Wednesday, 31 December 2014

Kuliah Maghrib 9 Rabiul Awal

Antara perkongsian daripada Kuliah Maghrib semalam mengenai "Awlawiyyat" yang bererti "Keutamaan" menurut Islam rujukan Kitab Karangan Syeikh Yusuf AlQadrawi.

Sabda Nabi SAW : Ertinya : “Solat berjemaah adalah lebih utama dari solat bersendirian 27 kali ganda keutamaan” ( Bukhari dan Muslim )

Daripada hadis di atas menunjukkan bahawa walaupun solat bersendirian dan solat jemaah sama dari sudut bilangan rakaat, bacaan dan juga perbuatan, namun solat jemaah lebih afdhal (UTAMA) kerana pahalanya lebih besar daripada solat sendirian.

Dari Hanzhalah, Rasulullah bersabda: "Satu dirham yang didapatkan dari transaksi riba lantas dimanfaatkan oleh seseorang dalam keadaan dia mengetahui bahawa itu berasal dari riba dosanya lebih ngeri daripada berzina sebanyak tiga puluh enam kali" [HR Ahmad no 22008].

Daripada hadis di atas membawa maksud ialah walaupun riba dan zina adalah merupakan salah satu dosa-dosa besar namun, riba adalah lebih UTAMA yang perlu kita elakkan kerana dosa riba adalah lebih besar berbanding zina di sisi Allah.

Firman Allah SWT: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)." (49:13, Al-Hujurat)

Dalam surah di atas dapat disimpulkan bahawa sehebat mana seseorang sekalipun dalam setiap aspek, namun yang lebih UTAMA di sisi Allah SWT adalah orang yang bertakwa.

Semoga bermanfaat. Selamat Tahun Baru (10 Rabiul Awal 1436H, 1 Jan 2015) #MuhasabahDiri

No comments:

Post a Comment