Assalamualaikum ..
Tarikh 10.3.2014 adalah di mana aku bermimpi sesuatu yang pelik bagiku .. Sebelum mimpi pada waktu pagi tu .. aku terjaga sebentar melihat 'facebook' di mana mak aku 'tag' aku dalam video yang dipostnya tentang "Azab kubur" .. ya Allah .. takut juga .. sebab mayatnya bewarna hijau dan seolah2 dipukul seteruk-teruknya .. Mayatnya baru saja ditanam beberapa jam .. menurut ayahnya arwah selalu meninggalkan solat ketika hidupnya .. Wallahualam ..
lepas tengok video tu .. aku sambung tidur .. mengenangkan azab tu .. aku berdoa agar dijauhkan azab tu nanti ..
kemudian aku tertidur ..
apa yang aku ingat dalam mimpi tu .. aku berada di tempat yang amat tinggi .. teramat tinggi di bawahnya seperti langit dan ada hutan-hutan hijau .. aku berada di sesuatu seperti dahan yang tidak rapuh dan tidak kukuh .. bila-bila sahaja aku mampu jatuh .. dan di hadapan aku .. ada seperti hamba Allah berjubah .. ya .. berjubah .. aku tidak pasti warna apa .. sama ada merah, hitam, hijau atau koko .. xpasti .. dan di hadapan lelaki itu ada tempat yang lebih selamat .. kukuh ..
Dan ada 2 budak perempuan kecil berjubah merah keduanya .. tapi selepas itu hilang .. entah hilang ke mana .. lelaki di hadapan aku mengatakan ada jambatan berada di belakang aku ..
Aku toleh ke belakang .. yaa .. memang ada jambatan .. tapi tidak jauh sangat dari aku ..tapi sukar untuk aku ke jambatan itu kerana takut jatuh .. aku menghambat lelaki di hadapan aku supaya memberi laluan ..
tapi sebelum lelaki itu memberi laluan .. Dia mengatakan di situlah Rasulullah SAW menyelamatkan seseorang kowt .. xpasti .. dan seingat aku .. Aisyah kowt .. aku bingung time tu .. kemudian lelaki itu memberi laluan untuk aku ke hadapan ..
Lelaki tu melompat ke arah tempat selamat .. dan sekarang giliran aku untuk melompat .. time tu aku cakap something tapi xingat .. yang aku ingat cuma sebut 1 2 dan 3 dalam bahasa Arab .. dan Alhamdulillah aku lepas ..
Setelah sampai ke tempat selamat tu .. lelaki tu hilang .. cuma yang sambut kedatangan aku adalah Mamaku .. entah mengapa .. aku sebak menangis dalam mimpi .. aku menangis kerana gembira terlepas dari jatuh dan menangis gembira kerana selamat .. Aku peluk mama seerat-eratnya dan mama memimpin aku ke tempat sesuatu .. dan ..
Aku terjaga dari mimpi .. tengok jam .. da 10.30 pagi .. dah lewat untuk solat Dhuha .. tapi aku bingung apa petanda mimpi aku tadi ya Allah??
Wallahualam ..
No comments:
Post a Comment