Antara beberapa adab adab ketika menuntut ilmu yang diberikan oleh Ustaz Nazrul Nasir secara tidak langsung ketika Daurah Kitab Adabul Mufrad:
-
1.Jangan menghalakan atau melunjurkan kaki ke arah Tok Guru.
2.Jangan meletakkan Kitab di bawah lantai ketika berlangsungnya pembelajaran sebaiknya diletakkan di atas rehal atau meja kecil.
3.Pastikan Kitab diletakkan berlapik.
4.Kurangkan banyak bertanya kepada Guru. Kata Syeikh, diharamkan segala kebaikan sekiranya banyak bertanya.
5.Jaga adab seperti tidak bermain pen ketika belajar.
6.Pen sebaiknya di letakkan di dalam poket atau di celah telinga. Jangan meletakkan pen di celah/tengah buku.
7.Meminta izin untuk keluar dari Majlis Ilmu dengan penuh beradab dan jangan keluar masuk dengan sesuka hati.
8.Jangan bersembang mahupun mengangkat telefon ketika Daurah dijalankan walaupun umur kamu lebih tua daripada Tok Guru.
-
Adab-adab perlu dijaga bagi mendapat keberkatan Guru.Semoga bermanfaat. Yang memegang microphone itu adalah Ustaz Yussaini, pengasas MATIN, manakala di hadapannya itu, adalah Ustaz Nazrul Nasir. Wallahualam.
Tuesday, 9 February 2016
ADAB ADAB MENUNTUT ILMU
Labels:
#kuliah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment