Monday, 5 December 2016

Jujurlah pada Hati




Kita mengaku kita suka kita sayang, tapi perbuatan tak pernah menunjukkan sifat.

Kita mengaku kita setia. Tapi hati tak tak pernah terjaga.

Kita mengaku kita manusia biasa, tidak sempurna. Tapi tak pernah berusaha untuk berubah.

Kita mengaku kita tidak menipu. Tapi tiada jawapan untuk setiap soalan.

Lari dari masalah bukan penyelesaian. Jujur adalah jawapan. Bukan untuk sekarang, tapi untuk masa hadapan.

Jujurlah pada hati





Coretan Mama buat Tok (18 Nov 2016)




Bismillah
17hb Nov 2016

"klau ikutkn hati mak dah tak larat dah nk g mengunjung sb selepas ni ada org nk mai tgk mak pulak!"
Itulah kata2 mak membuat kami adik beradik renung kembali..

Allah..
Besday mak pd 14 Nov dan sepatutnya kami raikn pd mlmnya kerana adik ipar mak meninggal pd petang tersebut.. jadi kami tangguhkn dahulu..
17hb ptg adinda Nurul Huda mgajak sy n suami meraikn bersama adik bongsu yg tinggal d Sarawak kebetulan bercuti di kg..
Sy dan suami sampai slpas Maghrib..mak bertelekung sambil menunggu solat Isyak..
Kemudian adinda Nurul sampai dan buat "surprise"..sambil minta maaf raikn lewat..
Mmg ceria sgt mak ketika itu..
wpun singkat tp amat manis dikenangkn semula..gurau senda kami adik beradik dgn mak..Allah..

18hb Nov
Pagi lebih kurang pkul 10 ..sy upload pic besday smlm.. pkul 11.10 terima watsap dr adik ttg kemalangan yg berlaku..mak dan adik dlm perjlnan ke Sg Petani dan kebetulan ada kenduri d Yan..kami pun sedang bersiap2 unt ke tempat yg sama.. insyaallah
Terus bergegas ke hospital Sg Petani..dan tak berkesempatan mak meninggal dlm pkul 12 lebih..
Terkejut sangat..namun kami redha melihat senyuman manis mak setelah dimandikn dan dipilih dipenghulu hari dan disepanjang perjlnan mak berzikir tak henti2..dan itulah
penawar hati buat kami.. sesungguhnya perancangan Allah buat mak sungguh cantik hanya cara kematian menjadi asbabnya..
Semoga bonda kami berehat setenang wajahnya..Allah sudah merindui hambaNya dan lebih menyayangi beliau..
Innalillah huwaiina ilaihirojiun

Dan
Di sini sy ingin merakamkn ucapan terima kasih tidak terbalas buat semua yg membantu semasa hari kejadian, pihak hospital ahli keluarga saudara mara rakan taulan..maaf sgt tak dpt menjawab semuanya ucapan takziah dan doa..
Jazakallah khairon kasiron
Sungguh kematian terpisah ant dua waktu..
Kita juga sedang menghampiri saat2 kematian..semoga rahmat Allah buat kita dgn husnul khatimah

Teringat kata2 mak kpd sy..
Mak kesian tgk klong (panggilan mak kkdang ina @ klong) byk sgt dugaan yg saya hadap..dan
kata2 itu selalu mak ulang setelah kematian mak n ayah sy pd tahun ini..
Dan kini..
hilang sudah kata2 itu.,setelah mak tiada..

Redha
semua bersifat sementara

menantu mak ❤️


Tiada lagi tempat aku berlindung suka duka selain Mama dan Abah








Majlis Tahlil seminggu kemudian juga berjalan lancar. Alhamdulillah, kami semua redha dengan pemergiannya, Hari Indah; Hari Sayyidul Aiyam; Jumaat penuh barokah



Monday, 7 November 2016

AlQuran bukan sekadar hukum




Public Lecture oleh Ust Nouman Ali Khan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis, menekankan kepentingan AlQuran untuk Ummah sekarang dan masa hadapan. AlQuran bukan sekadar menekankan tentang hukum hakam seperti halal haram, qisas, hudud, tetapi beberapa moral (pengajaran) yang ada hikmahnya.

Sekiranya kita mahu Ummah kita kuat, kita sepatutnya bukan sahaja membaca AlQuran, tetapi memahaminya. Setiap muslim seharusnya memperingati muslim yang lain mengenai AlQuran. AlQuran juga bukan sekadar untuk difahamkan, tetapi juga untuk kita fikir dan memuhasabahkan diri kita sendiri.

Dengan membaca, memahami, berfikir dan muhasabah dengan kandungan AlQuran mampu menyucikan hati kita dan membawa kepada kehidupan yang lebih baik. In shaa Allah.

Lihatlah bagaimana zaman sekarang bagi yang meninggalkan AlQuran, ramai yang tidak menunaikan solat, meninggalkan AlQuran dan menganggap ianya seperti perkara yang biasa. Malah, bertanyakan mengapa solat, Quran perlu itu dan ini sebagainya seperti membebankan dalam kehidupan mereka.






Thursday, 27 October 2016

Saturday, 1 October 2016

Trip To Korea - Dunia Keplastikan




Aku benci Kpop, Running Man, Drama Korea tapi tak tau kenapa rezeki daripada Mama bawak aku ke Korea.

Tapi bila sampai sana, aku solute kepada orang orang Korea, jalan raya mereka sistematik, kebersihan di jaga, alam sekitar mereka di pelihara. Malu beb nak compare dengan negara kita.

Tapi ye lah, satu ja. Perempuan perempuan Korea ramai yang plastik. Ramai make up tebal tebal untuk menyerlahkan kecantikan mereka. Tapi biarlah. Mungkin itu perkara normal bagi mereka. Ada juga yang tak make up tapi lawa bagi aku.

Apa apa pun. Aku harap dapat ke sana lagi. Tak puas main di Everland Theme Park 😂







KITA




We are all the same, Human. Not an angel 😇

Salam Maal Hijrah 1438H



Friday, 30 September 2016

Jerangkang-Peristiwa Kencing Tikus


Alhamdulillah, hajat group aku dan kawan kawan ke Jerangkang Waterfall tercapai setelah bermalam sehari di sana. Kolam air yang menarik, permandangan yang cantik semua pakej lengkap di Jerangkang. Bagi kami, camping kali ni adalah paling terbaik.

Alhamdulillah juga kami semua selamat sampai ke halaman masing masing, cumanya aku dan kawan aku, kuqa (Atiq) tidak sedap badan, demam hampir seminggu selepas camping di Jerangkang.

Kami berdua melakukan ujian darah dan doktor mengandaikan kami sebagai suspek kencing tikus. Pergh, habis kecoh dalam group wassep. Semua nak check darah. Tapi setelah hari kedua check darah. Doktor kata darah kami berdua okay cuma perlu makan antibiotik yang mereka berikan.

Alhamduillah, setelah hampir dua minggu, kami semua sihat. In shaa Allah dengan izin-Nya.







DUA JALAN


"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar? Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar?"
(SurahAlBalad, 90:10-12)

Sungguh, Allah telah memberikan kita pilihan dengan jalanNya. Allah memberikan perumpamaan jalan yang penuh amal ibadah di dunia ini sukar. Sungguh, jalan melakukan amal itu sukar, tetapi mudah bagi orang yang yakin. Dan sungguh, rugilah orang yang mendustakan ayat-ayatNya. Wallahualam. Salam Jumaat 😔

"Mereka (orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan (beruntung). Dan orang-orang kafir kepada ayat ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri (rugi)"
(SurahAlBalad, 90:18-19)





Sunday, 3 July 2016

Bersama Abang Fadhil aka Abang Long Fadhil :-P

Forum Dhuha (25 Jun 2016)

Forum Dhuha di Pondok Hutan Palas, Kodiang, Kedah pada 20 Ramadhan 1437H bersamaan 25 Jun 2016.

Moderator oleh Ustaz Aiman Subri Arshad. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 183)

Huraian Oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan, Kita Umat Nabi Muhammad bukanlah Umat yang pertama berpuasa. Nabi Musa AS juga berpuasa bermula dari Isya' hingga Maghrib keesokannya. Nabi Zakaria  dan Maryam juga berpuasa dengan tidak bercakap cakap. Cuma Allah SWT meringankan beban berpuasa untuk kita dengan bermula pada waktu sahur (sebelum subuh) hingga maghrib dan boleh bercakap di bulan Ramadhan. Apabila berpuasa, kita akan mudah dekat pada Allah SWT. Jadi apabila berbuka, kurangkan makan, kerana banyak makan akan membuatkan hati keras.

Abang Fadhil atau lebih dikenali sebagai Abang Long Fadhil menceritakan pengalaman beliau semasa mendapat hidayah. Beliau mendapat hidayah melalui mimpi akan terjadinya Kiamat. Beliau berpesan agar Hidup jangan mengecewakan ibubapa dan memilih kawan dengan betul.

Ustaz Shaffi Yusoff Gani menasihatkan agar melipat gandakan ibadah dan menghidupkan malam malam terakhir. Malaikat semuanya turun bersama Jibril as pada malam Lailatul Qadr ke rumah orang yang beribadah. Pastikan rumah tidak ada barang yang menghalang malaikat masuk ke rumah seperti anjing dan gambar yang ada bayang (patung). Jangan tinggal tahajud.

Semoga bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam.

Sunday, 5 June 2016

Tak Ku Sedar

Ketika aku MELIHAT manusia diuji begitu dan begini,

Tak ku sedar, aku juga diUji dengan PANDANGANku sendiri

Allah ��

Bersama Imam Muda Asyraf dan Hazwan

Dari percikan api kepada Minyak Wangi

Sahabat

Alhamdulillah.
Nikmat apa lagi yang kamu dustakan.
Walaupun hanya sekejap di sini bersama mencari ilmu,
Cukuplah.

Sahabat.
Atiq, Syahmi, Faiz, Adly, Afiq
Mereka ini sudah tunjuk minat dalam mencari Ilmu.

Walaupun masih lagi liat,
Masih lagi sukar diluruskan,
Tapi sekurang kurangnya ada kesannya.

Moga moga mereka akan lebih minat,
Moga moga mereka akan lebih istiqomah dari aku suatu hari nanti,
Moga!

Amin.

SEMINAR FIQH RAMADHAN

Antara perkongsian dalam Seminar Fiqh Ramadhan di ILP, Bertam pada 28 Sya'aban 1437H bersamaan 4 Jun 2016.

"Lima rongga yang terbuka dan boleh membatalkan puasa iaitu hidung, telinga, mulut, kemaluan hadapan dan kemaluan belakang. Malu itu adalah sifat yang baik, dan yang lebih baik sifat malu itu ada pada perempuan"- Ustaz Syeikh Ahmad Faisol Omar.

"Melakukan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan mendapat pahala seumpama melakukan ibadah wajib."- Ustaz Hanif Haron.

"Fits itu Sunnah. Waktu sahur, banyakkan makan makanan sayuran dan kompleks karbohidrat. Kurangkan garam, elakkan minuman kafein. Waktu berbuka seeloknya 3-5 biji kurma dan segelas air"- En Hisyam Lois

"Persiapkan ilmu untuk menghadapi Ramadhan agar ibadah tidak menjadi sia sia. Sesiapa yang solat bersama Imam sehingga habis (terawih dan witir), seolah olah dia solat sepanjang malam"- Imam Muda Asyraf

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Berpuasa janganlah sampai mengabaikan Solat. Nanti pahala Ibadah Puasa sia sia. Semoga Bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam.

Monday, 30 May 2016

JAW Cement

ALHAMDULILLAH

Walaupun tak sehebat mana

Walaupun last minit

Walaupun tak sekepala

Rezeki Allah yang Punya

No 1 Untuk Fakulti

No 2 Untuk Keseluruhan

FITMALAYSIA

Aku mengaku la dah tua
5KM pun da semput

Bila Kita Mentertawakan Mereka

Kita mentertawakan kebaikan yang dilakukan oleh orang lain demi AgamaNya.

Sedangkan kita tidak sedar, kebaikan apakah yang kita telah buat untuk Agama kita.

Kebaikan apakah yang mahu dijadikan sebagai bekal kita.

Dan sedang kita tidak tahu,kebaikan yang manakah yang sebenarnya diterima oleh Allah SWT.

Aku Makin Menjauh

Hati manusia itu sifatnya berbolak balik,
Iman itu adanya turun dan naik.

Lumrah manusia,
Kadang, masih tergelincir.

Tahu halal dan haram,
Tapi kerana sayang,
Hukum itu dipendam.

Hukum ada. Iman tiada.

Iman ada.
Mungkin senipis bawang.

Hati itu,
Jika dibiar dengan debu,
Pasti usang.

Hati itu,
Kalau dijaga dengan baik,
Pasti cahayanya terang.

Mahu bahagia sampai Syurga,
Bukan sekadar di dunia.

Hidup hanya sekali.
Sudah di SANA,
Takkan kembali.

HukumNya mendahului Akal,
Bukan Akal mendahului HukumNya,

Bila mana Akal diutama,
Ia seiring nafsu dunia.

Sabar.
Ada ganjarannya.

Akan Ku Ingat Kain Ini

Kuliah Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofree

Ceramah Israk Mikraj oleh Ustaz Syed Abdul Kadir AlJofree di Masjid Syarifah Fatimah, Jitra pada Jumaat malam 28 Rejab 1437H.

Ibnu Umar berkata,
"Para shahabat diberi iman sebelum Al-Quran, sehingga Al-Quran turun kepada Nabi Muhammad menjelaskan hukum halal dan haram, lalu mereka berpegang teguh dengan ayat tersebut."

"Tetapi pada zaman sekarang, AlQuran itu diberikan sebelum Iman, mereka membaca AlQuran dari awal hingga akhir, tetap tidak mempedulikan halal dan haram malah mereka menaburkan halal dan haram seperti kurma yang busuk"

Orang yang merasai nikmat Iman adalah apabila mereka REDHA dengan ALLAH SWT sebagai Tuhan mereka. Kemudian barulah mereka mendapat kemanisan AlQuran.

‎رضيت بالله ربا و بالإسلام دينا
‎و بمحمد صلى الله عليه وسلم
‎نبيا ورسولا

In shaa Allah. Semoga Bermanfaat. Wallahualam.

Friday, 22 April 2016

KULIAH USTAZ AHMAD HUSAM

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Ahmad Husam di Masjid Syarifah Fatimah pada 21 April 2016 bersamaan 13 Rejab 1437H.

Bid'ah terbahagi kepada dua iaitu Bid'ah Dholalah (yang menyesatkan) dan Bid'ah Hasanah (yang baik). Antara ciri Bid'ah Hasanah yang boleh diamalkan adalah:
1. Disebut di dalam AlQuran
2. Disebut dalam AsSunnah
3. Diamalkan oleh para sahabat Nabi
4. Diamalkan oleh para Ijtima' Ulama (ASWJ)

Pesanan Buya Yahya dalam memilih ciri menantu yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Husam ada 4 iaitu:
1. Islam
2. Akidah Ahlul Sunnah Wal Jama'ah
3. Bermazhab salah satu daripada 4 Mazhab Besar (Syafie, Hanbali, Hanafi dan Maliki)
4. Memegang Tasawuf yang benar

Salam Jumaat. Semoga Bermanfaat. Wallahualam.

Dunia bukan Rumah kita

S I N I  B U K A N
R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal.

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali ke rumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung anda ?

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya serta rasa rindu padaNya.
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.

Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik          dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.

Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA...

Sunday, 17 April 2016

Mahmud Bin Ahmad

Inna lillahi wainna ilaihiroji'uun

Kepada arwah Tok Wan, Mahmud Bin Ahmad

Semoga Wan bersama golongan orang yang beriman

Kita jumpa di SANA ya

Adik akan sentiasa ingat Wan, tambah2 part Wan suruh adik garu belakang badan Wan yang gatal tu :')

SEMOGA KITA SAMPAI DI BULAN RAMADHAN

‎اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Doa yang dibaca oleh Ustaz Azizi yang bermaksud:
"Allah, berkatilah kami di bulan rajab dan sya’ban, serta perjumpakanlah kami dengan bulan ramadhan)”

Moga moga kita sampai lagi untuk Bulan Ramadhan tahun ini. Ustaz Azizi juga menerangkan bahawa berniat mengambil wudhu' seeloknya diniatkan ketika air diratakan di muka.

Ustaz juga menekankan tentang kebaikan bersugi. Semoga bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam.

Thursday, 7 April 2016

SYARAT UNTUK MATI

Apakah syarat wajib untuk Mati? Jawapannya mudah saja, syarat wajib untuk mati adalah HIDUP.

Saban hari kita mendengar akan berita kematian. Sama ada mengejut atau sudah diduga. Mati itu tidak semestinya kamu sakit, dan sekiranya kamu sihat, tidak semestinya kamu tidak akan mati.

Maka persiapkanlah diri ini dengan seberapa amal kebaikan yang kamu mampu sebagai BEKAL sebelum datangnya kematian. Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini:

"Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.” (Surah As-Sajdah 32:12).

Semoga Bermanfaat. In shaa Allah. Salam Jumaat. Wallahualam. #muhasabahdiri

Wednesday, 6 April 2016

Sunday, 3 April 2016

Mak Tok :'(

Inna lillahi wainna ilaihiroji'uun

Sungguh! Sakit yang sebenar benarnya pabila hampir tiba waktunya!

Sungguh! Sakit yang sebenar benarnya pabila kita sendiri yang merasainya!

Tok,
Moga Tok cepat sembuh,
Kalau sudah tiba masanya,
Moga Tok dan kita semua dijemput dalam Husnul Khotimah.

Tok,
Adik tau masa memang Tok kena minor stroke,
Lumpuh sebelah badan,
Tak mampu bercakap,
Tak mampu makan,
Tak mampu membuka mata seperti selalunya,

Tapi,
Sekurang kurangnya Tok mampu mendengar.

Dan bila kami suruh Tok sebut dan Ingat Allah,
Kami tau Tok sebut Allah even Mulut Tok dah tak mampu menitip seperti biasanya.

Alhamdulillah Tok.

Tok,
Terima kasih sebab maafkan adik,
Baru harini ni,
Semalaman adik jaga Tok,
Sedangkan Tok dah dua bulan sakit,
Adik tau Tok dengar apa yang adik cakap,
Dan dari kerdipan dan anggukan Tok,
Adik tau Tok maafkan adik.

Terima kasih Tok sebab maafkan adik. :'(

Thursday, 31 March 2016

Ustaz Jafri Mahmoodi AlFaizin

"Serius Uztaz, time ustaz bagi kuliah tadi saya tak tidur, time tangkap gambar ja saya TERtido." 😂😂

Aku juga tertipu.

"Betapa ramai yang tertipu dengan dunia? Mereka menyangka kematian mereka itu adalah penamat segala-galanya, sedangkan kematian mereka itu adalah permulaan bagi kehidupan yang sebenar-benarnya." - Ustaz Jafri Mahmoodi di Masjid Syarifah Fatimah, Jitra, 31 Mac 2016 bersamaan 23 Jamadil Akhir 1437H.

Tuesday, 29 March 2016

Doa elak Azab dan fitnah Dajjal

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ



Artinya :

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal".

Doa yang diIjazahkan oleh Ustaz Yaakob Yusra Yusra dalam Forum "Bila Nak Bertaubat, Bro?" bersama dengan Ustaz Murtadha Yusof dan Ustaz Lutfi Amir.

Doa ini merupakan salah satu langkah untuk persiapan bagi mengelakkan fitnah Dajjal. Sebaiknya doa ini dibaca ketika habisnya bacaan Tahiyatul Akhir.

Semoga bermanfaat. In shaa Allah.

Thursday, 17 March 2016

Wahai!

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah segala (per-buatan) yang keji." (Surah AlMuddaththir, 74:1-5)

Wednesday, 16 March 2016

Raikan Ilmu

"Raikanlah Ilmu walau dengan siapa dan dari mana sekalipun, asalkan tidak bercanggah dari AlQuran dan AsSunnah, jangan terikat pada satu fahaman yang menyebabkan kita terkeluar daripada landasan mencari Ilmu" -Abg Shahrul Azalan.

Terima Kasih atas penjelasan segalanya. Betulkan niat dalam mencari ilmu, bukan mencari persengketaan, in shaa Allah.

Tuesday, 8 March 2016

Gerhana Matahari

Antara intipati Khutbah selesai sahaja Solat Sunat Gerhana Matahari di Masjid Ar Raudah, Kampung Tersusun, Batu 7, Lekir, Perak .Firman Allah SWT:
 
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِضِيَاءٍ أَفَلَا تَسْمَعُونَ  

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus-menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?"(28:71)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah." (41:37)

Al-Mughirah bin Syubah berkata, "Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah pada hari meninggalnya Ibrahim (berusia 70 hari). Orang mengatakan, "berlakunya gerhana matahari karena meninggalnya Ibrahim."

Lalu Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan (adalah dua dari tanda tanda kebesaran Allah 2/30). Keduanya tidak gerhana karena meninggal atau hidupnya seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka shalatlah (gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga ia menjadi cerah kembali."

Semoga bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam. #muhasabahdiri

Saturday, 5 March 2016

Jalan Hidayah

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Don Daniyal pada 5 Mac 2016 bersamaan 26 Jamadil Awal 1437H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau mengulas kata kata TG Haron Din mengenai "Kita semua (yang beragama Islam) sudah berada di jalan hidayah, tetapi kita sendiri yang tidak mahu mengambilnya"

Analogi yang mudah diberikan oleh Ustaz Don ialah, kita sudahpun beragama Islam, sudah mengenal AlQuran, dan AlQuran itu sudahpun dicetak dalam pelbagai bentuk yang menarik, dengan terjemahannya dan mudah dibaca, namun, kita sendiri yang tidak mahu mengamalkannya (membaca dan memahami).

Beliau juga turut menambah, sesiapa yang beriman kepada hari akhirat, dan yang lainnya, maka Allah SWT akan memudahkan mereka mendapat hidayah (petunjuk) melalui AlQuran. In shaa Allah.

Akhir sekali, Beliau juga mengingatkan kita semua agar menghargai Nikmat Sihat dan Nikmat masa lapang dengan sebaik baiknya. Semoga bermanfaat. Wallahualam. #muhasabahdiri

Wednesday, 2 March 2016

SPM -for you

Apa apa pun yang berlaku harini,
Untuk result SPM,
Baik atau buruk,
SPM tu bukan lagi penentu masa depan,
Selalu orang cakap, ia adalah permulaan,
Tak, sebenarnya tiap tiap hari adalah permulaan.

Kalau ada rezeki,
Masuk diploma, asasi, ijazah buatlah lagi yang terbaik.
Rezeki bukannya bergantung pada sijil SPM, Diploma, Ijazah atau apa sekali pun,
Rezeki bergantung kepada Allah,
Tetapi melalui Usaha.

Masa masa depan, buatlah yang terbaik lagi. Setiap hari. Buktikan kita mampu. Lebihkan usaha. Berharap pada Allah. In shaa Allah. Allah sebaik baik pelindung dan penolong.

Tahniah untuk SPM harini. Zaman sekolah sudah lepas :)

Saturday, 20 February 2016

Program Tanam Pokok

Sahabat Hutan Bakau Lekir Sitiawan (SHBLS) menganjurkan Program Penanaman 1000 anak pokok di Kg Sg Tiram dengan kerjasama Global Environment Centre (GEC), PEKA, PLUS, SAM, KUASA, VALE dan banyak lagi agensi yang lain.

