Wednesday 12 August 2015

13082015

Sudah 3 Hari. Demam. Selsema.

Mungkin perkara biasa di sini. Tiap hari pekerja UPM mengecat pintu.

Bau cat pintu yang menyakitkan sel sel otak. Air mineral kurang. Air yang dimasak di UPM banyak klorin.

Mungkin itu penyebab.

Atau mungkin itu Kaffarah.

Apa apa pun. Sakit itu juga nikmat.

Da lama tak demam. Da lama tak selsema. Sekali kena. 3 Hari.

Terima Kasih ya Allah. Alhamdulillah.

Monday 10 August 2015

Selaku DO 110815

Assalam tuan, saya Lt M Khairulamirin B Auzirul Aznan (7527853) dan Lt M Eka Farasyiha Bt Mohd Rahim (8704698) selaku DO pada 11 ogos 2015 dengan ini melaporkan keadaan kekuatan UiTM Shah Alam di UPM Serdang untuk pagi ini 11 ogos 2015.

1)Peg. kadet tauliah
Darat:
-Shah alam: pk 8/8, pkw 17/18.
-Melaka: pk 12/12, pkw 29/29.
-Arau: pk 17/17, pkw 20/20.
-Dungun: pk 16/16, pkw 24/24.
Laut: pk  10/10, pkw  11/11.
Udara: pk 10/10  pkw 15/15.
Kadet pembantu: pk 19/19 pkw 18/18
Total : kadet tauliah 189/190,
Kadet tauliah + kadet pembantu 226/227

2)Pegangan senjata:
-M16 : 150+38(arau)+20(unisza)
-kelopak M16 : 157+80(arau)
-M4 : 2 + 2(unisza)
-bayonet : 157+37(arau)+41(dungun)
-pedang : 7+10(upnm)
-peluru keselamatan : 20+20(arau)+22(unisza)

3)Pegangan kenderaan:
-trak 3 ton : 1+1(arau)
-bas : 4+1(dungun)
-lori : 1
-kereta : 2
-van : 1+1(dungun)

4) Nama pegawai kadet sakit:
-7530946 PKK Mohamad Hafiz bin Hussin. Patah tangan, att. B
-7530944 Intan Raihanah Bte. Mohd Ghazali,demam campak
-7530972 Nursyahiratul Akma Abd Mulop, Demam, sickbay
-7529776 Siti Khadijah bt Che Halim, Demam, sickbay

Sekian laporan buat masa ini tuan, terima kasih.

Sunday 9 August 2015

10.08.2015

Assalamualaikum. Da lama tak update. Apakan daya, sibuk dengan urusan dunia. Ya. Dunia.

Sejak ini, banyak yang aku lalui. Melihat ragam orang. Mendengar pengalaman orang. Banyak masa terisi. Game COC jugak tak lekang di tangan.

Dunia. Politik. Viral. Sudah menjadi kebiasaan untuk manusia titipkan. Aku juga tidak ketinggalan. Kerana itulah hiburan.

Terlalu banyak manusia yang menghukum. Terlalu banyak manusia yang zalim. Terlalu banyak manusia yang menyebarkan fitnah.

Tanpa sedar. Itu semua akan dibicara kelak. Aku takut.

Bila terlalu sibuk dengan urusan dunia, sesekali rasa susah nak beribadah. Benar, orang yang banyak maksiat, akan susah melakukan kebaikan.

Hati sudah hitam.Tapi,

Hati ni sedar betapa jauhnya aku denganMu, ya Allah. Sehinggakan aku sudah tidak dapat lagi merasa kenikmatan ibadah. :(

Betul dalam AlQuran. Allah akan menguji hamba hambanya yang benar benar beriman.

Aku? SELALU, tewas di perjalanan. Kadang, dosa lalu menghantui aku. Sungguh cepat masa berlalu. Hampir 2 tahun semuanya berubah. Takdir Allah.

Kadang aku tertanya, masih ada lagikah harapan?

(bertugas di UPM. Pertauliahan Kadet Batch 34)