Friday, 15 May 2015

Hadis Ilmu

Kuliah Ustaz Majid.
-
Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula ilmu atau roh semangat Islam, juga ada tiang Iman, sesiapa yang mengajarkan Ilmu akan disempurnakan oleh Allah SWT akan pahalanya dan sesiapa yang menuntut Ilmu dan beramal dengan Ilmunya, nescaya akan ditunjuk oleh Allah mana mana yang tidak diketahuinya."
-
Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa:
1. Islam dan Iman adalah Ilmu.
2. Amal tanpa ilmu amalannya akan ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT.
3. Yang berilmu mesti beramal, menyebarkan Ilmu dan mempertahankan Ilmu (Islam)
4. Orang yang beramal dengan Ilmu akan dipermudahkan Allah untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat.
-
Ilmu terbahagi kepada dua.
1.Ilmu Hati di mana ianya mengajak ke arah kebajikan dan bermanfaat. Bermakna ia mampu diamalkan.
2.Ilmu Lidah di mana ianya adalah mudarat kerana tidak mengamalkan ilmunya. Golongan ini akan dimasukkan ke neraka terlebih dahulu sebelum penyembah berhala.
-
Semoga bermanfaat. In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment