Wednesday, 31 December 2014

Kuliah Maghrib 9 Rabiul Awal

Antara perkongsian daripada Kuliah Maghrib semalam mengenai "Awlawiyyat" yang bererti "Keutamaan" menurut Islam rujukan Kitab Karangan Syeikh Yusuf AlQadrawi.

Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Solat berjemaah adalah lebih utama dari solat bersendirian 27 kali ganda keutamaan” ( Bukhari dan Muslim )

Daripada hadis di atas menunjukkan bahawa walaupun solat bersendirian dan solat jemaah sama dari sudut bilangan rakaat, bacaan dan juga perbuatan, namun solat jemaah lebih afdhal (UTAMA) kerana pahalanya lebih besar daripada solat sendirian.

Dari Hanzhalah, Rasulullah bersabda: "Satu dirham yang didapatkan dari transaksi riba lantas dimanfaatkan oleh seseorang dalam keadaan dia mengetahui bahawa itu berasal dari riba dosanya lebih ngeri daripada berzina sebanyak tiga puluh enam kali" [HR Ahmad no 22008].

Daripada hadis di atas membawa maksud ialah walaupun riba dan zina adalah merupakan salah satu dosa-dosa besar namun, riba adalah lebih UTAMA yang perlu kita elakkan kerana dosa riba adalah lebih besar berbanding zina di sisi Allah.

Firman Allah SWT: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)." (49:13, Al-Hujurat)

Dalam surah di atas dapat disimpulkan bahawa sehebat mana seseorang sekalipun dalam setiap aspek, namun yang lebih UTAMA di sisi Allah SWT adalah orang yang bertakwa.

Semoga bermanfaat. Selamat Tahun Baru (10 Rabiul Awal 1436H, 1 Jan 2015) #MuhasabahDiri

Tuesday, 30 December 2014

Jangan lewatkan solat

😣

Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakancf Solat Maghrib.

Lambat.

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yanng berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari mahsyar!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.

Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.

Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menje
rit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.

 

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

--
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Siapa tahu?
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman.

#hijrahhaura26

What you give, you will get back

jgn pandang sblh mata!!👀
sbb..ape yg di bwh ni..👇👇
sgt..brguna utk semua!!

Satu quote yang sangat skema,
"you get what you give."

What do you understand with this quote? Give good, then you will get good things and vice versa?

Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh?

Believe me, quote skema itu sangat-sangat deep.

Sebuah kisah, di mana seorang budak universiti yang hidup di atmosphera universiti. Seronok dan bebas... 

Dia lelaki dan dia seperti lelaki lain, ada nafsu dan ada shaitan yang setia di sisi. Dia jatuh suka dengan seorang perempuan dan perempuan itu pun suka dia. Suka sama suka, dan mereka bersama mendekati zina. Hinggalah satu hari, mereka melakukan zina yang sebenar. 

Ini kisah benar. Berlaku dalam dunia realiti, bukannya mimpi.

Setelah berzina, masa berlalu. Pregnant, itu berita yang lelaki itu terima. Yes, dia mengandung hasil zina mereka. Keluarga lelaki itu marah. Abang kepada lelaki itu berlari laju untuk serang si lelaki, dan setelah berdepan, jawapan lelaki itu mudah...

"Siapa dia, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan dia. Langsung tiada."

Jawapannya ringkas dan mudah. Kemudian si lelaki tinggalkan keluarga perempuan tersebut begitu sahaja.

Masa berlalu dengan izin Tuhan, sehinggalah beberapa tahun selepas itu, si lelaki pelik Umi dia menangis. Menangis yang teresak-esak. Umi dia kerap pengsan dan menangis.

Dia tanya, "Kenapa ini? Astaghfirullah!"

"Kakak kau, kakak kau mengandung, kakak kau berzina dengan jiran sebelah!"

Dia berlari laju menuju jirannya itu, dan jawapan jirannya sangat mengejutkan.

"Siapa kakak kau, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan kakak kau. Langsung tiada."

MashaAllah, jawapan itu sangat sama dengan jawapannya suatu ketika dahulu. Istighfar. Dia beristighfar.

Detik masa berlalu, saat demi saat, minit demi minit, hinggalah tiba hari perkahwinan si lelaki. Keluarga lelaki dan keluarga perempuan datang dalam majlis mereka, Meriah. Pada hari pertama antara dia dan isteri dia, satu kata-kata isteri dia membuatkan dirinya sangat terkejut, lebih terkejut daripada berita kakaknya berzina dengan jiran.

"Awak, saya dah pernah berzina sebelum ini. Saya pernah buat hubungan seks dengan lelaki lain sebelum awak. Minta maaf."

Perempuan itu telah berzina, sama juga dengan dirinya yang pernah berzina. Istighfar. Dia beristighfar.

Keluarga mereka bahagia, ada seorang anak perempuan. Ketika itu, anak perempuan yang comel itu berumur 6 tahun. Hidup sepertimana kanak-kanak lain, bermain di luar rumah dengan kanak-kanak lain. Satu hari, si anak berlari jumpa si ayah. Dia teresak-esak menangis.

"Abah, pak guard rogol saya."

MashaAllah, jantung hati ayah mana yang tak terobek dengan berita anak berumur 6 tahun dirogol?

Istighfar. Dia beristighfar.

Skema ke tidak quote "you get what you give"? Skema tak skema, mohon jaga iman dalam jiwa. Terdetik nak bermaksiat? Ingat, you will get what you give. Skema pun skema lah kan, tapi dalam Quran Allah ada kata mengenai this quote but in different cara penyampaian.

Surah Ghafir, 40.

Dalam ayat ini, Allah kata:

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya."

You will get what you give. Banyak lagi ayat describing about this, in my research, these are the ayats :

Al-An-aam : 160
Al-Qasas : 84
Dan lain-lain ayat.

Well, kalau kamu buat zina kepada orang lain dan kamu buat bodoh seperti mana dalam cerita di atas, so you will get what you give. Dosa lain pun sama.

Mencuri.
Mengumpat.
Buat fitnah.

Dan pelbagai lagi maksiat yang ada di atas dunia ini. Haaaa, ni nak tambah bad news untuk kamu, buat benda baik you will not get what you give. 

Ini serius. Kamu buat baik kamu tidak akan dapat yang setimpal. That's how it works so chill lah. So macam tak syok lah nak buat baik. Jadi macam buat kempen tak payah buat baik sebab buat baik tiada implikasi balik kepada kita. Buat baik tidak dibalas baik tapi buat jahat dibalas setimpal.

"Hm. Nak bertapa dalam bilik tak nak buat jahat dan tak nak buat baik. Muktamad!"

Yes. Bila kita buat baik, kita tidak akan dapat baik yang setimpal. Sebab, bila kamu buat baik, Allah akan bagi LEBIH BAIK daripada apa yang kamu buat baik.

Untuk istilah buat baik, namanya:
YOU WILL GET BETTER FROM WHAT YOU GIVE.

Gituhh! Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh?

Tak. Bukan gitu.

Kalau saya bagi awak lolipop perisa strawberi, i will get back lolipop perisa strawberi+vanilla+chocolate yang ada aiskrim tiga tingkat atas lolipop itu dan ada syrup chocolate dan krim import atas lolipop tersebut.

Berganda-ganda kan? Syoknya!

Tak skema kan? So ikhwah akhawat yang allergic dengan perkataan skema, jom kita allergic buat jahat sebab penjahat itu skema dan mulalah kita buat baik kerana orang baik itu tidak skema juga bakal ahli syurga.

[Nota hati, bukan nota kaki]

Monday, 29 December 2014

9 Rabiul Awal 1436H, 31 Dis 2014

"Jangan anggap orang yang berdosa tiada masa hadapan"- #HafizHamidun .

Ya, inilah kisah aku. Alhamdulillah Tahun 2014 adalah tahun yang terbaik untuk aku dan juga keluarga aku.

Betullah kata orang. Yakin pada janji Allah. Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik jika kita rasa kita kehilangan sesuatu yang berharga. Minta pada Allah, taubat dan berharap padaNya. Malah Allah akan bagi lebih.

Alhamdulillah tahun ini aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan graduate untuk diploma. Kakak aku pun graduate untuk degree dia.

Moga Allah limpahkan lagi rezeki pada hari hari mendatang. Begitu juga untuk kalian. Amin. In shaa Allah. (Khairulamirin, 9 Rabiul Awal 1436H, 31 Dis 2014)

Untuk yang Exam :)

"Hmm.. exam tadi aku rasa failed je, dia minta lain , aku bagi lain" Dia tunduk. Kawan pegang tangan dia dan senyum.
"Nak dengar satu cerita tak?" Dia angguk.

"Dulu kan, ada seorang student ni, exam, lepas keluar dari hall, mestilah kita cek balik jawapan kat buku atau bincang-
bincang kan. Dia terdengar kawan dia bincang, dan jawapan antara kawan-kawan dia tu sama, tapi berlainan dari dia. Kalau kita, confirm cuak kan? Then kawan dia tanya, kenapa tak bincang sama? Nak tahu tak apa jawapan dia?"

"What?"

"Dia jawab , dia tak nak cek sebab dia takut pergantungan dia kepada Allah berkurang.Pergh kan jawapan dia? "

"Meaning?"

"Rasa entah kita punya kekuatan macam tu atau tak? Lepas tu dia solat hajat banyak-banyak, dia doa gila-gila, dan tahu tak dia dapat highest mark untuk paper tu" Senyum.

Kadang kita terlalu yakin kita akan berjaya dalam sesuatu hal, tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan
segala sesuatu. Even kita jadi zombie library pun, mata jadi panda sekalipun, andai Allah tak izin lagi kita dapat benda tu, maka tak akan dapat lah.Dah usaha, serah pada Dia..

All the best semua utk final exam "
Sahabat,letakkan keyakinan kamu sepenuhnya pada Allah. Percayalah. Bila kita letakkan keyakinan kita sepenuhnya pada Allah kita akan tenang dn gembira terima apa jua keputusan,apa jua yg terjadi. Kerana Allah tahu apa yg terbaik untuk kita dn Allah takkan pernah biar kita dalam kekecewaan. Allahu Rabbi...

Saturday, 27 December 2014

Bagamaina Untuk Kyusu'

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba  , bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:

* Bertaubat;
* Menyesali dosa yang telah   dilakukan;
* Tidak tergila-gilakan dunia;
* Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya');
* Tinggalkan sifat berbangga;
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan;
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah;
2. Syurga di sebelah kananku;
3. Neraka di sebelah kiriku;
4. Malaikat Maut berada di belakangku dan;
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

Sabda Nabi s.a.w, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan
akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Moga-moga dapat diamalkan bukan sahaja untuk bersolat tetapi juga dalam kehidupan harian kita.                                         .www.cardovacreative.com               .http://cardovacreative.blogspot.com

Gulpx100 (Awek Sentap)

Di hentian bas dalam universiti. Ada gadis tengah
menunggu bas. Ada seorang jejaka bukan
membernya sedang cuba mengurat.

Jejaka: "Assalamualaikum awak. Tak jawab dosa,
masuk neraka."

Gadis: "Kalau saya masuk neraka, awak berani tak
ikut sama?"

Jejaka: "Gulp! Subhanallah cantiknya awak ni."

Gadis: "Lepas solat tak zikir pula, 'Subhanallah
Alhamdulillah Allahuakbar', terus cabut doa pun
tidak, bagi alasan bid'ah doa berjemaah.
Tapi tapi tapi!
Berani pula sebut Allah mengurat wanita dan puji
gambar wanita. Ibarat nak hisap rokok baca
bismillah dulu."

Jejaka: "Gulp gulp! Cantik pakaian awak ni, dari
tudung sampai ke kasut matching. Pandai awak
bergaya."

Gadis: "Ustaz kata, lelaki beriman itu jaga
pandangan. Bukan memandang atas sampai ke
bawah bertubi-tubi."

Jejaka: "Gulp gulp gulp! Suara awak sedaplah."

Gadis: "Wahahahahhahahahahahhahahahah
hahahahah" ( mengilai macam org gila, kucing pun
lari sambil menutup telinga, kura-kura sampai
pinjam beskal dgn jiran utk speed up dari tempat
kejadian )

Jejaka: "Gulp gulp gulp gulp (menakutkan betul
awek ketawa camni)! Awak, jadikan malamku lebih
indah, siangku lebih terang pls. Saya berkenanlah
dengan awak."

Gadis: "Malam tahajjud. Siang baca Quran.
Berkenalanlah dengan Allah di malam hari,
bertaaruf (baca buku dan sirah Nabi) dengan
Rasululllah di siang hari."

Jejaka:"Gulp 5x!" Awak ni kan menjawab!
Menjawab! Tensyen saya!"

Gadis: "Sabar itu iman. Orang yang tewas di dunia
ini adalah yang gagal menahan amarah."

Jejaka: "Gulp 6x! I love you!"

Gadis: "Andai lafaz cinta diluah semudah itu, pasti
hati itu jua mudah beralih arah sepantas itu."

Jejaka: "Gulp 7x! Awak, tulang rusuk saya bergetar
gila-gila ni."

Gadis: "Tanda azab kuburlah tu. Tulang rusuk
bakal diapit sampai berselisih dalam tu."

Jejaka: "Gulp 8x! Oh kiranya awak nak cara yang
islamiklah ni!"

Gadis: "La, baru terasa orang Islam ke? Tadi orang
kapir ke org munafik?"

Jejaka: "Gulp 9x! Awak ni lancang betul mulut.
Awak tahu tak, kalau awak terus menjawab macam
ni, orang lain dah tampar or bawa lari awak kena
rogol baru tau!"

Gadis: "Allah Maha Melihat apa yang anda
lakukan. Segala kezaliman yang dilakukan hari ini
demi nafsu, tak ada satu pun yang tidak akan
dibalas kembali. Saya doakan orang yang
menzalimi saya sedemikian rupa mati digilis lori."

Jejaka: "Gulp 10x! Ala, awak kalau betul Islamik,
awak takkan layan saya mengurat."

Gadis: "Janganlah tersalah antara menjawab dan
melayan. Jangan tertukar antara timun cina dan
timun batang."

Jejaka: "Gulp 11x! Oklah, bagi saya no.telefon abah
awak, saya nak masuk meminang."

Gadis: "Seorang yang matang, tidak akan membuat
keputusan dengan terburu-buru hanya dengan
berlandaskan penilaian rupa luaran seseorang
semata-mata. Terburu-buru itu sifat syaitan yang
dibenci Nabi s.a.w."

Jejaka: "Arghhhhhhhhhhhhhhhh! Itu tak boleh, ini
tak boleh, itu tak kena, ini tak kena! Saya nak
awak, nak awak, nak awak gak!" ( menggelupur di
lantai kaki lima macam nak sawan sebab terlalu
stress )

Bas datang, gadis itu cepat-cepat naik bas.
Membiarkan saja lelaki itu berbuih-buih mulut
seorang diri terbaring di hentian bas. Gadis itu
gelak sendiri, koh koh koh.

Berdamailah Dengan Allah

Berkata As Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid :

Kalau dosa seorang hamba itu terlalu banyak, dan tiada perkara yang dilakukan hamba itu untuk menghapuskan dosanya.

Allah سبحانه وتعالى akan menduga dengan "Al-Hazan" iaini perkara yang menyusahkan, memberatkan dan menyedihkan.

Banyak turunnya bala sekarang ini adalah kerana perbuatan maksiat daripada hamba-hambanya.

Inikan satu hamba, Kalau satu kampung? Kalau satu bandar? Kalau satu negeri? Kalau satu negara yang buat maksiat? Wal'iyazubillah.

Dugaan yang Allah سبحانه وتعالى beri itu adalah tanda penghapusan dosa dari Allah سبحانه وتعالى . Allah سبحانه وتعالى menduga sesuatu kepada kita sebagai penghapusan dosa untuk mengangkat darjat kita.

Ambil sebab-sebab agar supaya Allah سبحانه وتعالى mengubah keadaan menjadi yang lebih baik. Berdamai dengan Allah سبحانه وتعالى dulu, bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى dulu, mohon agar Allah سبحانه وتعالى merahmati diri kita dan hamba-hambanya yang lain.

Mungkin kita menjadi sebab berlakunya bala yang turut terkena kepada makhluk-makhluk yang lain.

Kerana itu mula dari sekarang kita berdamailah kepada Allah سبحانه وتعالى mohon agar dijauhkan dari segala bala bencana. Kita tidak tahu mungkin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah سبحانه وتعالى menjadi asbab terselamatnya hamba-hambaNya yang lain dari bala yang turun.

Wallahu'alam.

Tuesday, 23 December 2014

Jangan Kerana Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

10 Sebab Mengapa Doa Tidak Diterima Allah SWT



بِسمِ ٱللهِ ٱلرَّحمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِاَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

Mengapakah doa-doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan.

Di manakah silapnya?
Padahal kita telah berdoa dan meminta setiap hari.

Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya;

Sebagaimana firman-Nya;
 وَقَالَ رَ‌بُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُم
ْ
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).

Namun begitu seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?”

Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).

”Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”. Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu: Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah  ﷺtetapi kamu tinggalkan sunnahnya. Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya. Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri. Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya. Jika begitu, bagaimana mungkin Allah Ta’ala dapat mengkabulkan doa kamu?” .

Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjalankan tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah Ta’ala. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.

Wallahu a'lam.

Andaiku Tahu Bila Sampai Ajalku

Tazkirah
27Safar 1436@20/12/2014

Memang sebagai manusia biasa, perasaan takut untuk menghadapi saat kematian akan datang kepada kita. Kita tahu dan yakin dengan kematian, akan berhadapan dengan malaikat maut, akan dimasukkan ke dalam kubur dan berdepan dengan alam barzakh, bersama malaikat munkar nakir. Kita yakin akan persoalan yang akan ditanya dan jika gagal, kita akan dipukul sehingga terbenam 70 hasta ke dalam bumi. Dan akan ada seorang lembaga merupakan amalan kita, andainya baik amalan berupa lembaga yang tampan dan wangi. Andainya buruk amalan, kita yakin lembaga yang buruk, hodoh dan busuk baunya akan menemani kita sepanjang di dalam kubur.

Kita juga yakin pada orang beriman akan berlaku nikmat-nikmat di dalam kubur, berada bagaikan seorang bayi di dalam pelukan ibunya, dibuka pintu syurga sehingga harumannya sampai ke dalam kubur. Dan kita juga yakin akan berlaku berbagai azab bagi orang yang derhaka, didatangkan kala jengking, ular yang besar, serta himpitan kubur sehingga berselisih tulang rusuk. Bahkan dibuka pintu neraka sehingga bahang bakaran dan jerit pekik neraka sampai ke kubur.

Semua itu kita tahu, yakin dan itulah yang menjadikan kita menjadi taat atau derhaka. Namun kerana iman kita belum masuk ke dalam hati, hanya baru bertunjang di akal, maka kita seakan lupa akan persoalan mati ini. Kita lalai dengan anak isteri, harta, pangkat dan dunia yang ada disekeliling kita. Maka kita pun lalai sehinggalah sampai masa kematian pun tiba.

Cuma tarikh kematian ini tidak diberi tahu kepada kita. Kalau kita tahu kematian kita, kita akan minta seperti yang berlaku kepada lirik lagu..."andai ku tahu". Kita akan minta Tuhan panjangkan umur kita. Kita akan minta jangan dicabut nyawa kita. Inilah sifat manusia yang lalai dan lupa, suka memberi alasan dan memenangkan nafsu dengan alasan-alasan itu. Sebab itu kita tidak diberitahu tarikh kematian kita. Cuma tanda-tandanya sudah awal datang kepada kita.
1. Mata sudah kabur
2. Kulit sudah kendur
3. Uban sudah bertabur
4. Gigi sudah gugur
5. Ramai kawan dan saudara mara kita dah masuk kubur

Maka marilah kita semua bersedia untuk suatu yang pasti tiba. Walaupun tarikhnya tidak dikhabarkan tapi dengan persediaan ini, kita berharap dan memohon izinkan kita mengakhiri hayat ini dengan taubat. Maknanya kerana tak tahu bila akan mati, maka kita mulakan taubat sekarang dan seterusnya. Tak putus-putus hati kita memohon keampunan dari Allah.

Bukan itu sahaja, kita akan iringi taubat dengan amal bakti. Dengan niat setiap bakti itu sebagai penebusan dosa-dosa yang kita lakukan. Hati terus bertaubat dan merendah diri kepada Zat Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Mana mampu untuk menanggung azab dan seksa nerakaNya, sedangkan sebagai hamba yang berdosa, mana layak untuk masuk syurgaNya. Lantas terus memohon ditaubatkan dan diampunkan dosa-dosa kita. Kerana bukankah Allah itu Maha Pengampun akan dosa-dosa hambaNya.

Wassalam

CANTIK ITU DI WAJAH ATAU DI HATI?


Menguap. Mata berair. Sungguh! Kelas heaven sangat sampai rasa mengantuk.

Lecturer yg dikagumi: Nowadays, women spend too much money for their cosmetic.

Aku yg mengantuk : *Tersengguk2*
Lecturer yg dikagumi: Haa. You there.
Aku yg mengantuk : Saya? *terpinga2*
Lecturer yg dikagumi: Yes. Kamu kak long. Pakai produk apa kat muka?
Aku yg mengantuk : Err. Err. Arang batu? *krik krik*

Tertekan sebab rasa diri tak cantik? Tak putih? Hitam? Ehem! *betulkan suara*

Syair arab ada menyebut,
“Putih tak semestinya bermaksud cantik, dan hitam tak pulak bererti kotor kerana putihnya kain kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam tu sangat menyenangkan.” *senyum kelat*

Pepatah english ada mengatakan,
“3 whites that dangerous which are rice, sugar and salt.” Naaaa! Nampak? Putih bukan benda bagus sangat pun.

Ok. nak pepatah melayu jugak? Ni saya bagi pantun. Taadaaaa!
Putih-putih hampas kelapa,
Walaupun putih di buang juga.
Hitam-hitam si tompok manggis,
Walaupun hitam di pandang manis.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? *betulkan tudung*

Geng-geng mafia sekalian..
Cantik ke handsome ke comel ke comot ke (comot itu unik ok. ha3!) Itu semua anugerah dan pinjaman dari Allah. Jangan riak tapi bersyukur. Anytime Allah boleh tarik balik.

Apa? Takut tak dapat jodoh sebab tak cantik? Tak hot stuff? Well~ *minum milo*

Rugilah seseorang Lelaki itu apabila melepaskan seseorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar Wanita yang cantik wajahnya kerana andai kau jatuh cinta kerana rupanya, kau hanya dapat dia. Tapi jika kau jatuh cinta kerana akhlak dan agamanya, kau akan dapat dia dan Syurga. InsyaALLAH. Bi-idznillah. *kenyit mata*

Dan bagi saya pula, lelaki yang pakai baju melayu atau berkain pelekat dan dia menuju ke masjid untuk solat jemaah adalah yang paling kacak. Tak kesahlah dia rambut tak spiky ke muka tak putih ke banyak jerawat ke. Yang penting kacak akhlak dan agama. Itu definisi kacak bagi saya. Bagi anda? He3!

Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan punya quote “Bagaimana aku ingin menafikan kecantikan muslimah yang menutup aurat secara sempurna? kerana mereka ini telah cantik di sisi tuhan kami. Tudung tidak pernah cantik tanpa si pemakai tudung yang ingin cantik mengikut standard CANTIK yang ALLAH TETAPKAN” *rasa terinspirasi* ha3!

Saya tutup entry saya dengan sebuah errr contengan yang entah apa-apa? *laugh*

Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?

Ada apa pada rupa
Kalau hati TAK seindah muka
Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk DIA

Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah ZINA
Ada apa pada rupa
Kalau AGAMA entah ke mana

# biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, yg penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi #

Mengumpat

Assalamualaikum semua

 sedikit perkongsian untuk pagi ni...

Bismilahhirahmanirrahim. Sebelum kita mula, kita sedekah kan alFatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat baginda, muslimin dan muslimat

Baiklah tajuk usrah pada malam ni adalah "Mengumpat"

Mengumpat ialah menyebut perihal orang lain yang akan membuatkan hatinya benci bila mengetahui atau memperkatakan seseorang di belakangnya

Contohnya memperkatakan kecantikan badannya, perangainya, sikapnya atau perkataannya sama ada dalam urusan agama mahupun dunia.

Mengumpat terbahagi kepada 3 bahagian :

. Ghibah
Menyebut sesuatu yang buruk di belakang orang.

. Buhtan
Mereka reka perkara dusta

. Ifk
Menyebarkan cerita fitnah yang didengar.

Kita dilarang sama sekali untuk mengumpat. Ni bukan saya yang cakap. Tapi Allah dah berfirman dalam AlQuran.

Dalam Surah al-Hujurat:12

" Dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah kalau seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. "

Mengumpat juga bukan  dengan lidah semata mata. Contohnya dengan menggunakan isyarat anggota badan ataupun tulisan dalam rencana.

Mengumpat juga boleh dilakukan dalam hati. Iaitu sangka sangka buruk terhadap seseorang.

Ada dua cara nak mencegah lidah daripada mengumpat.

1. Ketika marah, terus ambil wuduk.

2. Mengingati larangan Allah dan rasul mengenai Allah.

 Okay saya tahu kita semua susah sangat nak terlepas daripada mengumpat ni. Boleh tahu apa lagi cara ukhti buat untuk 'lari' mengumpat?

Okay kalau saya kan, kalau terjebak dalam group mengumpat ni mesti saya ingat mati.

" Kalau aku atau dia mati dulu and tak sempat mintak maaf macam mana? "

Terus takut nak mengumpat

Ada juga perkara perkara yang dibenarkan dalam mengumpat.

1. Teraniaya
Seseorang itu memperkatakan tentang perbutan penganiyaan yang dilakukan oleh individu terhadap dirinya.

2. Tujuan untuk pengiktibaran.
Contohnya menceritakan kesalahan orang lain kepada seseorang dengan harapan mereka mengambil pengajaran dari cerita tersebut.

3. Meminta nasihat.
Contohnya, membuka keaiban keluarga kepada pegawai agama dengan niat untuk mendapat nasihat.

4. Sebagai amaran.
Contohnya, jika ada sahabat kita ingin berurusan dengan orang yang selalu menganiaya orang lain.
Contohnya, ketua yang zalim, orang yang menyesatkan agama dan orang yang fasiq.

Konklusinya, amalan mengumpat memang dilarang kerana ia berdosa besar dan diibaratkan seperti makan daging saudara sendiri. Allah SWT menganjurkan orang yang mengumpat bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang diumpat. Sekiranya khuatir dengan berterus terang akan mendatangkan permusuhan, maka mintalah keampunan daripada Allah sepenuh hati.

Kerana 20 Sen

Imam dan 20 Sen
Beberapa tahun dahulu, ada seorang
Imam yang berasal dari Thailand
telah dipanggil ke Malaysia untuk
menjadi Imam tetap di sebuah
masjid di Malaysia. Telah menjadi
kebiasaan Imam tersebut selalu
menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam
tersebut membayar tambang dan
duduk di dalam bas, dia tersedar
yang pemandu bas tersebut telah
memulangkan wang baki yang lebih
daripada yang sepatutnya sebanyak
20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut
memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen
ni?" Imam tersebut bertanya kepada
dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya...
setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun
tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid,
Imam tersebut menekan loceng dan
bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun
sahaja daripada bas, tiba-tiba
seakan-akan dirinya secara automatik
berhenti dan berpaling ke arah
pemandu bas tersebut sambil
memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki
terlebih 20 sen", kata Imam tersebut
kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak
pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya," pemandu bas tersebut
berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai
seorang muslim saya perlu berlaku
jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum,
dan berkata, "Sebenarnya saya
sengaja memberi wang baki yang
lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji
kejujuran kamu wahai Imam. Saya
sudah berkali-kali berfikir untuk
memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan
seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan. Imam tersebut berdoa
sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya
Allah... Aku hampir-hampir menjual
harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada
peristiwa di atas? Ingatlah.. kita
mungkin tidak melihat dan tahu
kesan tindakan kita terhadap orang
lain. Kadang-kadang manusia akan
menganggap kita sebagai tingkap
untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah
s.a.w. itu terdapat contoh teladan
yang baik.

#Rujukan: iluvislam
>WALLAHU'ALAM<
#renungan bersama...

Thursday, 11 December 2014

Khutbah Jumaat : Kebersihan

Antara petikan daripada Khutbah Jumaat harini menekankan agar kita menjaga kebersihan diri dan sekeliling kita.

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Sekiranya kita tidak menjaga kebersihan, kita akan mudah mendapat penyakit seperti aedes dan penyakit lain yang berbahaya disebabkan tindakan lalai kita sendiri.

ظَهَرَ الفَسادُ فِى البَرِّ وَالبَحرِ بِما كَسَبَت أَيدِى النّاسِ لِيُذيقَهُم بَعضَ الَّذى عَمِلوا لَعَلَّهُم يَرجِعونَ ﴿٤١﴾(41) Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Pedang Malam

PEDANG MALAM🔪🌒

Pada zaman Abu Hassan Bin Bisyar (salah seorang sufi), ada seorang pegawai zalim. Pada suatu hari dia sedang duduk bersantai. Asyik beristirehat di dalam vila di tepi pantai, sambil.mnikmati pelbagai macam hidangan dan minuman keras.

Kelakuan itu telah  memancing Abu Hassan utk mgumpulkan para jemaah yg trdiri drpda orang2 soleh. Mereka brkumpul di depan vila yg tgi lg megah itu. Denagn serentak mengalunkan ayat2 suci al-quran dengan suara yg tinggi.

Mendengar gemuruh suara jemaah yang mengumandangkan ayat al-quran, maka kluarlah salah seorg pelayan pegawai tersebut lalu bertya " kenapa kamu berkumpul di tempat kami dan kamu telah  mengganggu kami"..
Abu Hassan mnjawap" Katakanlah kepada majikanmu,jangan berbuat kemgkaran dan cuba utk melakukannnya terang-terangan. Sekiranya dia berdegil kami akan membunuh dia!!"

Pelayan itu segera masuk dan menyampaikan apa yg telah diperkatakan oleh Abu Hasan.

Dengan angkuh pgawai itu mnjawap..."aku telah dikawal oleh ramai tentera yg gagah lagi berani, mana mgkin dia dapat membunuhku"..

Pelayan itu segera mnyampaikan kata2 majikannya kpada jemaah Abu Hasan.😄😄

Abu hasan kembali berkata" kami akan membunuhnya dengan pedang malam"😠☺

Pelayan itu pun bertanya " apakah yg dimaksudkan dgn pedang malam"??😳😳

"Kami akan berdoa kepada Allah dengan mengangkat tangan tinggi-tinggi"... jawap Abu Hasan Bin Bisyar..

Pelayan itu pun segera masuk dan menyampaikan kepada pegawai tersebut. Akhirnya dia pun segera meninggalkan perbuatan mungkar itu sambil berkata " kalau memang itu senjata yg digunakan utk membunuhku, tidak ada kekuatan utk menangkisnya."

Sejak itulah pegawai tersebut telah sedar diri dan kembali pada Allah dengan bertaubat dan berbuat kebaikan....😊😊😊😊😊👏👏👏

Wednesday, 10 December 2014

Analogi Kehidupan

Jangan kita angkat flat putih(mengalah) ketika kita ditimpa masalah atau musibah.

Sebab apa???

-Kita hidup bukan untuk mengalah
-Hidup juga bukan sebab hendak mengejar dunia semata-mata
-Sedangkan akhirat yang kekal abadi itu sedang menanti kita wahai sahabat sekalian

Analogi kehidupan :

🌱0 divide by 1 = we get the answer is 0

🌱1 divide 0 = we get the answer is math error or infinity (tak terhingga)

🌿Kalau kita letakkan dunia no 1,,sedangkan akhirat 0,,maka kita akan dapat 0 kerana kita hanya mengejar dunia.kita lalai mengingati Allah ,,lupa akan tujuan hidup kita di muka bumi ini sebagai khalifah yang perlu menggalas banyak mehnah ujian,,lagha dalam pelbagai perkara,,kejar dunia semata-mata.. maka kita takkan dapat apa-apa..NOTHING...mungkin manusia bangga dengan segala pencapaian kita. Sedangkan,,Allah tidak pandang kita..
Allahu..

Tetapi.......

🌺Kalau kita letakkan akhirat no 1,,dunia 0...maka,,kita akan dapat kebahagiaan yang tak ada had(infinity)..
Sesungguhnya untuk mengejar akhirat ia bukanlah perkara yang mudah..its quit difficult..yeahhh..

Tetapi....

Disebalik kesukaran itu,,terselit kebahagiaan dan kesenangan yang kita tidak nampak..

Dalam love letter dari Allah :
Surah al-baqarah ayat 216...[2:216]
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,,padahal ia amat baik bagi kamu ,,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu ,,padahal ia amat buruk bagimu ,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..

Haaaa..

Untuk mencapai pengakhiran yang baik itu..memang sukar..

Kerana ,,,,

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..
😊😊😊☺☺☺

Jom refer lagi love letter dari Allah dalam surah al-Hadid ayat 20,, [57:20]
Ketahuilah,,sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan..

Ingatlah wahai syabab agama sekalian..
Hidup kita di dunia hanyalah ibarat seorang musafir yang sedang menuju ke satu destinasi..

Yeah..deatinasi..

Destinasi bagi pengakhiran hidup kita sebagai hamba Allah..

Dunia ini suatu persinggahan..Persinggahan yang sangat sekejap..
Hidup kita di muka bumi seolah-olah sama seperti pengembara atau musafir yang rehat sekejap buat pit-stop di bawah pokok.Dan selepas itu kita akan menyambungkan perjalanan kita...Ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar tempat melepas lelah dan penat.

Dalam sebuah hadith : The Prophet SAW also urged the Muslims to prepare for death and to take provisors for the Hereafter,He said; "Be  in this world like a stranger ,or a wayfarer.
(Narrated by Bukhari)

Ingatlah wahai pemburu syahid sekalian..
Jangan pernah mengaku kalah dalam berjuang..Jangan mudah berputus asa..Jika kita gagal ,bukan bermakna kita gagal untuk selama-lamanya..Bangitlah!!!

Always remember this :
Surah Qaf ayat 16 [50:16]
Dan sesungguhnya,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Masyaallah..
Jangan pernah berhenti berjuang dan berusaha..Ingat ,Allah sentiasa bersama kita.
Semoga kita sentiasa di bawah rahmat Nya
Insyaallah.

#c&p
#pendosa tanpa noktah

Sifat Bidadari

Seorang wanita, kena usaha untuk bersifat dengan sifat BIDADARI. Apakah sifat bidadari?

***

1) حور مقصورات في الخيام
"Bidadari-bidadari yang tinggal di dalam khemah-khemah".

Ciri pertama bidadari ialah ia amat menjaga dirinya dengan tak keluar dari rumah jika tiada keperluan yang mendesak. 

Dia pelihara dirinya, kerana dia sedar, lagi banyak dia keluar dan menonjolkan diri di khalayak ramai, lagi banyak lelaki tertarik.

Mungkin, kalau kita boleh simpulkan dari sifat pertama ini ialah TAK SUKA TONJOLKAN DIRI di khalayak ramai. 

Tapi, hari ni, ramai perempuan dah tak rasa malu. Malu makin berkurangan. 

Suka sangat menonjol diri dengan upload gambar di FB, twitter, instagram sedangkan dia tahun ada laki yang friend dan follownya.

Maka, HILANGLAH darinya sifat malu. Hilang juga darinya sifat bidadari! 

Hatta, seorang ulama mengatakan, apabila seorang wanita mendedahkan dirinya sehingga ada lelaki yang memandangnya dan tertarik dengannya, MAKA:

"لعن الله الناظر والنظور"
(Laknat Allah ke atas orang yang melihat dan yang lihat...)

Nauzubillah!

2)فيهن قاصرات الطرف لم يطمثهن إنس قبلهم ولا جان
"Di dalam syurga, ada wanita-wanita(bidadari) yang sentiasa tundukkan pandangan, yang belum pernah di dekati sebelumnya, baik oleh bangsa manusia mahupun jin!!"

Ini sifat kedua bidadari. Menundukkan pandangan! Ingat laki je ke kena tundukkan pandangan? 

Tunduklah pandangan kalian dari melihat artis-artis lelaki yang kacak-kacak. Saya pernah ke sekolah dan universiti untuk bagi ceramah. 

Rata-rata, 70% wanita hari ini terlalu gila-gilakan artis korea, kpop, pelakn drama jepun, penyanyi seperti Justin Bieber, 1D dan lain-lain.

Jika tak tunduk pandangan, maka hilanglah salah satu sifat bidadari dari dirinya! 

3)كأنهن الياقوت والمرجان
"Mereka seperti yaqut dan marjan(permata yang sangat mahal harganya dan amat cantik, suci, berseri)..."

Ciri-ciri yang ketiga ialah dia suci dari sebarang maksiat. 

Tak pernah di sentuh lelaki bukan mahram, tak pernah di kacau(kerana dia amat menjaga dirinya sehingga lelakipun segan nak kacau), dan amat menjaga kecantikan dengan menutup aurat dan bersuci.

***

Ini antara 3 sifat bidadari.

Usahalah untuk ke arahnya. 

Sungguh, ianya tak mustahil. 

Bahkan, jika korang dapat lakukannya wahai wanita, di syurga nanti, korang akan jadi lebih cantik dari bidadari....

Ikhlas,

Admin Tarbiah Sentap

PS. Kongsikan pada rakan lain.