بِسمِ ٱللهِ ٱلرَّحمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِاَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.
Mengapakah doa-doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan.
Di manakah silapnya?
Padahal kita telah berdoa dan meminta setiap hari.
Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya;
Sebagaimana firman-Nya;
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُم
ْ
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.” (Mu’min: 60).
Namun begitu seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. “Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?”
Ibrahim Adham menjawab, “Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati).
”Lalu ditanyakan lagi, “Apa yang boleh mematikan hati?”. Beliau menjawab, “Ada sepuluh perkara, iaitu: Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah ﷺtetapi kamu tinggalkan sunnahnya. Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya. Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri. Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya. Jika begitu, bagaimana mungkin Allah Ta’ala dapat mengkabulkan doa kamu?” .
Daripada sepuluh sebab itu, tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjalankan tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah Ta’ala. Sewajarnyalah kita tidak mendapat apa yang dihajatkan dan tak memungkinkan setiap permintaan dikabulkan Allah SWT.
Wallahu a'lam.
Tuesday, 23 December 2014
10 Sebab Mengapa Doa Tidak Diterima Allah SWT
Labels:
Doa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment