Monday, 30 June 2014

"Sleep Less, Pray More" #Ramadhan

Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (1:1 87). Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan, malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong melakukannya.

Malaikat juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa. Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan dengan sepenuhnya.
#ramadhan

Sunday, 29 June 2014

Soalan Tentang Solat Sunat Terawih :D

SOALAN :
Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?

JAWAPAN :
Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

SOALAN :
Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat) ?

JAWAPAN :
Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

(USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)

-copypaste

Saturday, 28 June 2014

Ahlan Wasahlan Yaa Ramadhan !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI. OLEH USTAZ ABD HADI TALHAH
(Ahad 29Jun 2014).

HIKMAH PUASA DALAM KEHIDUPAN SIRI 1.

Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga yang telah di perintahkan Allah ke atas umat Islam yang Hukumnya adalah FARDHU/WAJIB. Sebagai mana firman Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah: 183).

Puasa yang disyariatkan ke atas umat Islam merupakan sambungan perintah puasa ke atas umat sebelum Islam, yang mana puasa merupakan amalan nabi-nabi yang terdahulu. Sejak zaman Nabi Adam, puasa sudah diwajibkan, hanya pelaksanaannya sahaja yang berbeza.

Ada dua sebab atau hikmah utama, Allah mewajibkan berpuasa kepada umat Islam Iaitu:

1. Allah hendak menguji hambanya.

Puasa merupakan ujian Allah kepada hambanya, ujian Allah tersebut untuk menunjukkan siapakah hamba-hambaNya yang benar bersabar. Kesabaran itu merupakan tanda untuk membuktikan mereka adalah orang-orang yang benar-benar cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul Nya.

2. Allah hendak menganugerahkan Rahmat kepada hambaNya.

Melalui perintah puasa, banyak hikmah yang tersirat didalamnya. Di antara hikmah tersebut adalah:

A. Dapat menghindarkan manusia dari pada melakukan perbuatan dosa dan kemungkaran sama ada dalam dirinya atau kepada orang lainnya.

Dalam puasa, jiwa seseorang di didik agar kuat menghadapi godaan syaitan dan hawa nafsu yg akan menjerumuskan manusia ke jurang kebinasaan. Kerana hawa nafsu itulah yang sebenarny punca yang menimbulkan pelbagai jenis kejahatan dan kerosakan diri serta orang lain.

B. Puasa juga dapat memelihara manusia daripada melakukan kejahatan secara zahir ataupun batin. Seperti men
jaga telinga, mulut, tangan dan panca yang lain.

Selagi seseorang tidak dapat mengelakkan anggota tubuh badannya, dari melakukan kejahatan, maka tidak akan sempurna ibadah puasa tersebut.

C. Puasa juga dapat mengelakkan bahkan mencegah manusia daripada sakit dan penyakit. Kerana pusat segala macam penyakit adalah pada perut kita iaitu alat menyimpan najis (maiddah).

Dengan berpuasa menjadikan sistem pencernaan dalam badan kita dapat berehat dengan baik. Yang ianya akan membawa kepada kebaikan kepada tubuh badan kita sendiri.

Oleh yang demikian wahai saudara sekalian. Jadikanlah puasa pada tahun ini untuk mendapatkan kebaikan serta hikmah yang terkandung di dalamnya.

Ya Allah jadikan Puasa kami untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup kami secara zahir dan batin kami. Sempurnakan kesihatan kami untuk dapat menjalankan ibadah puasa dengan semlurna. Aaamiin.!!!!

Wallah a'lam.

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
In sha Allah Aamiinn !!!!!

-copypaste

Wednesday, 25 June 2014

UntukMu Sahabat

Wahai Sahabat,
Ku kirimkan nasihat,
Moga kau dengar dan melihat,
Untukmu di dunia jua akhirat.

Kejarlah Dunia ini,
jangan sampai mencintai,
Takut nanti lupa diri,
Jauh hanyut dari Ilahi.

Hidup peganglah dua perkara,
iaitu al-Quran dan Sunnah,
Dalamilah sedalamnya,
Moga kita semua ke Jannah.

Carilah agama,
Bukan kerana nama,
tapi ikhlas keranaNya.

Ingatlah nasihat ini,
Ku karang sendiri,
Bagimu "maybe" tiada erti,
Tapi kutuju ikhlas dari hati ini.

Agama pelindung diri,
Bukan menjual diri.

Agama pembela diri,
Bukan pemusnah diri.

Agama Islam bukan paksaan,
Walau "sometimes" nampak terpaksa,
Kerana itu semua Ujian,
Dari Tuhan Yang Maha Esa.

Janganlah bersedih,
Pulanglah kepadaNya,
kerna itu tanda Kasih,
antara Allah dan juga hambaNya.

Walaupun apa terjadi,
Jagalah hati,
Jagalah diri,
Letak Allah di hati.

-sekian

-Moga kita semua dipanjangkan Umur dan Dimurahkan rezeki. Amin :')

Tuesday, 24 June 2014

3 Golongan Berdusta

3 Golongan Yang Pertama Memasuk Neraka 
Telah dirawayatkan dalam sebuah hadis yang sahih yang dirawayatkan oleh Imam Muslim. Bahawa ada tiga golongan yang pertama akan masuk nereka. Siapakah mereka? 

Hadis ini telah diceritakan olehSayyidina Abu Hurairah (RA). Pernah dikisahkan seorang tabiin datang bertemu dengan beliau lalu bertanya 
"Wahai Abu Hurairah, ceritakan kepada ku hadis yang paling kau takuti."

Maka, Abu Hurairah RA menceritakan hadis "3 golongan itu". Maka beliau pengsan akibat terlampau takut. Selepas beliau sedar kembali, beliau sambung cerita dan beliau pengsan lagi! Setelah sedar, beliau ceritakan lagi dan pengsan buat ketiga!
Apakah hadis itu?

(Golongan yang pertama)


 "Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut

Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?

Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman :"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Penjelasan: Golongan ini telah dicampak ke neraka walaupun dia telah dibunuh di medan perang atas jalan Allah. Tetapi niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mendapat pujian orang. Dia mahu orang melihat dia sebagai seorang yang berani. Maka Allah azabkan dia. Nauzubillah 

(Golongan yang Kedua)


Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu,mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"

Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)".

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Penjelasan: Juga, golongan yang seperti ni telah dicampak ke neraka. Meskipun dia adalah seorang aiim' ulama, telah menghabiskan masanya dalam dakwah dan mengajar ilmu agama. Tetapi bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mencari popularity. Hendak orang memandang dia dengan kehormatan. Maka Allah memberikan dia azab. Nauzubillah

(Golongan yang Ketiga)


Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya 

Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

Penjelasan: Golongan ini telah diazab kerana dia menderma bukan kerana Allah tetapi sebab hendak menunjukkan amalan nya kepada orang lain. Supaya orang memuji dia dan melihat dia sebagai seorang dermawan. Maka Allah berikan dia azab nauzubillah.

(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Allah selamatkan kami semua dari Neraka Nya. Dan ampunkan dosa kami dan memberikan Syurga Nya. Tabarakallah. Wallahualam bisawab

Monday, 23 June 2014

Wasiat Menuntut Ilmu

"Diceritakan oleh Ustazah Alina AlMunawwar bahawa "Kita yg berada di zaman ini apabila punya anak apa yg selalu kita wasiatkan kepada mereka jika ingin pergi menuntut ilmu ? "Hati hati yaa " "Baik baik jalaan" .

Pendek sahaja wasiatnyaa kepada anak-anak . Pada zaman dahulu , diceritakan bahawa bondanya kepada Habib Abdullah bin Alwi AlHaddad , selalu mewasiatkan kepada anaknya jika ingin keluar menuntut ilmu itu dengan wasiat yang panjanggg sekali .

Apa dia ?.

1) Wahai anakku ! Ketahuilah ketika kau mahu keluar pergi menuntut ilmu maka kau NIAT utk mncari keredhaan Allah swt .

2) Jika engkau lalu di depan masjid . Lalu jika kau terlihat pintu masjid itu terbuka maka tutuplah supaya tidak ada haiwan yg masuk hingga mengotori masjid .

3) Ketika engkau lalu di jalan yakni dalam perjalanan mahu pergi menuntut ilmu , kalau engkau melihat ade hal-hal di tgh pjalanan kau yg dpt mengganggu  muslimin wa muslimat. Maka singkirkanlah , sama ada kayu ke, atau apa saja .

4) Wahai anakku ketika di jalan engkau menemukan seorang yang tua maka tolonglah dia kerana org yang tua itu pasti memerlukan ptolongan .

Jadi belum pernah ada lagi mak mak yg bwasiat kepada anak-anak meraka sekarang. Maka tukarlah wasiat kalian kepada anak-anak .

Jadi tugas kita utk meneruskann berwasiat kepada anak-anak kita in shaa Allah .

Wednesday, 18 June 2014

"Jodoh itu belom, Mati itu pasti"

Hari Hari berlalu pergi,
Usia anak muda kini,
Memikir jodoh sendiri,
Kurang mengingati mati.

Kejar sana sini,
Mencari pengganti,
Bukan halal dicari,
Tapi haram disentuhi.

Pabila Agama dibelakangi,
Membuat kita buta hati,
Zina menjadi jadi,
Zina hati, pertama kali.

Jangan diri terlalu pendosa,
Jangan mati dibawa murka,
Jangan biar di sambar api neraka,
Tiada penolong, kecuali Yang Maha Esa.

Ingatlah juga mati,
Tak kira bila masa nanti,
Kerana mati itu pasti.

Selagi hidup ini,
Ingatlah mati,
Jodoh itu belom,
Mati itu pasti.

Janganlah bersedih lagi,
Jagalah hati,
Jagalah hati,
Takkan kecewa lagi.

Sabarlah duhai hati,
Andai jodoh bukan di "sini".
Mungkin di "sana" nanti.

Selagi hayat ini,
carilah Dia sampai mati,
Pintu syurga menanti,
Janji Allah itu pasti.

Jangan terlalu mengejar "mimpi",
Kerana tiada yang kekal di sisi ini,
Ingatlah, yang "Kekal Abadi" hanya milik Ilahi!

-merain93-

Thursday, 12 June 2014

PERINGATAN KEPADA ORG YANG MAHU BERIMAN (2)

"Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak (pula) dapat melewatkan(nya)."
(SurahAlHijr,5)

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang (Al-Fatihah) dan al-Quran yang agung."
(SurahAlHijr,87)

"Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa kamu bersusah hati disebabkan apa yang mereka ucapkan. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di kalangan orang yang bersujud (solat). Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu perkara yang diyakini."
(SurahAlHijr,97-99)

"Dan Dialah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan daripada lautan itu perhiasan yang kamu pakai (mutiara) dan kamu melihat bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari (keuntungan) daripada kurniaanNya dan supaya kamu bersyukur."
(SurahAlNahl,14)

"Tidak diragukan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong."
(SurahAlNahl,23)

"Dan orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. Dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar kalau mereka mengetahui. (iaitu) Orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."
(SurahAlNahl,41-42)

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka daripada Allahlah (datangnya), dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepadaNya kamu meminta pertolongan."
(SurahAlNahl,53)

"(Dan ingatlah) akan hari Kami bangkitkan dalam setiap umat seorang saksi daripada kalangan mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) memjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri."
(SurahAlNahl,89)

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan Allah melarang daripada perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."
(SurahAlNahl,90)

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) sesudah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(SurahAlNahl,91)

"Apa yang ada di sisi kamu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."
(SurahAlNahl,96)

"Barang siapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan."
(SurahAlNahl,97)

Katakanlah: "Ruhul-Qudus (Jibril) menurunkan al-Quran itu daripada Tuhanmu dengan benar untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah)."
(SurahAlNahl,102)

"Barang siapa kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar."
(SurahAlNahl,106)

"Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang yang berhijrah sesudah mederita berbagai ujian, kemudian mereka berjihad dan bersabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
(SurahAlNahl,110)
#SukaAyatNi #MuhasabahDiri

"Maka makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya."
(SurahAlNahl,114)

"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(SurahAlNahl,119)

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih memgetahui orang yang mendapat petunjuk. Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar."
(SurahAlNahl,125-126)

"Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan."
(SurahAlNahl,128)

"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ada pahala yang besar."
(SurahAlIsra',9)

"Barang siapa yang mengikut hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya dia menanggung sendiri (kerugian) akibat kesesatan dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
(SurahAlIsra',15)

"Barang siapa mengkehendaki (kesenangan) kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami tentukan baginya neraka Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang yang usahanya dibalas dengan baik. Kepada masing-masing (golongan), baik golongan ini (yang menginginkan dunia) mahupun golongan itu (yang menginginkan akhirat), Kami berikan bantuan daripada kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi."
(SurahAlIsra',18-20)

"Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian daripada mereka ke atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya (darjat) dan lebih besar keutamaannya. Janganlah kamu adakan Tuhan yang lain di samping Allah, nanti kamu menjadi tercela dan terhina."
(SurahAlIsra',21-22

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" , dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : " Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil." Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu, jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."
(SurahAlIsra',23-25)

"Dan apabila kamu (Muhammad) membaca al-Quran, nescaya Kami adakan antara kamu dan orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat suatu dinding yang tertutup. Dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam al-Quran, nescaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya."
(SurahAlIsra',45-46)

"Dan katakanlah kepada hamba-hambaku : "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu mnimbulkan perselisihan di kalangan mereka. Sesungguhnya syaitan itu musuh adalah musuh yang nyata bagi manusia. Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberikan rahmat kepadamu jika Dia mengkehendaki dan Dia akan mengazabmu jika Dia mengkehendaki. Dan Kami tidaklah mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi penjaga bagi mereka."
(SurahAlIsra',53-54)

"Dan pada sebahagian malam hari, solat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."
(SurahAlIsra',79)

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian."
(SurahAlIsra',82)

"Dan mereka ( yg beriman kpd al-Quran) merendahkan diri mereka bersujud sambil menangis dan mereka bertambah kusyuk."
(SurahAlIsra',109)

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka, siapakah di antaranya terbaik perbuatannya."
(SurahAlKahfi,7)

"Dan janganlah sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu : "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi." Kecuali (dengan menyebut) : "Insya'Allah." Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah : "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk yang lebih dekat kepada kebenaranNya daripada ini."
(SurahAlKahfi, 23-24)

"Dan bersabarlah kamu (Muhammad) bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
(SurahAlKahfi, 28)

"Dan katakanlah (Muhammad): "Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka barang siapa yang ingin (beriman), hendaklah dia beriman dan barang siapa yang ingin (kafir) biarlah dia kafir"..."
(SurahAlKahfi, 29)

"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan-(nya) dengan baik. Mereka itulah orang yang memperolehi syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas singgahsana yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya dan tempat istirehat yang indah."
(SurahAlKahfi, 30-31) 

"Dan tidak ada sesuatu pun yang menghalangi manusia daripada beriman ketika petunjuk telah datang kepada mereka dan memohon keampunan kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang telah berlaku pada) umat-umat yang terdahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata."
(SurahAlKahfi, 55)

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya dan tidak ingin berpindah darinya."
(SurahAlKahfi, 107-108)

Kalau Sayang Jangan Rosakkan

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia? kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih suci? wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu? sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

-copypaste
-maafkan aku :'(

Wednesday, 11 June 2014

Lawak kan?

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.
Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba tiba masuk 2 orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam. Tak nampak apa apa cuma 2 biji mata dgn membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu duduk sekarang!!!!!!!"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 45 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing masing termasuk Pak Iman tu.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata "Okay Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat". Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Macam mana?
Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? Selain terhibur anda fikir fikirkanlah.
Lawakkan, dari 1,000 org yang mengaku dia Islam hanya 45 yang betul-betul beriman.
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya.

Kedua lelaki itu hanya membawa mesin-gun. Dia tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus LARI lintang pukang. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi.

Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Tu pun bila time sembahyang jumaat. Tunjuk muka kat orang kampung.

Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali je. Tu pun bile time sembahyang raya.
Lawakkan,ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam Al-Quran.
Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba lumba mengejar
dunia.

Lawakkan, dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak email yang berunsur lawak jenaka dan
lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak post moment yang berunsur
agama.

-copypaste

MARI BELAJAR BAHASA SYURGA

MARI BELAJAR BAHASA SYURGA 

1 astaudi'ukumulah - semoga berada di dalam jagaan Allah
2 fi amanillah - semoga aman
3 wa iyyakum - demikian juga kepadamu
4 la ba'sa - tidak mengapa
5 la 'alaika - tidak mengapa
6 minal 'aidin wal faizin - semoga dapat meraikannya lagi dan berjaya
7 ajma'in - untuk kita semua
8 bissihhati wassalamah - semoga diberikan kesihatan dan keselamatan
9 alfu mabruk - tahniah/seribu keberkatan
10 Allahu yubaariku fik - terima kasih/semoga Allah memberkatimu
11 Allahumma amiin - semoga Allah mmperkenankan doamu
12 syafaakallah (L) syafaakillah (P) - semoga Allah menyembuhkan penyakitmu
13 'idil milaadin sa'id - selamat hari lahir
14 wallahu 'a'lam - Allah Maha mengetahui

Tuesday, 3 June 2014

Suffer Enough

Tanda-tanda ligament ACL lutut anda putus dan koyak..

1. semasa kecederaan berlaku,kedengaran bunyi pop di lutut
2. selepas bengkak dan sakit hilang,anda akan mula merasai lutut longar
3.anda mungkin mengalami 'lock knee',lutut terkunci seperti contoh bila duduk atau solat lutut yg berlipat susah untuk diluruskan kembali..
4.apabila anda kembali bersukan, bengkak dan kesakitan akan kembali
5.last not least otot peha semakin mengecil

Jadi jika anda ada ciri2 ini sila dapatkan rawatan physioterapi dengan segera untuk mengelakkan lutut anda bertambah rosak.

-copypaste :'(

Renungan

Caption :

"Ana uhibbuki fillah ya ukhti"

"Ana uhibbuka fillah ya akhi"

Astaghfirullah, kata-kata 'uhibbuka/uhibbuki fillah' sudah disalahgunakan!

Rata-rata manusia, tahu tak apa maknanya?? 'Sayang awak KERANA ALLAH'. Bila anak adam kurang pengetahuan agama, jadi macam ni lah akhirnya.. Maaf yea, nak berkasih sayang kerana Allah pun perlu ada caranya, adabnya, bukan hentam suka-suka..

Nak ucap uhibbuka/uhibbuki fillah, ba'da(selepas) an-nikah lah.. Tapi ramai yang kata :

"Macam mana nak berkasih sayang lepas nikah? cinta pun tak ada"

Bila mana semua niat kita ikhlas kerana Allah, Allah akan campakkan rasa kasih & cinta dalam hati tu. Mencintai seseorang tu memang hak kamu. Tapi mencintai seseorang yang BERHAK KEATAS kamu menjadi KEWAJIPANMU.. 

Selesai je ijab & kabul, barulah WAJIB untuk kita 'sayang dia kerana Allah'. Disitu bermula segalanya.. Masa tu nak ucap uhibbuki/uhibbuka fillah sebanyak mana, terus dapat pahala. Berbeza dengan ambil gambar berdua, letak caption 'sayang kamu selamanya'. Yang itu mungkin sudah biasa. Yang peliknya, belum apa-apa lagi dah letak 'kerana Allah'.

Kawan, jangan salah konsep yea.. Layak kah kita nak ucap tu semua tanpa ikatan yang diredhai-NYA?? Mungkin ke Allah redha? Allah murka tak agaknya? Patutlah hubungan tak kekal lama.. Awal-awal lagi dah banyak khilafnya.. Muhasabah diri balik. Benda ni penting! Saya serius! Sangat sedih bila ada hamba-NYA salahgunakan niat kerana Allah, tak kena langsung pada tempatnya..

Tak rasa kesian ke dekat bakal suami, isteri? Ucapan tu dah pun kita luahkan dekat insan yang kita sendiri tak pasti, dekat insan yang tak boleh jamin sama-sama sehidup semati.. Jaga hubungan dengan Allah dulu.. Baru Allah hadiahkan someone yang akan jaga hubungan dengan kita. Jangan risau, firman Allah dalam surah an-nur ayat 26 : Perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.

Takut 'dia' tak datang? Kalau bukan di dunia, di syurga Allah hendaknya. Masa itu tetap hadir dengan izin-NYA. Usah dikutip lagi serpihan kaca. Sabarlah sehingga kau temukan permata. Cinta itu indah bila tiba masa, dan haknya..

(CopyPaste)