Monday 16 November 2015

Kuliah Ustaz Yaakub Yusra Yusof

Antara perkongsian oleh Ustaz Yaakub Yusra dalam kuliah maghrib pada 15 Nov 2015 bersamaan 4 Safar 1437H.

Dari Syadad bin Aus ra, dari Nabi Muhammad SAW, bahawa beliau berkata:
"Orang yang cerdas adalah orang yang menghisab (muhasabah) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang gagal adalah orang yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT"

Ulama mengatakan orang yang cerdik itu bermuhasabah tentang kelemahan diri sehinggakan mereka itu tidak sempat untuk mencari kelemahan (aib) orang lain.

Perbanyakkanlah amal soleh kerana kita tidak tahu mana satu amal yang diterima oleh Allah SWT dan mana satu amal yang dapat diminta sebagai syafaat oleh Nabi Muhammad SAW kelak.

Jangan menghukum seseorang berdasarkan mata kasar kita sehingga jelas zahir seseorang itu melakukan kesalahan. Sebaik baik hukuman adalah datangnya dari Allah SWT.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment