Antara petikan daripada Khutbah Jumaat harini menekankan agar kita menjaga kebersihan diri dan sekeliling kita.
Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).Sekiranya kita tidak menjaga kebersihan, kita akan mudah mendapat penyakit seperti aedes dan penyakit lain yang berbahaya disebabkan tindakan lalai kita sendiri.
ظَهَرَ الفَسادُ فِى البَرِّ وَالبَحرِ بِما كَسَبَت أَيدِى النّاسِ لِيُذيقَهُم بَعضَ الَّذى عَمِلوا لَعَلَّهُم يَرجِعونَ ﴿٤١﴾(41) Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Thursday, 11 December 2014
Khutbah Jumaat : Kebersihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment