Thursday 20 March 2014

NASIHAT

Nasihat :)

"Nasihat itu umpama ubat, pahit untuk ditelan tapi akan memberi kebaikan pada diri kita, Nasihat yang baik perlu kita ambil, demi kebaikan diri, Hati manusia boleh Buta tanpa Nasihat, kerana itu manusia perlukan Nasihat, tak kiralah Nasihat itu dari sebaya, yang tua mahupun muda."

Pernah diberi Nasihat? Pernah dileter untuk kebaikan kita? Pernah dimarahi untuk berubah? Percayalah .. Ianya untuk kebaikan kita .. Percayalah yang kita manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan .. Percayalah, kadang2 kesalahan kita, kita tidak nampak, tapi orang lain nampak, tambah2 Dia yang satu; ALLAH SWT ..

Semua manusia berhak memberi nasihat nasihat yang baik dan memberi kebaikan kepada orang lain .. Dan Nasihat itu mestilah disampaikan dengan cara yang betul dan kena pada kesalahannya untuk dia berubah .. Namun, cara penyampaian Nasihat juga perlu dititikberatkan .. Tidak semua manusia mampu menerima Nasihat dengan baik, maka nasihatlah secara :

1.Nasihat dengan cara berkias
2.Nasihat dengan terang-terangan (direct)

Pernah tengok Cerama UAI (Ustaz Azhar Idrus) ? .. hebatkan beliau .. Ceramah UAI pandai dalam mengajak manusia berubah .. kerana apa? .. kerana Nasihatnya yang pandai dalam berkias .. tidak direct dalam percakapan .. tapi tepat pada hati pendengar .. dan Alhamdulillah .. ramai yang dapat menerima Nasihat beliau untuk berubah dengan lawak-lawak yang diselitkan dalam Nasihat ..

Namun begitu .. wahai sahabat .. kita juga boleh memberi Nasihat .. Nasihatlah kepada sesiapa yang anda rasa perlu ..

"Dan jika kamu mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
(SurahAlAn'am, 116) 

Tapi sebagai Umat Islam, Nasihatlah berpandukan al-Quran dan As-sunnah .. supaya kita tidak memberi Nasihat mengikut emosi kita dan Nafsu semata-mata ..
Biarkan apa pandangan orang terhadap kita .. Tapi Nasihatlah apabila perlu .. Malah, janganlah kecewa wahai sahabat .. Andainya anda memberi Nasihat, tapi tidak diendahkan .. jangalah berputus asa .. sebaliknya Berdoalah kepada ALLAH SWT .. kerana itu adalah sebaik-baiknya ..

Saya juga pernah memberi Nasihat .. Pernah .. Sehinggakan si fulan mengatakan cukuplah dengan Nasihat yang saya beri .. dan tidak perlu memberi Nasihat kepadanya lagi .. Namun .. saya tetap memberi nasihat kepadanya dengan harapan si fulan tersebut berubah .. sehinggalah saya terkilan dengan Makna ayat al-Quran ini :

"Maka mengapa Kamu (berpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) org munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kpd kekafiran), dsbabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud  memberi petunjuk kpd org yg telah dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya"
(SurahAlNisa', 88) 
 
"Dan janganlah kamu berdebat untuk (membela) org yg mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org yg slalu berkhianat dan bergelumang dgan dosa"
(SurahAlNisa' ,107)

Kadang-kadang, yakinlah dengan Nasihat yang diberikan oleh Orang lain adalah merupakan Petunjuk yang dikirimkan oleh ALLAH SWT agar kita bermuhasabah diri dan menyesali kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar .. Janganlah kita mensia-siakan sebarang Nasihat (Petunjuk) dari sesiapa sekalipun kerana :

"Wahai orang yang beriman ! Jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan (mampu) memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
(SurahAlMa'idah, 105)
 
"Barang siapa yang Allah beri petunjuk, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang yang rugi."
(SurahAlA'raf, 178)

 Bersukurlah dengan Nasihat (petunjuk) yang diberikan kepada kita, kerana apabila kita abaikan Nasihat itu takutlah kita akan ayat-ayat ini :

"Barang siapa yang Allah sesatkan, maka baginya tidak ada orang yang akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan."
(SurahAlA'raf, 186)

Dan Apabila kita memberi Nasihat kepada mereka, Namun mereka tetap mengendahkan apa yang kita sampaikan kepada mereka, Yakinlah dengan ayat-ayat ALLAH SWT ini :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai."
(SurahAlA'raf,179)

"Sebahagian diberiNya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah. Dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk."
(SurahAlA'raf, 30)

Percayalah kepada ALLAH SWT dan janji-janjiNya :

"Allah pelindung org yg beriman. Dia mngeluarkan mereka dr kegelapan (kekafiran) kpd cahaya (iman). Dan org yg kafir pelindung2nya adalah syaitan yg mngeluarkan mereka dr cahaya kpd kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah pnghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"
(SurahAlbaqarah, 257)

Wahai sahabat .. yakinlah bahawa Nasihat amat penting dalam hidup kita .. Jadikanlah Nasihat yang berpandukan al-Quran sebagai panduan dalam hidup kita .. janganlah mudah putus asa dalam MEMBERI NASIHAT dan MENERIMA NASIHAT .. dan INGATLAH Nasihatlah kepada sesiapapun agar berlakunya keadilan suatu hari nanti .. janganlah disebabkan kamu membenci mereka, kamu membiarkan mereka melakukan kesalahan tersebut ..

"Wahai org yg beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(SurahAlMa'idah, 8)

Nampak kan, Nasihat juga adalah salah satu cara membawa kita ke arah hidup yang lebih Adil. Malah, mendekatkan diri kita untuk bertakwa kepadaNya .. Saya mengaku .. saya masih lemah dalam ilmu beragama .. Namun .. saya berharap sedikit sebnyak ada perkara yang saya sampaikan kepada para pembaca (anda) .. Andainya saya pergi menghadapNya suatu hari nanti .. ada kebaikan juga saya lakukan .. Doalah dan Marilah sama2 untuk berubah .. Sesungguhnya, yang Baik itu datang daripada Allah Swt dan yang buruk itu pastinya datang dari kesalahan saya sendiri .. Fi hifzillah semua ..
Allahu :')

"Sesungguhnya Allah mnyuruh menyerahkan amanah kpd yg berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu berhukum dgan adil. Sesungguhnya Allah sebaik baik yg memberi pngajaran kpdmu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lg Maha Melihat"
(SurahAlNisa', 58) 

Tuesday 11 March 2014

MIMPI

Assalamualaikum ..

Tarikh 10.3.2014 adalah di mana aku bermimpi sesuatu yang pelik bagiku .. Sebelum mimpi pada waktu pagi tu .. aku terjaga sebentar melihat 'facebook' di mana mak aku 'tag' aku dalam video yang dipostnya tentang "Azab kubur" .. ya Allah .. takut juga .. sebab mayatnya bewarna hijau dan seolah2 dipukul seteruk-teruknya .. Mayatnya baru saja ditanam beberapa jam .. menurut ayahnya arwah selalu meninggalkan solat ketika hidupnya .. Wallahualam ..

lepas tengok video tu .. aku sambung tidur .. mengenangkan azab tu .. aku berdoa agar dijauhkan azab tu nanti ..

kemudian aku tertidur ..

apa yang aku ingat dalam mimpi tu .. aku berada di tempat yang amat tinggi .. teramat tinggi di bawahnya seperti langit dan ada hutan-hutan hijau .. aku berada di sesuatu seperti dahan yang tidak rapuh dan tidak kukuh .. bila-bila sahaja aku mampu jatuh .. dan di hadapan aku .. ada seperti hamba Allah berjubah .. ya .. berjubah .. aku tidak pasti warna apa .. sama ada merah, hitam, hijau atau koko .. xpasti .. dan di hadapan lelaki itu ada tempat yang lebih selamat .. kukuh ..

Dan ada 2 budak perempuan kecil berjubah merah keduanya .. tapi selepas itu hilang .. entah hilang ke mana .. lelaki di hadapan aku mengatakan ada jambatan berada di belakang aku ..

Aku toleh ke belakang .. yaa .. memang ada jambatan .. tapi tidak jauh sangat dari aku ..tapi sukar untuk aku ke jambatan itu kerana takut jatuh .. aku menghambat lelaki di hadapan aku supaya memberi laluan ..

tapi sebelum lelaki itu memberi laluan .. Dia mengatakan di situlah Rasulullah SAW menyelamatkan seseorang kowt .. xpasti .. dan seingat aku .. Aisyah kowt .. aku bingung time tu .. kemudian lelaki itu memberi laluan untuk aku ke hadapan ..

Lelaki tu melompat ke arah tempat selamat .. dan sekarang giliran aku untuk melompat .. time tu aku cakap something tapi xingat .. yang aku ingat cuma sebut 1 2 dan 3 dalam bahasa Arab .. dan Alhamdulillah aku lepas ..

Setelah sampai ke tempat selamat tu .. lelaki tu hilang .. cuma yang sambut kedatangan aku adalah Mamaku .. entah mengapa .. aku sebak menangis dalam mimpi .. aku menangis kerana gembira terlepas dari jatuh dan menangis gembira kerana selamat .. Aku peluk mama seerat-eratnya dan mama memimpin aku ke tempat sesuatu .. dan ..

Aku terjaga dari mimpi .. tengok jam .. da 10.30 pagi .. dah lewat untuk solat Dhuha .. tapi aku bingung apa petanda mimpi aku tadi ya Allah??

Wallahualam ..

Sunday 9 March 2014

BERUBAH

Dalam hidup ni mesti setiap orang mahukan PERUBAHAN kan walaupun sedikit .. Ya .. begitu juga aku .. aku pernah berharap yang aku ni akan berubah pada suatu masa dahulu .. Dan Alhamdulillah sekarang .. aku dalam proses berubah .. in shaa Allah ..

Mesti nak tahu kan macamana ceritanya aku mahu berubah .. bila difikir-fikirkan balik .. betapa hebatnya perancangan Allah SWT dan indahnya Allah SWT merancang jalan kehidupan terhadap hambanya ..

Dulu aku .. aku mengaku banyak juga dosa yang aku lakukan .. dosa dalam mengharapkan sesuatu hubungan yang tidak pasti .. Malah sanggup bersumpah2 terhadap hubungan tu .. Secara sedar atau tidak .. dosa aku tu bertambah dari hari ke hari ..

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "
(Al-Isra' 17:32)

Rasulullah SAW bersabda,

"mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia."

Sehinggalah suatu hari ..

Mamaku memanggil aku .. mamaku menangis-nangis menceritakan masalahnya kepadaku .. masalah tentang zaman silam Pak Chak; adik mamaku .. dari situ .. terselit kesedaran dan takut akan dosa yang pernah aku lakukan .. dan secara tidak sengaja .. aku juga turut menangis mendengar masalah mamaku ..

sembil memeluk erat mama .. aku mengatakan,

"Maa .. doakan adik agar suatu hari nanti adik berubah ya maa"

Mama membalas,

"Maa selalu mendoakan kebaikan adik dan kakak .. Adik ada masalah apa?"

Aku diam dan tak menjawab soalan mamaku ..

Selang beberapa bulan lepas tu .. Mamaku mengajak aku untuk solat berjemaah; Solat Isya' bersama abahku .. Sesudah solat dan selesai sahaja bacaan doa dari abahku .. Mamaku memanggil aku .. Mama beritahu kesilapanku ketika aku menunaikan solat .. Yang aku ni terlalu cepat dalam solat .. tiada hentian sebentar (tomaqninah) .. dan beberapa kesilapan lagi .. Abahku nasihat tentang ini ..

"Nabi tak bagi kita menyerupai 3 ekor haiwan ketika kita kerjakan solat:
Pertama adalah seperti anjing iaitu ketika sujud, jangan kita meletakkan siku kita rapat ke tanah kerana itu menyerupai anjing.Kedua ialah seperti burung mematuk seperti Ketika memindahkan rukun, jangan kita buat secara laju (tanpa toma'ninah). Contoh, bila kita sujud terlalu cepat maka itu menyerupai burung sedang mematuk.  Ketiga jangan menyerupai seperti Unta sedang bangun. Sebagai contoh ketika kita nak bangun dari sujud, jangan kita bangun dengan punggung dulu sebab itu menyerupai unta yg sedang nak bangun"

Pada waktu tu, entah kenapa aku tak dapat terima hakikat tentang kesilapan aku dalam solat .. Dalam hati tiba2 tersembul,

"Ish .. adik (aku) tau la .."

Kalau cakap macam tu .. komfom2 la kena berleter lagi .. hehe .. So .. sejak dari hari tu .. kadang-kadang Mama selalu menjenguk aku ketika solat sama ada berubah atau tidak (kebetulan cuti semester) .. Dan Alhamdulillah .. Aku berubah sedikit demi sedikit .. Tapi .. apa kena mengena dengan hubungan tu ya x?

Sejak aku mampu perbetulkan solatku .. Banyak benda yang dikabulkan .. dan banyak juga benda yang Allah SWT tunjukkan .. Mungkin kesetiaan dia selama ni berpura-pura .. pembohongan .. sampailah dia mengaku yang hubungan ini hanyalah atas dasar keinginan .. Dia mengaku tidak ikhlas kerana Allah .. aku teringat ..

"Sebaik-baik hubungan adalah hubungan kerana Allah SWT"

Dan akhirnya aku dan dia putus hubungan .. malah putus hubungan sebagai kawan .. Dan yang paling menyedihkan sekali bila keluarga dia juga sudah tidak memberi "respons" .. sebgai contoh aku kadang-kadang chat ngan ibu si dia .. dan ibunya selalunya membalas .. dan sekarang tidak lagi ..

Memang .. memang hati ni terluka sangat-sangat bila ditinggalkan oleh orang yang pernah kita sayang .. selama 4 tahun aku mengenali dia .. Dan semudah dan sesenang itu dia melupakan aku .. Dan pada waktu itulah hatiku terluka sedalam-dalamnya .. Di rumah .. Mamala tempat mengadu .. dan pemberi nasihat .. Di tempat lain .. SIAPA??

ALLAH SWT

ya .. Allah swt lah tempat sebaik-baik mengadu .. setiap kali aku sujud .. aku menangis teringatkan dia .. malah teringat akan dosa-dosa aku yang lalu .. Aku sedar .. Allah tahu apa yang terbaik untukku .. Aku terima ini sebagai Ujian .. Tapi aku perlukan jawapan .. aku perlukan seseorang juga untuk menjawap pertanyaan aku .. siapa yang boleh bagi jawapan .. SIAPA??

AL-QURAN ..

"Dan al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan lagi diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah, agar kamu diberi rahmat"
(SurahAlAn'am ,155)

ya .. Al-Quran .. bacalah Al-Quran .. in shaa Allah Al-Quran akan menjawab segala pertanyaanmu juga wahai sahabat .. mengapa tidak kawan-kawan .. mengapa tidak bertanya manusia ..?

Kerana kadang-kadang manusia memberi nasihat atas apa sangkaan mereka sendiri dan juga mengikut hawa nafsu mereka ..

"Dan jika kamu mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
(SurahAlAn'am, 116)

"Dan juga agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu (perkataan2 indah dari tipu daya syaitan) dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu mngerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan-syaitan itu"
(SurahAlAn'am, 113) 

Aku bukan hebat dalam ilmu agama .. tapi inilah kaitan yang aku berkait dengan apa yang aku belajar sepanjang aku diperbetulkan dan disakitkan .. Aku tahu hidup ni masih panjang lagi perjalanan .. dan masih lagi banyak UJIAN menanti ..

TAPI ..

jangan lupa pada MATI .. kerana mati itu juga ketentuan Allah SWT .. bila-bila juga Ajal boleh menjemput kita .. dan hanya pada Allah jua kita akan kembali .. siapa tahu .. kita masih hidup sihat pada hari ini hanyalah untuk membuat bekalan secukup-cukupnya untuk di akhirat nanti .. Mana tahu kita masih hidup kerana MASIH lagi diberi kesempatan untuk bertaubat .. dan adakah Kita boleh Janji pada siapa2 yang kita akan hidup lagi bersama si dia untuk ESOK dan hari-hari mendatang??

jawapannya TIDAK kan .. :"(

"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada waktu siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan. Kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"
(SurahAlAn'am, 60)

Aku tahu .. masih banyak lagi yang aku perlu perbetulkan diri aku ini .. dan aku berharap ilmu-ilmu yang aku kongsi dapat memberi manfaat pada sahabat2 dan aku berharap mampu memberi syafaat padaku bila aku sudah pergi menghadapNya .. aku tahu bagi sesetengah orang mungkin berasa janggal dengan apa yang aku cuba sampaikan dan apa yang aku cuba kongsikan .. kerana ..

"Dan ada di antara mereka ada orang mendengarkan (bacaan)mu, padahal Kami telah menutup hati mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) sumbatan di telinganya. Dan jika pun mereka lihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mahu beriman dengannya ..."
(SurahAlAn'am, 25)

Moga apa yang baik dapat dikongsi bersama .. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu mungkin datang dari salah aku sendiri .. Marilah sama-sama berubah walaupun hanya sedikit .. In shaa Allah .. Wallahu'alam ..

"Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu pasti datang dan kamu sekali-kali tidak mampu melepaskan diri"
(SurahAlAn'am, 134)

Friday 7 March 2014

TERIMA KASIH YA ALLAH :')

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat :         

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA         

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA         

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )         

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA         

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa. 

MASUK SYURGA KERANA BULU MATA

Seorang hamba Allah disoal oleh malaikat kerana dia mensia siakn hidupnya dlm maksiat. Dia dgn lantangnya menafikan pertuduhan malaikat itu. Lantas malaikat pon bersuara dgn gema yg kuat sehingga meretakkan lubang liang lahad si mati.

INI LAH SAKSI MU...
tiba-tiba ..

MATA BERBICARA
"SAYA YG MEMNDANG"         

TELINGA
"SAYA YG MNDENGAR PERKARA ITU"         

HIDUNG
"SAYA YANG MENGHIDU"         

BIBIR
"SAYA YANG MERAYU"         

LIDAH MENJAWAB DGN BERANI
"SAYA YANG MENJILAT DAN MENGHISAP"         

TANGAN TANPA MALU MNJAWAB
"SAYA YANG MERABA DAN MERAMAS"         

kata malaikat
"KESEMUA ANGGOTA TUBUHMU MEMBERIKAN KESAKSIAN KE ATS PERBUATN MU..."         

Lelaki trsebut lntas berputus asa dan berduka kerana akan di humbankn ke jurang NERAKA...         

tiba-tiba trdengar satu suara lembut dan halus dari

SEHELAI BULU MATA lelaki itu..          "SAYA INGIN MENGANGKAT SUMPAH UNTUK MENJADI SAKSI.."         

MALAIKAT MENJAWAB DGN TENANG
"SILAKAN BULU MATA"         

BULU MATA PUN BERBICARA "MENJELANG AJALNYA PADA SUATU MLM YG HENING,AKU PERNAH DI BASAHI DGN JURAIAN AIR MATA LELAKI INI YG MENYESAL MENGENANGKAN PERBUATN KEJINYA..
BUKANKAH RASULULLAH TELAH BERJANJI,APA BILA ADA SEORANG HAMBA YG INGIN BRTAUBT DGN PNUH TANGISAN PENYESALN WALAU SEHELAI BULU MATA YG DIBASAHI AIR MATA ITU MAKA DI HARAMKAN DIRINYA DARI ANCAMAN API NERAKA"         

sehelai bulu mata yg berani tampil sebagai saksi bahawa lelaki itu telah bertaubat dan membasahiku dgn air mata taubat..         

dengan kesaksian bulu mata itu maka lelaki tadi di benaskan dari neraka dan segera di hantar ke SYURGA..         

PERKONGSIAN UTK SEMUA YG SUDI MEMBACA..PEDOMAN BUAT AKU DAN SEMUa

Tuesday 4 March 2014

RENUNGAN BERSAMA

Kenapa kita bercinta?

Mungkin turutan nurani yang membuatkan kita ingin berada disamping seseorang.Yang inginkan ada seseorang untuk meluahkan perasaan,seseorang yang mampu menjadi tempat bergantung.

Tapi,lama-kelamaan cinta akan berubah.Daripada satu cinta yang ikhlas ingin berkenalan dan berkawan,lama-kelamaan nafsu akan menguasai lelaki itu.Ya,setiap lelaki,eh bukan...SEMUA LELAKI ZAMAN SEKARANG akan jadi begitu.Mana tak nya bila seorang perempuan selalu ada di sebelah,syaitan akan berbisik memujuk supaya dirayu,diminta berpegangan tangan.Lepas di pegang tangan,minta pula dipeluk,dibelai.Pastu syaitan pun mulalah bisik,"....bukak lah baju dia."

Itulah yang kerap dan acapkali berlaku.Akhirnya bila sudah khayal dek nafsu,tumpas perempuan itu.Tumpas kerana enggan melihat teman lelaki kecewa.Tidak ingin ditinggalkan keseorangan.Jadilah adegan ranjang yang kononnya romantik.
Selepas itu,dirasakan sakit hati,sedih,marah perempuan itu.Menyesal.Tapi sifat perempuan selepas merasai peristiwa itu akan berubah.Daripada menyesal jadi benci.Dari benci jadi sabar.Dari sabar timbul suka.Lama kelamaan perempuan itulah yang akan mendesak teman lelakinya melakukan aktiviti kurang sihat tapi best itu.



