Thursday 26 February 2015

Kuliah Maghrib Ustaz Idris

Antara perkongsian daripada Ustaz Idris dalam Kuliah Maghrib.
-
"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (SURAH al-Hajj: 46)
-
Hati yang Buta (keras) adalah hati yang tidak nampak akan kebenaran.
-
Antara sebab hati itu buta (keras).
1.Tidak takut pada Allah.
2. Melakukan maksiat.
3.Berkawan dengan kawan yang buruk akhlaknya.
4.Tidak mempelajari ilmu agama (jahil).
5.Sombong.
-
Cara melembutkan hati.
-
1.Baca AlQuran dan Fahami.
2.Zikir dan selawat.
3.Sentiasa mengingati Mati dan Akhirat.
4.Ingat seksaan Allah
5.Tawadhu'
6.Doa
7.Baiki aib sendiri dan sentiasa muhasabah diri.
-
Semoga bermanfaat. Wallahualam.

Monday 23 February 2015

Susahnya Husnodzon :(

Tarbiah Sentap

Teknologi makin lama membuatkan sebahagian dari kita semakin SUSAH nak bersangka baik.

Contohnya, whatsapp.

Kalau dulu ada "last seen", orang masih boleh terima lagi walaupun masa tu ada la sikit-sikit sangka buruk.

Tetapi selepas ada "double blue-ticks" ataupun right biru kat whatsapp, semakin susah kita nak sangka baik. Macam-macam kita sangka buruk bila nampak right biru tu tapi orang tu tak reply, malah sampai tahap FITNAH pun ada.

Mana tahu orang tu tengah makan, sempat baca je dan tangguh niat nak reply whatsapp korang sebab tangan tengah kotor dan tak sampai hati nak kotorkan ipong 9 yang baru je beli pagi tadi kat lowyat tingkat 4 sebelah kedai samsung.

Atau mungkin orang tu baru nak solat, terbaca sekejap whatsapp. Ingatkan tazkirah, rupanya korang tanya tengah buat apa je. Nak balas takut kantoi sebab baru nak qada' solat subuh pukul 12 tengah hari. So tangguh la kejap tunggu lepas solat baru balas. Takde la nak menipu kata nak solat dhuha kononnya padahal qada' solat subuh.

Malah mungkin juga dia tengah tidur, tetapi jenis makhluk yang sensitif dengan bunyi dan vibrate. Bila korang hantar whatsapp, dia terasa vibrate whatsapp dan bangun serta sempat buka whatsapp tapi mata tertutup. Akhirnya hanya mampu membaca dengan gaya mata kuyu nak kena lempang tapi malas nak reply sebab takut nanti reply mengarut je.

Boleh jadi juga dia tengah masuk tandas dan berak. Sekali korang bagi whatsapp kat dia tanya tengah buat apa. Memang tak la nak balas masa tu, sebab baru je dia nak cebok. Takkan la nak reply,

"Aku tengah cebok berak ni. ada hal apa?"

Mungkin juga orang tu tengah drive kereta, berani baca je tapi tak berani reply sebab takut terbabas langgar divider sampai masuk gaung lalu terpatah tulang rusuk kiri dan terkeluar tulang bahu hingga usus besar pecah..... arggh, tak perlu saya cerita kisah ngeri apa yang berlaku seterusnya. Tak sesuai untuk budak-budak yang takde whatsapp.

---

Sebenarnya banyak lagi kemungkinan yang berlaku kalau korang nampak double blue-ticks kat whatsapp tu, tapi orang tu masih tak reply lagi walaupun dah beberapa jam ataupun beberapa hari.

Mungkin juga dia lupa nak reply sebab tangguh niat nak reply masa baca whatsapp tu.

Jadi mari la kita bersangka baik selagi mana boleh bersangka baik. Jangan biarkan teknologi membuatkan kita memfitnah orang tanpa sebab.

Moga Allah ampunkan dosa saya dan saya dan saya serta kita semua..

Sebab Hidayah di tarik balik

Di antara sebab-sebab hidayah dan taufik DITARIK BALIK ialah:

1. Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya. Di waktu itu kita kehilangan pemimpin. Terumbang-ambinglah hidup kita.

2. Derhaka dengan dua ibu bapa. Kita sia-siakan kedua-duanya. Kita biarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga hingga terbiar kehidupan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi kalau dia marah atau rasa tidak senang dengan kita.

3. Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok atau telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan mula cuai, dengan halal dan haram mula tidak ambil kira, akhirnya takut dengan Tuhan perlahan-lahan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya sekali.

4. Menzalim orang lain. Dengan sebab menzalim, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Selepas itu cuaipun datang. Malas beribadah. Kemungkaran dan maksiat sedikit demi sedikit sudah berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam di dalam maksiat.

5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat. Kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu. Kemudian terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan selepas itu terus hanyut dengan arus kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Nauzbillah himin zalik

Semoga Allah sentiasa Melindungi dan Merahmati kita

Amin Allahumma Amin

Hari ini dan Esok siapa tahu?

Semalam,
Bagai Hidayah menerpaku,
Aku terima.

Hidayah Milik Allah.
Bila bila saat aku bermaksiat,
Allah Ambil.

Manusia,
sentiasa diUji,
Menangnya Syurga,
Kalahnya Neraka.

Hari ini,
aku masih ke Masjid,
kalau esok?

kalau esok hidayah di tarik,
bagaimana aku di hari tua?
amalku, cukupkah?
bekalanku, lepaskah?

Allah,
janganlah jauh dariku,
hambamu ini selalu gagal,
bimbinglah aku,
dengan ilmuMu.

Amin.

Tuesday 17 February 2015

Kuliah Ustaz Don

Antara petikan doa di dalam AlQuran yang di kongsi oleh Ustaz Don dalam kuliah Maghribnya pada 16.2.2015 lalu yang bermaksud:
-
"Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat; ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku"
(Surah Ibrahim, 40)
-
Doa ini pada dahulunya sering dibacakan di dalam masjid ketika akhirnya solat jemaah, namun sekarang sudah diabaikan.
-
Ini adalah sebab mengapa anak-anak muda sekarang malas untuk mendirikan solat, dan akhirnya mengabaikan solat. Sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihitungkan nanti.
-
Banyak lagi doa doa yang baik boleh diamalkan oleh kita yang ada di dalam AlQuran, sepertimana Rasulullah SAW kita amalkan. Tidak hairanlah Saidatina Aishah mengatakan Akhlak Rasulullah SAW adalah AlQuran kerana Baginda mengamalkan doa daripada AlQuran.
-
Banyak lagi manfaat yang diperoleh, Ini sahaja yang saya sempat tuliskan. Wallahualam. Semoga Bermanfaat. #MuhasabahDiri

Sunday 15 February 2015

Perginya Seorang Ulama

Al-fatihah. Innalillahiwainnailahirajiuun.

Semoga ALLAH merahmati beliau.
Betapa berjasanya beliau untuk kita semua.
Hilangnya permata yang amat berharga. Doakan beliau disana. Semoga diringankan segalanya.
InsyaAllah syurga buatnya. Doa yang terbaik untuk beliau disana.

Meninggalkan dunia pada malam penghulu segala hari.
12 Februari tarikh bermakna Imam Hassan Al- Banna turut pergi. Genap 66 tahun yang lalu.
Semoga beliau gembira di sana wahai Tok Guru. Tinggalkan hanya ilmu buat kita.

Benarlah tiada rehat kecuali di sana.
PERMATA DI DUNIA MOGA JUGA DI SANA
cc: @nurfazliza @abbasy_islamicdesign #AlFatihahTGNA

Kuliah Dr Danial Zainal Abidin

Antara perkongsian daripada Dr Danial Zainal Abidin dalam kuliah maghrib semalam. Takwa perlu dititikberatkan dalam mendapatkan syurga.

Makna takwa dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya (yang bermaksud); "Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa iaitu mentaatiNya tanpa melakukan maksiat kepadaNya, mensyukuriNya tanpa kufur kepadaNya dan mengingatiNya tanpa melupaiNya”.
(Riwayat Imam al-Hakim dari Abdullah bin Mas'ud r.a.).

