalan dari depan sehingga ke belakang kelas melewati meja anak-anak muridnya.

            “Penjara...” serentak anak-anak muda itu menjawab dengan semangat.

            Ustazah Halimah tersenyum panjang. “Benarkah begitu anak-anak? Apakah kamu semua benar-benar terasa hidup dalam penjara? Atau kamu sebenarnya mengejar syurga dunia?”

            Tiba-tiba Fatehah yang merupakan penolong ketua kelas bangun berdiri. “Ya benar Ustazah. Sememangnya kita sudah menganggap kita hidup secara islam keseluruhannya. Tetapi sebenarnya masih terdapat dikalangan kita yang tidak mampu untuk mengawal nafsu duniawi sehingga melupakan hukum haram dan halal, ustazah. Contohnya berapa ramai pelajar-pelajar sekolah ini yang bercinta tanpa pengatahuan pihak sekolah. Mereka bijak menyembunyikan kerana takut akan hukuman yang akan diterima jika tertangkap. Akan tetapi... mereka tidak sedar yang hukuman dari Allah Azza wa Jalla adalah lebih berat dan tak mungkin dapat dielakkan.” Hujahnya dengan bersemangat lantas kembali duduk di bangkunya.

            “MasyaAllah Tabarakallah, Fatehah...” Ustazah Halimah masih terseyum. “Benar kata kamu Fatehah. Perkara ini sangat penting untuk diperkatakan. Sememangnya cinta antara remaja sekolah semakin meluas dan tidak terkecuali dengan sekolah kita yang memegang title sekolah agama. Jika diluar sana mungkin ada remaja yang kurang kesedaran hukum agama. Lemah imannya. Akan tetapi saya amat kecewa jika ada dikalangan mukmin dan mukminah dalam kelas ini yang atau sekolah ini yang masih meneruskan perkara maksiat seperti itu. Bukankah kalian semua sudah dididik dengan ayat-ayat Allah setiap hari, diperdengarkan dengan hadis-hadis Rasulullah pada setiap hari. Melagukan asma ul husna pada setiap hari di perhimpunan. Tetapi masih lagi terjebak.”

            “Saya ada soalan.” Firdaus mengangkat tangan.

            “Silakan...”

            “Bolehkan Ustazah jelaskan, apa hukumnya lelaki dan perempuan bukan muhrim yang berhubung atas urusan kerja atau untuk mengadu masalah-masalah?”

            Ketika itu ramai yang mengangguk menandakan mereka turut ingin mengatahui jawapannya.

            “Islam itu mudah. Ia tidak menghalang kita untuk mengeratkan silaturahim kerana kita semua adalah bersaudara. Akan tetapi perkara yang haram tetap akan haram dan tidak akan berubah menjadi makhruh. Jika perbualan itu singkat dan sememangnya semata-mata kerana kerja boleh diterima. Jika mula bercakap tentang masalah-masalah lain yang boleh dibincangkan sesama kawan sejenis tidak perlulah. Luahkan masalah anda kepada sahabat sejenis bukannya kepada yang berlawan jenis. Kononya masalah lelaki perlu diluahkan kepada wanita kerana kononya wanita lebih memahami. Itu sudah salah... kerana dari yang kecillah akan menjadi lebih besar. Persahabatan antara lelaki dan perempuan perlu mengikut syarak.”

            Aku menunduk rapat apabila isu itu dibangkitkan. Sedikit sebanyak hatiku terusik. Memori lama mula mengusik kalbu menganggu sanubariku. Ahh... tabahlah hati.

            “ADUH... perkara ini sungguh merunsingkan saya! Kata-kata Ustazah Halimah kembali buat saya kusut” tiba-tiba Siti Mustika atau kami suka memanggilnya Tika merungut dalam perjalanan ke hentian bas di depan sekolah.

            “Semestinya... kamu harus ingat, yang haram itu tetap haram dan tak mungkin berubah menjadi makruh.” Tukas Puteri Nur Hafsah. Hafsah itu nama yang diberi bapanya. Hafsah adalah nama salah seorang isteri Rasulullah s.a.w merangkap anak Amirul Mukminin yang kedua Saidina Umar ra.

            Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala melihat kedua orang sahabatku yang paling akrab sejak kami di tingkatan 1 lagi. Kini mereka bersama-sama lagi di tingkatan 6 atas dan tidak lama lagi mereka akan menamatkan pengajian dan masing-masing mungkin akan berubah haluan.

            “Bukan harus lagi Hafsah...” aku mencelah sambil memandang Hafsah.

            “Tetapi wajib!” serentak aku dan Hafsah menyambung. Memuncung Mustika dibuatnya dan kami terus ketawa mengusiknya. Walaupun kata-kata kami berbaur kebenaran namun kami tidak menyampainya dalam keadaan yang serius. Kami memahami perasaan Mustika. Sangat mengerti!

            “Iya... tetapi kami kan tidak bercinta seperti pasangan lainnya. Dia pun budak tahfiz kan... Lukman banyak mengajar saya apa yang saya tak tahu. Saya pun macam tu juga. Kami sama-sama berkongsi ilmu. Itu pun masih salah?” Mustika berhenti berjalan dan duduk di bangku yang disediakan pihak sekolah di kawasan lapang tidak jauh dari pintu pagar sekolah itu.

            Aku turut melabuhkan punggung disebelahnya. Dan Hafsah sekadar berdiri memandang sahabat kami yang seorang ini. Sungguh dilema nampaknya.

            “Mustika... cinta itu tidak salah. Tetapi orang yang bercinta itu yang salah. No love story in Islam before married. Itulah hakikat yang perlu kita semua terima walaupun ianya pahit. Tetapi... pahit itu kan ubat.” Hafsah mendahului aku untuk memberi pujukan. Atau lebih kepada nasihat sebenarnya.

            “Betul tu... memang kamu couple islamik. Tetapi isu itu cuma matlamat yang menghalalkan cara. Bukankan Allah telah berfirman, jangan menghampiri zina. Maknanya hampir pun sudah haram apatah lagi melakukan zina itu. Nauzubillahiminzalik...”

            Mustika tiba-tiba berubah sebak. “Saya sayang dia. Saya tahu semua ni salah... tapi saya sayang sangat dia.”

            Hafsah mengerdipkan matanya yang mulai bergenang. Aku cuma menarik nafas dan berusaha untuk lebih kuat walaupun hakikatnya aku bukanlah setabah ini.

            “Lukman budak tahfiz, Tika. Bukankah dia sendiri pernah beritahu setiap kali awak dan dia berjumpa pasti dia akan hilang satu juzuk Al-Quran. Sampai kena hafal balik. Awak tak kesian kat dia ke?” Hafsah mengambil tempat disebelah kanan Mustika sambil memegang bahu sahabat kami itu.

            “Ingatlah... apa pun keputusan awak, Tika. Awak kena fikirkan dulu kebaikan agama. Bukan kebaikan untuk diri kita sendiri. Jika memang dia jodoh awak, pasti akan tiba masanya awak akan dipertemu dengannya pada waktu yang sesuai, tempat yang baik dan dalam keadaan yang diredai-Nya. Percayalah... jika kita mencintai Allah. Maka Allah akan mendorong orang yang di cintai-Nya untuk mencintai kita. InsyaAllah...” aku cuba menangkan hati si gadis manis berkulit cerah itu.

            “Terima kasih An-nissa...” Mustika memegang tanganku. Kemudian dia berpaling kepada Hafsah dan mengungkapkan perkara yang sama.

            “Tika... kamu perlu mencontohi sahabat kita yang seorang ini...” Hafsah merenung aku penuh makna. “Dia telah banyak melakukan pengorbanan.”

            Aku tersenyum. “Itu perkara kecil kan? Bukankah rasul terangung kita pernah berkata dalam kemenangan sebuah peperangan menentang orang kafir. Selepas ini kita ada peperangan yang lebih besar. Para sahabat bertanya. Perang apakah ya Rasulullah? Baginda menjawab, perang melawan hawa nafsu.”

************

2 tahun lalu...

            Pelajar-pelajar berpusu di kawasan dewan sekolah untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM. Ketika itu aku sudah memegang sekeping kertas yang menjadi bukti kesungguhan aku selama 5 tahun bergelar pelajar di sekolah ini. Sekolah agama elit yang agak tersohor utara tanah air.

            Aku masih belum mahu pulang. Sebentar tadi aku sudah pun berpelukan bersama guru-guru dan rakan-rakan yang sudah agak lama tidak bertemu sepanjang tempoh menunggu result. Aku ke perhentian bas ditemani sahabatku Hafsah.

            Penantian aku berakhir apabila beberapa buah motorsikal berhenti di hadapan kami. Beberapa remaja lelaki itu membuka helmet masing-masing.

            “Amacam result kau Ustazah An-nissa Sufia?!” soal lelaki itu sambil menjenguk ke tanganku yang tetap memegang kertas itu. Aku pantas mengalihkan tanganku ke belakang.

            Hafsah pula hanya tersenyum-senyum dan berdiri agak kebelakang.

            “Assalamualaikum!” aku tersengih. Main terjah aje mereka ini.

            “Waalaikumsalam.” Serentak mereka menjawab sambil tersenyum seperti kerang busuk.

            “Mana... bak la saya tengok.” Pinta lelaki itu dengan wajahnya yang kacak. Putih kemerahan apabila disimbah cahaya mentari.

            “Ala... nak malu pulak. Tahulah genius. Mat-mat motor macam kami ni lain la cerita. Balik rebus aje result tu bagi biawak makan.” Kata salah seorang rakannya dan ketawa mereka serentak meletus.

            Aku mencebik. “Awak Encik Abid... tunjuk dulu result awak kat saya.” Aku sengaja bermain tarik tali dengan sahabat aku yang seorang ini. Kami dahulu satu kampung dan bersekolah rendah yang sama. Kemudian aku dan sekeluarga berpindah ke Pulau Pinang. Sejak itu kami sudah terputus hubungan apatah lagi setelah aku memasuki sekolah agama. Terus aku melupakan hasrat untuk mencari semula sahabat sepermainan aku dahulu. Ternyata takdir Allah itu hebat! Tidak perlu mencari kerana dia pasti akan datang dengan petunjuk dari Rabb. Tahun lepas kami bertemu secara kebetulan di atas bas.

            “Awak la tunjuk dulu... lady first!” dia sengaja memancing aku.

            Aku mengalah. Lantas aku menghulurkan result aku itu dengan hati-hati. Bimbang akan berlaku persentuhan yang selalu aku jaga dalam persahabatan kami selama setahun ini.

            “Meletop!” Abid melopong. Lantas kawan-kawannya berebut-rebut untuk melihat sehingga hampir terbalik motor mereka.

            Aku sempat melirik melihat Hafsah yang sudah ketawa kecil dengan telatah mereka. Walaupun brutal dengan title mat motor namun mereka sebenarnya baik. Bila-bila masa sahaja mereka boleh datang menghulurkan bantuan. Contohnya dahulu aku tinggal di asrama dan mereka inilah yang selalunya menjadi mangsa untuk kami memesan barang-barang yang dibeli diluar. Kadang-kadang mereka menghantar makanan apabila aku merungut mengidam apa-apa. Contohnya seperti KFC atau Mc Donald! Aku dan Abid kadang-kadang berhubung melalui telefon awam yang tersedia di dalam kawasan asrama. Itu pun cukup terkawal.

            “Ha... nak tengok result awak pulak.” Aku menadah tangan.

            “Nah!” Abid menyerahkannya kepada aku sambil menghidupkan enjin motor.

            Aku terus melihat keputusannya. Dahiku berkerut. “Ini saya punya la!”

            “Bye! Jumpa lagi ya ustazah!” sekelip mata Abid memecut pergi sambil menyarung topi keledarnya. Rakan-rakannya turut memecut sambil ketawa melihat aku yang sudah terkena.

            “Ish! Teruk betullah... jaga la awak Abid!” aku berdengus marah.

            Hafsah juga sudah ketawa lepas di belakang. Aku memusingkan badan dan mempamerkan wajah yang masam kepadanya.

            “Unik betullah kawan-kawan awak tu, An. Tapi... dia orang nampak baik walaupun... yelah mat motor.”

            Aku mengangkat bahu. “Macam itulah... walau seteruk mana pun Abid. Saya berkawan dengan dia kerana Allah. Mudah-mudahan dia dapat pertunjuk. Saya selalu doakan dia. Supaya suatu hari nanti dia jadi seorang yang berguna.” aku yakin Hafsah dapat melihat wajahku yang gundah.

            “An... hati-hati. Jangan melabuhkan hati ditempat yang salah. Ya, saya tahu Abid tu baik. Tetapi... awak tak boleh bersama dengan dia. Awak dan dia berada di haluan yang berbeza.” Ujar Hafsah yang sememangnya amat mengerti.

            “Tak adalah... saya cuma anggap dia kawan.”

            “Dari mata awak, An-nissa... senyuman awak boleh tipu saya. Tapi... mata awak tak mampu menyembunyikan kata-kata hati awak.”

            Aku terdiam. Terkedu dan terkesima semuanya bercampur baur. Abid... haluan kami terlalu berbezakah?

*********

            MALAM itu aku termenung di dalam bilik. Selepas pertemuan petang tadi dengan Abid dan rakan-rakannya. Aku jadi tidak keruan. Entah kenapa hatiku begitu berdegup kencang apabila terpandang wajahnya. Adakah ini cinta atau hanya perasaan anak-anak sekolah?

            “Adik akak buat apa tu?” tiba-tiba aku disapa. Tersentak aku dibuatnya dengan kehadiran Kak Hawa. Kakak sulungku yang kini masih menjadi mahasiswa di Cairo. Dan dia pulang kerana sedang bercuti semester.

            “Petang tadi...” aku mengumpul semangat. “Nissa berjumpa dengan Abid, kak.”

            “Masya Allah... kenapa masih berjumpa. Ibu dan abah kan sudah pesan jangan bergaul dengan mereka.” Kak Hawa ternyata terkejut sehingga berkerut dahinya yang putih melepak. Wajahnya amat jelita sehingga mewajibkannya berniqab. Supaya terjauh dari fitnah dan pandangan dari lelaki yang mempunyai penyakit dalam hati.

            “Mereka itu baik, kak. Nissa tidak sampai hati nak beritahu nak putus kawan. Sebab dulu dia orang banyak bantu Nissa dengan kawan-kawan.” Aku mula terasa air mataku tertumpah.

            “Bukan putus kawan. Cakaplah perkara yang sebenar, tiada persahabatan antara lelaki dan wanita tanpa tujuan. Nissa selalu berjumpa dengan mereka atas urusan tidak penting seperti hantar barang dan tanya khabar. Itu sudah jatuh hukum haram. Kerana Nisa boleh aje minta tolong abah atau kawan-kawan perempuan lain yang tinggal kat luar untuk belikan barang. Nisa... sedarlah. Hukum yang Allah tetapkan itu sudah cukup cantik dan indah untuk kita ikuti. Ya... sekarang ramai remaja yang sudah terbiasa bergaul dengan lelaki bukan muhrim. Dengan alasan tidak mengapa bukannya bercinta. Cinta atau bukan ia tetap haram. Seperti mana kita membuka aurat di depan sepupu mahupun abang ipar. Itu semuanya haram walaupun kita sudah anggap mereka itu seperti saudara.”

            “Sepertinya mana juga dengan cinta... cinta itu fitrah tetapi cinta sebelum kahwin itu fitnah!” sambungnya setelah beberapa saat kerana aku masih lagi menangis.

            “Nissa... Nissa sayang dia, kak.” Akhirnya aku meluahkan juga apa yang terpendam.

            “Subhanallah...” Kak Hawa memekup mulutnya latas menarik aku dalam pelukannya.

            “Sayang... dengar sini. Akak faham perasaan itu. Semua kita pasti akan diuji oleh perkara-perkara ini. Tidak terkecuali akak, malah abang Humam kita. Akan tetapi terserah kepada kita bagaimana kita mahu mentadbir diri kita sendiri. Jika kita kalah dengan nafsu, maka kita akan binasa. Jika bertahan kita juga akan mendapat pahala sayang...” pujukan Kak Hawa terasa mengalir sejuk ke dalam hatiku walaupun aku masih tidak mampu menahan tangisan.

            “Pahala yang bagaimana, kak?” soalku dalam serak.

            “Pahala jihad... jihad melawan hawa nafsu.” Kak Hawa tersenyum sambil menyeka air matanya.

            Aku melepaskan pelukan Kak Hawa dan memandangnya dengan pilu. “Akak sudah berjihad?”

            “Alhamdulillah... akak dapat melepaskan cinta itu kerana dijemput Dia.”

            “Maksud akak?” aku makin keliru. Semestinya aku yang masih mentah mana mungkin akan fahami bahasa orang dewasa malah berilmu seperti Kak Hawa.

            “Allah menjemput akak untuk mencintai-Nya. Allah menjemput akak untuk kembali kepada-Nya. Jadi...setelah menemui cinta yang lebih hakiki, maka cinta kepada makhluknya pasti akan mudah dilepaskan.” Kak Hawa masih tersenyum. Kelihatan penuh ketenangan di wajahnya.

            “Kenapa akak lepaskan?” aku ingin tahu lebih.

            “Dik... Cinta manusia, manusia akan pergi. Cinta kumbang, kumbang akan lari. Cinta bunga, bunga akan layu. Cintailah Allah... Dia tetap ada tidak pernah mati. InsyaAllah... tidak perlu akak mencari cinta. Kerana jodoh akak pasti akan datang. Bagaimana caranya akak cuma mampu berdoa supaya dipermudahkan oleh Rabb dan pertemuan itu dalam keadaan yang diredai-Nya.”

*********

            Aku menunggu Abid di tempat biasa. Hari ini aku tidak ditemani sesiapa. Aku mengambil keputusan yang paling berani untuk berjumpa berdua sahaja dengan Abid. ‘Ya Allah permudahkanlah urusan aku. Ya Rabb berikanlah aku kekuatan.’ Aku tidak putus-putus berdoa.

            Abid tiba dengan senyuman yang amat manis. Aku terkedu sehingga terasa ingin menangis. Aku sudah terjatuh sayang. Aku sudah melabuhkan hati di waktu dan juga mungkin orang yang salah. Setiap wanita pasti inginkan seorang lelaki yang mampu menjadi pemimpin dalam gubuk rumahtangga. Yang mampu menjadi imam tika solat, menjadi ayah kepada anak-anak yang soleh dan solehah dan seorang suami yang mencintai Allah dan rasul-Nya melebihi isterinya. Itulah lelaki impian Kak Hawa. Dan aku aku sendiri tidak mampu membayangkan perkara sejauh itu lagi ketika di usia seperti ini.

            “Kak Mah, teh tarik satu, kaw punya!” jerit Abid kepada Kak Mah. Tauke warung itu yang selalu menjadi tempat lepak Abid dan rakan-rakannya. Abid memakai jaket tanpa lengan dengan t-shirt putih di dalamnya. Seluar jeans pula koyak-koyak dan rambut tercacak seperti terkena petir. Sekali imbas memang menyakitkan mata aku. Akan tetapi ada satu daya tarikannya yang entah kenapa mengkaburkan segala kekurangannya itu. Aku mengeluh.

            Ya... kekacakannya. Itulah yang membuat aku tertarik sejak bertemu semula ketika diusia remaja. Jika di zaman sekolah rendah dahulu masing-masing comot.

‘Yang penting bukannya kacak dik, cukuplah wajahnya ada ‘nur’. Pasti akan cerah hati kita memandangnya. Itulah cinta bukannya nafsu.’ Kata-kata Kak Hawa tiba-tiba menyapa deria dengar aku.

“Awat ni Ustazah An-nissa Sufia? Cek tengok macam banyak masalah ja!”

Aku tidak berani memandangnya. Lagipun aku sentiasa merendahkan pandangan jika berhadapan dengan lelaki akan tetapi lain pula caranya jika aku bertemu Abid. Aku seperti ralit memandang wajahnya. Kali ini biarlah aku tidak melihat wajah itu.

“Dia mai dah malu dia... ni hang dok dengan aku la. Bukan orang lain! Nak malu buat apa!”

“Ish, awak ni.” Aku mengangkat muka dan menentang matanya.

Sesaat mata kami bertentang. Abid terlebih dahulu melarikan matanya. Aku pula sudah terasa debar di hati. ‘Astagfirulullahalazim...’ aku cuba mengawal riak wajahku.

“Er... aku nak cepat ni. Kau apa cerita ni?” Abid bertukar gelisah. Serba tidak kena dia dibuatnya.

“Awak tahu kan... saya...” aku terasa bibirku bergetar sama hebat dengan jantungku yang terlalu laju mengepam darah. “Saya... saya ni belajar agama. Tapi, saya dah langar peraturan sebagai seorang pelajar sekolah agama malah yang paling besar saya dah langgar hukum Allah.” Aku berhenti setakat itu untuk menanti riaksinya.

Abid ketawa kecil. “Nanti, nanti.” Abid mengangkat tangannya seperti menyuruhku stop. “Aku faham...” Abid mengangguk. “Aku ni sampah masyarakat aje. Mana sesuai nak berkawan dengan kau kan?”

“Ya Allah, Abid. Bukan macam tu saya tak pernah anggap awak macam tu.”

Perbualan kami terhenti sejenak apabila pekerja Kak Mah menghantar minuman yang dipesannya tadi.

“Kalaulah saya ni budak sekolah arab, Maahad Tahfiz ke. Mesti awak tak malu dengan saya kan?” sambungnya kemudian dengan selamba menghirup teh tariknya itu.

“Tak... bukan!” aku menepis kata-katanya. ‘Kenapa ni? Kenapa dia tak mengerti?’

“Tak apa. Saya faham. Saya tak kisah pun. Awak ada ke, awak tak ada ke sama aje.  Kita kan kawan. It’s okay.”

Aku terkedu. Sungguh aku terkedu tika ini. “Awak memang... anggap saya macam kawan biasa kan?”

“Absolutely right! Okeylah... awek aku dah lama tunggu aku tu. Merajuk pulak kang susah. Aku pergi dululah.” Abid bangun berdiri dan aku turut bangun.

“Awak... awak tak nak ucap apa-apa sebelum pergi?” aku menahan sebak. Apatah lagi mendengar perkataan ‘awek’ yang baru disebutnya.

“Macam ni Ustazah An-nissa Sufia. Hidup la lebih baik dari saya. Carilah orang yang lebih baik dari saya. Dan ingat la pesan saya ni, mencintai orang yang tidak mencintai kita itu parah, dan mensia-siakan yang mencintai kita itu padah. Assalamualikum.” Ucapnya dengan tenang malah sempat dia melemparkan sebuah senyuman terakhir kepada aku sebelum keluar dari warung itu dan terus menghilang.

Aku terduduk kembali, aku menangis tanpa memeperdulikan orang sekeliling yang memerhati. Biarkan! Hari ini aku ingin sematkan sebagai hari yang paling mendukacita dalam hidup aku, malah mungkin hari yang paling memalukan! Aku sudah tidak peduli lagi!

*********

Hari ini...

            Aku tersenyum melihat kemesraan Kak Hawa dan Abang Farhan, sepasang pengantin baru yang sangat bahagia. Pulang sahaja dari Cairo tahun lepas selepas tamat pengajiannya Kak Hawa bertunang. Dan dua bulan lepas mereka melansungkan perkahwinan dalam suasana yang sederhana. Apa yang penting mendapat keberkataan. Kata Ibu, tidak perlu berhabis untuk majlis yang grand akan tetapi ‘tetamu terhormat’ iaitu malaikat rahmat tidak berkunjung. Manakan tidak, adakah malaikat rahmat akan masuk ke majls yang ada bunyi-bunyian lagu yang melalaikan, atau majlis yang tetamu lelaki dan wanita bercampur. Alhamdulillah... walimatulurus yang dibuat oleh abah dan ibu mendapat pujian dari sahabat-sahabat abah yang rata-ratanya orang-orang alim dan para ulama. Walaupun abah tidak berbangga akan tetapi abah berharap perkara ini boleh menjadi contoh kepada orang lain.

            Berbalik kepada cerita Kak Hawa. Ketika abangku Humam menemani Kak Hawa ke klinik kerana demam, doktor wanita yang bertugas tiada dan terpaksa ke bilik rakan kongsinya iaitu Dr. Farhan. Rupanya Dr. Farhan sahabat lama Abang Humam. Terjadi kebetulan yang lur biasa di situ. Ternyata rencana Allah itu lebih hebat dari apa yang manusia rancang. Ditakdirkan Dr. Farhan jatuh hati kepada Kak Hawa dan terus menghubungi abangku beberapa hari kemudian untuk menyampaikan hasratnya. Sudah jodoh... Kak Hawa juga sebenarnya sudah jatuh hati ketika kali pertama melihat Dr. Farhan.

            Aku menghampiri Kak Hawa yang keseorangan apabila Abang Farhan bangun untuk ke bilik air. Kami duduk di ruang tamu bersama ibu dan abah. Abang Humam pula berada di luar negara atas urusan kerjanya sebagai juruterbang.

            “Kak... Nissa happy sangat tengok kakak sekarang. Mungkin inilah hikmah yang akak tunggu selama ni.” Aku membisik supaya ibu dan abah yang menonton ceramah agama di TV itu tidak mendengar kata-kataku.

            “Alhamdulillah... Allah pasti akan menunaikan janjinya kepada hambanya yang bersabar. IsnyaAllah... Nissa akan menjumpainya apabila tiba masanya kelak.” Kak Hawa mengenggam tanganku erat.

            “Bagaimana dengan permohonan kemasukan ijazah kamu, An-nissa?” Soal abah secara tiba-tiba. Ibu juga terus melarikan matanya dari tertacap di kaca TV dan menumpu perhatian kepada aku.

            “Alhamdulillah abah... semuanya sudah selesai. Cuma tunggu keputusan dalam dua bulan lagi.”

            Abah kelihatan mengangguk berpuas hati.

            “Kenapa kamu memilih Jakarta, sayang? Tidak mahu mencuba di Cairo atau Jordan?” Ibu pula menyoal dan aku hanya tersenyum.

            “Setelah tiga malam berturut-turut Nissa bermusyawarah dengan-Nya. Itu jawapan yang paling Nissa rasa sesuai ibu, abah. Mudah-mudahan ada kebaikan yang menanti di masa hadapan, isnyaAllah.” Aku meluahkan dengan yakin dan aku lihat Kak Hawa juga turut meyampaikan senyuman setuju. Ya, aku bakal menamatkan pengajian di tingkatan enam atas beberapa bulan saja lagi dan sahabat aku seperti Hafsah san Mustika masing ingin menyambung di Cairo jika ada rezeki. Cuma aku sahaja yang bertukar angin. Apa yang pasti aku mahu pengalaman yang berbeza dengan saudaraku yang lain.

            “Di mana pun kita belajar, niat harus betul kerana Allah. Barulah ilmu yang dituntut itu berkat kemudiannya menjadi bermanfaat. Sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang dimanfaatkan di jalan Allah.” Celah Abang Farhan yang baru tiba di ruang tamu, dia mengambil tempat di sebelah kiri Kak Hawa kerana aku duduk di tempatnya tadi di sebelah kanan. Aku mengangguk mengerti. Abang Farhan adalah kelulusan universiti di mesir dalam bidang perubatan.

            “Amin... mudah-mudahan.” Sambung Kak Hawa.

            “Abah yakin anak abah yang seorang pasti akan membawa pulang kejayaan, InsyaAllah. Pergilah nak... abah dan ibu sentiasa merestui.” Ujar Abah.

            Aku bertambah semangat mendengar sokongan dari keluarga tercinta yang menaruh harapan besar kepadaku. Aku ingin berjaya, seperti Abang Humam yang menjadi juruterbang dan selalu menghantar jemaah haji ke Makkah mahupun Madinah. Kak Hawa pula kini menjadi guru agama di sekolah, walaupun kerjanya tidak bergaji lumayan. Kak Hawa tetap mencintai kerjayanya itu. Mendidik para mujahid dan mujahidah masa hadapan. Kemudian, aku juga ingin berjaya seperti abah. Abah menjadi pembantu Mufti negeri menyambung jejak datukku yang pernah menjadi Mufti. Ibu... ibu pula adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Dahulu ibu juga pernah bekerja sebagai peguam. Namun berhenti setelah melahirkan aku untuk menumpukan kepada keluarga. Aku mahu menjadi seperti mereka. Ya Allah permudahkanlah...

*********

Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.

            Aku melangkah sopan menuju keluar dari dewan kuliah dengan penuh buku-buku ditangan. Hari ini Prof Ahmad Jaya seperti ingin mendera kami pula dengan menyuruh membawa beberapa buah buku-buku rujukan serta kitab yang berkaitan dengan pengajian dalam kelas pada hari ini. Bilik kuliah yang terletak di hujung sebelah kanan di Fakulti Syari’ah dan Hukum semakin jauh aku tinggalkan. Aku berjalan untuk kembali ke kolej kediaman. Alhamdulillah... walaupun sudah di semester akhir aku masih berpeluang tinggal di dalam universiti. Ini kerana aku agak aktif dalam persatuan-persatuan dan memegang beberapa jawatan terpenting.

            “Bagaimana perkembangan novel kamu ya, An-nissa?” Soal sahabatku Mawardah. Gadis kelahiran bumi serambi makkah yang amat cantik dan manis.

            Kami berjalan bersama menyusuri kawasan Falkulti Ushuluddin untuk ke kawasan kolej kediaman kami yang terletak tidak jauh dari kawasan falkulti tersebut.

            “Alhamdulillah... sudah di peringkat akhir. Ini semua bantuan dan tunjuk ajar dari semua sahabat dan para pensyarah kita. Sungguh... saya banyak belajar tentang ilmu penulisan di sini.”

            “Syukur... berdakwah melalui penulisan amat berkesan pada ketika ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Amin...” Ujar gadis itu dengan ceria.

            Aku hanya mampu mengangguk dan senyum. Ya, inilah sesuatu yang aku tidak sangka yang mampu aku lakukan walaupun hasilnya masih samar-samar. Tiga tahun aku mengkaji tentang penulisan akhirnya aku hampir berjaya menyiapkan sebuah novel islamik. Semuanya dengan izin-Mu Rabb. Terima kasih Tuhan!

**********

            Masa yang berlalu membuatkan aku semakin matang dan mulai memahami rencana Allah dalam hidup aku. Benar kata-kata ustazah dahulu ketika aku di alam sekolah yang diambil dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. Aku bahagia... aku amat bahagia hidup dalam penjara yang luas ini. Aku bebas berjalan namun ada hadnya. Aku bebas mencari ilmu tetapi ada landasannya, aku bebas bergaul namun tetap ada batasnnya.

            Jika kita mahu mencium syurga akhirat perlulah kita mengorbankan syurga dunia. Jika kita tetap mahukan kenikmatan dunia bersiap sedialah kita untuk penjara di neraka. Sesungguhnya Neraka itu seburuk-buruk penjara untuk mereka yang ingkar sehingga tiada lubang sekecil jarum pun untuk melarikan diri. Warden penjaranya bukan sebarangan malah mereka adalah malaikat Allah yang tidak pernah ingkar dengan suruhan-Nya dan akan melayan penghuninya dengan sekasar-kasarnya melibihi di penjara dunia.

            Kini aku semakin dewasa. Setelah menamatkan pengajian sarjana di Jakarta. Aku bekerja sebagai pembantu pensyarah di Universiti Sains Malaysia untuk mendidik anak-anak bangsa. Di samping itu aku menjadi penulis dan karyaku sudah diterbitkan. Syukur, aku mendapat rezeki dari Allah dengan keberkatan doa sehingga berjaya meyampaikan dakwah melalui bidang ini. Alhamdulillah...

            “Sudah tiba masanya An-nissa memulakan hidup baru, sayang. Jika Nissa tidak ada calon. Serahkanlah kepada abah. Yang penting Nissa bersetuju dengan pilihan kami.” Tutur ibu dengan penuh teratur pada malam itu selepas makam malam.

            Aku terkedu sebentar. Sudah agak lama ibu tidak mengeluarkan isu ini kerana aku pernah mengatakan aku tidak bersedia suatu masa dahulu. Kini isu ini bangkit lagi, bagaimana aku harus putuskan?

            “Nissa... Nissa serahkan saja kepada abah dan ibu.” Ujarku perlahan. Mungkin inilah yang terbaik. Ibu ternyata gembira sehingga mengalirkan air mata. Aku turut sebak. Oh, Tuhan. Jika ini bisa memberi kebahagiaan pada kedua orang tuaku, aku reda ya Rabb.

*********

            Sebulan sudah aku menjadi tunangan orang. Hatiku masih hambar, malah masih keliru walaupun sudah berkali-kali aku menunaikan solat istikharah. Aku hanya mampu berdoa supaya keputusan ini adalah yang terbaik. Zamrul adalah nama tunanganku, bekerja sebagai guru agama di sebuah madrasah. Lulusan Universiti Al-Azhar sama seperti Kak Hawa. Rupa parasnya baik, aku cuma melihatnya sekali ketika majlis pertunangan itu. Selepas itu kami lansung tidak bertemu mahupun berhubung. Namun, aku terkejut pada suatu hari aku mendapat panggilan darinya.

            “Awak tak kisah ke, saya ni cuma guru pondok. Awak kan pensyarah.”

            Aku tiba-tiba terasa hairan. Kenapa ayatnya seperti ingin memprovok, kenapa mesti mempersoalkan perkara itu yang sudah lama aku ketahui.

            “Susah atau senang itu ujian dari Allah. Dan apa-apa sahaja yang datang dari Allah itu sebenarnya yang terbaik untuk kita. Saya rela hidup sederhana jika itu lebih membuatkan saya tawaduk, daripada saya hidup senang dan itu akan membuatkan saya ujub dan riak.” Balasku tenang.

            Aku terdengar hela nafasnya menghembus perlahan. “Kalau saya mahu awak berhenti kerja awak setuju atau tidak?”

            Aku terdiam sebentar. Ya, Allah... mengapa aku diuji sebegini? “Jika itu yang terbaik... untuk agama, untuk awak, malah untuk rumahtangga kita. Saya rela...”

            “Rela atau reda?”

            Hatiku semakin sesak. Mengapa Zamrul seolah-olah ingin mengujiku?!

            “Maafkan saya... saya ikhlas terima awak, jadi awak tak perlu risau dengan apa yang terjadi masa hadapan. Saya akan cuba untuk menjadi isteri solehah walaupun ianya sesukar mana. Tetapi, seandainya awak ragu-ragu dengan saya. Lebih baik awak melipatkali gandakan istikharah. Yang baik itu datang dari Allah, yang lemah itu datang kita. Assalamualaikum.” Aku terus memutuskan talian.

*********

            Sebelum melansungkah pernikahan di hujung bulan ini aku tidak sanggup lagi menahan rasa resah yang menggunung. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi menunaikan umrah selama dua minggu. Keputusan aku itu tidak dibantah oleh abah dan ibu kerana mereka mengerti perasaan aku. Aku perlu benar-benar tenang sebelum menjalani hidup baru. Sudah lama aku berdoa dan setiap malam aku bermimpikan Kaabah Baitullah. Sehingga hatiku menjadi amat tenang. Allah menjemputku sehingga hatiku sungguh terasa ditarik-tarik untuk kesana.

            Penerbangan yang mengambil masa beberapa jam itu membuatkan aku terleka memikirkan masa hadapanku dengan Zamrul. Manakala disebelahku Abang Humam yang menemani. Turut menyertai Kak Hawa dan suaminya. Mereka duduk di hadapan kami. Aku terlelap sebentar namun aku termimpikan sesuatu sehingga aku terjaga. Aku beristigfar berkali-kali. Aku terlihat seseorang di dalam mimpiku. Subhanallah...

            Pesawat yang kami naiki akan mendarat di Madinah, oleh itu kami niat ihram di miqat yang terhampir iaitu di Bir 'Ali. Setiba sahaja di tanah suci kedua umat islam itu aku terus sebak. Sehingga hampir terjatuh melutut, mujurlah Abang Humam memaut tanganku. Aku terasa amat hiba, dan hatiku berdegup-degup. Demi Tuhan, sudah lama hatiku tidak berdegup sekencang ini dan kali terakhir adalah...

            “Kita akan pergi berjumpa dulu dengan tour guides kita. Kawan saya dah urus semuanya dah.” Ujar Abang Farhan sambil memunggah bagasinya.

            “Orang arab ke?” tanya Abang Humam. Aku hanya mendengar.

“Tak, pelajar Malaysia yang buat part time. Budak Universiti islam Madinah.”

“MasyaAllah... hebatlah. Bukan senang nak masuk universiti tu. Semuanya pelajar terpilih yang ditaja kerajaan Arab Saudi. Setahun berapa ratus orang aje yang terpilih. Abang dulu pun tak dapat. Memang macam nak menagis jugaklah.” Luah Abang Humam tanpa segan.

Aku hanya tersenyum. Manakala Kak Hawa ketawa kecil. “Sebab tu abah frust. Yelah abah kan alumni univesiti tu.”

Abang Humam mencebik kemudian dia ketawa. Nak buat macam mana, rezeki di tangan Tuhan.

Hampir seminggu kami di Tanah Suci aku semakin terasa jiwaku terisi. Aku terlupa segala masalah yang selama ini membelenggu. Aku banyak beriktikaf sehingga lewat malam di Masjidil Haram. Memuji-muji Allah sehingga terasa kering bibirku. Esok pula kami akan melawat sekitar luar kawasan Masjidil Haram.

            “Kita akan pergi ke Padang Arafah dimana terletaknya Jabal Rahmah. Tapi, saya akan serahkan kepada kawan saya. Saya terpaksa balik ke kampus kerana ada urusan.” Ujar Ahmad Safwan ketika kami berkumpul di hadapan bas.

            “Di mana dia sekarang?”soal Abang Farhan.

            “InsyaAllah... dia tunggu di Jabal Rahmah.” Beritahu pemuda itu sambil bersalam dengan Abang Humam dan juga abang ipar aku. Kemudian dia terus berlalu pergi.

            “Eh! Nanti macam mana kita nak cam kawan dia?” tiba-tiba Kak Hawa bersuara.

            “Padang Arafah kan... tempat mustajab doa.” Aku menyampuk sambil tersengih. Kemudian mereka turut mengangguk mengerti maksud yang aku sampaikan. Segalanya akan dipermudahkan di bumi Allah yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

*********

            Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah adalah tempat pertemuan Adam dan Hawa yang sudah sekian lama terpisah setelah diturunkan dari syurga. Untuk melihat batu putih tempat penanda pertemuan penuh bersejarah itu aku perlu mendaki bukit batu yang agak curam. Kak Hawa tidak mahu memanjatnya dan sememangnya lelakilah yang selalunya naik sehingga ke atas. Wanita pula jarang, mungkin aku ini terlebih brutal la pulak!

            Aku berjaya sehingga ke atas. Aku terasa sebak sekali lagi. Disinilah... pertemuan yang paling indah pernah terjadi untuk bapa dan ibu kita Adam dan Hawa. Aku memejam mata untuk berdoa. Lama...

            “Assalamualaikum...”

            Aku pantas membuka mata. Sapaan dari belakang itu aku terdengar dengan jelas. Aku perlahan-lahan menoleh.

            “Wa... waalaikumsalam...” terketar-tetar bibirku menjawab salam itu. Mataku segera ditundukkan. Subhanallah... ya Rabb, pertemuan apakah ini? Semua ini benar-benar sama seperti dalam mimpiku itu... ketika aku di atas kapal terbang meredah awam biru.

            “Apa khabar Ustazah An-nissa Sufia?” pemuda lengkap berjubah itu berdiri tegak di depan aku dengan tangannya dikilas ke belakang.

            “Alhamdulillah... baik.” Aku terasa air mataku menitis sehingga jatuh ke batuan. Ya, Allah...ya Allah... ya Allah... aku cuba menyeru kekuatan.

            “Subhanallah... terima kasih ya Rabb.” Aku terdengar getar suaranya menyebut kalimah itu sehingga mencucuk sehingga ke dasar hatiku yang paling dalam.

********

            Kami semua duduk semeja di meja bulat sebuah restoran. Abang Humam dikananku, Kak Hawa dikiri. Manakala pemandu perjalanan kami duduk berhadapan denganku.

            “Dengar cerita, Abid kawan zaman sekolah An-nissa. Tak sangka ya kebetulan macam ni. Masya Allah...” ucap Abang Humam yang ternyata gembira.

            “Ya, sebenarnya kebetulan juga saya kena ganti Safwan. Mujur saya tak ada kuliah beberapa hari ni.” Kata Abid dengan tenang.

            Perasaanku mulai kacau bilau. Bagaimana Abid boleh menjadi pelajar universiti Islam Madinah yang tersohor ini. Subhanallah... hamba Allah yang dahulu aku pernah menyangka tiada masa hadapan itu kini berada di depanku. Seorang mahasiswa yang belajar di bumi suci yang penuh barakah. Adakah lagi tempat yang lebih baik dari tempat ini untuk menuntut ilmu? Tanah yang bersemadinya tubuh manusia yang paling mulia Allah ciptakan di muka bumi. Mereka bebas untuk membuat umrah atau haji pada setiap tahun, semestinya mereka adalah manusia-manusia yang terpilih menjadi tetamu Allah untuk menuntut ilmu di tempat ini. Subhanallah...

            “Dulu belajar di mana?” soal Abang Farhan pula.

            “Aa...” Abid kelihatan serba salah. Aku sempat menangkap anak matanya.

            “Awak belajar kat mana dulu? awak tak pernah beritahu saya pun kan nama sekolah awak?” tembak aku dengan pantas. Aku mulai merasai sesuatu.

            “Maafkan saya, An-nissa Sufia. Saya dulu memang pelajar Maahad Tahfiz. Saya malu nak beritahu awak. Yela... kan saya suka join dengan mat-mat motor.” Luahnya jujur.

            Aku tersandar di kerusi dengan lemah. Ya, Allah... hanya itu yang aku mampu katakan. Dan aku dapat merasakan tangan kiri Kak Hawa mengenggam erat tangan kananku memberi sedikit kekuatan.

**********

Dua tahun kemudian...

            Wanita berkot kemas dengan lilitan selendang berwarna kuning emas duduk dengan tegak sambil tersenyum di hadapan camera. Setelah jurukamera itu memberi isyarat wanita itu terus memulakan bicaranya.

            “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... alhamdulillah kita bertemu semula dalam rancangan Kerjaya Muslimah. Pada minggu ini kita ada seorang wanita yang kita jemput untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau yang sedang berada di kemuncak sekarang ini. Beliau adalah Cik An-nissa Sufia, apa khabar?” Soal pengacara itu dengan ramah.

            “Alhamdulillah, baik.” Aku menjawab ringkas.

            “Alhamdulillah... Cik An-nissa Sufia ini seperti sudah dikenali ramai ya. Seorang penulis muda yang berdakwah melaui penulisannya. Baru-baru ini filem yang diadaptasi dari novelnya sudah memecah panggung dan menjadi filem terbaik tahun ini. Malah fenomenanya menghampiri kehebatan filem unsur islam dari Indonesia yang pernah gah suatu masa dahulu. Jadi, kita mahu beliau kongsikan sedikit tentang bagaimana beliau boleh menghasilkan sebuah karya bermutu seperti itu yang benar-benar berkesan di hati penonton dan pembaca. Silakan...”

            “Alhamdulillah syukur kepada Rabb, yang meminjamkan kebolehan itu kepada saya. Sebenarnya... saya pernah berlajar di Jakarta. Di sana saya mengenali beberapa tokoh penulisan novel-novel islam yang merupakan pensyarah-pensyarah saya. Mereka benar-benar hebat ya, saya menimba sebanyak mungkin ilmu dari mereka. Cerita tentang cinta dalam islam ini perlu ditulis dengan benar-benar. Matlamat tidak menghalalkan cara. Salah seorang guru saya menasihati, jika mahu menulis novel cinta islam perlu ingat sesuatu. Tiada cinta sebelum nikah. Titik! Itu katanya... jadi salah jika kita menulis kisah cinta remaja menurut islam atau sebagainya. Itu tetap salah dan kita perlu jujur dalam berdakwah. Apabila kita jujur maka Allah pasti akan menolong kita.”

            “MasyaAllah... hebat ya hebat. Ini yang saya suka ingin meminta pendapat Cik An-nissa. Boleh terangkan kepada penonton remaja diluar sana yang keliru dengan dongeng cinta islamik itu?” Soal pengacara itu dengan berhemah.

            Aku tersenyum sebelum meneruskan bicara. “Ya, benar. Itu dongeng belaka, zina itu ada bayak cabangnya. Saya juga pernah disoal tentang ini oleh pelajar saya. Mereka berkata. Kami bercinta demi Allah, kami tidak seperti pasangan lain. Kami tidak berjumpa malah jika berhubung pun berbicara tentang hal-hal agama. Saya katakan kepada mereka. Iya benar... semua itu enak dipandang manusia, apa kamu fikir apabila Allah izin itu bermakna Allah suka? Dengan izin Allah kamu dapat bercinta, ya semua yang berlaku pasti dengan izin Allah. Akan tetapi ingatlah... jangan guna nama Allah untuk perkara yang terang-terang dilarangnya. Berdosa! Apabila kamu merindui kekasih kamu, itu zina hati. Apabila kamu menyatakan rindu kepada kekasih kamu, itu zina lidah. Dan apabila kamu melihat gambar kekasih kamu untuk melepaskan rindu, itu zina mata. Dan apabila kamu mendengar kata-kata rindu dari kekasih itu, itu zina telinga! Mustahil pasangan bercinta itu tidak rindukan kekasihnya kan?”

********

            Usai sahaja sesi wawancara itu aku bersedia untuk pulang. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam kereta yang diparkir di basement bangunan stesyen televisyen itu aku ditegur.

            “Tahniah... untuk kejayaan filem itu.” lelaki itu menghulurkan sejambak bunga.

            “Maaf... saya tidak boleh terima bunga ini. Walau apapun tujuannya. Terima kasih, saya harap hidup awak sentiasa diberkati Allah.” Aku terus memberi salam dan terus meminta diri.

            Dalam perjalanan itu air mataku berguguran. Sungguh, aku benar-benar tidak menyangka hidup aku diuji sebegini hebat. Walaupun luarannya aku kelihatan tabah, hakikatnya aku juga wanita biasa. Dua tahun lalu, ketika bertemu kembali dengan insan yang pernah bertakhta di hatiku di zaman anak-anak sekolah, aku mula merasai perasaan yang sudah lama aku kuburkan itu kembali tumbuh dan hidup. Hanya Allah sahaja yang tahu.

            “Saya dengar awak sudah bertunang, An-nissa Sufia...” tenang Abid menghantar pertanyaan ketika itu. Aku yang baru sahaja selesai solat isyak mahu melangkah pulang ke hotel untuk mengemas barang kerana esokan hari kami akan pulang ke Malaysia. Tiba-tiba aku dan Kak Hawa bertemu Abid di depan pintu King Abdul Aziz. Jantungku seperti mahu luruh namun aku hanya mampu beristigfar. ‘Janganlah kau bertindak yang tidak-tidak wahai hati.’

            Aku menoleh sekilas memandang Kak Hawa yang berdiri di sebelah. Wanita itu tidak mampu menjawab bagi pihak aku. “Ya... insyaAllah, hujung bulan ini majlis nikahnya.” Bergetar bibirku menuturkannya. Mataku mula bergenang. Entah kenapa aku mudah bersedih!

            “Alhamdulillah... semoga An-nissa Sufia berbahagia bersama bakal imammu. Semoga awak menjadi ratu di hatinya di dunia ini, dan menjadi bidadarinya di mahligai Jannah kelak. InsyaAllah.”

            Aku masih tidak memanggung memandangnya, oleh itu air mataku sekali lagi menitis ke lantas Masjidil Haram yang dingin. Kak Hawa pantas memaut bahuku.

            “Saya harap... air mata awak itu akan menjadi mutiara hikmah di syurga kelak, An-nissa Sufia. Saya minta diri dulu... assalamulaikum.”

            Tatkala aku memanggung kepala kelibat Abid sudah hilang disebalik para jemaah lain. Ketika itulah lututku bergoyang dan aku terjatuh dilantai.

            “Nissa sudah mempertahankan agama... InsyaAllah pasti bahagia yang menanti.” Itulah kata-kata Kak Hawa yang aku hanya mendengarnya samar-samar.

            Aku tidak menyangka, kepulangan aku ke tanah air memberi seribu ketenangan. Aku melepaskan rahsia hatiku di Tanah Suci dan aku kembali dengan hatinya penuh kesedian. Aku ingin khbarkan kepada ibu dan abah yang aku benar-benar sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri tanpa ragu-ragu lagi. Aku yakin, Abid cuma satu persingahan untuk aku belajar apa itu cinta yang sebenar di sisi Allah.

            “An-nissa... bersabarlah.” Ibu membuka bicara ketika aku sedang sibuk memunggah barang-barang. Ketika itu ibu datang bersendirian ke dalam kamarku. Aku memandang ibu tanpa berkata-kata. Aku dapat mengagak ada sesuatu yang tidak baik.

            “Zamrul... mahu putuskan pertunangan. Katanya dia tidak serasi dengan kamu. Keluarganya datang semalam untuk memohon maaf.”

            **********

            Hidup ini sangat rumit. Kerana Allah tidak akan membiarkan kita merasakan diri kita beriman sedangkan kita masih belum diuji. Dunia ini pentas ujian dan rumah musibah. Tetapi aku tidak pernah menganggapnya begitu, bagi aku dunia ini pentas untuk mentarbiah diri dan rumah untuk muhasabah diri. Selang dua tahun aku putus tunang, Zamrul ingin kembali menabur janjinya. Aku bukannya berdendam, tetapi aku tidak mahu tersalah percaturan lagi. cukuplah... kali ini aku serahkan segalanya kepada Tuhan.

            Aku memasuki perkarangan rumahku dan ternyata seluruh keluargaku tersenyum menyambutku. Pastilah mereka juga menonton rancangan itu secara lansung. Macam-macam ucapan yang aku terima namun semuanya aku kembalikan kepada Allah. Dia lebih berhak mendapat pujian itu.

            “Zamrul mahu melamarmu sekali lagi, Nissa.”

            Aku terdiam mendengar suara abah. Lantas aku hanya mampu memohon semangat dari Rabb.

            “Tetapi abah sudah menolaknya...”

            “Alhamdulillah...” aku mengucap syukur. Ibu pantas memelukku.

            Malam itu Abang Humam menghubungiku. Rinduku pada satu-satunya abangku itu terubat. Dia tidak melepaskan peluang untuk ucapkan tahniah kepadaku.

            “Nanti abang belikan hadiah ya, special untuk adik abang tersayang.”

            Aku ketawa, seperti anak-anak kecil pula aku dilayan. “Nissa nak yang besar ye. Abang kat mana ni? Minggu lepas kat Paris...”

            “Abang sampai Jeddah pagi tadi...”

            Terus darahku tersirap. Jantungku iba-tiba berdegup seperti pernah aku rasai suatu ketika dahulu.

            “Emm... ada seseorang yang abang kenal kebetulan naik flight abang nanti. Dia nak balik ke Malaysia. Nissa nak cakap dengan dia?”

            “Apa... aa... abang!” aku cuba memanggil abangku tetapi...

            “Assalamualaikum, Ustazah An-nissa Sufia.”

            Aku memejam mata serapat-rapatnya, hampir terjatuh telefon bimbitku itu mendengar suaranya. “Waalaikumsalam...”

            “Saya dengar awak dah jadi penulis berjaya...”

            “Abid!” aku memanggil namanya dengan pantas. Aku menarik nafas dan aku yakin dia pasti terkejut mendengar aku memotong kata-katanya.

            “Ya, An-nissa Sufia. Awak ada apa-apa nak cakap ke?”

            “Bismillahirrahmanirrahim.... Muhammad Abid bin Abdullah, sudi tak awak terima saya... sebagai isterimu di dunia ini, dan bidadarimu di syurga kelak” Sekali lafaz. Aku tidak tahu... tetapi lidahku seperti berkata sendiri tanpa dapatku kawal. Subhanallah...

            Tut...tut....

            Aku membuka mata perlahan-lahan. Talian terputus. Terketar-ketar tanganku ketika itu. Ya Allah... aku hampir menangis. Apa yang sudah aku katakan sebentar tadi?

            “Hello, Nissa.” Abangku menghubungiku kembali. Ketika itu aku hanya terdiam dan bingung. Seperti rohku berterbangan di angkasa dan semangatku tercabut.

            “Apa yang Nissa cakap kat dia?” desak abangku.

            “Nissa... melamar dia...”

            “Subhanallah.... Nissa, Abid tengah bersujud di depan Kaabah sekarang.”

            “Subhanallah... terima kasih ya Rabb...” aku terus menangis dan melutut lalu sujud menghadap kiblat. Subhanallah... subhanallah... subhanallah...inikah cinta?!

p/s: sy ykin cerpen sy ini byk kekurgn, itu semestinya kerana yg baik semuanya dtg dr Allah dan yg lemah dtg dari sy sendiri. Oleh itu, mana yg baik ambillah utk jdikan teladan, dan yg buruk tinggalkan utk sy baiki. insyaAllah
 

Kuliah Maghrib

Antara perkongsian oleh Tuan Hj Ayub adalah bagaimana beliau memeluk Islam setelah menjadi Paderi yang berkuasa mengampun dosa antarabangsa beberapa tahun dahulu.
-
Beliau memeluk Islam setelah hatinya tergerak untuk menolong rakan rakan melayunya di Kampung beliau yang dianggap sesat dengan ajaran Islam. Tetapi setelah dikaji perbezaan Sirah sirah nabi yang tertulis di dalam Kitab Bible dan AlQuran nyata berbeza dan ajaran Islam adalah yang benar.
-
Firman Allah Swt :“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali Imran:19)
-
Seperti perbezaan Nabi Nuh di dalam Kitab Bible mendakwa Nabi Nuh mabuk dan berzina dengan perempuan setelah terselamat daripada banjir tetapi di dalam AlQuran tidak menyatakan perkara yang buruk mengenai Nabi. Setelah membuat kajian beliau mendapati Islam agama yang sebenar dan mendorong beliau memeluk Islam.
-
Wallahualam. Semoga Bermanfaat

Monday, 12 January 2015

KISAH SUFI : WALI ALLAH DI GODA WANITA

Diceritakan bahawa terdapat seorang
wali Allah yang begitu alim, abid dan
sentiasa dahagakan ilmu Allah.
Walau dia mendapat taraf wali tetapi
kerana merasa kecetekan ilmu yang
ada pada dirinya menyebabkan saban
hari dia sentiasa berulang-alik ke
masjid untuk menuntut ilmu agama
dari ulama dan tuan guru.
Begitulah rutin harian wali Allah itu.
Tarafnya yang tinggi di sisi Allah
tetapi dia masih merasa kerdil pada
yang Esa. Masih banyak ilmu yang
belum dia ketahui.
Begitulah kita, apabila semakin banyak
yang kita belajar semakin ‘bodoh’ diri
kita. Bodoh bukan kerana malas tetapi
kerana terasa banyak lagi ilmu yang
kita belum fahami dan diteladani. Kita
mencari ilmu bukan kerana nama tapi
kerana agama!.
Hampir berpuluh tahun dia melakukan
ibadat dengan penuh ketaatan kepada
Allah s.w.t dan pada suatu hari Allah
menguji suatu ujian kepada
kekasihnya itu. Ujian yang hebat yang
tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Ujian menguji keteguhan iman kepada
yang Maha Esa.
Di dalam perjalanan ke masjid wali itu
bertemu dengan seorang wanita.
Wanita itu memanggilnya…
“Wahai abid, saya ingin meminta
pertolongan dari kamu. Saya ingin
mengangkat barang di rumah saya
tetapi kudrat saya tidak mampu untuk
mengangkat barang itu. Jadi, saya
ingin meminta pertolongan kamu.
Sudikah kamu menolong saya?” kata
wanita itu.
“Erm.. InsyaAllah”
Lalu wanita itu membawa wali Allah
itu ke dalam rumahnya. Apabila
sampai ke rumahnya. Wanita itu
mempelawa Abid masuk dan pintu itu
di tutup rapat dan dikuncinya. Wanita
itu menyelitkan kunci rumahnya di
dalam dadanya.
Wali Allah itu terpinga-pinga.
“Sebenarnya tiada barang yang perlu
diangkat. Kamu hanya perlu
mengangkat saya kekatil sana. Marilah
kita berzina.. Terpulang kamu mahu
lakukan bagaimana.. Hanya kita
berdua di rumah ini.. Kamu bebas
melumati ku...” Rayu wanita itu.
Wanita itu mula menanggalkan
pakaiannya.
"Wahai Abid, marilah berzina
denganku. Di rumah ini hanya kita
sahaja. Kau setubuhilah aku kemudian
kau pulang ke rumahmu dan
bertaubat. Allah kan Maha pengampun
dan penerima taubat”. Godaan dan
tipu daya dari syaitan.
Ujian dari yang Esa kepada seorang
kekasihNYA .
Wanita cantik di hadapan mata yang
menggoda!
Wali Allah itu agak terkejut. Di dalam
hatinya berdoa;
“Ya Allah andai Dikau menerima
ibadahku selama 60 tahun ini, Kau
selamatkanlah aku dari dosa ini Ya
Allah.”
Tiba-tiba ada suara ghaib menyapa.
Suara ini di dengar oleh hati yang
bersih sahaja bukan pada hati yang
penuh noda.
“Wahai abid, andai dikau ingin
selamat dari wanita ini pergilah dikau
ke tandas rumahnya.” Bicara suara
ghaib itu.
Dia yakin itu adalah bantuan dari
Allah!
Wali Allah itu membuat helah.
“Baiklah aku akan berzina denganmu
tetapi, izinkan untukku pergi ke tandas
untuk melepaskan hajatku dulu.” Kata
wali itu.
“Silakan.”
Hanya berserah pada Allah moga dia
selamat dari fitnah ini. Wali itu
memasuki tandas. Dalam keadaan
resah dan mengigil ketakutan suara
ghaib itu hadir lagi.
Wali itu berdoa lagi, “Ya Allah andai
Dikau menerima ibadahku selama 60
tahun ini, Kau selamatkanlah aku dari
dosa ini Ya Allah.”
Tiba-tiba suara ghaib itu menyapa
lagi…
“Wahai abid, jika kamu ingin selamat
dari wanita itu, ambillah najis (tahi)
yang ada di lubang tandas itu dan
lumurkanlah ke seluruh badanmu dan
kembalilah dikau kepada wanita itu.”
Wali itu dengan penuh ketaatan
mengikut apa yang kehendaki oleh
suara ghaib itu. Kemudian di keluar
dari tandas dan terus berjumpa
dengan wanita yang menunggunya
tadi.
“Ish, busuknya! lelaki apa kau ini?
Aku mengajakmu untuk menyetubuhi
aku tetapi mengapa kau lumurkan
najis di seluruh badan mu?” Soal
wanita itu sambil menutup hidungnya.
“Keluar kau dari sini!” Kata wanita itu
lagi.
Allah telah menyelamatkan kekasihNya
dan dia berjaya dengan ujian ini.
Wali itu pergi berlalu mencari anak
sungai yang terdekat untuk
menyucikan dirinya kemudian dia
terus ke masjid untuk meneruskan
pengajiannya.
Dia datang agak lewat. Pada
kebiasaannya wali itu akan duduk di
hadapan sekali untuk mendengar
pengajian dari Tuan Gurunya. Tetapi
kali ini tempatnya sudah diambil
orang. Dia duduk di barisan yang
paling hujung.
Sedang asyik tuan guru menyampaikan
syarahannya kepada anak-anak
muridnya. Tiba tiba Tuan Guru itu
memberhentikan syarahannya. Dia
bagai menghidu sesuatu bau yang
menarik perhatian hidungnya.
Kemudian dia bertanya kepada semua
anak muridnya.
“Sesiapa yang di antara kamu yang
berbau?” Soalan ini diulang beberapa
kali oleh Tuan Guru itu.
“Akulah insan yang berbau itu.” Bisik
wali Allah itu di dalam hatinya. Dia
tidak mampu untuk mengangkat
tangan kerana fikirnya dia telah
melumuri badannya dengan najis
sebentar tadi dan abid itu hanya diam
tidak terdaya untuk berbicara.”
“Baiklah, jika tiada siapa yang ingin
mengaku akanku cium kamu seorang
demi seorang.” Kata Tuan Guru itu.
Dia bingkas bangun dan mencium
seorang demi seorang anak muridnya
namun masih tiada dia jumpa
sehinggalah sampai kepada wali Allah
itu. Dia menghidu lalu bertanya.
“Wahai Abid, di manakah kamu
perolehi bau ini?
Soalan itu ditanya berulang kali.
Akhirnya wali Allah itu menyatakan
bahawa dia melumurkan najis
dibadannya kemudian dia
membersihkannya di sebatang anak
sungai.
“ Ketahuilah olehmu wahai abid bau
yang wangi ini merupakan bau
wangian para nabi dan rasul di syurga.
Kamu sudah memperolehnya wahai
kekasih Allah". Kata Tuan Guru itu
yang juga merupakan wali Allah.
Sememangnya ada hubungan rasa di
antara wali Allah.
“Wahai abid, mulai dari sekarang
kaulah yang layak mengajar ditempat
ini.” Ujar Tuan Guru itu.
Alhamdulillah semoga ada manfaat
dari kisah ini..
Allahumma sholli ala syaidina
muhammadin nabiyyi ummiyyi

Kuliah Subuh bersama Syeikh Nuruddin

Antara hadis yang dikongsi bersama Syeikh Nuruddin pada kuliah Subuh tadi.

Ciri seorang mukmin yang mampu menarik orang lain untuk mengenal Islam adalah mereka yang mempunyai "Nur" dari segi zahir dan batin. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

“Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari). 

Solat merupakan kewajipan dan tidak boleh ditinggalkan tanpa sebab kecuali kepada wanita yang "uzur". Untuk mendapat "Nur" itu mereka adalah yang sentiasa solat dengan sempurna. Sempurna itu bermaksud mereka faham dengan apa yang dilakukan dalam setiap gerak solat. Faham dalam agama juga penting bagi mempengaruhi orang di sekeliling, kerana itu dalam penghayatan alQuran bukannya kepada orang yang sekadar menghafaz dan lunak bersuara tetapi kepada orang yang memahami dengan jelas setiap bacaannya dan mampu membuat orang lain faham isinya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Contoh yang terbaik adalah Rasulullah SAW dan juga Saidina Abu Bakar r.a. Semoga Bermanfaat. (22 Rabiul Awal 1436H) #MuhasabahDiri

Hanya kerana Selipar

Pada suatu hari Imam Bisyr Al Hafi ada beli sepasang selipar baru
seliparnya itu digunakan untuk ke masjid dan beliau letak seliparnya dihadapan masjid .

Selepas sembahyang, seliparnya hilang lalu Imam Bisyir Al Hafi menangis, Kata orang ramai yang solat dimasjid tu "Tak layak kau ini menangis, Engkau ini orang besar" .

Lalu jawab Imam Bisyr, saya menangis
bukan sebab hilang selipar itu tetapi saya menangis kerana disebabkan saya, orang itu berdosa kerana mencuri selipar saya, kerana saya ! orang lain yang tanggung dosa ! maka mulai hari ini aku akan jalan tanpa selipar .

Sejak peristiwa ini,orang gelarinya
dengan (Al Hafi) bermakna orang yang
jalan tak berselipar. Ini namanya orang yang warak sangat takut kepada Penghisaban di akhirat tapi zaman
sekarang cerita sebegini hanya sekadar cerita, jarang sekali berlaku.
-Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-

Sunday, 11 January 2015

Dakwah berlainan Jantina?

Dakwah berlainan jantina?

Awalnya saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?

Kalau bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.

*****

Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.

Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:

”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”

Check diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat. Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan.

Rujuk sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.

Saya akhiri dengan sebuah persembangan ana dengan beberapa kawan saya, kawan saya bagi saya satu kata-kata yang sangat menarik:

“Ana pelik dengan orang yang rasa susah kalau tak dapat study group dengan perempuan. Yang beria-ria nak study group dengan perempuan. Lainla kalau tak boleh elak. Tapi patuhila syarat, jangan gurau-gurau dan lain-lain. ANA TAK STUDY GROUP DENGAN PEREMPUAN, boleh je dapat 4 flat. Nafsu je semua tu…”

Saya tersenyum:)

Wednesday, 7 January 2015

Bergetar Tulang Rusuk?

"Eh, tengok awek Muslimah tu, Masya Allah, bergetar tulang rusuk aku weyh"

"Pergh, berterabur iman aku"

Allahuakbar, Allaaaaaahuakbar (Azan)

"Eh, Azan lah, jom solat"

"Alaaa. rileks lu, jap g boleh solat lagi."

"Hmm. something wrong dengan kau ni, tadi tengok awek bergetar tulang rusuk. Dengar seruan Allah tak rasa apa2 ka?"

"Maksud kau?"

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..." (Surah Al-Anfaal, ayat 2)

"Ya Allah, deepnya".. #MuhasabahDiri #Tazkirah

Sunday, 4 January 2015

Muslim, in shaa Allah?

Ucap "Saya Muslim InshaAllah" jatuh KAFIR?

Jika kamu ditanya "adakah kamu Islam?" Lalu dia jawab "saya Muslim InshaAllah"

Ulama ada Bahas adakah boleh untuk jawab seperti tu. Ada ulama yang mengatakan jika dia sebut "InshaAllah " tu dengan berpegang (iqtiqad) Bahawa dia mcm tk Yakin yang dia ni Islam atau tidak, maka jatuh kafir.

Saya Muslim inshallah bermaksud saya orang Islam jika Allah berkehendaki, bererti dia masih dalam ragu dan tidak lagi Yakin yang dia Islam. Oleh tu, jika dia mengucap dengan berpegang Bahawa dia dalam ragu dengan islamnya, maka jatuh kafir.

Tetapi ulama Mazab Ash'ariyah (Mazab Ahlul Sunnah) mengatakan bahawa jika dia ingin sahaja Tabaruk (ambil keberkatan) dengan ucapan InshaAllah. Dan tidak ada niat untuk ragu, maka ini dibolehkan

Wallahualam bisawab

Rujukan: Pengajian Kitab Hadis Arbain An Nawawiyah bersama Ustaz Nazrul Nasir Al Azhari

Apa yang kau dapat?

"Pertapaan kau di surau dah berakhir, kan?"

Pak imam bersandar di dinding surau. Kelihatan lantai surau masih kekuningan. Bekas lumpur banjir yang masih baru. Perlu disental lagi beberapa kali, mungkin. Aku mengangguk perlahan.

"Jadi, apa yang kau dapat?"

Aku memerhatikan suasana dalam surau, sekeliling. Semuanya sudah tidak seperti sebelum banjir besar melanda. Dah tak macam surau rupanya.

"Semua yang kita ada, tidak pernah akan ada selamanya. Begitu juga dengan nafas ini, nyawa ini, jasad ini, hati ini. Semuanya sementara. Surau ini juga. Apa yang tersemat lama, adalah kenangan. Surau ini juga, cuma alat yang terjejas. Yang tidak terjejas pada Allah adalah amalan yang dilakukan orang-orang yang mengimarahkan surau ini.

Aku cuba berfalsafah seperti pak imam. huhu. Pak imam senyum.

"Kau tak nampak lebih dalam lagi. Sebenarnya, air banjir yang datang ini mengingatkan aku kepada perumpamaan taubat. Misalnya seseorang manusia itu, luarannya nampak sempurna. Cantik, segak, berbaju lengkap dan berjenama. Nampak sihat dan bertenaga. Tapi, siapa tahu apa sebenarnya yang berada di dalam jiwanya? Berkelodak hitam.

Taubat itu umpama air yang menjirus. Air yang menyimbah. Air yang menghempas lebih deras dari ombak tepi pantai. Selagi seseorang itu tidak taubat, selagi itulah lumpur hitam dalam dirinya tidak berganjak.

Rumah yang dipenuhi lumpur tanah pun sudah tidak senang dilihat di mata, apatah lagi lumpur dosa hitam yang berdaki di jiwa. Andai mata kasar kita ini diberi penglihatan melihat jiwa sendiri di cermin, sudah pasti mahu disental, ditonyoh, disapu, diwaterjet segala kotoran yang tersisa.

Air banjir membuka pekung jiwa manusia yang sebenar. Barulah tahu, siapa yang sebenarnya bersabar, siapa sebenarnya yang hilang sabar. Siapa sebenarnya yang hati putih, siapa yang berhati hitam.

Yang berjiwa hamba, terima dengan reda.
Yang berjiwa sebaliknya, mengeluh sepenuh jiwa.

Kun fa ya kun.

Sedangkan kerajaan Firaun yang sangat kukuh gah berdiri pun hancur tamadunnya tinggal sisa bangunan dan monumen saja. Inikan pula rumah kecil kita. Barulah kita sedar, kuasa dari kerajaan Siapa yang sedang bermaharajalela. Kerajaan Allah sedang menguji kita."

Pak imam datang dekat padaku.

Meletakkan serbannya di bahuku.

"Nah, hadiah untuk kau. Sebab setia di surau ini belajar agama."

Hampir bergenang air mata ini. Melihat orang tua itu yang petah berbicara.

"Mam, ada nasihat lagi tak?"

Pak imam tersenyum.

"Ada. Kafa bil mauti wa 'izon. Maksudnya, cukuplah kematian itu sebagai penasihat."

Aku peluk pak imam erat-erat. Air mata berderai-derai.

Santai Petang di MATIN

Antara pengisian Santai Petang bersama bekas selebriti Bob Lokman, Ustaz Zul Pandan, Zuar XPDC dan Ustaz Ridhuan di Matin mengenai Pemuda Islam.

Pentingnya pemuda Islam dalam membina Nama Islam seperti pemuda pemuda Islam contoh terdahulu seperti Usamah Bin Zaid.

Bob Lokman dan Zuar XPDC banyak menceritakan kisah mereka bagaimana mereka berhijrah meninggalkan dunia selebriti.

Bob Lokman juga sempat berkongsi hadis mengenai taubat iaitu dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud):

“Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat."

Semoga kita menjadi Pemuda Islam yang sentiasa merenung dan muhasabah diri dan seterusnya bertaubat bukannya menunggu masa tua untuk melakukan taubat. #MuhasabahDiri #MaulidurRasul

Friday, 2 January 2015

Muhammad

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1436H

Kenapa kita sambut Maulidur Rasul?  Rasulullah SAW bersabda :

“Belum sempurna iman seseorang dari kamu, kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.”
(Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)

Kalau kita sayangkan Baginda seperti mana Baginda menyayangi umatnya, selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya."
(Surah Al-Ahzab, 33: 56)

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Selawatlah sempena memperingati Baginda SAW, sedangkan birthday kita pun kita nak orang lain wish. (12 Rabiul Awal 1436H) #MuhasabahDiri #MaulidurRasul #Muhammad

Kau bila nak Kahwin?

"Kau bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersama Ezry.

Dia cuba jawab,

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,
Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu
tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."

Pak imam menjeling beliau.

"Memilih sangat ni."

Lalu, Ezry pun duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Ezry ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.

Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Ezry berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.

Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.

Kau faham?"

Ezry mengangguk-angguk.

Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini dia harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya dia (Ezry) lagi tentang nikah, pasti akan
dijawab balik pada diri sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya."
wahai lelaki teguhkn agamamu dahulu sebelum kau berniat  menyunting seorang perempuan untuk menjadi milik mu..
: for someone 
: #Deep