Sekali jadi dua kali,dua kali jadi empat kali dan seterusnya.
Bila perut membuncit lelaki hilang entah ke mana.Mula lah gelabah nak cari jalan nak tutup perut.Mak bapak baru sedar anak bertudung dalamnya kembung.Habis dihalau keluar rumah.Yang gadisnya nak ke mana?
Aku lelaki dan aku memang pervert dan aku tau macam mana rasanya kalau ada seorang perempuan duduk sebelah aku.Apa yang aku fikir?Macam-macam.Apa yang terlintas kat kepala otak aku semua tu memang bende buruk je.Bende buruk pada dia la dan bende best pada aku.Mungkin sebab secara biologi nya lelaki memang memerlukan "sentuhan" kasih sayang.
Hahahaha.Jadi korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tulis pasal benda ni.

Fakta
1) Bila bercouple,lelaki akan mula-mula mintak pegang tangan.Kalau perempuan yang start,itu maknanya perempuan tu dah pernah bercouple dan pernah berpegang-pegangan tangan dengan lelaki sebelum itu.Lelaki?Lelaki memang nak pegang-pegang.Perempuan akan nak kalau dia dah pernah rasa.

2)Perempuan akan malu-malu,tapi sebenarnya dalam hati,ada rase sket2 diorang nak.Lelaki?Lelaki memang tak malu.Kalau perempuan tu suruh lelaki bukak seluar depan dia,dia akan bukak tanpa segan silu.

3) Perempuan jauh lebih malu daripada lelaki dan lelaki pula hanya akan malu bila member2 dia dapat tau 
dia masih teruna lagi.Bodoh!Terpengaruh lagi dengan budaya Amerika.

4) Lelaki akan berusaha membuang sifat malu perempuan tu dan itu tanggungjawab perempuan untuk mengawal lelaki itu,sebab lelaki memang dah si setkan camtu,bezanya ada lelaki boleh kontrol,ada lelaki out of control.Aku dah menjumpai seorang Ustaz yang penuh didikan agama tapi....mampu mengeluarkan ayat-ayat seksi mengajak seorang wanita baring bersamanya dalam telefon.

5) Selagi berdaya,lelaki akan cuba jugak berusaha sampai dia dapat apa yang dia nak,kalau dia tak dapat,dia akan give up.Perempuan pulak mudah simpati tengok muka kesian boifren dia,jadi mengalah lah.Pastu baru lah nak rasa bersalah.

Video blue makin banyak kat Malaysia.Aku percaya kebanyakan video blue tu dibuat atas dasar cinta dan mendapat persetujuan daripada pihak perempuan tu sendiri.Makin lama,budaya bercouple ni makin biasa dekat masyakarat Malaysia ni.Seolah-olah memalukan kalau anda takde pasangan.
Jangan fikir camtu.Kalau anda keseorangan,biarkan.Kepada kaum wanita,kalau anda rasa takut dan tak nak melakukan hubungan kelamin sebelum berkahwin,jangan bercouple.Kenapa nak take risk?Anda dah tahu lelaki memang camtu dan aku akui,aku pun ada rasa camtu.Mak bapak memang takleh nak tolong sebab bila anda dah 21 tahun ke atas,keputusan ada dekat diri anda.

Perempuan tu yang menentukan sama ada dia dapat dicerobohi atau tidak.Kuasa ada pada tangan perempuan.Percayalah cakap aku,kalau boifren anda nakkan benda2 camtu,cakap aje tak nak,kena kahwin dulu.Konfem dia akan merayu-rayu sampai give up,pastu mintak break dengan anda.Pedulikkan dia walaupun anda sayang macam mana pun kat dia sebab kalau dia sayang anda,dia akan tunggu dan kontrol nafsu dia sampai la dia mampu kawin.

Jangan termakan dengan kata-kata manis dia contohnya macam "I janji u bagi,kita kawin," "I takkan carik perempuan lain lagi" atau ayat paling klasik "U kena buktikan cinta u pada I dan ini aje lah cara dia yang I rasa ok,kalau tak I carik orang lain"
Itu semua kelentong je tu.Jangan percaya.Nak romen,suruh kawin dulu.
Jangan ambik risiko mengandungkan anak luar nikah.

Kesimpulannya;jangan percaya dengan muka kesian lelaki bila diorang mintak berpegang-pegangan.Tipu je semua tu.Nafsu aje lebih.Kalau boifren suruh buktikan cinta dekat dia,suruh dia buktikan dulu cinta dia pada anda semua dengan lafaz akad nikah dan sebentuk cincin perkahwinan.

Kan lagi sweet camtu?
Dapat cincin,ada gak value dia berbanding hilang dara tapi tak dapat apa-apa,sekadar dapat seekor ular masuk ke lubang.Ular kenyang,dara pun hilang,hati jadi bimbang,dapatlah anak seorang.


Monday 3 March 2014

KISAH RASULULLAH SAW DAN MALAIKAT PENGHITUNG TITISAN AIR HUJAN

Diriwayatkan (Al-Mustadrak Syeikh An-
Nuri, jilid 5:355, hadis ke 72)
bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Disaat aku tiba di langit di malam Isra’ Miraj, aku melihat satu malaikat memiliki1000 tangan, di setiap tangan ada 1000
jari. Aku melihatnya menghitung jarinya
satu persatu.
Aku bertanya kepada Jibril as, pendampingku,
"Siapa gerangan malaikat itu, dan apa tugasnya?."

Jibril berkata,
"Sesungguhnya dia adalahmalaikat yang diberi tugas untuk
menghitung titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi."

Rasulallah saw bertanya kepada malaikat tadi,

"Apakah kamu tahu berapa bilangan titisan air hujan yang turun dari langit ke
bumi sejak diciptakan Adam as?"

Malaikat itupun berkata,

"Wahai Rasulallah saw, demi yang telah mengutusmu dengan hak (kebenaran),
sesungguhnya aku mengetahui semua jumlah titisan air hujan yang turun dari langit ke bumi dari mulai diciptakan Adam as sampai sekarang ini, begitu pula
aku mengetahui jumlah titisan yang turun ke
laut, ke darat, ke hutan
rimba, ke gunung-gunung, ke lembah-lembah, ke sungai-sungai, ke sawah-sawah dan ke tempat yang tidak
diketahui manusia."

Mendengar huraian malaikat tadi,
Rasulallah saw sangat takjub dan bangga atas kecerdasannya dalam
menghitung titisan air hujan.

Kemudian malaikat tadi berkata kepada beliau,

"Wahai Rasulallah saw, walaupun aku memiliki seribu tangan dan sejuta jari dan diberikan kepandaian dan
keulungan untuk menghitung titisan air hujan yang yang
turun dari langit ke bumi, tapi aku memiliki kekurangan dan kelemahan."

Rasulallah saw pun bertanya,
"Apa kekurangan dan kelemahan kamu?"

Malaikat itupun menjawab,
"Kekurangan dan kelemahanku, wahai Rasulullah, jika umatmu
berkumpul di satu tempat, mereka menyebut namamu lalu bershalawat atasmu, pada saat itu aku tidak bisa menghitung berapa banyaknya pahala yang diberikan Allah kepada
mereka atas shalawat yang mereka ucapkan atas
dirimu."

اللهم صل علي سيدنا محمد و علي ال محمد

Allahuakbar !
#copypaste :")

JODOH dalam ERTI DESTINASI

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, sperti dlam hidup kita;
mati diaanggap pengakhiran atau dipanggil DESTINASI ..
DESTINASI yg sebenarnya adalah akhirat ..
dan sebelum kita sampai ke DESTINASI tu kita msti tempuh liku-liku dan halangan :) ..

Begitu juga jodoh ..
ada laluannya sblum kita smpai ke DESTINASI iaitu JODOH ..
dan sebelum kita smpai ke DESTINASI(JODOH) tu ..
pasti kita melalui liku-liku dan halangan yg boleh mematangkan kita ..
sebagai contoh liku-liku dan halangan tu kita bercinta dngan org lain, pastu putus then kenal org lain dan bercinta lagi smpailah kita jumpa JODOH (DESTINASI) yg sbenar-benarnya ..

Dan setiap liku-liku dan halangan tu akan membuatkan kita lebih matang dan menghargai kehidupan org lain .. ini kerana apa yang kita belajar dari kesilapan akan membuatkan kita lebih berhati-hati di masa hadapan .. dan sebaik-baikNya adalah hubungan yang dapat mencari keredhaan ALLAH SWT  dan mendekatkan diri kita dan JODOH kita kepada ALLAH .. :)


Cinta itu memang FITRAH MANUSIA ..

NAMUN, ingatlah .. kerana CINTA juga boleh membuatkan manusia alpa dengan bisikan syaitan .. kadangnya membuatkan manusia menghalalkan apa yang haram ..

"Dan juga agar hati kecil orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu (perkataan2 indah dari tipu daya syaitan) dan agar mereka merasa senang kepadanya serta supaya mereka mahu mngerjakan apa yang dikerjakan oleh syaitan-syaitan itu"
(SurahAlAn'am,113)

Sebaik-baik CINTA adalah di jalan ALLAH dengan NIKAH bukannya COUPLE .. Take Note ya wahai sahabat .. 

"Wahai manusia! Bertakwa kpd Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dari diri yg satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; (lalu) dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yg bnyak. Bertakwalah kpd Allah yg dgan namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu"
(SurahAlNisa',1)  

Sesungguhnya Allah Swt adalah sebaik baik perancang dan Doa adalah salah satu yg terbaik bg kita org Islam untuk mendapat keredhaanNya :) 

Sunday 2 March 2014

JODOH

Jodoh adalah sama dengan rezeki kerana ia mrupakan sesuatu yg tidak boleh diketahui bila dtgnya dan akhirnya .. melainkan hanya Allah sahaja yg mgetahui ..

Bila kita bercinta, ingatlah sehebat mana kita cintakan dya atau perancangan kita terhadapnya .. kalau tiada jodoh .. tetap tidak akan bersama akhrnya ..

Hanya Allah Maha Mengetahui .. dan pada kaum Hawa, ingatlah .. andainya ada lelaki yg berbunga2 ayatnya mngatakan kamu adalah jodohnya .. jnganlah sesekali terpedaya .. kerana Hanya Allah Mengetahui siapa jodoh untuk kamu krn kita xmngkin tahu jodoh kita sndr .. dan ingatlah pada kaum Hawa .. janganlah mnyerahkan semuanya sebelum kahwin agar tidak menyesal di kemudian hari ..

Dan Andainya kamu mencintai dia kerana Allah pohonkanlah si dia di dalam Doamu kpd Allah agar kamu dpertemukan dalam Jodoh  ..

Ingat ..
Jodoh ini juga ada 3 pertemuan ..

1. Jodoh dpertemukan oleh Syaitan
2. Jodoh dpertemukan oleh Jin
3. Jodoh dpertemukan oleh Allah

"Wahai manusia! Bertakwa kpd Tuhanmu yg telah menciptakan kamu dari diri yg satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; (lalu) dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yg bnyak. Bertakwalah kpd Allah yg dgan namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu"
(SurahAlNisa' 1)

Doalah agar kita menemukan Jodoh kita oleh Allah SWT .. in shaa Allah .. wallahualam .. 

"Strok Haba" - mencegah lebih baik drpd mengubati :)

Rakyat Malaysia diminta waspada strok haba

Mar 01, 2014
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.
  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
  
"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
  
"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.
  
Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
  
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
  
Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
  
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
  
"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
  
"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.
  
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
– Bernama

Renungan Dari Sahabat

Kenapa couple haram? Jijik sangatkah couple ini?
Sebenarnya bukan soal jijik, kotor atau sebagainya. Ianya soal tanggungjawab kita kepada Allah Taa'la. Saya tidak melihat tujuan besar kita umat Islam hidup di bumi ini selain tujuan untuk sama-sama berusaha mencari redha Allah. 

Apa dalil yang mengharamkan couple sedangkan Allah ciptakan manusia untuk berpasang-pasangan? 
Ehem, sebelum anda bertanya dalil atau nas yang mengharamkan perbuatan couple ini, nyatakan dahulu kepada saya dalil yang membenarkan anda untuk couple. Bukan mahu berlagak pandai. Saya hanya bertanya untuk kepastian. Jika ada, saya mahu belajar. 
Ramai yang beri rujukan melalui firman Allah SWT  dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Surah Yasin(36) ayat 36)

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, saya melihat ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. 
Baiklah, sebelum saya lanjutkan kepada larangan yang lebih jelas, mari kita lihat apa itu couple dan dimana tempat couple di dalam Islam? Couple dalam istilah Melayu bermaksud "Pasangan". Perbuatan berpasang-pasangan seperti yang kita tahu dalam Islam menjadi halal apabila pasangan tersebut berkahwin. Tetapi kita perlu faham, budaya couple yang terjadi sekarang bukanlah datang dari ajaran Islam malah tidak pernah dituntut. Budaya couple ini wujud dari ajaran orang-orang Barat (Yahudi) yang mana membenarkan golongan remaja berpasang-pasangan malah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. 

Sebelum ini saya pernah sebut Islam tidak haramkan seks. Ya, memang betul, tapi Islam melorongkan seks itu kepada perkahwinan. Islam tidak haramkan makan dan minum. Tetapi Islam melorongkan makan dan minum itu kepada makanan dan minuman yang halal. Begitu juga cinta, cinta tidak haram. Malah cinta itu fitrah. Tapi Islam mendidik kita untuk meletakkan cinta itu pada tempat yang baik. 

Ada yang cakap,
"Kami couple je, bukan berzina pun!"
"Kami tahu couple haram, tapi kami couple Islamik. Couple yang ikut hukum Islam."

Oleh sebab salah faham beginilah saya tulis artikel ini. Risau dan bertambah risau. Bukan saya cemburu dengan kebahagiaan anda sebagai couple. Tetapi atas rasa tanggungjawab untuk menegur dan menjelaskan supaya semua orang faham kenapa couple itu haram. 
Suka untuk saya ingatkan bahawa tidak pernah wujud istilah "couple islamik" dalam Islam. Kalaupun wujud dalam novel-novel cinta Islamik. Saya rasa itu bukan rujukan yang baik untuk mentarbiyah diri. Kita kena faham, haram itu bukan letaknya pada nama, tetapi letaknya pada perbuatan. Couple itu haram, kalau letak perkataan couple islamik sekalipun, ia tetap haram. Begitu juga riba, kalau ditukar nama kepada "faedah atau upah" sekalipun, ia tetap haram.
Mari kita rujuk firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "(Al-Isra' 17:32)

Nampak perkataan yang saya Bold kat atas tadi? "Menghampiri". Kita perlu faham perkataan menghampiri antara lain membawa maksud mendekati. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Allah SWT bukan sahaja melarang kita berzina, tapi menghampiri zina pun Allah larang. Faham tak? Couple itu pun sudah termasuk dalam kategori "menghampiri zina". Kalau kita couple, bermakna kita sudah menapak masuk mendekati zina. Kan dah haram tu.

Anda kata couple Islamik itu halal dan dibenarkan? Halal bagaimana? Kalau anda kata pasangan anda selalu pesan untuk tunaikan solat. Itu belum tentu halal. Kalau anda kata anda dan pasangan anda tidak pernah bersentuhan kulit. Itu pun belum tentu halal. Kenapa?

Sebabnya banyak lagi larangan yang perlu anda ambil berat. Bila dah couple, mesranya sudah lain, layanannya sudah lain, perasaannya pun sudah lain, pergaulannya pun dah jadi lain. Keluar dating? Walaupun tak berpegang tangan, cuma berjalan dan berbual. Anda pasti berdua-duaan. Tidak terjaga ikhtilat dan boleh mengundang fitnah. Fitnah dalam Islam ini pula luas maknanya. Kalau rajin, silakan belajar. Apa pun kesian mak ayah kita tanggung dosa. 

Mari kita rujuk pula Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. 

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya seingat saya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam bab Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Jangan masuk kelas pendidikan Islam belajar cuma untuk SPM sahaja. Fokus untuk hidup. 

Daripada ayat ini tadi jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Saya bagi contoh mudah, bila sudah couple, anda terbayang boyfriend atau girlfriend anda cium pipi anda macam dalam drama TV. Berpeluk macam filem hindustan, makan suap-suap macam drama Korea. Semua perbuatan ini akan mengundang pula kepada zina hati. Zina hati ni anda imagine yang melampau-lampau sedikitpun sudah berdosa. Rosak iman.

SMS, setiap hari kena ucap selamat pagi, nak tidur ucap selamat malam, ada ucapan-ucapan istimewa, romantik lagi mesra, "I Miss U", "I Love U" dan sebagainya. Walaupun cuma dalam SMS (Mesej) di telefon bimbit. Ianya juga sudah membawa kepada zina hati. Tidak terjaga ikhtilat. Sedangkan awak dengan pasangan itu bukan mahram. Boleh berkahwin dan perlu jaga batas pergaulan. Ada maruah bukan?

Apa itu zina hati? Rasulullah SAW jelaskan dalam hadisnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anda boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah SAW bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.

Hakikatnya, macam mana pun anda buat, anda tetap tak dapat lari daripada zina hati. Tak takut lagi?
"Kenapa Islam larang sangat couple ni? katanya Islam itu mudah, Islam itu indah."
Ya, sebab Islam itu mudah. Islam galakkan anda berkahwin. Sebab Islam itu indah Islam larang couple. Islam jaga martabat dan maruah wanita. Maruah orang perempuan dan juga maruah orang lelaki. Masing-masing berharga. Kenapa kita tak sayang diri? Cuba perhatikan, berapa ramai yang couple kekal sampai berkahwin? Berapa ramai yang couple kemudian clash, kemudian couple dengan orang lain dan clash lagi? Kenapa kita tidak ambil iktibar. Kenapa tak nampak larangan Allah itu semuanya untuk kebaikan kita. Kenapa perlu persoalkan lagi??? Kenapa degil?

"Kami couple, tapi mak ayah kami restu. Boyfriend saya selalu datang rumah. Mak siap masak beri dia makan! Kadang-kadang mak ayah panggil dia menantu. Kenapa awak pula sibuk nak halang?"

Begitu sekali? Kembalilah bertaubat kepada Allah. Anda pun tak boleh meletakkan salah kepada ibu ayah anda 100% dalam permasalahan ini. Boleh jadi ibu ayah anda sendiri tidak tahu akan salahnya membenarkan anak couple. Merelakan anak gadis dibawa ke hulu ke hilir oleh lelaki bukan halal untuk anaknya. Ibu ayah selalunya menganggap itu rakan anda. Sekalipun anda cakap dia 'Boyfriend' anda. Ada ibu bapa yang tak melarang sebab tak tahu ianya salah.

Kena sedar, tak semua orang Islam membesar dalam keluarga yang ada didikan agama yang sempurna sejak kecil. Bagi yang kurang didikan agama di rumah, pasti isu couple ini ia seolah suatu kebiasaan yang ditiru oleh masyarakat kita. Couple itu dilihat sebagai budaya yang biasa diamalkan. Sedangkan ia masalah berat dalam konteks agama Islam. Seorang ayah yang merelakan anak gadisnya dibawa keluar oleh lelaki yang bukan halal untuk anaknya ke sana ke sini tanpa ditegur akan mengundang kemurkaan Allah. Rezeki yang diperolehnya tidak berkat. Gaji beribu ringgit masih terasa tidak cukup. Terpaksa berhutang. Itu contoh hilangnya berkat rezeki. Malaikat rahmat juga lari keluar rumah. Ibu Ayah sering bergaduh. Keluarga tak bahagia. Dan banyak lagi masalah akan datang.
Mungkin kita tak nampak salah couple ni sebab masyarakat anggap itu budaya yang kebiasaan.

Tapi dalam tak sedar, kita hilang dari pandangan Allah. Allah biarkan kita leka dengan perbuatan itu. Buat masa sekarang, bukan masanya untuk menuding jari ke sana ke mari. Tak perlu salahkan ibu bapa kerana tidak menegur. Ianya berbalik pada kita sendiri. Bagaimana mahu memperbetulkan semuanya? Kita sudah besar. Kenal agama dan kenal diri. 

Mari sama-sama ubah. Kalau dahulu zaman jahiliyah sewaktu zaman Rasulullah SAW ramainya orang menolak dakwah adalah kerana ramai orang yang tidak berilmu, tidak tahu menulis dan membaca. Maka mereka keras menolak dakwah Rasulullah SAW. Tapi hari ini. Zaman jahiliyah berulang lagi. Malah lebih teruk kerana kita boleh membaca, kita ada ilmu. Kita tahu apa itu halal haram. Tapi kita buat juga apa yang Allah larang. Kita tolak teguran, kita persoalkan apa yang telah diharamkan. Sebab apa? sebab kita nak seronok. Nak macam orang lain. Nak bebas.

"Orang yang tahu tidak semestinya sedar, tetapi orang yang sedar pasti akan tahu"

Berapa ramai antara kita yang tahu tentang haram couple, tapi dia tak sedar diri. Jadi dia tetap couple. Tak ambil endah apa orang cakap couple itu haram! Tetapi lain pula orang yang sedar diri bahawa couple itu haram dalam masa yang sama mesti dia tahu apa yang dia perlu buat untuk cari redha Allah.