Friday 20 November 2015

Malu

Malu bila;
Orang sangka kita ini baik, alim orangnya, sering berdakwah,
Tapi Allah Maha Mengetahui, bagaimana diri kita yang sebenarnya, hakikatnya masih pendosa •
---
Malu bila;
Kita rasa senang bermaksiat,
Tapi lama-kelamaan makin tak tenang, rasa malu pada Allah, penasaran adakah dosa akan diampuni olehNya atau sebaliknya •
---
Malu bila;
Kita berdoa untuk masuk syurga,
Tapi hakikatnya amal kita tak seberapa •
---
Malu bila;
Jika dosa-dosa itu sifatnya berbau,
Nescaya takkan ada sesiapa yg mahu dekat dengan orang yang banyak dosa kerna kita pendosa tanpa henti •
---
Malu bila;
Kita buat salah dengan manusia, kita payah untuk akui dan memohon maaf terlebih dahulu,
Yang pastinya dosa manusia sesama manusia takkan mudah diampunkan oleh manusia yang dikhianati •
---
Malu bila;
Kita pernah merasai kesenangan lantas melupakan Dia,
Dan ketika Allah beri dugaan dalam bentuk kesusahan, kita rasa sangat malu pada Allah yang teramat asbab kita sendiri yang melupakanNya •   
.. "SESUNGGUHNYA MANUSIA TAKKAN TERLEPAS DARI KESILAPAN"

p/s:tersentak di hati.

#usrahMahabbah

Monday 16 November 2015

Kuliah Ustaz Yaakub Yusra Yusof

Antara perkongsian oleh Ustaz Yaakub Yusra dalam kuliah maghrib pada 15 Nov 2015 bersamaan 4 Safar 1437H.

Dari Syadad bin Aus ra, dari Nabi Muhammad SAW, bahawa beliau berkata:
"Orang yang cerdas adalah orang yang menghisab (muhasabah) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang gagal adalah orang yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT"

Ulama mengatakan orang yang cerdik itu bermuhasabah tentang kelemahan diri sehinggakan mereka itu tidak sempat untuk mencari kelemahan (aib) orang lain.

Perbanyakkanlah amal soleh kerana kita tidak tahu mana satu amal yang diterima oleh Allah SWT dan mana satu amal yang dapat diminta sebagai syafaat oleh Nabi Muhammad SAW kelak.

Jangan menghukum seseorang berdasarkan mata kasar kita sehingga jelas zahir seseorang itu melakukan kesalahan. Sebaik baik hukuman adalah datangnya dari Allah SWT.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Saturday 14 November 2015

Dajjal Yang Tersirat

Dajjal...
Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku .

" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.

" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.

" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku .

" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.

" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.
Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali.

" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.

" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.

" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat daru kamera, manusia percaya. Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya. Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hkikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar .

" Ya Allah... Takutnya..,"

" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.

" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.

" Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.

" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku .

" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat. Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w. Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia. Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.

" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah , skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku

" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan sy dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat awak.... Sy akan buat apa sahaja yg saya mampu untuk lindungi keluarga saya. Sebab tu ada riwayat sebut, ikatlah anak bini kamu pabila dajjal muncul. Dan skrg sy tgh ikatlah ni.  Ikat hati dan pemikiran. Bukan ikat jasad.., '

" Imam mahadi pulak? Ceritalah... Awak asyik mengadap buku jer, tapi tak cerita pun kat saya ," ujar isteriku .

" Nanti saya ceritakan. Kiamat dan kemunculan dajjal akan berlaku dalam konteks akal manusia boleh terima. Bukan dalam keadaan yg ganjil. Masa sudah semakin suntuk. Ummat islam sudah tidak punya banyak masa, sebab tu yahudi banyak menguasai teknologi. Sebab tentera dajjal adalah yahudi. Imam mahadi juga sudah ada. Dia hanya belum membuat pengumuman rasmi. Selagi anak muda islam masih leka begini, selagi itulah islam dibuli. Tidurlah. Doa supaya semuanya selamat. Kerana Allah kekal ada. Sy mintak maaf yer kalau arini ada buat silap. Assalamualaikum, " ujarku sambil meminta maaf, risau2 esok tak bangun subuh hari.

" Waalaikumsalam , sy pun minta maaf. Sy harap harini sy jadi isteri yg memberi manfaat untuk anak dan suami.

Copy paste

Thursday 12 November 2015

Kuliah Maghrib Ustaz Aswad Nasron

Antara perkongsian oleh Ustaz Aswad Nasron dalam sebab dan kebaikan yang diperoleh ketika menuntut ilmu dalam hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda:

1.“Sesiapa yang menempuhi satu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan memasukkannya jalan ke syurga.”
(HR Ahmad)

2.“Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapkan bagi penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut.”
(HR Muslim)

3."Demi Tuhanku, sesungguhnya berpagi-pagi kamu pergi menuntut satu bab daripada ilmu itu lebih baik daripada kamu sembahyang  seratus rakaat.”
(HR Ahmad)

4. “Ilmu itu adalah khazanah dan kuncinya adalah bertanya. Maka sesungguhnya diberi pahala di dalamnya (ilmu) itu empat orang : orang yang bertanya, orang alim, orang yang mendengar ilmu dan orang yang cintakan ilmu.”
(HR Abu Nu’aim al-Asbahani)

5. “Tidak harus bagi orang yang jahil untuk berdiam diri atas kejahilannya (yakni tidak belajar) dan tidak harus bagi orang yang alim berdiam atas ilmunya (yakni tidak mengajar).”
(HR at-Tabarani, dhaif) 

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Saturday 7 November 2015

Kuliah Maghrib Ustaz Shah Shanmugam

Antara perkongsian daripada Ustaz Shah Shanmugam adalah mengenai nikmat. Di dalam Surah Ar Rahman berulang sebanyak 31 kali ayat, Firman Allah SWT:

"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yg kamu dustakan?"

Allah SWT memberikan kita pelbagai nikmat dalam kehidupan ini, seperti nikmat Akliah (akal), nikmat Badaniah (sihat tubuh badan) , nikmat Imaniah  (iman)dan nikmat Diiniyah (agama), namun kita masih tidak bersyukur. Orang yang tidak bersyukur adalah orang yang kufur akan nikmat yang Allah SWT.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW yang tidak ada dosa melekat pada tubuh badannya melakukan solat sehingga bengkak kakinya semata mata mahu menjadi hamba yang bersyukur.

Bagaimana pula kita? Semoga bermanfaat. Wallahualam.