Tuesday, 23 December 2014

Kerana 20 Sen

Imam dan 20 Sen
Beberapa tahun dahulu, ada seorang
Imam yang berasal dari Thailand
telah dipanggil ke Malaysia untuk
menjadi Imam tetap di sebuah
masjid di Malaysia. Telah menjadi
kebiasaan Imam tersebut selalu
menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam
tersebut membayar tambang dan
duduk di dalam bas, dia tersedar
yang pemandu bas tersebut telah
memulangkan wang baki yang lebih
daripada yang sepatutnya sebanyak
20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut
memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen
ni?" Imam tersebut bertanya kepada
dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya...
setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun
tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid,
Imam tersebut menekan loceng dan
bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun
sahaja daripada bas, tiba-tiba
seakan-akan dirinya secara automatik
berhenti dan berpaling ke arah
pemandu bas tersebut sambil
memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki
terlebih 20 sen", kata Imam tersebut
kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak
pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya," pemandu bas tersebut
berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai
seorang muslim saya perlu berlaku
jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum,
dan berkata, "Sebenarnya saya
sengaja memberi wang baki yang
lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji
kejujuran kamu wahai Imam. Saya
sudah berkali-kali berfikir untuk
memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan
seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan. Imam tersebut berdoa
sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya
Allah... Aku hampir-hampir menjual
harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada
peristiwa di atas? Ingatlah.. kita
mungkin tidak melihat dan tahu
kesan tindakan kita terhadap orang
lain. Kadang-kadang manusia akan
menganggap kita sebagai tingkap
untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah
s.a.w. itu terdapat contoh teladan
yang baik.

#Rujukan: iluvislam
>WALLAHU'ALAM<
#renungan bersama...

No comments:

Post a Comment