Wednesday 23 July 2014

Lailatul Qadar

- Tanda-tanda Lailatul Qadar

Berikut Ciri-ciri atau tanda-tanda Malam Lailatu Qadar yang disampaikan Nabi shallallahu'alaihi wa sallam pernah mengabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, yaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang Ibnu Abbas radliyallahu'anhu berkata: Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah" (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya Dari Ubay bin Ka'ab radliyallahu'anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam bersabda: "Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan" (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu'anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan Abu Hurairoh radliyallahu'anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu'alaihi wa sallam, beliau berkata, "Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan." (HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

- Ciri-ciri orang yang mendapatkan Lailatul Qadar

Pertama, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) pada malam itu akan melihat seluruh benda dan makhluk di muka bumi ini bersujud kepada Allah.

Kedua, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) akan melihat semuanya terang benderang walaupun suasananya di tengah malam.

Ketiga, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu mendengar salam malaikat dan tutur katanya.

Keempat, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu dikabulkan segala doanya.

Dan kelima, orang yang mendapatkan Lailatul Qadar (keberuntungan pahala dari sisi Allah) itu tidak disyaratkan melihat tanda apa-apa.

Wallahu a'lam ...

-copypaste

Tuesday 22 July 2014

Takwil Mimpi

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:

”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:

(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,

(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,

(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.

Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

Friday 18 July 2014

Kuliah Subuh : Malaikat Maut

Malaikat Maut.

Datangnya ke rumah kita 5 kali sehari dan akan menghadap wajah kita sebanyak 70 kali dalam sehari.

Jadi Malaikat Maut tu tau apa yang kita buat, kita ni solat atau tidak, baca Al-quran atau tidak, mengumpat atau tidak, buat benda faedah atau tidak.

Nabi Ibrahim pernah melihat wajah Malaikat Maut ketika mencabut nyawa orang mukmin dan wajah Malaikat Maut ketika mencabut nyawa orang kafir.

Ketika mencabut nyawa orang Mukmin, Malaikat Maut akan berubah wajah seperti budak kecil, tampan dan berseri wajahnya dan menyenangkan orang yang melihatnya. Maknanya sesiapa yang melihatnya akan rasa gembira. Malah dikatakan roh akan keluar dari jasad kerana terlalu gembira.

Tapi sekiranya Malaikat Maut mencabut nyawa orang Kafir, ia akan berupa seperti makhluk yang hitam pekat, kakinya di bumi, kepalanya di langit, wajahnya seburuk-buruk wajah yang kamu fikirkan, dan rambutnya mengeluarkan percikan api. Dikatakan roh akan keluar dari jasad kerana terlalu takut dan tidak sanggup melihat wajahnya.

Jadi, sedar2lah, mati itu rahsia Allah. Malaikat Maut sedang memerhati. :)

Wednesday 16 July 2014

RINDU

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Biar kefahaman lebih jelas, elok kiranya saya terangkan pembahagian syahid di sisi para ulama. Terdapat tiga jenis syahid seperti yang diterangkan oleh para ulama yang mensyarahkan kitab Jauharah Tauhid .

Pertama: Syahid Dunia- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah(berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah taala, malah untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah taala di akhirat kelak.

Kedua: Syahid Akhirat- Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana sakit perut dan taun, orang yang mati kerana menahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid. Oleh kerana itulah mereka digelarkan Syahid Akhirat.

Ketiga: Syahid Dunia dan Akhirat- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah taala dan mereka benar-benar ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia semua menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah taala.

Maka jelaslah bagi kita, sang perindu juga (sama ada wanita atau lelaki) yang benar-benar menjaga rindunya terhadap kekasihnya dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Syarak maka jika dia mati di dalam keadaan sebegini akan memperolehi pahala orang yang syahid di akhirat kelak. Moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang bersikap perindu sebegini.

Jika kita memahami sebenar-benarnya maksud yang diterangkan oleh ulama, maka kita akan merasa tenang hati. Masih ramai yang tidak memahami maksud rindu dan cinta. Malah sehingga menganggap jika seseorang mencintai seseorang yang lain maka sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang dicegah oleh syarak. Fahaman sebegini perlulah diperbetulkan. Kesalahannya bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya.

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari mereka.

Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak saya perhatikan orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinya.

Saya menulis sebegini bukan untuk mengalakkan pasangan untuk bercinta. Bukan itu tujuan saya. Tujuan saya biarlah orang benar-benar faham apa itu cinta yang dimaksudkan oleh syarak.Apa itu rindu yang sebenar. Cinta dan rindu bukan hanya tertumpu pada lelaki dan wanita. Jika difahami sedemikian maka terlalu sempit pemahamannya. Cinta dan rindu itu umum.

Tanpa cinta maka kita akan berbalah tanpa meletakkan sedikit kecintaan pada sahabat seagama kita. Tanpa cinta maka kita tidak akan memandang seseorang yang berbeza pendapat dengan kita dengan pandangan yang mulia. Tanpa cinta semua akan jadi pincang. Ini hikmahnya Allah taala ciptakan cinta. Bukan untuk disalah gunakan. Tapi untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Biar orang membenci, tapi hati kita tetap mencintai.Biar orang lupakan kita, tapi kita tetap merindui . Fikir-fikirkanlah.

MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH HAYYU 10,
KAHERAH MESIR

http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/06/bicara-tentang-rindu.html?m=1

Thursday 10 July 2014

Doakan Pejuang Islam

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ". Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13.

Manakala Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.. 'Mengapakah saya tidak Syahid?

sumber:
http://m.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/14688-kenali-komander-elit-hamas-briged-al-qassam

Saturday 5 July 2014

Soalan dan Jawapan yang Baik

Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

-copypaste

Thursday 3 July 2014

API NERAKA VS API DUNIA

KETIKA NABI ADAM AS. DITURUNKAN KE BUMI, BELIAU TIDAK LAGI MEMPEROLEH MAKANAN SECARA MUDAH SEPERTI DI SYURGA. BELIAU HARUS BEKERJA KERAS UNTUK MEMPEROLEH BUAH-BUAHAN ATAU DAGING UNTUK DIMAKAN.

KETIKA BELIAU MEMPEROLEH BINATANG BURUAN DAN MENYEMBELIHNYA, TERNYATA TIDAK BISA LANGSUNG DIMAKAN BEGITU SAJA KARENA MASIH MENTAH DAN TENTUNYA TIDAK ENAK. KARENA ITU BELIAU BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DITURUNKAN API UNTUK MEMASAK. MAKA ALLAH SWT. MENGUTUS MALAIKAT JIBRIL MEMINTA SEDIKIT API KEPADA MALAIKAT MALIK DI NERAKA UNTUK KEPERLUAN NABI ADAM TERSEBUT.

MALAIKAT MALIK BERKATA: “WAHAI JIBRIL, BERAPA BANYAK ENGKAU MENGINGINKAN API?”

MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “AKU MENGINGINKAN API NERAKA ITU SEUKURAN BUAH KURMA.”

MALAIKAT MALIK BERKATA: “JIKA AKU MEMBERIKAN API NERAKA ITU SEUKURAN BUAH KURMA, MAKA TUJUH LANGIT DAN SELURUH BUMI AKAN HANCUR MELELEH KARENA PANASNYA!”

MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “KALAU BEGITU BERIKAN SAJA KEPADAKU SEPARUH BUAH KURMA SAJA.”

MALAIKAT MALIK BERKATA LAGI: “JIKA AKU MEMBERIKAN SEPERTI APA YANG ENGKAU INGINKAN, MAKA LANGIT TIDAK AKAN MENURUNKAN AIR HUJAN SETITIS PUN, DAN SEMUA AIR DI BUMI AKAN MENGERING SEHINGGA TIDAK ADA SATUPUN TUMBUHAN YANG HIDUP!”

MALAIKAT JIBRIL JADI KEBINGUNGAN, SEBANYAK APA API NERAKA YANG AMAN UNTUK KEHIDUPAN DI BUMI? KARENA ITU IA BERDOA: “YA ALLAH, SEBANYAK APA API NERAKA YANG HARUS AKU AMBIL UNTUK KEPERLUAN ADAM DI BUMI?”

ALLAH SWT. BERFIRMAN: “AMBILKAN API DARI NERAKA SEBESAR ZARAH (SATUAN TERKECIL, ATOM).”

MAKA MALAIKAT JIBRIL MEMINTA API NERAKA KEPADA MALAIKAT MALIK SEBESAR ZARAH DAN MEMBAWANYA KE BUMI. TETAPI SETIBANYA DI BUMI, JIBRIL MERASAKAN API YANG SEBESAR ZARAH ITU MASIH TERLALU PANAS, MAKA BELIAU MENCELUPKAN (MEMBASUHNYA) SEBANYAK TUJUH PULUH KALI KE DALAM TUJUH PULUH SUNGAI YANG BERBEZA. BARU SETELAH ITU BELIAU MEMBAWANYA KEPADA NABI ADAM DAN MELETAKKANNYA DI ATAS GUNUNG YANG TINGGI.

TETAPI BEGITU API TERSEBUT DILETAKKAN, GUNUNG TERSEBUT HANCUR BERANTAKAN. TANAH, BATUAN, BESI DAN SEMUA SAJA YANG ADA DI SEKITAR API ITU MENJADI BARA YANG SANGAT PANAS, DAN MENGELUARKAN ASAP. BAHKAN API YANG SEBESAR ZARAH ITU TERUS MASUK MENEMBUSI BUMI, DAN HAL ITU MEMBUAT MALAIKAT JIBRIL KHAWATIR. KARENA ITU IA SEGERA MENGAMBIL API TERSEBUT DAN MEMBAWANYA KEMBALI KE NERAKA.

BARA TERBAKAR YANG DITINGGALKAN ITULAH YANG SAMPAI SEKARANG INI MENJADI SUMBER API DUNIA, TERMASUK YANG MENJADI MAGMA-MAGMA DI SEMUA GUNUNG BERAPI DI BUMI INI. TIDAK BISA DIBAYANGKAN BAGAIMANA PANASNYA API NERAKA TERSEBUT. KALAU BARA API DUNIA ITU UMUMNYA BERWARNA MERAH, MAKA BARA API NERAKA ITU BERWARNA HITAM KELAM, SEPERTI HITAMNYA GELAP MALAM.

NABI SAW. PERNAH MENANYAKAN TENTANG KEADAAN API NERAKA ITU, MAKA MALAIKAT JIBRIL BERKATA: “SESUNGGUHNYA ALLAH SWT. MENCIPTAKAN NERAKA, LALU MENYALAKAN API NERAKA ITU SELAMA SERIBU TAHUN SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA MERAH. KEMUDIAN (ALLAH) MENYALAKANNYA (MENAMBAH PANASNYA) SELAMA SERIBU TAHUN LAGI SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA PUTIH, DAN (DIA) MENYALAKANNYA (MENAMBAH PANASNYA) SELAMA SERIBU TAHUN LAGI SEHINGGA (BARANYA) BERWARNA HITAM. MAKA NERAKA ITU HITAM KELAM SEPERTI HITAMNYA MALAM YANG SANGAT GELAP PEKAT, TIDAK PERNAH TENANG KOBARAN APINYA DAN TIDAK PERNAH PADAM (BERKURANG) BARA APINYA.”

SUMBER : DISADUR DARI KISAH AL-HABIB UBAIDILLAH BIN IDRUS AL-HABSYI SURABAYA (ALUMNUS RIBATH DARUL MUSTHAFA YAMAN)

SAMPAIKANLAH KPD ORG LAIN, MAKA INI AKAN MENJADI SEDEKAH JARIYAH PADA SETIAP ORG YG ANDA KIRIMKAN PESANAN INI. DAN APABILA KEMUDIAN DIA MENGAMALKANNYA, MAKA KAMU JUGA AKAN IKUT MENDAPAT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT...

ANDA SEBARKAN PADA SEMUA KENALAN ANDA. RASULULLAH SAW BERSABDA, "SESIAPA YG MENYAMPAIKAN 1 (SATU) ILMU SAJA DAN ADA ORG YG MENGAMALKAN, MAKA W/PUN YG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA (MENINGGAL DUNIA), DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.

PLZ DON'T KEEP IT IN UR INBOX, SHARE THE KNOWLEDGE, ..

-copypaste

Wallahua"lam

Lawak Ramadhan

3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.

Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."

7 Jenis Sahabat

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT.

1. TA'ARUFFAN

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti
teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya
sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik
lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :

"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :

"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.
Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :

"Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain
kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67).

-copypaste