Wednesday 21 October 2015

Puasa 9 dan 10 Muharram

Assalamualaikum guys, esok 9 Muharram (Khamis, Puasa Tasu'a) dan lusa 10 Muharram (Jumaat, Hari Asyura) amat digalakkan bagi Umat Islam untuk berpuasa.
-
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya):
-
Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu
Baginda SAW menjawab:"Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu".
(Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
-
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya):
“Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.
-
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
"Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9".
Ibn Abbas berkata: "Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.”(Riwayat Imam Muslim)
-
Semoga bermanfaat. Puasa Jom. #Muharram

Monday 19 October 2015

Kuliah Maghrib 6 Muharram 1437H

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Aiman Subri di Masjid Syarifah Fatimah semalam.
-
Sayidina Ali ra mengatakan bahawa barangsiapa yang bermusafir untuk mendapatkan ilmu untuk mendekatkan kepada Allah, dia telah melangkah kakinya ke dalam Syurga sebaliknya sesiapa yang bermusafir untuk melakukan maksiat, dia telah mencari pintu neraka Allah swt.
-
Antara sebab doa tidak diterima kerana hati mati. Ada 10 tanda hati mati.
-
1. Mereka kenal Allah tetapi tidak menunaikan perintah Allah.
2. Mereka membaca AlQuran tetapi tidak beramal dengannya.
3. Mengaku iblis itu musuh mereka tetapi mengikut hasutannya.
4. Mengaku sayang pada Rasulullah SAW tetapi meninggalkan sunnahnya.
5. Mengaku inginkan syurga tetapi tidak beramal dengan orang ahli syurga.
6. Mengaku takut kepada neraka tetapi tidak terlintas untuk meninggalkan maksiat.
7. Mereka mengaku akan mati tetapi tidak melakukan persiapan untuk mati.
8. Mereka gemar membuka aib orang lain, tetapi tidak melihat aib sendiri untuk muhasabah diri.
9. Mereka menikmati segala nikmat Allah, tetapi sedikit pun tidak bersyukur.
10. Mereka tidak mengambil iktibar daripada kematian orang lain di sekililing mereka
-
Wallahualam. Semoga bermanfaat.

Thursday 8 October 2015

Kuliah Ustaz Abdullah Khairi (UAK)

Kuliah Magrib bersama Ustaz Abdullah Khairi di Surau Taman Bersatu.

Hidayah dan Taufik adalah milik Allah. Hanya Allah yang layak memberi. Hidayah diberikan kepada orang bukan Islam untuk kembali kepada ajaran Islam.

Manakala orang yang sudah berpegang kepada ajaran Islam sudah mempunyai Hidayah cuma tidak ada Taufik.

Taufik adalah dorongan untuk seseorang itu melakukan amal ibadah. Pohonlah kepada Allah agar diberikan Taufik untuk beristiqamah melakukan ibadah. In shaa Allah.

Ustaz juga berkongsi tentang doa doa dari Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Yunus, Nabi Musa dan Nabi Muhammad yang terkandung dalam AlQuran. Wallahualam. Semoga bermanfaat. #muhasabahdiri #UstazAbdullahKhairi

Friday 2 October 2015

Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki.

"Ber-bekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepadaKu hai orang-orang yang berakal." (Al-Baqarah: 197) 

Bagaimana ingin bertakwa sekiranya tidak ada ilmu?

Bagaimana ingin mendapat ilmu sekiranya tidak menghadiri Majlis Ilmu?

Bagaimana mahu mendekati Majlis Ilmu kalau tidak mahu menjadi tetamu Allah (datang ke Masjid)?

Dan bagaimana mungkin kita menjadi tetamu Allah yang beruntung kelak di Masyhar sekiranya tidak mahu menjadi tetamu Allah sekarang?