Pernah tak kita jumpa status macam ni dekat fb, twitter @ dari mulut kawan² kita:
"Dear crush, i hope u know that i love u so much.."
"Rindunye crush saya.."
"Eh, crush kau apa cite? Kau dah luahkan ke belum?hehe.."
Pernah tak? Lalu dijawab..
"Aku malu la..takut² dia tak suka aku..huhu"
Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, jugak universiti. Tak tau lah kot ada jugak pakcik makcik yang ada crush di usia senja 😅
Persoalannya, boleh ke kita ber crush² ni? hukumnya? Ramai yang keliru.. ada jugak yang rasa benda tu betul, sebab banyak sangat cerita² atau drama² cinta kononnya islamik yang dah banyak merosakkan mentaliti kita orang Islam..
So, tajuk kita pada malam ini adalah.....😉
Tajuk pengisian malam ni ialah...
BOLEH KE ADA CRUSH? 😕😧
Sebelum tu, tulisan ini bukan pendapat saya, tetapi adalah dari kata² ulama' yang pakar bab² HATI seperti Ibn Qayyim, Imam al-Ghazali dan lain². Terimalah dengan hati yang terbuka. 😊
🍃 Crush tu apa? 🍃
🌸 Bila kita sebut crush, fenomena di Malaysia ni bukan setakat "cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam", tetapi kebiasaanya yang ada crush ni takkan berhenti setakat tu je.
Sebab tu, apabila disebut crush, definisi ini lebih tepat:
"Meminati seseorang dalam diam, menyimpan hasrat untuk diluahkan cintanya, sering mengingati orang yang dicintainya, sering memerhati melihat wajah dan gambarnya (kalau bukan di luar, stalk fb, twitter, ig dan sebagainya), berfikir tentangnya, dan berharap orang yang dicintainya itu juga mencintainya."
JIKA... orang yang melakukan seperti yang dimaksudkan seperti di atas, maka hukumnya adalah... DOSA.
🍃 Kenapa pulak dosa? 🍃
🌸 Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kita seringkali nak memerhati crush kita? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapa kita nak fikir², bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kita?
🌸 Tapi, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba² akibat TERpandang, dan kita rasa tertarik tapi kita usaha untuk tepis perasaan tu, tak jadi masalah.Contoh, kita terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tak payah layan lah. Tak payah cari fb dia, tak payah nak follow twitter dan ig dia. Tak usah nak rajin sangat fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, hilang la perasaan tu... Insyaallah.
🌸 Kena ingat.. perasaan suka berlainan jantina tu normal. Yang tak normalnya bila kita LAYAN... Tu tanda hati rosak.
🍃Cinta yang Allah redha macam mana?🍃
Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. "Semoga Allah redha.. bla³". Tapi malangnya, yang dia buat, mencari cinta sebelum nikah. Minat lelaki ni, minat perempuan ni. Stalk fb tu, stalk ig ni. Adakah Allah redha?
"Cinta yang Allah redha adalah, cinta yang disemai semata² untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cinta seorang LELAKI KEPADA ISTERINYA! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinya akan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji." - Ibn Qayyim
🌸 Sebab tu kita kena nilai diri kita balik. Layak dah ke kita nak bercinta? Sekolah pun tak habis lagi. Confirm bila pegi universiti, kita jumpa orang lain, lepastu minat orang lain pulak. Sampai bila tak ke sudah. 😒
🍃Dah tu, kalau kita suka dekat seseorang, kita nak buat apa?🍃
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua oranh yang saling mencintai selain dari BERKAHWIN" - (HR Ibn Majah)
🌸 Jika kita rasa tak layak lagi nak kawen, jangan buang masa fikir pasal crush. Sibukkan dengan buat benda lain. Study, pegi majlis ilmu, join usrah atau pegilah camping ke berkelah ke dengan kawan² sejantina.
Kalau rasa dah mampu nak kawen, baru cari orang. Tak pun guna orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kawen boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong.
Kalau just fikir nak seronok², teman belajar sama², bak kata cinta monyet, tau tak yang kau sebenarnya dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.. Nau'dzubillahi min zaalik.
🍃 Bila mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba², apa yang kita kena buat? 🍃
🌸 Cuba sedaya upaya untuk MELUPAKAN. Jika kita sedar bahawa cinta tu cinta monyet, langsung tiada jalan dan seakan² mustahil untuk berkahwin. Contohnya, cinta masa sekolah dan universiti misalnya. Maka Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta seperti itu.
🌸 Tiada jalan lain selain melupakan (jika tidak mampu untuk berkahwin). Bukan membiarkan ia tersemat di dalam hati, pendam lama². Hadith yang kata:
"Sesiapa yang bercinta, menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu ia mati, maka dia termasuk sebagai syahid"
adalah.. HADITH PALSU!
🍃Jom kita tengok beberapa nasihat Ulama' berkenaan isu crush dan cibta sebelum nikah 🍃
1⃣ Imam al-Ghazali
Imam al-Ghazali pernah berkata:
"Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar.."
Kenapa? Bayangkan, mula² crush, kita tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain². Dosa ke tak dosa?
2⃣ Ibn Qayyim
"Orang yang mencintai sesuatu selain daripada Allah (mencintai wanita/lelaki, mahu atau tidak mahu, cinta itu akan menyeksakan..."
"Apabila seseorang itu mula mencintai, maka dia akan sibuk memikirkan orang yang dicintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya.."
3⃣ Ibn Abbas
Ada sekali, ada seorang membawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas Ibn Abbas berkata:
"Kenapa lelaki ini mati?"
Maka orang ramai menjawab, "Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta.."
Maka Ib Abbas berkata:
"Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini.."
🍃 Renung-renungkan...🍃
🌸 Sultan Muhammad Al-Fateh, membebaskan Constantinopel (Istanbul) semasa berumur 21 tahun.
🌸 Usamah bin Zaid, mengetuai tentera menentang Rome pada usia lebih kurang 18 tahun.
🌸 Hasaan al-Banna, menubuhkan Ikhwanul Muslimin pada usia 22 tahun, yang sehingga kini organisaai Islam itu masih wujud..
Bandingkan dengan kita... Apa ada dalam fikiran kita? Adakah kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat sedang menderita, maksiat berleluasa, Islam di hina dan diperkotak-katikkan?
Adakah Islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta monyet?
Jom muhasabah. Menangislah. Berubahlah..
Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintaiNya, dan memburu keredhaanNya, berbandinh menuruti hawa nafsu yang bakal menghancurkan kita. Amin ya Rabb.
by:Tarbiah Sentap
No comments:
Post a Comment