Sunday 11 June 2017

Ibadah di Trolak, aturanNya




Seminggu di Trolak, Alhamdulillah banyak benda yang aku belajar. Terutama sekali Ibadah. Walaupun sebenarnya aku patut belajar lebih tentang pengurusan Ladang 😅😅.

Apa yang aku nak tulis di sini. Aku sebenarnya agak sedih pada permulaan aku habis semester. Aku jarang ke Masjid, jarang ke Majlis Ilmu.

Kemudiannya aku ke Ladang. Di situ ada Masjid. Juga jarang ke Masjid. Hanya waktu tertentu sahaja. Sedih.

Masuk bulan Ramadhan, hanya hari pertama aku ke Masjid untuk teraweh. Esoknya, aku sakit beguk demam seminggu. Selama itu juga aku tak ke Masjid. Risau juga untuk ke Trolak, risau ibadah dan diri aku yang iman makin kurang makin menjauh dari Allah 😌

Masuk hari ke 9 Puasa, Aku di Trolak, Alhamdulillah. Pengurusan untuk Cadet sini semua nya elok elok. Alhamdulillah aku dapat ke Masjid, dapat menunaikan teraweh, dapat Tadarus bersama kawan kawan, ada ceramah Solat dan yang paling penting ada Slot Pengurusan Jenazah.

Syukur, tapi hati masih sedih, masih lagi terasa dosa. Masih melakukan dosa. Hanya Allah yang tahu. Moga kita semua diampuni oleh Allah SWT di bulan mulia, bulan Ramadhan bilamana kita ditinggalkannya nanti. Allahumma Amin.







Friday 12 May 2017

Yakin denganNya




Sebenarnya untuk apa apa sekalipun pengharapan hanyalah kepada yang Maha Satu; Allah SWT.

Even kalau kata manusia tu penting, dialah yang decide dan berkuasa, tetapi apa apa keputusan, sama ada baik ataupun buruk, itulah ketentuan Allah SWT.

Ingatlah, Allah SWT yang mengilhamkan kepada manusia tersebut. Allah SWT tahu yang mana yang lebih baik atau tidak untuk kita semua. Yakin pada itu. In shaa Allah. Firman Allah SWT:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (iaitu) orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya." (1:45-46)

Semoga bermanfaat. In shaa Allah. Salam Jumaat dari Masjid Nurul Iman Tembangau 06, Pahang. #muhasabahdiri #salamjumaat #thedaiegraphy




Saturday 6 May 2017

AturanNya




Kalaulah dibukakan segala hikmah perancanganNya,
Mungkin tidak adanya rahsia duka gembira yang membuatkan kita akan lebih bersyukur kepadaNya.

Kalaulah hidup ini dipermudahkan kesemuanya,
Mungkin hidup kita seperti tiada nilai,
dan mungkin tiada pengajaran yang sebagai bahan cerita masa kelak.

Bilamana kita rasa susah, kita berkeluh,
Allah SWT mendengar;
SayangNya Dia kepada kita,
Sampai Masa,
Dia Beri,
Selalunya tepat;
Tepat pada waktu kita sudah bersedia.

Allah SWT Maha Perancang,
Dan perancanganNya lebih baik.

Hanyasanya;
Masalahnya kita,
Kita sebagai Hamba,
Selalu ego dan lupa,
Selalu berburuk sangka,
Selalu berputus asa.

Itulah Kita,
Lemah,
Sepatutnya kita yakin;
Yakin denganNya,
Yakin dengan RedhaNya,
Yakin dengan AturanNya,
Yakin dengan JalanNya,
Yakin dengan AgamaNya.

Moga dengan apa yang ditakdirkanNya,
Aku dan Kamu redha,
Redha dengan jalanNya,
In shaa Allah,
dipermudahkan segalanya.

Allah humma Amin 😌







Tuesday 18 April 2017

Pelan Takaful




Dari FB Tuan Amir Syahir(ASY),

Ketahui Bagaimana Mahu Mendapatkan Perlindungan TAKAFUL PERCUMA & Simpanan Untuk Deposit Rumah Pertama
**************************************************

*BAKAL LEPASAN UNIVERSITI PATUT BACA*

Dapat je kerja, ada slip gaji terus rancang kewangan. Terus peruntukan RM300 sebagai simpanan setiap bulan untuk beli rumah pertama.

Rata-rata kenalan aku tak ada medikal kad disebabkan tiada bajet untuk bayar medikal kad dalam lingkungan RM100-RM300 sebulan.

Tapi ada pula peruntukan untuk bayar siaran berbayar. Ada pula peruntukan untuk bayar ansuran kereta import mahal-mahal. Suka sangat tengok bola dan ketawa terbahak-bahak tengok Maharaja Lawak tu.

Apabila berlaku kemalangan, tak nak pula pergi minta tolong dengan artis lawak kegemaran tu. Pinjam duit kawan jugak akhirnya.

Jadi, macam mana nak dapatkan perlindungan takaful dan simpanan untuk duit pendahuluan rumah secara serentak?

Ayuh baca jika kau orang mampu ikut;

***

1. Tahun pertama, mohon pembiayaan ASB RM50K. Tempoh 30 tahun, kadar profit bank: 5.2%.

2. Ambil tempoh yang panjang iaitu 25-30 tahun. Jadi, ansuran bulanan kau orang akan murah, dalam RM285.

3. Lepas setahun katakan dividen diumumkan oleh PNB ialah 7.25%. Dan kau orang akan dapat 7.25% X RM50K = RM3625.

4. Maka, selepas setahun ambilah perlindungan takaful yang ada medikal kad. Katakan dalam RM200 sebulan. Keluarkan dividen ASB dan bayar takaful.

5. RM200 X 12 bulan = RM2400. Jadi, baki setiap tahun kau orang ada setelah membayar takaful ialah RM3625-RM2400=RM1225. RM1225 simpan dalam ASB.

6. Ansuran ASB bayar guna gaji iaitu RM285 tiap bulan, dan bayaran takaful guna duit dividen pembiayaan ASB.

7. Ulang langkah 6 sehingga 3-5 tahun. Jika kau orang terminate pada tahun ke 3 atau tahun ke 5, kau orang akan dapat seperti di bawah;

3 tahun
Dividen terakhir: RM3625
Surrender value: RM2200
Bonus: 36/120X0.5/100XRM50K =RM75
Simpanan RM1225 setiap tahun: RM1225 X 2 tahun = RM2450
Jumlah kasar: RM8350

5 tahun
Dividen terakhir: RM3625
Surrender value: RM3900
Bonus: 60/120X0.5/100XRM50K=RM125
Simpanan RM1225 setiap tahun: RM1225 X 4 tahun = RM4900
Jumlah kasar: RM12,550

***

Katakan kau orang nak beli rumah selepas 5 tahun bekerja. Jadi, boleh terminate ASB masa tu dan ada tunai dalam anggaran RM12,550.

Setiap tahun gaji kau orang meningkat. Takkan setiap tahun kau orang mampu simpan RM285 sahaja. Jadi, pandai- pandai kau orang la tambah. Cipta tabung rumah secepatnya. Boleh beli rumah pertama di usia muda.

Ramai yang sudah berusia lebih daripada 35 tahun tetapi belum memiliki aset hartanah lagi. Sebabnya terbeban dengan hutang dan perancangan kewangan yang tidak berkesan. Jadi, kau orang boleh mula merancang bermula daripada sekarang. Sebelum umur 30 dah ada rumah.

Dalam masa kau orang buat ASB Financing RM50K kau orang sudah ada;

✔Perlindungan takaful
✔Duit deposit rumah
✔Laporan CCRIS yang cantik

***

Jika tidak mampu mempunyai takaful mengikut keperluan sebenar, buatlah yang paling minimum dulu mengikut kemampuan.

Jangan tunggu nak sakit baru nak ambil perlindungan takaful. Malang tak berbau. Jadi bersiap sedia semasa sihat ni. Kos perubatan bukannya murah.

Bila gaji naik, boleh tambah mengikut keadaan kewangan. Janganlah abaikan langsung. Biarlah tidak melanggan siaran berbayar tetapi ada perlindungan takaful.

Ramai lagi yang tidak mampu beli rumah walaupun telah bekerja 10-15 tahun. Jika kau orang bijak dan berjimat-cermat, dalam 3-5 tahun kerja dah mampu memiliki hartanah. Lebih teruk lagi, dah berbelas tahun kerja pun tetapi tiada simpanan untuk beli rumah dan lebih parah lagi tiada langsung perlindungan takaful.

Jadi sebelum kau orang tersilap langkah, seperti beli kereta separuh daripada gaji, buat pembiayaan peribadi RM30K untuk kahwin, baik buat macam ni. Mana-mana okay je. Asalkan ada tindakan kau orang. Ini nak menyimpan RM100 sebulan pun susah.

Belanja awek dekat kedai hipster boleh pulak. Kalau kau sayang sangat awek, payung la dia ASB Financing RM50K juga dan buat benda sama. Ada perlindungan takaful. Biar ada duit simpanan untuk kahwin. Ini tidak, hari hari cakap I LOVE YOU tapi usaha nak jadikan dia cinta halal langsung tiada. Simpanan kelaut. Asyik dating tempat mahal je. Kakakaka.

Ini adalah peta, pelan lakar, panduan, cetusan idea untuk kau orang merancang kewangan 3-5 mendatang. Tangguhkan kehendak sekarang untuk menikmati kehidupan yang selesa tanpa hutang dimasa tua. Kah!

#NM



Mohon Tabah 😔




18 April 2017, 8:00PM.
.
Saat hati gelisah, mungkin itu petanda bahawa hati ingin kembali kepada Tuhan,
.
Biidznillah
Tuhan tengah jentik iman kau. Jangan jatuh Jangan rebah. Mohon tabah.
.
Apabila kau luahkan pada Tuhan bahawa kau sudah penat berlari, menunggu dan meratapi.
.
Kemudian kau gusar kerana dunia kau seakan-akan berhenti berputar.
.
Tiada mentari tiada pelangi.
Seolah-olah tiada cahaya dan pengharapan.
.
Berdoalah.
Kau tak kan rugi.
Tak akan pernah rugi.
.
Dia lah yang akan mencabut segala rasa letih dan sedih.
Dan Dia lebih tahu kapan doa mu akan dimakbulkan.
.
Kau percaya pada janji Tuhan kan?
Lantas, apa lagi yang kau risaukan.
.
-pelangikelipkelip
cc: abuhanifah



Monday 10 April 2017

Andainya Umat seperti Sayyidina Umar




Andainya umat seperti Sayyidina Umar, pastinya seluruh pelusuk bumi ini dipimpin dengan penuh keIslaman.

Adilnya Sayyidina Umar sehinggakan rakyat di zaman pemerintahannya juga bersikap adil dalam urusan perniagaan bahkan nyawa mereka sendiri.

Tegasnya Sayyidina Umar sehinggakan memberi hukuman ke atas keluarganya sendiri dua kali ganda berbanding rakyat biasa sekiranya berlaku salah di sisi Islam.

Sucinya hati Sayyidina Umar sehinggakan Allah SWT memberikan ilham kepadanya untuk berkata kata seiring ayat ayat AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Hebatnya Sayyidina Umar sehinggakan Nabi Muhammad SAW bermimpi kelebihan tentang Sayyidina Umar di Syurga dan Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Jika setelahKu ada Nabi maka ia adalah Umar bin Khattab”.

Semoga bermanfaat. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar di Masjid Syarifah Fatimah Jitra; 9 April 2017 bersamaan 13 Rejab 1438H. Wallahualam.




Saturday 8 April 2017

Muzium Kedah; Pameran Peninggalan Rasulullah SAW dan Sahabat RA




Serban Rasulullah SAW




Darah bekam Rasulullah SAW




Antara capal Nabi SAW




Tongkat Nabi Muhammad SAW, bermula dari Umur 40-an; sunnah




Tapak Kaki Rasulullah SAW




Helaian janggut Nabi SAW