Saturday, 28 March 2015

Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan

Kuliah Dhuha Ustaz Fawwaz Mat Jan mengenai "Orang beriman akan diUji"

Firman Allah SWT:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Daripada Abu hurairah, Rasullah Saw brsbda:
"Orang mukmin diibaratkan pokok muda lagi lembut yang beralun alun apabila ditiup angin (bala/ujian) dan orang yang bukan mukmin umpama kayu jati yang tetap teguh"

Daripada hadis di atas menunjukkan Orang Mukmin akan sentiasa diUji oleh Allah manakala orang kafir tidak akan diUji sepertimana Orang Beriman diUji. Sebab itu Allah melebihkan orang kafir di muka bumi tetapi tidak di akhirat.

Ujian akan membuat seorg mukmin itu hebat dengan kesabaran. Ujian kepada Orang Mukmin menandakan tanda sayangnya Allah kepada hambaNya. Beruntunglah bagi mereka yang diUji.

Terdapat 3 Jenis Ujian. Satu jenis untuk orang kafir dan dua jenis untuk orang mukmin.Ujian kepada orang Kafir adalah dalam bentuk Bala. Dua jenis Ujian kepada orang mukmin ialah Kaffarah (Ujian sebagai kesalahan untuk mnghapus dosa) dan Ibtila' (Ujian untuk dinaikkan darjat)

Abu Hurairah asal Yaman. Anak yatim dan miskin. Kaya bila kawin anak janda kaya. Beza umur sngan Rasulullah Saw 32tahun. Jumpa baginda ketika 7H. meninggal dunia 80tahun.

Semoga Bermanfaat. Wallahualam.

Thursday, 26 March 2015

Berpesan Pesan.

Dakwah itu memperingati,
Bukannya memaksa.

Jika dakwah tak berkesan,
Jangan di tanya mengapa,
Istiqomah!
Bukan dengan ucapan juga perbuatan!

Tiada hak memberi hukum,
Tiada hak memberi hidayah,
Hanya Allah yang layak!

Jangan dirasa diri mulia,
sedang diri penuh dosa.

Berpesan pesanlah dengan kebenaran,
berpesan pesanlah dengan kesabaran.

Usaha dan Doa,
Moga Allah redha.

Ingat,
Harini iman kita tak akan sama dengan esok!

Monday, 23 March 2015

Boleh ke Ada Crush?

Pernah tak kita jumpa status macam ni dekat fb, twitter @ dari mulut kawan² kita:

"Dear crush, i hope u know that i love u so much.."

"Rindunye crush saya.."

"Eh, crush kau apa cite? Kau dah luahkan ke belum?hehe.."

Pernah tak? Lalu dijawab..

"Aku malu la..takut² dia tak suka aku..huhu"

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, jugak universiti. Tak tau lah kot ada jugak pakcik makcik yang ada crush di usia senja 😅

Persoalannya, boleh ke kita ber crush² ni? hukumnya? Ramai yang keliru.. ada jugak yang rasa benda tu betul, sebab banyak sangat cerita² atau drama² cinta kononnya islamik yang dah banyak merosakkan mentaliti kita orang Islam..

So, tajuk kita pada malam ini adalah.....😉

Tajuk pengisian malam ni ialah...

BOLEH KE ADA CRUSH? 😕😧

Sebelum tu, tulisan ini bukan pendapat saya, tetapi adalah dari kata² ulama' yang pakar bab² HATI seperti Ibn Qayyim, Imam al-Ghazali dan lain². Terimalah dengan hati yang terbuka. 😊

🍃 Crush tu apa? 🍃

🌸 Bila kita sebut crush, fenomena di Malaysia ni bukan setakat "cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam", tetapi kebiasaanya yang ada crush ni takkan berhenti setakat tu je.

Sebab tu, apabila disebut crush, definisi ini lebih tepat:

"Meminati seseorang dalam diam, menyimpan hasrat untuk diluahkan cintanya, sering mengingati orang yang dicintainya, sering memerhati melihat wajah dan gambarnya (kalau bukan di luar, stalk fb, twitter, ig dan sebagainya), berfikir tentangnya, dan berharap orang yang dicintainya itu juga mencintainya."

JIKA... orang yang melakukan seperti yang dimaksudkan seperti di atas, maka hukumnya adalah... DOSA.

🍃 Kenapa pulak dosa? 🍃

🌸 Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kita seringkali nak memerhati crush kita? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kita nak fikir², bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kita?

🌸 Tapi, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba² akibat TERpandang, dan kita rasa tertarik tapi kita usaha untuk tepis perasaan tu, tak jadi masalah.Contoh, kita terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tak payah layan lah. Tak payah cari fb dia, tak payah nak follow twitter dan ig dia. Tak usah nak rajin sangat fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, hilang la perasaan tu... Insyaallah.

🌸 Kena ingat.. perasaan suka berlainan jantina tu normal. Yang tak normalnya bila kita LAYAN... Tu tanda hati rosak.

🍃Cinta yang Allah redha macam mana?🍃

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. "Semoga Allah redha.. bla³". Tapi malangnya, yang dia buat, mencari cinta sebelum nikah. Minat lelaki ni, minat perempuan ni. Stalk fb tu, stalk ig ni. Adakah Allah redha?

"Cinta yang Allah redha adalah, cinta yang disemai semata² untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cinta seorang LELAKI KEPADA ISTERINYA! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji." - Ibn Qayyim

🌸 Sebab tu kita kena nilai diri kita balik. Layak dah ke kita nak bercinta? Sekolah pun tak habis lagi. Confirm bila pegi universiti, kita jumpa orang lain, lepastu minat orang lain pulak. Sampai bila tak ke sudah. 😒

🍃Dah tu, kalau kita suka dekat seseorang, kita nak buat apa?🍃

Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada yang lebih patut bagi dua oranh yang saling mencintai selain dari BERKAHWIN" - (HR Ibn Majah)

🌸 Jika kita rasa tak layak lagi nak kawen, jangan buang masa fikir pasal crush. Sibukkan dengan buat benda lain. Study, pegi majlis ilmu, join usrah atau pegilah camping ke berkelah ke dengan kawan² sejantina.

Kalau rasa dah mampu nak kawen, baru cari orang. Tak pun guna orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kawen boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong.

Kalau just fikir nak seronok², teman belajar sama², bak kata cinta monyet, tau tak yang kau sebenarnya dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.. Nau'dzubillahi min zaalik.

🍃 Bila mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba², apa yang kita kena buat? 🍃

🌸 Cuba sedaya upaya untuk MELUPAKAN. Jika kita sedar bahawa cinta tu cinta monyet, langsung tiada jalan dan seakan² mustahil untuk berkahwin. Contohnya, cinta masa sekolah dan universiti misalnya. Maka Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta seperti itu.

🌸 Tiada jalan lain selain melupakan (jika tidak mampu untuk berkahwin). Bukan membiarkan ia tersemat di dalam hati, pendam lama². Hadith yang kata:

"Sesiapa yang bercinta, menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu ia mati, maka dia termasuk sebagai syahid"

adalah.. HADITH PALSU!

🍃Jom kita tengok beberapa nasihat Ulama' berkenaan isu crush dan cibta sebelum nikah 🍃

1⃣ Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali pernah berkata:
"Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar.."

Kenapa? Bayangkan, mula² crush, kita tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain². Dosa ke tak dosa?

2⃣ Ibn Qayyim

"Orang yang mencintai sesuatu selain daripada Allah (mencintai wanita/lelaki, mahu atau tidak mahu, cinta itu akan menyeksakan..."

"Apabila seseorang itu mula mencintai, maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya.."

3⃣ Ibn Abbas

Ada sekali, ada seorang membawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas berkata:

"Kenapa lelaki ini mati?"

Maka orang ramai menjawab, "Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta.."

Maka Ib Abbas berkata:

"Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini.."

🍃 Renung-renungkan...🍃

🌸 Sultan Muhammad Al-Fateh, membebaskan Constantinopel (Istanbul) semasa berumur 21 tahun.

🌸 Usamah bin Zaid, mengetuai tentera menentang Rome pada usia lebih kurang 18 tahun.

🌸 Hasaan al-Banna, menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada usia 22 tahun, yang sehingga kini organisaai Islam itu masih wujud..

Bandingkan dengan kita... Apa ada dalam fikiran kita? Adakah kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat sedang menderita, maksiat berleluasa, Islam di hina dan diperkotak-katikkan?

Adakah Islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta monyet?

Jom muhasabah. Menangislah. Berubahlah..

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintaiNya, dan memburu keredhaanNya, berbandinh menuruti hawa nafsu yang bakal menghancurkan kita. Amin ya Rabb.

by:Tarbiah Sentap

Tazkirah Tuesday

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
صباح الخير
اللهم صل على سيدنا محمد.

"Jauhi Takabbur"

لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ ۚ إِنَّهُ
لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ

Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.
(Surah An-Nahl: 23)

Apakah yg dimaksudkan dengan takabbur?
Takabbur ialah perasaan besar diri,angkuh dan tidak mahu menerima kebenaran.

Ciri - ciri orang yang takabbur:-
1)suka berdendam
2)suka mengumpat
3)sombong
4)tidak mahu menerima kebenaran
5)ilmu yang dipelajari tidak do manfaatkan
6)suka menimbulkan kemarahan
7)berasa dirinya lebih mulia
8)berasa dirinya selalu betul
9)tidak menerima nasihat dan pandangan orang lain.

Semoga tazkirah ringkas ini dapat memberi kesan yang positif khususnya buat batang tubuh diri penulis serta para pembaca budiman sekalian..wahai umat nabi Muhammad s.a.w jom kita buang jauh2 sifat takabbur dari diri kita..Semoga rahmat dan taufiq Allah sentiasa bersama kita..aamiiin

-copypaste

Kuliah Ustaz Dasuki dan Ustaz Yusoff

Hakikat Cinta Menurut Islam

Cinta pada awalnya mencari, akhirnya tenang.

Cinta Allah, tiada penghujung.

"Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahui-Nya, ranting-rantingnya adalah ketakutan kepada-Nya, daun-daunnya adalah malu kepada-Nya, buahnya adalah ketaatan kepada-Nya, dan air yang menghidupinya adalah menyebut nama-Nya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong, berarti cinta itu kurang. Allah Ta’ala telah mensifati Diri-Nya, bahwa Dia mencintai hamba-hamba-Nya yang mukmin dan mereka pun mencintai-Nya."(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah)

3 Tanda cinta sejati.

1)selalu bercakap denganNya
2) selalu bersama denganNya
3)taat dan setia denganNya.

Matlamat sebenar Cinta kepada Allah

Cinta ini bukan bermatlamat kepada manusia.

Cinta kepada manusia adalah sbg perantaraan kepada menuju matlamat.

Bila kita beriman kepada Allah, kita akan diUji.
antara ujian:
org mukmin yg dengki kpd mu.
org munafik yg benci kpd kamu.
org kafir yg mahu mmbunuhmu.
syaitan yg akan menyesatkanmu.
hawa nafsu yg akan memujukmu.

Tanda Org yg mencintai Allah:
1) akan pergi ke rumah Allah
2) akan mencintai apa yg Allah cinta
3) akan berkorban kerana Allah.

kebaikan yg kita lakukan adalah bekalan untuk kita selepas mati.

Saturday, 14 March 2015

Fadhilat Solat

Abu Zar r.a meriwayatkan bahwa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Biasanya di musim daun-daun gugur,lebatlah daun-daun gugur dari pohonnya sehingga pada setengah-setengah pohon tak ada sehelai daun pun yang tinggal>begitulah kesannya solat yg dilaksanakan dengan penuh khsyuk dan tawaduk.Segala dosa yg dilakukan oleh seseorang yg bersolat adalah dihapuskan.Bagaimanapun hendaklah diingat menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil saja yg terampun dengan solat.Dosa-dosa besar tidaklah terampun tanpa bertaubat.

Oleh itu,patutlah kita,disamping bersolat,jangan lupa beristighfar dan bertaubat.Semoga ALLAH s.w.t dengan limpah rahmatNya,mengampun juga dosa-dosa besar yang terlaku oleh seseorang berkat solatnya kerana ALLAH.

Mesti Baca Wahai Bakal Imam

  PERKONGSIAN DHUHA
BERAPA RAMAI LELAKI BOLEH MENJADI IMAM..???
.
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
.
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
.
“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
.
“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
.Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!!!!
Tolong buka mata, buka minda. Majukan lah agama Islam dan bangsa kita. Kalau bukan kita. Siapa lagi??????? #Renungan untuk semua

Fitrah, Dont Overact

Erm.
Suka itu fitrah.
Fitrah Perempuan mmg suka lelaki.
Sape nafi, means dia lari dari peraturan ciptaan manusia.
Secara kasar, tak betul.
..
Ya, saya suka lelaki. 
Muehehe.
Tapikan.
Fitrah perlu dikawal.
Makan juga fitrah.
Cuba bayangkan jika kita makan tanpa henti tanpa kawalan ? 
  ....   ........     ....       ..   .. ..   ..  ....❓❓❗❗
Tidakkah ia membawa kte pada  kemudharatan?
................
So same la mcm  .
 hikhik.
Kita suka someone.
Tidak menjadi kesalahan.
Love is not a crime. 
C O N T R O L .
How?
K.
Ini menurut saya*
Sila cari petua/nasihat pakar  lain kohkhoh *
..........

Dari mata turun ke hati.



Agree?
K. Kalau tak pernah nampak masakan boleh melekat kat hati. Kihkih.
So,
Lower your gaze.
Jaga pandangan.
Tapi,
Susahkan nak jaga pandangan bila kte dah suka orang tuh?
Mesti asyik tercari-cari.
Mesti ternanti-nanti.
Ceh. Jangan tipu ..
P A K S A.
Bila nmpk je,
Terus palingkan muka.
Paksa.
Tahu tak kadang masalah ini adalah ujian untuk awak.
Nak uji iman dalam hati 
So, kuat sikit la awak.
Okaay 
Cuba tanamkan sikit dalam hati tuh rasa nak buang perasaan tuh.
Sbb klu dah byk sgt rasa dlm hati tuh, tak elok sangat 

Tanamkan rasaa nak jaaaauh dari dia.
Jauh itu bukan maksudnye, tanak gi memane sbb takut terserempak dgn dia ..
Jaauh itu maksudnya, cuba jgn buat something yg kait dgn dia.
Alaa fhm tak?

Sibukkan diri dengan urusan lain yang lebih bermanfaat.
Sibukkan diri dekat dengan Allah.
Minta dia bagi kekuatan, petunjuk.
Sebb Dia tahu.
Sibukkan diri dengan belajar.
Sibukkan diri dengan dakwah.
Kadang, saja syaitan datang cucuk-cucuk suruh ingat laki tuh.
Lawanla.
Istigfar.
InsyaAllah Allah tolong.
Sibukkan diri sampaaai tak ingat laki tuh.
Sebab pe?
1. Takut takut akhirnye bukan jodoh kte pun. Pastu nyesal sbb dulu dok teringat dia je sampai sume keje tak buat.
Sia-sia.
2. Sedang kita fikir adakah laki tuh jadi hubby kte, rupanye malaikat maut datang dulu. 
Takke rugi?
Huwaa.
Tahu tak.
Pemuda pemuda lemau.
Sebab pe?
Sebab asyik fikirkan soal jodoh.
Ingat hidup kat dunia nih semata cari jodoh  ke?
.............
Mesti kate,
Aah. Bisingla kau. Blabla.
Kau takrasa pe aku rasa.
Easy to say, hard to do, bro.
Sabaq.
Bawa bertendang.
Haiya.
Awak.
Dengar sini, wak wak wak.
Bukan awak sorang je yang de masalah    camtu. Saya rasa semua orang pernah lalui.
Beza mereka dengan kte,
Mereka berjaya atasi.
Tak meroyan.
Tak terjun gaung.
Haa.
Saya juga pernah 
Peace no war ..*
Ce fikir.
Pasti, laki tuh suami aku?
Ntah ntah suami orang lain. Huwaa malunye ..
Sia-sia kan?
Berbaloi ke termenung, down tetibe tanpa asbab yg kukuh? Padahal kadang tuh, kte yg overreact. 
Malu double. ....
Pastu, klu kte overeact cani, takut nnti takleh terima if dia nikah dengan orang lain.
Hahahagagaha. Kejam.
What? Tak mustahil pe.
Sbb tuh...jgn layan sangat.
Kadang itu semua nafsu semata.
......................
K.
Kadang fikir.
Betul ke perasaan ni?
Patut ke teruskan cinta suci ini?
Cewah.
Dengaq ni.
Semua benda, Allah yang tahu.
Maka .mintak petunjuk dari Dia.
Banyak kebetulan dengan dia taksemestinya itu signal de jodoh dgn dia. ..
Awak,
Kalau de jodoh, takkemana.
Kalau de,
Pasti, insyaAllah,
Akan datang menjemput awak jua sebagai bidadarinya  
Jadi.
Pekate sekarang kte persiapkan diri untuk menjadi orang yang hebat + solehah?
Laki yang awak suka tuh mesti seorang yg hebat soleh baik comel pemurah suka tahajud rajin study suka senyum hormat cikgu mak ayah kan?
Perempuan baik untuk laki baik.
Kan?
Adil pe.
Maka, persiapkan diri kita.
Jika betul dia jodoh kte,
Tika dia datang menjemput kte,
Kte juga sudah bersedia dengan Allah teguh di hati, agama disisi, akhlak tertanam pada jiwa. Hadiah untuk dia.
Lagipun, kte bakal jadi ibu pada bakal ulama cilik.
..................
Wallahua'lam.
Maaf jika takmembantu malah menambahkan lagi masalah.

Semoga berjaya.
May Allah ease everything

Wednesday, 11 March 2015

Ajal

Ajal,

Alhamdulillah, syukur.

Roh dilepaskan,

Masih melihat dunia,

Masih diberi kesempatan,

Jika esok?

Jika Roh ditahan?

Bersediakah kita?


Yang dekat itu 'kematian' Ingat ajal selalu mengiringi langkah kita di sepanjang waktu.(imam al Ghazali




 

Sunday, 8 March 2015

Sepuluh Mutiara

Sepuluh  mutiara

Dikala Rasulullah ﷺ gering terlontar satu soalan baginda kepada Jibril  Alaihissalam "wahai Jibril, adakah kau akan turun lagi ke bumi setelah aku tiada? "Jawab jibril: masih ya Rasulullah, aku turun ke bumi untuk mengambil sepuluh mutiara hidup peninggalan mu"

10 mutiara yg paling berharga dalam kehidupan manusia

1 - أرفع البركة من الأرض

mutiara pertama yang akan di ambil dari muka bumi ini adalah barokah.

2 - أرفع المحبة من قلوب الخلق

mutiara kedua yg akan ambil adalah rasa cinta dari hati manusia

3 - أرفع الشفقة من قلوب الاقارب

Mutiara yang ketiga yang akan diambil dari bumi ini adalah rasa sayang diantara keluarga.

4 - أرفع العدل من الأمراء

mutiara yg ke empat yang akan di ambil dari bumi ini adalah keadilan di hati pemimpin.

5 - أرفع الحياء من النساء

Mutiara kelima yang akan diambil dari bumi ini adalah rasa malu dari perempuan. Rasa malu itu kini telah berubah menjadi rasa bangga.

6 - أرفع الصبر من الفقراء

Mutiara keenam yang akan diambil dari bumi adalah kesabaran dari para fakir.

7 - أرفع الورع والزهد من العلماء

Mutiara ketujuh yang diambil dari bumi adalah wara' dan zuhud dari para ulama.

8 - أرفع الصخاء من الا غنياء

Mutiara ke lapan yang diambil dari bumi adalah kedermawanan bagi orang kaya.

9 - أرفع القران

Mutiara ke Sembilan yang diambil dari bumi adalah mengangkat al-Qur’an.

10 - أرفع الا يمان

Dan terakhir, mutiara yang diambil dari bumi adalah iman , ini adalah mutiara paling berharga diantara sembilan mutiara lainnya.

Saturday, 7 March 2015

MH370

.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Counting days, Ahad, 8 March 2015.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun dah peristiwa #MH370 kan? Jujurnya, I believe that all of them is smile in the glorious place on heaven. And we are remember you, all 239 pessangers and crew.

It's gonna be a year soon. I really wish there is some closure to the families with a very concrete findings.

Untukmu, #MH370 ✈ .

Engkau hilang di langit,
Jejakmu berakhir di Lautan Hindi, 
Khabarmu sudah ditangisi, 
Walau susukmu tak nyata lagi.

Tragedi mu mencabar daya teknologi, 
Pakar manusia pun jadi pusing,
Teka teki masih tak selesai,
Soalan ada yang masih belum terjawab.

Dalam kesabaran menanti,
Akhirnya jawapan pilu tiba jua, 
Walaupun dari awal sudah di jangka,
Perkhabaran sedih jua yang tiba.

Salam takziah buat semua ahli keluarga, 
Mohon bersabar dengan ujian perit ini, 
Sama-sama terasa akan kehilanganya,
Namun, ini semua adalah takdir-Nya.

Malaysian is missing you #MH370 ✈ .

We come and we go. From Allah we came, and to Allah we return. That's how life works. That's how Allah set for us.

Lost, but not forgotten.

Al-Fatihah.

from: @gadismonolog ♡

Friday, 6 March 2015

Aku Cemburu :(

AKU CEMBURU.

Aku cemburu
Bukan dengan pasangan yang bercinta
Bukan dengan teman yang punya teman istimewa
Bukan dengan mereka yang hebat di dunia
 
Aku cemburu
Cemburu sangat
Sebab iman mereka yang diluar sana
hebat
Mantap
Cemerlang
Sedangkan aku hanya hamba yang tahu bercakap tapi mengamalkan hanya sedikit

Aku cemburu
Hati mereka bersih
Walaupun tidak sebersih Rasulullah
Aku tetap cemburu
Sebab hati aku kotor
Berlumur noda
Penuh dengan bintik-bintik hitam
Macam roti yang putih tapi apabila dibiarkan , busuk dan berkulat

Aku cemburu
Tangan mereka yang diisi dengan tasbih ,
Al-Quran dan buku ilmiah
Sedangkan aku
Hanya manusia yang membawa telefon ke sana dan kemari
Jari jemari menari berdansa di atas keyboard
Melayani Wechat , Twittter dan Facebook

Kaki sedang melangkah
Jauh dari kejahilan
Dekat ke keredhaan
Hati berharap
Allah ,
Jangan biarkan kaki ini berhenti melangkah ke arahMu
Allah ,
Jangan biarkan kaki ini longlai untuk terus berlari kepadaMu
Allah ,
Jangan berhentikan fungsi kaki ini untuk kembali kepadaMu
Jangan lakukan itu , Wahai Tuhanku.

Moga Allah bantu aku berhijrah
Hati rindu akan sinarMu , Allah.
Terlalu rindu
Permudahkan segala urusanku.
Aamiin.. Allahumma aamiin  