Sunday, 9 August 2015

10.08.2015

Assalamualaikum. Da lama tak update. Apakan daya, sibuk dengan urusan dunia. Ya. Dunia.

Sejak ini, banyak yang aku lalui. Melihat ragam orang. Mendengar pengalaman orang. Banyak masa terisi. Game COC jugak tak lekang di tangan.

Dunia. Politik. Viral. Sudah menjadi kebiasaan untuk manusia titipkan. Aku juga tidak ketinggalan. Kerana itulah hiburan.

Terlalu banyak manusia yang menghukum. Terlalu banyak manusia yang zalim. Terlalu banyak manusia yang menyebarkan fitnah.

Tanpa sedar. Itu semua akan dibicara kelak. Aku takut.

Bila terlalu sibuk dengan urusan dunia, sesekali rasa susah nak beribadah. Benar, orang yang banyak maksiat, akan susah melakukan kebaikan.

Hati sudah hitam.Tapi,

Hati ni sedar betapa jauhnya aku denganMu, ya Allah. Sehinggakan aku sudah tidak dapat lagi merasa kenikmatan ibadah. :(

Betul dalam AlQuran. Allah akan menguji hamba hambanya yang benar benar beriman.

Aku? SELALU, tewas di perjalanan. Kadang, dosa lalu menghantui aku. Sungguh cepat masa berlalu. Hampir 2 tahun semuanya berubah. Takdir Allah.

Kadang aku tertanya, masih ada lagikah harapan?

(bertugas di UPM. Pertauliahan Kadet Batch 34)

No comments:

Post a Comment