Thursday 20 March 2014

NASIHAT

Nasihat :)

"Nasihat itu umpama ubat, pahit untuk ditelan tapi akan memberi kebaikan pada diri kita, Nasihat yang baik perlu kita ambil, demi kebaikan diri, Hati manusia boleh Buta tanpa Nasihat, kerana itu manusia perlukan Nasihat, tak kiralah Nasihat itu dari sebaya, yang tua mahupun muda."

Pernah diberi Nasihat? Pernah dileter untuk kebaikan kita? Pernah dimarahi untuk berubah? Percayalah .. Ianya untuk kebaikan kita .. Percayalah yang kita manusia tidak pernah terlepas melakukan kesilapan .. Percayalah, kadang2 kesalahan kita, kita tidak nampak, tapi orang lain nampak, tambah2 Dia yang satu; ALLAH SWT ..

Semua manusia berhak memberi nasihat nasihat yang baik dan memberi kebaikan kepada orang lain .. Dan Nasihat itu mestilah disampaikan dengan cara yang betul dan kena pada kesalahannya untuk dia berubah .. Namun, cara penyampaian Nasihat juga perlu dititikberatkan .. Tidak semua manusia mampu menerima Nasihat dengan baik, maka nasihatlah secara :

1.Nasihat dengan cara berkias
2.Nasihat dengan terang-terangan (direct)

Pernah tengok Cerama UAI (Ustaz Azhar Idrus) ? .. hebatkan beliau .. Ceramah UAI pandai dalam mengajak manusia berubah .. kerana apa? .. kerana Nasihatnya yang pandai dalam berkias .. tidak direct dalam percakapan .. tapi tepat pada hati pendengar .. dan Alhamdulillah .. ramai yang dapat menerima Nasihat beliau untuk berubah dengan lawak-lawak yang diselitkan dalam Nasihat ..

Namun begitu .. wahai sahabat .. kita juga boleh memberi Nasihat .. Nasihatlah kepada sesiapa yang anda rasa perlu ..

"Dan jika kamu mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)"
(SurahAlAn'am, 116) 

Tapi sebagai Umat Islam, Nasihatlah berpandukan al-Quran dan As-sunnah .. supaya kita tidak memberi Nasihat mengikut emosi kita dan Nafsu semata-mata ..
Biarkan apa pandangan orang terhadap kita .. Tapi Nasihatlah apabila perlu .. Malah, janganlah kecewa wahai sahabat .. Andainya anda memberi Nasihat, tapi tidak diendahkan .. jangalah berputus asa .. sebaliknya Berdoalah kepada ALLAH SWT .. kerana itu adalah sebaik-baiknya ..

Saya juga pernah memberi Nasihat .. Pernah .. Sehinggakan si fulan mengatakan cukuplah dengan Nasihat yang saya beri .. dan tidak perlu memberi Nasihat kepadanya lagi .. Namun .. saya tetap memberi nasihat kepadanya dengan harapan si fulan tersebut berubah .. sehinggalah saya terkilan dengan Makna ayat al-Quran ini :

"Maka mengapa Kamu (berpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) org munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kpd kekafiran), dsbabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud  memberi petunjuk kpd org yg telah dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya"
(SurahAlNisa', 88) 
 
"Dan janganlah kamu berdebat untuk (membela) org yg mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org yg slalu berkhianat dan bergelumang dgan dosa"
(SurahAlNisa' ,107)

Kadang-kadang, yakinlah dengan Nasihat yang diberikan oleh Orang lain adalah merupakan Petunjuk yang dikirimkan oleh ALLAH SWT agar kita bermuhasabah diri dan menyesali kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar .. Janganlah kita mensia-siakan sebarang Nasihat (Petunjuk) dari sesiapa sekalipun kerana :

"Wahai orang yang beriman ! Jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan (mampu) memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
(SurahAlMa'idah, 105)
 
"Barang siapa yang Allah beri petunjuk, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang yang rugi."
(SurahAlA'raf, 178)

 Bersukurlah dengan Nasihat (petunjuk) yang diberikan kepada kita, kerana apabila kita abaikan Nasihat itu takutlah kita akan ayat-ayat ini :

"Barang siapa yang Allah sesatkan, maka baginya tidak ada orang yang akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan."
(SurahAlA'raf, 186)

Dan Apabila kita memberi Nasihat kepada mereka, Namun mereka tetap mengendahkan apa yang kita sampaikan kepada mereka, Yakinlah dengan ayat-ayat ALLAH SWT ini :

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam, kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai."
(SurahAlA'raf,179)

"Sebahagian diberiNya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah. Dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk."
(SurahAlA'raf, 30)

Percayalah kepada ALLAH SWT dan janji-janjiNya :

"Allah pelindung org yg beriman. Dia mngeluarkan mereka dr kegelapan (kekafiran) kpd cahaya (iman). Dan org yg kafir pelindung2nya adalah syaitan yg mngeluarkan mereka dr cahaya kpd kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah pnghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"
(SurahAlbaqarah, 257)

Wahai sahabat .. yakinlah bahawa Nasihat amat penting dalam hidup kita .. Jadikanlah Nasihat yang berpandukan al-Quran sebagai panduan dalam hidup kita .. janganlah mudah putus asa dalam MEMBERI NASIHAT dan MENERIMA NASIHAT .. dan INGATLAH Nasihatlah kepada sesiapapun agar berlakunya keadilan suatu hari nanti .. janganlah disebabkan kamu membenci mereka, kamu membiarkan mereka melakukan kesalahan tersebut ..

"Wahai org yg beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
(SurahAlMa'idah, 8)

Nampak kan, Nasihat juga adalah salah satu cara membawa kita ke arah hidup yang lebih Adil. Malah, mendekatkan diri kita untuk bertakwa kepadaNya .. Saya mengaku .. saya masih lemah dalam ilmu beragama .. Namun .. saya berharap sedikit sebnyak ada perkara yang saya sampaikan kepada para pembaca (anda) .. Andainya saya pergi menghadapNya suatu hari nanti .. ada kebaikan juga saya lakukan .. Doalah dan Marilah sama2 untuk berubah .. Sesungguhnya, yang Baik itu datang daripada Allah Swt dan yang buruk itu pastinya datang dari kesalahan saya sendiri .. Fi hifzillah semua ..
Allahu :')

"Sesungguhnya Allah mnyuruh menyerahkan amanah kpd yg berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu berhukum dgan adil. Sesungguhnya Allah sebaik baik yg memberi pngajaran kpdmu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lg Maha Melihat"
(SurahAlNisa', 58) 

No comments:

Post a Comment