Tuesday 30 September 2014

Virus

A virus is a small infectious agent that replicates only inside the living cells of other organisms. Viruses can infect all types of life forms, from animals and plants to bacteria and archaea. Viruses depend on the host cells that they infect to reproduce. When found outside of host cells, viruses exist as a protein coat or, sometimes enclosed within a membrane. The capsid encloses either DNA or RNA which codes for the virus elements. Viruses are not a living things, even they seem to be a living organisms as they can be reproduce.
-
"Yes, there some peoples behave like virus, they call you friends, but they are not. They only attach you to gain something."
-
Do I look like a virus to you?

Selamat Malam

Dunia itu bagaikan mimpi dalam tidur, semua yang kita miliki di dunia ini seolah-olah nyata, ketika terbangun dari mimpi dalam tidur (wafat), baru menyadari semuanya telah musnah dan hanya sekedar mimpi.

Sayyidina Ali krromallahu Wajhah berkata :

الناس نيام فاذا ماتوا انتبهوا

"Manusia itu terlelap dalam tidur, apabila mereka wafat baru mereka sadar"

Sadar semua yang dikumpulkan didunia ini telah hancur, dan tiada, hanya Amal kebaikan yang ikut terbangun bersamanya.

Wallahu A'lam.

Ya Allah terimalah amal ibadah kami, dan dan ampunilah dosa-dosa kami

Ya Allah wafatkanlah kami dalam Husnul Khotimah.

Monday 29 September 2014

Puasa pada 9 Dzulhijjah

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkanberpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.

Sunday 28 September 2014

"IhdinassiratulMustaqim"

Muhammad Rusydi
53 mins · Edited ·
Ada pelajar tanya,
"Cikgu, kita wajib baca surah Al-Fatihah dalam solat. Dalam surah tu ada doa, 'Ihdinassiraathal Mustaqim' yang bermaksud 'Tunjukilah kami jalan yang lurus'. Tapi, saya tak nampak pun lurusnya kat mana?
Tengok, saya masih lagi hisap rokok. Masih lagi main motor rempit laju-laju di jalanan. Masih lagi buat macam-macam kesalahan.
Mana lurusnya?"
Terdiam seketika. Susah juga nak jawab.
"Baiklah, pernah tak kamu demam atau jatuh sakit? Katalah, kamu kena batuk tak berhenti-henti. Masa sakit tekak tu, cari ubat atau cari rokok?"
Dia jawab, pastilah cari ubat batuk. Lalu ku jawab,
"Cuba fikir, kenapa Allah uji sampai batuk teruk tu? Sebab, Allah nak kamu fikir dalam-dalam. Rokok tak membantu pun masa batuk. Dia nak kamu fikir, patutkah terus merokok atau berhenti. See, Dia tengah luruskan kamu. Dari jalan bengkok ke jalan lurus."
Ku tanya lagi.
"Pernah bercinta? Clash?"
Dia mengangguk.
"Cuba fikir, kenapa Allah uji sampai putus cinta? Sebab, Allah dah tahu dan nampak masa depan kamu dengan dia macam mana. Siapa tahu, di masa depan, dia curang atau derhaka pada kamu? Atau, bila kamu dengan dia berterusan tanpa ikatan nikah, akhirnya kamu tak tahan dan terlanjur berzina? Allah nampak jelas masa depan. Kita tak nampak. See, Dia tengah luruskan kamu. Dari jalan maksiat ke jalan yang lurus."
Ku tanya lagi.
"Pernah jatuh motor? Accident?"
Dia mengangguk.
"Cuba fikir, kenapa sampai jadi begitu? Bukan saja eksiden, musibah-musibah lain seperti kematian, kebakaran, jatuh miskin, bankrap, gagal dalam hidup dan kedukaan. Semua ini untuk apa? Supaya kita jatuh terduduk seketika, muhasabah diri di mana silap diri, hitung kembali dosa-dosa yang kita dah buat, dah taubat atau belum. Allah bagi masa dan ruang untuk meluruskan kembali silap kita. Dia luruskan sampai ke jalan lurus."
"Kita manusia sentiasa tergelincir dan tersesat jalan, guna waze pun sesat gak. Kita jangan rasa kita betul. Lurus atau tidak hidup kita, tengoklah pengakhiran hidup kita. Kita berhenti di jalan mana. Kalau kita habis nyawa di jalan lurus ikut kehendak-Nya, alhamdulillah. Jika sebaliknya, sedihnya.
Masa kita rasa seluruh hidup kita tunggang langgang, down sana sini, sedarlah sebenarnya Allah tengah meluruskan kembali. Dia singkirkan segala yang kita sayang, sebab Dia nak bagi lebih lagi dari itu di depan hari.
Hidup kita ni bengkang bengkok, kalau Allah tak kesiankan kita tolong adjust dan setting balik ke jalan betul, kita dah lama jatuh dalam gaung. Ke gaung dunia pun kita taknak. Apatah lagi ke gaung neraka."
Dia terdiam. Entah faham atau tidak apa yang aku bebelkan.

-copypaste

Tuesday 23 September 2014

Xfaham Al-Quran, buat apa baca? Baca cerita ini :)

Salam...
Mengapa kita perlu baca Quran walaupun kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca ? Baca kisah ni, in shaa Allah.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.

Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.

Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata, ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.

"Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini".

(Al- Jasiyah, 45:20)

-cp

Monday 22 September 2014

Its your day. Make Du'a

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 186: 

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” 

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.”
(Riwayat Muslim)

The best gift to give to someone you love or hate is "doa". "Doa" is universal. May Allah bless you. Dont forget to recite Surah AlKahfi today. 1 Zulhijjah 1435.
#SalamJumaat

:D

Thursday 18 September 2014

ISTIDRAJ

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

-copypaste

Saturday 13 September 2014

Siapa Aku?

Siapa aku?
Untuk tidak  reda dgn ujian yg Allah ,samalah juga aku x reda dgn allah

Siapa aku ?
Utk menggunakan jasad yg aku pinjam ini buat dosa

Siapa aku?
Aku manusia yg sering Kali lagha dengan dunia

Siapa aku?
Aku pendosa tanpa noktah ,bukan ku pinta utk jadi manusia yg derhaka padanya tetapi kadang kala aku terlupa  bahawa aku hanya hamba picisan

Siapa aku?
untuk berlagak diatas dunia yg bukan milik aku di dalam jasad yg aku pinjam

Siapa aku ?
Untuk menghina org lain sedangkan aku hanya MANUSIA yg kerap kali aku buat dosa tanpa rasa jemu

Siapa aku?
Aku hanya makhluk yg dimiliki tuhan yg maha mengetahui akan setiap yg berlaku

Siapa aku ?
Untuk membenci org lain atas dosa org tuh sedangkan diri ini penuh dgn dosa tanpa henti

Siapa aku?
Untuk menghina org lain ,mengata org lain sedangkan lidah yg ku gunaakan ini hanya pinjaman sementara kelak anggota tubuh badan aku yg berkata kata akan kesalahan ku

APA hujah aku dihadapan Allah kelak ?
apakah yg hendak Ku katakan andai saksinya anggota tubuh badan Ku sendiri

APA hujah aku dihadapan allah kelak?
sedangkan malaikat raqib Dan atid sentiasa mencatat amalan aku

APA hujah yg dapat kuberikan dihadapan Allah ?
Sedangkan Allah sentiasa melihat setiap gerak geri ku

Bagaimana boleh aku bebas Dari saksi 2 INI?
Bagaimana mampu aku katakan aku  baik ?
sedangkan hanya Allah sahaja yg tahu apa yg pernah aku lakukan

Wahai diri Ku yg sering Kali alpa Dan leka
Janganlah biarakan nafsu menguasai akal mu
Pertimbangan kamu pasti tidak akan menemui jalan keluar Dari kesesatan hati mu dalam mencari reda nya

Wahai hati yg menjadi pemerintah dlm diri INI

Janganlah kau leka bahawasanya pemilik setiap sel diri mu itu adalah milik Allah ,
janganlah pula kau sering Kali menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri penuh dgn dosa,yg belum ada jaminan dikau ahli syurga
Janganlah pula perkara maksiat menjadi peganggan mu kerana ianya mengotorkan hati mu 

Sedangkan matahari tidak pernah sekali pon mengingkari sunnatullah

Sedangkan bulan tidak pernah sekali pon menginkari perintah Allah

Sedangkan setiap planet yang ada ribuan bahkan berjuta tak satu pon yg berani melawan perintah Allah

Aku  manusia
entah ke berapa ratus Kali aku melanggar perintah Allah
Entah aku sedar atau tidak

Kenapa aku sukar utk reda dgn ujian Allah INI
Kenapa aku sukar menerima ilmu
Kenapa aku sukar untuk memaafkan org
Kenapa aku sukar sekali ke arah kebaikkan
Kenapa aku tidak mampu bermujahadah
Aku lebih cenderung melakukan dosa setiap hari

Lihatlah langit yang terbentang luas sungguh cantik pandangan langit yg luas itu tidak pernah melanggar perintah Allah

Lihatlah bumi walaupun digali ,dipailing ,di lombong tetapi itu bukan alasan utk tidak mengikut perintah ilahi

Lihatlah gunung yg tinggi yg menjadi pasak bagi bumi walau diratah oleh manusia ia tak pernah mengeluh ,tak pernah merunggut

Sebab hati, pemerintah ini tak menjaga kebersihan ,penuh dengan sampah sarap penuh dgn jenayah penuh dgn tipu menipu

Kerajaan hati ini nk dibersihkan dgn istighfar,dengan mengingati mati ,dengan mengingati Allah ,dengan berpegang pada al Quran Dan sunnah rasululluah saw

Azab yg paling berat kat atas dunia seringgan ringan azab kubur
Azab yg paling berat kat kubur seringan ringan2 azab di akhirat

Dengarlah sini !!!
wahai diri yg alpa ingatlah kematian sangat dekat apakah kau sedia dgnnya

QULLU NAFSIN ZA IQQATUL MAUT
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian

Thursday 11 September 2014

Aku Sudah Bertunang :'(


Aku tahu, nota ini panjang. Tapi nota ini bermanfaat. Sila baca. :)

Ibrah: "Aku Sudah Bertunang"

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..............................
.........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

-Aku dah bertunang.. -
-Ummu Mujahidah-

Tuesday 9 September 2014

Deep :'(

Terus-terang saya cakap, hari ni, masalah masyarakat, khususnya remaja dan belia, ialah berkenaan isu . Yang mana, hasil dari masalah ni, lahirlah remaja dan belia yang lemah, jiwa kosong, cepat down, takde matlamat jelas, terumbang-ambing, tak mampu memberi manfaat untuk umat, anak derhaka, zina berleluasa, memberi fitnah pada agama, dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.

Sepanjang saya memberi perkongsian di sekolah serta universiti, dan bergaul dengan banyak remaja dan belia, tak kisahlah yang sekolah agama atau tak, yang berkopiah bertudung labuh atau tak, banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ni. Haish….Tension gakla, serius...

Sedih gak rasanya. Nabi dan sahabat dan korban macam-macam, menangis tiap malam, bermandi darah untuk bina umat, tapi, hari ni, ramai yang menggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara-perkara yang memalukan.

Nangis ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea, nangis dengar lagu Justin bieber, dan yang sama waktu dengannya. Sungguh, cukup memalukan. 

Semuanya hancur, hancur, hanyut dengan cinta. Kemudian, bila di tegur, masing-masing menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang guna ialah:

“Apa salahnya bercinta?? Cinta tu fitrah! Yang penting, tak lupa Allah dan rasul….”

So, saya nak kemukakan satu persoalan:

“Adakah cinta itu fitrah?”

Di sebabkan ramai guna hujah ni, maka, artikel kali ni, bertujuan untuk SENTAP mereka-mereka yang selalu guna hujah ni, seterusnya, memberi penerangan secara jelas tentang isu ini. Moga-moga, ramai dapat faham!

APA ITU FITRAH?

Firstly, saya nak terangkan dulu, apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakulah salah faham. So, fitrah tu?

“Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang….”

Contoh sifat fitrah ialah, inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih, dan lain-lain. Semua sifat ni, tak payah belajar, tak payah berguru pun, semua orang aka nada sifat-sifat ni. Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta, Atheis yang kononnya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada sorang atheis masuk islam, dia cerita macamana dia masuk islam:

“Aku berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu, aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu, aku teringat, yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian, aku bertanya kepada orang tentang Allah. Bila bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dan masuk islam!!”

So, setakat ni, faham makna fitrah?

FITRAH PERLU DI URUS!

Tapi, saya nak bagitahu satu benda. Actually,FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana, kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng, dan ‘lari dari fitrah’. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat!

Saya bagi contoh.

Marah.

Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah, maknanya dia lari dari fitrah. Cuma, persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?

Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sini sana? Dan bila kita tegur, dia jawab:

“Apa salahnya aku marah? Marah tu fitrah!”

Rasanya, valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun, ia perlu di urus! Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran, kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena rasa marah bila orang hina rasul, kita kena rasa marah! Yang mana, dengan marah, baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!

Umar Alkhattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk, silap besarla. Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar, sebagai “Alfarouq”, pemisah haq dan batil, yang mana, dengan Umar sangat sensitif sangat marah, bila ada orang yang memperlekehkan islam.

Sebab tu saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab tu, fitrah perlu di urus.

CINTA TU FITRAH?

Bila kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut, tu namanya sembang kencang!

Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…

Cinta ada banyak.

. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang, just kat mulut kata cinta Allah, tapi langsung takde bukti? Kalau betul cinta Allah, patutnya, kau selalu fikir pasal Allah, rindu Allah, menangis teringat Allah, tak berani nak buat Allah marah dan tersinggung, kau akan berusaha untuk cinta kau di balas, kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira, kau takkan berani buat  maksiat, kau akan rasa marah bila kau nampak ada orang yang buat Allah marah, lalu kau tegur orang tu. Kau selalu berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah, tika sujud. Kau akan selalu sembang dengan Allah, mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang bila fikir azab dan kemurkaan Allah.

Itu kalau kau betul cinta Allah!

. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul, patutnya kau akan ikut sunnah dan ajaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa, kau takkan sanggup berfashion pelik-pelik, kau akan rasa ghairah untuk berpakaian mengikut sunnah, tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya, kau akan menangis rindu baginda. Dan, yang paling penting, kau sambung usaha dakwah baginda!!

Itu kalau kau betul cinta rasul!

Banyak lagi. Cinta ilmu, cinta mak ayah, cinta adik beradik, cinta suami isteri, dan banyak lagi cinta-cinta yang baik, cinta-cinta yang Allah redha.

Tapi, kenapa hari ni, ramai di kalangan kita yang menggunakan fitrah cinta tu ke arah yang Allah murka?!

Cinta sebelum nikah? Menangis fikir awek, menangis fikir pakwe, teringat crush, belajarpun sebab awek, habis masa berjam-jam fikir pasal awek/pakwe, duit banyak habis sebab awek/pakwe, kredit habis sebab chatting, call, belanja topup awek kononnya caring, belanja makan, pastu duit habis, minta mak ayah. Apa masalah sebenarnya?!

Pastu, gunakan alasan tunang untuk terus couple, cintan cintun, mesej bagai, pastu ada yang zina time tunang, apa semua ni? Pastu, tengok drama korea jepun pasal cinta, pastu lagi pelik dan gerun, jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi, minat dan obsess Justin bieber, one direction, lee min ho, dan lain-lain. Pelik gila!!

Pastu guna alasan “cinta tu fitrah” untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?

Makan pun fitrah. Tapi bila makan babi, jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah, tapi bila minum arak, jadi haram wahai kawan! Cinta tu fitrah, tapi bila cinta sebelum nikah, dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu, jadi haram wahai kawan!

"Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!"

Apa ke gerun alasan macam ni?

Kau telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi, untuk benda yang kau tak patut cinta! Dan akhirnya, kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat, sebab tengok drama, kau sanggup buat dosa ikhtilat, semata-mata nak chat dengan awek/pakwe. Semua ni syirik! Syirik! Kau takut untuk tinggalkan couple kau, kau takut untuk unfriend awek kau, kau takut untuk tak balas mesej pakwe kau, hanya semata-mata sebab takut diorang kata kau ni sombong, poyo, ekstrimis, bajet jual mahal dan lain-lain, sedangkan, kau lupa pandangan Allah!!

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….” 

Kau rasa, adakah cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak, cinta islamik lah, apa-apalah. 

"Aku tak couple, aku just bercinta!"

Apa-apa alasan yang kau bagi, semuanya tak menghalalkan cara. Ingat, couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!

KESIMPULAN

Cinta ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!

Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya..

Saya yakin, ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan...

Ramai yang nak sedar, dan ada di kalangan korang yang betul-betul ingin berubah   dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, , penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!

Wallahua’lam

-Tarbiah Sentap

Monday 8 September 2014

Al-Quran dari sudut Penyembuhan

KENAPA KITA KENA SELALU BACA QURAN???

INILAH KEAJAIBAN YANG BERLAKU KETIKA ANDA MENDENGAR DAN MEMBACA AL QURAN

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

��AL QURAN DAN PENYEMBUHAN��

Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.

Penelitiannya  dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

��AL QURAN DAN SEL KANSER��

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

��AL QURAN DAN MOLEKUL AIR��

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

��AL QURAN DAN KETENANGAN��

Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan
ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

��AL QURAN DAN VIRUS��

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

��AL QURAN DAN BAYI��

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

-copypaste

Wednesday 3 September 2014

Terima Kasih Mama

Perjalanan Terjauh Dan Terberat

Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yg seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dgn semangat yg membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yg kuat dan bertubuh sihat yg mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membezakanmu dgn orang-orang yg lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dlm gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

Tuesday 2 September 2014

Enam bahayanya Pujian yang dilarang menurut Imam Al-Ghazali.

(4)Bagi Orang yang memuji   
-pujian berlebih-lebihan sehingga berdusta.
-pujian untuk menunjuk-nunjuk sehingga menunjukkan rasa cinta kepada org yang dipuji sehingga menyebabkan orang yang dipuji rasa tidak senang.
-pujian yang tidak yakin dengan kata-kata sendiri dengan tidak mengetahui sesuatu terlebih dahulu.
-pujian yang menyebabkan orang yang dipuji itu terlalu gembira. 

(2)Bagi Orang yang dipuji.
- dengan pujian trsebut menyebabkan dia merasa Ujub, takabbur.
- dengan pujian menyebabkan dia merasa senang sehingga cuai akan kesalahan2 dilakukan dan menganggap diri sudah sempurna.
 
(Masjid Batu 13, 2/9/2014)

Wanita Solehah?

"Wanita solehah mana ada bercinta sebelum kahwin. Dorang semua bercinta lepas kahwin."
"Wanita solehah mana pernah ada hati dekat syabab."
"Wanita solehah tak mencari, tapi dicari."
Sungguhlah aku dah penat dengar tentang 'wanita solehah'
Bukan mudah melabel wanita solehah begitu, begini.
Bukan mudah.
Bagi aku.
Tak salah pun kalau dia pernah tersuka seseorang.
Yang penting macam mana dia uruskan rasa tu.
Terus hanyut atau cari ubatnya.
7Terus melagha, over melayan perasaan.
ATAU
Istikharah, mohon pada Dia.
Musyawwarah dan mintak pendapat orang lain.
Risik akhlak si dia.
Gunakan orang tengah.
Dan percepatkan urusan pernikahan.
Tak salah ada hati dengan seseorang.
Jangan salahkan cinta.
Cinta tak salah.
Yang salah adalah bermaksiat.

Saya percaya, ramai yang berusaha keras untuk berubah menjadi lebih baik. Tetapi sekeras mana pun usaha, tetap akan tersungkur sekali dua. Hingga kadang-kadang memaksa untuk terus rasa mengalah.
Bukan senang nak tinggalkan couple, rokok, video game, drama korea, selfie dan bermacam-macam perkara lagha dan haram.
Namun percayalah, Allah yang campakkan rasa ingin berubah, berusahalah hingga berjaya. Berdoalah kepada Allah. Mintalah kekuatan dariNya. Kerana Dia yang membolak balikkan hati manusia. Dampingi orang-orang soleh yang sentiasa mengajak kepada kebaikan.
Nak berubah, bukan boleh berubah sorang-sorang bro! Serigala pun tak berani makan kambing yang duduk dalam kumpulan.
By :  akhi tarbiyah sentap 

Monday 1 September 2014

KITA MELEBIHKAN DUNIA DAN KEKASIH KITA BERBANDING BAGINDA , "Nabi Muhammad SAW ?

Ketika itu NABI MUHAMMAD saw sedang duduk b'sama para sahabat  Antaranya Saidina Umar , Osman , Ali , Abu bakar dan lain- lainnya .
Lalu kemudian baginda b'tanya pd para sahabat ..

" Wahai sahabatku , tahukah kalian siapakah yg MULIA d sisi NYA ?.
Para sahabat t'diam , lalu slh seorang shbt mengatakan " Para malaikat ya Rasulullah , mereka lah yg mulia .."
Baginda b'kata " ya para Malaikat itu mulia kerna mereka dekat dengan ALLAH ,  mereka sentiasa bertasbih & beribadah kpd ALLAH . .sudah tentu Malaikat Mulia , tp bukan itu yg ku maksudkan.. " jawab baginda .
Lalu para sahabat kembali terdiam , tiba- tiba seorang sahabat pula b'kata " tentulah para Nabi ya Rasulullah ". Nabi Muhammad SAW tersenyum & b'kata " Ya , sudah tentu nabi itu mulia, mereka adalah utusan ALLAH .. tetapi ada lagi yang lainnya ".. kata baginda kembali . .
Para sahabat t' diam lagi , lalu b'tnya " Siapa lagi yg mulia ?" kemudian salah seorang sahabat b'tnya "Apakah kami sahabatmu ya Rasulullah yang MULIA itu ?" , Baginda memandang satu persatu wajah sahabat dgn penuh kasih sayang " ..tentulah Kalian mulia , kalian dkt denganku malah mmbantu perjuanganku , bagaimana mungkin kalian tidak mulia ? tapi ada lagi yg lain yg mulia" ..
Para sahabat terdiam semuanya , mereka tak mampu b'kata apa lg . Lalu tiba- tiba Nabi Muhammad saw merundukkan wajahnya , baginda menangis d hadapan para sahabat.. penuh sayu para sahabat pun b'tanya " Kenapa engkau menangis ya Rasulullah ?" lalu baginda mengangkat wajah nya , kelihatan air mata yg berlinangan membasahi pipi dan janggut nya .. . baginda b'kata
" Wahai saudara sahabatku , tahukah kalian siapa yg mulia itu ? Meroeka adalah manusia yg lahir lama selepas wafatku nanti ".. Mereka terlalu mencintai ALLAH , dan tahukah kalian mereka tdk pernah memandangku , malah tidak pernah melihat wajahku ,  mereka hidup tdk dekat dgn ku sebagaimana kalian".. tetapi mereka begitu rindu kpdku . Dengan penuh ksih syg ,"  Baginda b'kata dan saksikan lah sahabatku
semua , aku pun RINDU kpd mereka ".. dan mereka, mereka yg MULIA itu .. mereka lah UMATKU .

*D sini tolong nyata kan siapa kah yg d rindui Baginda , siapa yg selalu d doakan oleh Baginda setiap waktu ?",

Demi Allah , sekarang tlg pejam kan mata & tanya pd diri sudah kita semua mencintai Nabi Muhammad s.a.w? Renungkan kembali siapa yg kamu syg sebelum ini , DUNIAMU atau KEKASIHMU ?" ,
Adakah kita lupa pengorbanan Baginda ,  adakah kita lalai terhadap  Baginda ? Jika kita umatnya , tlg tanya pd diri , sudah kah kita    mencintai Rasulullah s.a.w ? Sudahkah ada airmata yg berlinangan kerna rindu kita kpd Baginda ? wallahualam.

-copypaste