Antara perkongsian dalam Seminar Fiqh Ramadhan di ILP, Bertam pada 28 Sya'aban 1437H bersamaan 4 Jun 2016.
"Lima rongga yang terbuka dan boleh membatalkan puasa iaitu hidung, telinga, mulut, kemaluan hadapan dan kemaluan belakang. Malu itu adalah sifat yang baik, dan yang lebih baik sifat malu itu ada pada perempuan"- Ustaz Syeikh Ahmad Faisol Omar.
"Melakukan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan mendapat pahala seumpama melakukan ibadah wajib."- Ustaz Hanif Haron.
"Fits itu Sunnah. Waktu sahur, banyakkan makan makanan sayuran dan kompleks karbohidrat. Kurangkan garam, elakkan minuman kafein. Waktu berbuka seeloknya 3-5 biji kurma dan segelas air"- En Hisyam Lois
"Persiapkan ilmu untuk menghadapi Ramadhan agar ibadah tidak menjadi sia sia. Sesiapa yang solat bersama Imam sehingga habis (terawih dan witir), seolah olah dia solat sepanjang malam"- Imam Muda Asyraf
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Berpuasa janganlah sampai mengabaikan Solat. Nanti pahala Ibadah Puasa sia sia. Semoga Bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment