Dalam hidup ni mesti setiap orang mahukan PERUBAHAN kan walaupun sedikit .. Ya .. begitu juga aku .. aku pernah berharap yang aku ni akan berubah pada suatu masa dahulu .. Dan Alhamdulillah sekarang .. aku dalam proses berubah .. in shaa Allah ..
Mesti nak tahu kan macamana ceritanya aku mahu berubah .. bila difikir-fikirkan balik .. betapa hebatnya perancangan Allah SWT dan indahnya Allah SWT merancang jalan kehidupan terhadap hambanya ..
Dulu aku .. aku mengaku banyak juga dosa yang aku lakukan .. dosa dalam mengharapkan sesuatu hubungan yang tidak pasti .. Malah sanggup bersumpah2 terhadap hubungan tu .. Secara sedar atau tidak .. dosa aku tu bertambah dari hari ke hari ..
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "
(Al-Isra' 17:32)
Rasulullah SAW bersabda,
"mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia."
Sehinggalah suatu hari ..
Mamaku memanggil aku .. mamaku menangis-nangis menceritakan masalahnya kepadaku .. masalah tentang zaman silam Pak Chak; adik mamaku .. dari situ .. terselit kesedaran dan takut akan dosa yang pernah aku lakukan .. dan secara tidak sengaja .. aku juga turut menangis mendengar masalah mamaku ..
sembil memeluk erat mama .. aku mengatakan,
"Maa .. doakan adik agar suatu hari nanti adik berubah ya maa"
Mama membalas,
"Maa selalu mendoakan kebaikan adik dan kakak .. Adik ada masalah apa?"
Aku diam dan tak menjawab soalan mamaku ..
Selang beberapa bulan lepas tu .. Mamaku mengajak aku untuk solat berjemaah; Solat Isya' bersama abahku .. Sesudah solat dan selesai sahaja bacaan doa dari abahku .. Mamaku memanggil aku .. Mama beritahu kesilapanku ketika aku menunaikan solat .. Yang aku ni terlalu cepat dalam solat .. tiada hentian sebentar (tomaqninah) .. dan beberapa kesilapan lagi .. Abahku nasihat tentang ini ..
"Nabi tak bagi kita menyerupai 3 ekor haiwan ketika kita kerjakan solat:
Pertama adalah seperti anjing iaitu ketika sujud, jangan kita meletakkan siku kita rapat ke tanah kerana itu menyerupai anjing.Kedua ialah seperti burung mematuk seperti Ketika memindahkan rukun, jangan kita buat secara laju (tanpa toma'ninah). Contoh, bila kita sujud terlalu cepat maka itu menyerupai burung sedang mematuk. Ketiga jangan menyerupai seperti Unta sedang bangun. Sebagai contoh ketika kita nak bangun dari sujud, jangan kita bangun dengan punggung dulu sebab itu menyerupai unta yg sedang nak bangun"
Pada waktu tu, entah kenapa aku tak dapat terima hakikat tentang kesilapan aku dalam solat .. Dalam hati tiba2 tersembul,
"Ish .. adik (aku) tau la .."
Kalau cakap macam tu .. komfom2 la kena berleter lagi .. hehe .. So .. sejak dari hari tu .. kadang-kadang Mama selalu menjenguk aku ketika solat sama ada berubah atau tidak (kebetulan cuti semester) .. Dan Alhamdulillah .. Aku berubah sedikit demi sedikit .. Tapi .. apa kena mengena dengan hubungan tu ya x?
Sejak aku mampu perbetulkan solatku .. Banyak benda yang dikabulkan .. dan banyak juga benda yang Allah SWT tunjukkan .. Mungkin kesetiaan dia selama ni berpura-pura .. pembohongan .. sampailah dia mengaku yang hubungan ini hanyalah atas dasar keinginan .. Dia mengaku tidak ikhlas kerana Allah .. aku teringat ..
"Sebaik-baik hubungan adalah hubungan kerana Allah SWT"
Dan akhirnya aku dan dia putus hubungan .. malah putus hubungan sebagai kawan .. Dan yang paling menyedihkan sekali bila keluarga dia juga sudah tidak memberi "respons" .. sebgai contoh aku kadang-kadang chat ngan ibu si dia .. dan ibunya selalunya membalas .. dan sekarang tidak lagi ..
Memang .. memang hati ni terluka sangat-sangat bila ditinggalkan oleh orang yang pernah kita sayang .. selama 4 tahun aku mengenali dia .. Dan semudah dan sesenang itu dia melupakan aku .. Dan pada waktu itulah hatiku terluka sedalam-dalamnya .. Di rumah .. Mamala tempat mengadu .. dan pemberi nasihat .. Di tempat lain .. SIAPA??
ALLAH SWT
ya .. Allah swt lah tempat sebaik-baik mengadu .. setiap kali aku sujud .. aku menangis teringatkan dia .. malah teringat akan dosa-dosa aku yang lalu .. Aku sedar .. Allah tahu apa yang terbaik untukku .. Aku terima ini sebagai Ujian .. Tapi aku perlukan jawapan .. aku perlukan seseorang juga untuk menjawap pertanyaan aku .. siapa yang boleh bagi jawapan .. SIAPA??
AL-QURAN ..
"Dan al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan lagi diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah, agar kamu diberi rahmat"
(SurahAlAn'am ,155)
ya .. Al-Quran .. bacalah Al-Quran .. in shaa Allah Al-Quran akan menjawab segala pertanyaanmu juga wahai sahabat .. mengapa tidak kawan-kawan .. mengapa tidak bertanya manusia ..?
Kerana kadang-kadang manusia memberi nasihat atas apa sangkaan mereka sendiri dan juga mengikut hawa nafsu mereka ..
"Dan jika kamu mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
(SurahAlAn'am, 116)
"Dan juga agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu (perkataan2 indah dari tipu daya syaitan) dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu mngerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan-syaitan itu"
(SurahAlAn'am, 113)
Aku bukan hebat dalam ilmu agama .. tapi inilah kaitan yang aku berkait dengan apa yang aku belajar sepanjang aku diperbetulkan dan disakitkan .. Aku tahu hidup ni masih panjang lagi perjalanan .. dan masih lagi banyak UJIAN menanti ..
TAPI ..
jangan lupa pada MATI .. kerana mati itu juga ketentuan Allah SWT .. bila-bila juga Ajal boleh menjemput kita .. dan hanya pada Allah jua kita akan kembali .. siapa tahu .. kita masih hidup sihat pada hari ini hanyalah untuk membuat bekalan secukup-cukupnya untuk di akhirat nanti .. Mana tahu kita masih hidup kerana MASIH lagi diberi kesempatan untuk bertaubat .. dan adakah Kita boleh Janji pada siapa2 yang kita akan hidup lagi bersama si dia untuk ESOK dan hari-hari mendatang??
jawapannya TIDAK kan .. :"(
"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan. Kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"
(SurahAlAn'am, 60)
Aku tahu .. masih banyak lagi yang aku perlu perbetulkan diri aku ini .. dan aku berharap ilmu-ilmu yang aku kongsi dapat memberi manfaat pada sahabat2 dan aku berharap mampu memberi syafaat padaku bila aku sudah pergi menghadapNya .. aku tahu bagi sesetengah orang mungkin berasa janggal dengan apa yang aku cuba sampaikan dan apa yang aku cuba kongsikan .. kerana ..
"Dan ada di antara mereka ada orang mendengarkan (bacaan)mu, padahal Kami telah menutup hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. Dan jika pun mereka lihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mahu beriman dengannya ..."
(SurahAlAn'am, 25)
Moga apa yang baik dapat dikongsi bersama .. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu mungkin datang dari salah aku sendiri .. Marilah sama-sama berubah walaupun hanya sedikit .. In shaa Allah .. Wallahu'alam ..
"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang dan kamu sekali-kali tidak mampu melepaskan diri"
(SurahAlAn'am, 134)
No comments:
Post a Comment