Sunday 5 June 2016

Tak Ku Sedar

Ketika aku MELIHAT manusia diuji begitu dan begini,

Tak ku sedar, aku juga diUji dengan PANDANGANku sendiri

Allah ��

Bersama Imam Muda Asyraf dan Hazwan

Dari percikan api kepada Minyak Wangi

Sahabat

Alhamdulillah.
Nikmat apa lagi yang kamu dustakan.
Walaupun hanya sekejap di sini bersama mencari ilmu,
Cukuplah.

Sahabat.
Atiq, Syahmi, Faiz, Adly, Afiq
Mereka ini sudah tunjuk minat dalam mencari Ilmu.

Walaupun masih lagi liat,
Masih lagi sukar diluruskan,
Tapi sekurang kurangnya ada kesannya.

Moga moga mereka akan lebih minat,
Moga moga mereka akan lebih istiqomah dari aku suatu hari nanti,
Moga!

Amin.

SEMINAR FIQH RAMADHAN

Antara perkongsian dalam Seminar Fiqh Ramadhan di ILP, Bertam pada 28 Sya'aban 1437H bersamaan 4 Jun 2016.

"Lima rongga yang terbuka dan boleh membatalkan puasa iaitu hidung, telinga, mulut, kemaluan hadapan dan kemaluan belakang. Malu itu adalah sifat yang baik, dan yang lebih baik sifat malu itu ada pada perempuan"- Ustaz Syeikh Ahmad Faisol Omar.

"Melakukan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan mendapat pahala seumpama melakukan ibadah wajib."- Ustaz Hanif Haron.

"Fits itu Sunnah. Waktu sahur, banyakkan makan makanan sayuran dan kompleks karbohidrat. Kurangkan garam, elakkan minuman kafein. Waktu berbuka seeloknya 3-5 biji kurma dan segelas air"- En Hisyam Lois

"Persiapkan ilmu untuk menghadapi Ramadhan agar ibadah tidak menjadi sia sia. Sesiapa yang solat bersama Imam sehingga habis (terawih dan witir), seolah olah dia solat sepanjang malam"- Imam Muda Asyraf

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Berpuasa janganlah sampai mengabaikan Solat. Nanti pahala Ibadah Puasa sia sia. Semoga Bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam.