Saturday 20 February 2016

Program Tanam Pokok

Sahabat Hutan Bakau Lekir Sitiawan (SHBLS) menganjurkan Program Penanaman 1000 anak pokok di Kg Sg Tiram dengan kerjasama Global Environment Centre (GEC), PEKA, PLUS, SAM, KUASA, VALE dan banyak lagi agensi yang lain.

Penerokaan pokok bakau secara haram oleh pihak tertentu bagi tujuan Kolam Udang telah berjaya diprotes oleh orang kampung Sg Tiram. Dan kawasan yang diteroka akan ditanam semula dengan anak pokok bakau.

Dianggarkan hampir 12 Juta anak pokok bakau akan ditanam dengan tujuan adanya program sebegini dan Program ini akan dijalankan sebanyak 6 kali dalam setahun. Dan sekarang, hampir 4000 anak pokok sudah ditanam termasuk hari ini.

Antara anak pokok yang ditanam adalah Bakau Kurap, Bakau Minyak, Temu Merah, Temu Putih dan Api Api. Pokok Bakau amat penting dalam menahan ombak air (tsunami/banjir) di samping amat penting dalam ekosistem hidupan organisma laut. Sekiranya mahu menyertai program ini pada masa akan datang, bolehlah hubungi Encik A Hadi Kamal, Pengerusi SHBLS.

Pulau Sembilan

Pulau Lalang adalah satu daripada gabungan sembilan pulau yang membentuk nama Pulau Sembilan.

Antara keunikan Palau Sembilan ini adalah kawasannya yang unik, masih lagi tersimpan dengan kawasan terumbu karang dan populasi kuda laut yang banyak.

Dan yang paling penting, di Pulau Lalang ini ada hidupan organisma plankton yang memberi warna biru di pesisir pantai pada sebelah malam seperti di Pulau Maldives.

Dan kehidupan plankton di sini merupakan sebagai salah satu indikator menyatakan pulau ini adalah bersih dan sesuai dengan kehidupan marin.

Pulau ini masih lagi dalam proses eko-pelancongan dan sebarang pertanyaan bolehla hubungi PTNP ataupun Nine Island Agency di Bagan Datoh, Perak.

Tuesday 9 February 2016

ADAB ADAB MENUNTUT ILMU

Antara beberapa adab adab ketika menuntut ilmu yang diberikan oleh Ustaz Nazrul Nasir secara tidak langsung ketika  Daurah Kitab Adabul Mufrad:
-
1.Jangan menghalakan atau melunjurkan kaki ke arah Tok Guru.
2.Jangan meletakkan Kitab di bawah lantai ketika berlangsungnya pembelajaran sebaiknya diletakkan di atas rehal atau meja kecil.
3.Pastikan Kitab diletakkan berlapik.
4.Kurangkan banyak bertanya kepada Guru. Kata Syeikh, diharamkan segala kebaikan sekiranya banyak bertanya.
5.Jaga adab seperti tidak bermain pen ketika belajar.
6.Pen sebaiknya di letakkan di dalam poket atau di celah telinga. Jangan meletakkan pen di celah/tengah buku.
7.Meminta izin untuk keluar dari Majlis Ilmu dengan penuh beradab dan jangan keluar masuk dengan sesuka hati.
8.Jangan bersembang mahupun mengangkat telefon ketika Daurah dijalankan walaupun umur kamu lebih tua daripada Tok Guru.
-
Adab-adab perlu dijaga bagi mendapat keberkatan Guru.Semoga bermanfaat. Yang memegang microphone itu adalah Ustaz Yussaini, pengasas MATIN, manakala di hadapannya itu, adalah Ustaz Nazrul Nasir. Wallahualam.

Tuesday 2 February 2016

Ulama Idola

Bersama Ustaz yang juga aku sayang,

Ustaz Yaakob Yusra (Triple Y)

Rindu

Hampir 3 minggu aku praktikal bersama Global Environment (GEC).

Dan 3 minggu juga aku tidak ke majlis Ilmu.

Kiranya 3 hari tidak ke majlis ilmu, hati boleh mati, inikan pula 3 minggu.

Mati dan mereput.

Rindu bersama para para ahli syurga ini.

1. Ustaz Naswad Nasron
2. Ustaz Unais
3. Ustaz Wadi Annuar
4. Ustaz Shahril Long
5. Ustaz Fawwaz Mat Jan
6. Ustaz Bollywood
7. Ustaz Abdullah Khairi
8. Ustaz Yusoff Shaffi Ghani
9. Ustaz Aiman Subri