Di dalam hadis ini ada tiga unsur yang terangkum di dalam makna takwa, iaitu;
1. Mentaati Allah
2. Mensyukuri nikmatNya
3. Sentiasa mengingatiNya

Selain itu, Doktor juga menegur sikap orang melayu kita yang kebanyakan menganggap anak anak yang berjaya dalam Khatam AlQuran adalah kemuncak dan pengakhiran dalam berjayanya membaca AlQuran.

Sebaliknya ibubapa perlu menekankan anak anak mereka agar MEMAHAMI AlQuran di samping mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Banyak lagi yang dikongsi. Ini sahaja yang dapat saya tuliskan. Semoga Bermanfaat.

Saturday 14 February 2015

Doa seorang Ibu

Hampir masuk bulan 3, dan Ibunya tak lama lagi akan mengerjakan Umrah.

"maa, doakan adik yaa di depan Kaabah nanti, doakan untuk jodoh adik", pinta Am kepada ibunya.

Am baru kehilangan cinta. Cinta yang berpaut selama 4 Tahun. Akhirnya dusta belaka.

Ibunya mengerti, faham akan perangai seorang anak lelakinya itu yang benar benar mencintai gadis tersebut.

"yaa Adik, mama doakan"

*******************************************

Semasa di Airport, ketika Am menghantar kedua ibubapanya, terlihat akan semua keluarga yang lain juga bakal mengerjakan Umrah.

Am lupa membawa "spek"nya. Dah rabun, tak dapat "usha-usha" awek pada hari tersebut.

Namun, dia sedar, dia seperti diperhatikan oleh seorang gadis, bertudung biru, di suatu sudut. Dan Am tahu, itu adalah anak kepada kawan baik ibunya yang juga bakal mengerjakan Umrah, mak cik Ti.

"Maa, jangan lupa doa adik tau"

Am mengingati ibunya buat kali terakhir sebelum berpisah. Seronok melihat ibu dan abahnya berkali kali ke sana.Di hati Am, dia juga mahu ke sana. Tapi apakan daya, belum tiba rezekinya lagi. Moga suatu hari nanti. Amin.

Am kembali ke Kampusnya, kebetulan pada waktu itu adalah semester terakhir, sakit hati kerana cinta masih lagi terasa.

Bagi Am, ianya merupakan Ujian yang amat berat.Kerana cinta Am bagaikan terasa nak gila. Am hilang fokus dalam pelajaran

Nasiblah ibu dan abahnya pandai menasihati Am. Ingat pada Allah.

Am sedar, semakin berat Ujian itu, semakin sayang Allah pada Am.

******************************************

Ibu dan Abah Am hampir sahaja selesai Umrah, dan berbaki 3 hari sahaja lagi untuk pulang ke Malaysia.

Kebetulan ibunya menelefon Am,  dan pada waktu itu azan Maghrib di Makkah di laungkan.

"ya Allah, sayunya azan" getus hati Am.

Am teruja ketika "on call" dengan ibunya. Mana tidak, "live" suara azan Makkah berkumandang.

Kata ibunya, ada berita gembira untuk Am.

*******************************************

Am tidak dapat hadir untuk mengambil ibubapanya pulang dari Makkah kerana pada hari tersebut dia sedang menduduki peperiksaan.

2 hari kemudian barulah Am dapat berjumpa dengan ibubapanya.

"Adik, masa dekat sana, kawan baik mama nak jadi besan mama, dia nak jodohkan adik dengan anak dia yang tengah tu, namanya Nur" cerita ibunya

Pada waktu itu, hati Am mula seperti mendapat harapan baru,

mungkin doa ibunya di Makkah di makbulkan.

"ya Allah, andai dia jodohku, dengan redhaMu, aku terima" getus hati Am.

Am sedar, Am bukanlah lelaki yang baik ketika dahulu, kuat cemburu kerana hal kecil, cepat marah, ilmu agama pun kurang.

Tapi Am sedar, setiap yang berlaku itu, Allah yang atur, ada hikmahNya.

Kita merancang, Allah juga merancang, TAPI ketetapan Allah, dan juga perancangan Allah adalah yang terbaik.

Am sentiasa ingat ayat itu.

Hadirnya Nur,
bagaikan memberi cahaya yang baru buat Am.

Am sedar,
Ujian Allah tak akan pernah terhenti.
Mungkin ini juga ujian dariNya,
supaya Am tidak terleka lagi.
supaya pisang tidak berbuah dua kali.

"Tidak!" janji Am.

Pen

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
8 hrs ·
Alkisah pen

Saya mengenali seorang sahabat yang selalu mengadu pennya selalu salah letak dan hilang.

Oleh kerana itu, sahabat saya ini hanya menggunakan pen yang murah supaya dia tidak merasa sakit hati dan bimbang bila pennya hilang. Dia bimbang pada sikap cuainya.

Saya mencadangkan sahabat saya untuk membeli pen yang mahal dan melihat apakah pen tersebut akan hilang.

Dia bersetuju lalu membeli satu pen yang agak mahal.

Selepas 6 bulan, saya bertanya pada dia apakah pennya masih selalu disalah letak dan hilang?

Dia berkata dia amat berhati-hati dengan pen mahalnya, dan dia terkejut pada perubahan yang dialaminya.

Saya menerangkan padanya nilai pen itulah yang menyebabkan dia berubah. Sebenarnya tiada sebarang masalah pada sikap dia.

Wahai anakku,
Itulah yang berlaku pada hidup kamu sepanjang masa. Kamu akan berhati-hati dengan benda-benda yang kamu rasa bernilai.

Jika kamu berasa kesihatan kamu bernilai, kamu akan berhati-hati dengan apa dan cara yang dibawa ke perut kamu.

Jika kamu rasa persahabatan kamu bernilai, kamu akan melayan sahabat dan kawanmu dengan penuh hormat.

Jika kamu sayang pada wang kamu, kamu akan menggunakannya dengan cermat.

Jika kamu mencintai masa, nescaya kamu tidak akan membazirkannya.

Jika kamu menghargai hubunganmu, kamu pasti tidak akan melakukan perkara yang merosakkannya.

Wahai anakku,
Cuai ialah sikap yang ada pada semua manusia. Semua manusia juga tahu bila untuk berhati-hati. Cuai akan datang pada perkara yang kita berasa tidak bernilai.

Hiduplah dengan berhati-hati kerana ini menandakan kamu sayang pada masa dan nyawa yang diberi Allah sebelum kembali berjumpa dengan-Nya.

Tuesday 3 February 2015

Tangga

Cikgu: Banyak banyak tangga, tangga apa yang paling susah nak naik?
-
Murid: Tangga Batu Caves cikgu!
-
Cikgu: Salah, tangga Batu Caves ramai yang naik walaupun beratus anak tangga!
-
Murid: Habistu cikgu, tangga apa?
-
Cikgu: Tangga Masjid murid murid, walaupun 3 anak tangga, susah nak naik.
-
Allahu. Deep sangat kowt. #Deep #MuhasabahDiri

Sunday 1 February 2015

Kuliah Syeikh Nazrul Nasir

Antara perkongsian dalam Kuliah Maghrib bersama Syeikh Nazrul Nasir ialah mengenai Wangian. (12 Rabiul Akhir 1436H)
-
Dari Ibnu Umar r.a : Rasulullah saw bersabda, "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu." (Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh dan Baghawi)
-
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Wewangian bagi lelaki adalah wangian yang keras, aromanya (bau) keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat (hidung)." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
-
Wangi Wangian adalah digalakkan bagi kaum lelaki untuk beribadah berdasarkan hadis di atas TETAPI juga dibolehkan kepada wanita bagi mengelakkan BAU badan, namun bau wangian wanita itu TIDAK boleh terlalu wangi dengan tujuan sehingga menarik perhatian lelaki.
-
Sabda Rasulullah SAW:“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud)
-
Semoga Bermanfaat. Wallahualam 😊