Penerokaan pokok bakau secara haram oleh pihak tertentu bagi tujuan Kolam Udang telah berjaya diprotes oleh orang kampung Sg Tiram. Dan kawasan yang diteroka akan ditanam semula dengan anak pokok bakau.

Dianggarkan hampir 12 Juta anak pokok bakau akan ditanam dengan tujuan adanya program sebegini dan Program ini akan dijalankan sebanyak 6 kali dalam setahun. Dan sekarang, hampir 4000 anak pokok sudah ditanam termasuk hari ini.

Antara anak pokok yang ditanam adalah Bakau Kurap, Bakau Minyak, Temu Merah, Temu Putih dan Api Api. Pokok Bakau amat penting dalam menahan ombak air (tsunami/banjir) di samping amat penting dalam ekosistem hidupan organisma laut. Sekiranya mahu menyertai program ini pada masa akan datang, bolehlah hubungi Encik A Hadi Kamal, Pengerusi SHBLS.

Pulau Sembilan

Pulau Lalang adalah satu daripada gabungan sembilan pulau yang membentuk nama Pulau Sembilan.

Antara keunikan Palau Sembilan ini adalah kawasannya yang unik, masih lagi tersimpan dengan kawasan terumbu karang dan populasi kuda laut yang banyak.

Dan yang paling penting, di Pulau Lalang ini ada hidupan organisma plankton yang memberi warna biru di pesisir pantai pada sebelah malam seperti di Pulau Maldives.

Dan kehidupan plankton di sini merupakan sebagai salah satu indikator menyatakan pulau ini adalah bersih dan sesuai dengan kehidupan marin.

Pulau ini masih lagi dalam proses eko-pelancongan dan sebarang pertanyaan bolehla hubungi PTNP ataupun Nine Island Agency di Bagan Datoh, Perak.

Tuesday, 9 February 2016

ADAB ADAB MENUNTUT ILMU

Antara beberapa adab adab ketika menuntut ilmu yang diberikan oleh Ustaz Nazrul Nasir secara tidak langsung ketika  Daurah Kitab Adabul Mufrad:
-
1.Jangan menghalakan atau melunjurkan kaki ke arah Tok Guru.
2.Jangan meletakkan Kitab di bawah lantai ketika berlangsungnya pembelajaran sebaiknya diletakkan di atas rehal atau meja kecil.
3.Pastikan Kitab diletakkan berlapik.
4.Kurangkan banyak bertanya kepada Guru. Kata Syeikh, diharamkan segala kebaikan sekiranya banyak bertanya.
5.Jaga adab seperti tidak bermain pen ketika belajar.
6.Pen sebaiknya di letakkan di dalam poket atau di celah telinga. Jangan meletakkan pen di celah/tengah buku.
7.Meminta izin untuk keluar dari Majlis Ilmu dengan penuh beradab dan jangan keluar masuk dengan sesuka hati.
8.Jangan bersembang mahupun mengangkat telefon ketika Daurah dijalankan walaupun umur kamu lebih tua daripada Tok Guru.
-
Adab-adab perlu dijaga bagi mendapat keberkatan Guru.Semoga bermanfaat. Yang memegang microphone itu adalah Ustaz Yussaini, pengasas MATIN, manakala di hadapannya itu, adalah Ustaz Nazrul Nasir. Wallahualam.

Tuesday, 2 February 2016

Ulama Idola

Bersama Ustaz yang juga aku sayang,

Ustaz Yaakob Yusra (Triple Y)

Rindu

Hampir 3 minggu aku praktikal bersama Global Environment (GEC).

Dan 3 minggu juga aku tidak ke majlis Ilmu.

Kiranya 3 hari tidak ke majlis ilmu, hati boleh mati, inikan pula 3 minggu.

Mati dan mereput.

Rindu bersama para para ahli syurga ini.

1. Ustaz Naswad Nasron
2. Ustaz Unais
3. Ustaz Wadi Annuar
4. Ustaz Shahril Long
5. Ustaz Fawwaz Mat Jan
6. Ustaz Bollywood
7. Ustaz Abdullah Khairi
8. Ustaz Yusoff Shaffi Ghani
9. Ustaz Aiman Subri