Sunday 26 October 2014

لاَ إِلَهَ إِلَّاالله

Selemah mana pun iman kita
jangan pernah tinggalkan solat
dan al-Quran..
-
"Iman itu boleh bertambah dan
boleh berkurang, maka
perbaharuilah imanmu dengan
LAA ILAAHA ILLALLAH"
(HR. Ibnu Islam)
-
Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ كَانَ أَخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّااللهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ

-

"Barangsiapa yang akhir ucapannya adalah  لاَ إِلَهَ إِلَّاالله , maka dia akan dimasukkan kedalam syurga" (Riwayat al-Hakim)

Monday 20 October 2014

Jom Sentuh (Baca) Quran

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian." (SurahAlIsra',82)
-
Dari Abi Umamah r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Bacalah olehmu akan Al-Quran, sesungguhnya dia datang pada Hari Kiamat kelak memberi syafaat kepada tuannya”.(Hadis Riwayat Muslim.)
-
Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
(Hadith riwayat Bukhari.
-
Dari Aisyah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w “Seorang yang membaca Al-Quran sedang dia mahir dalam membacanya, bersamanya malaikat utusan Allah yang baik. Dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah), maka baginya dua pahala”
(Hadith Riwayat Muslim.)
-
Jom Baca Quran. Semoga Bermanfaat. 📘📑📒📖 #alquran

Saturday 18 October 2014

Untuk yang Sakit, Ingatlah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
-
"Berubatlah, karena tiada satu penyakit yang diturunkan Allah, kecuali diturunkan pula ubat penawarnya, selain dari satu penyakit, yaitu mati”_ (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi dari sahabat Nabi Usamah bin Syuraik)

Wednesday 8 October 2014

Solat Gerhana Bulan

‘Khusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
-
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

Saturday 4 October 2014

Salam Eid Adha

بسم الله الر حمن الر حيم.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham. 

Salam AidilAdha kepada keluarga dan sahabat... Maaf kupinta andai pernah menyakiti kalian, diriku hanya HambaNya, diriku pendosa Tanpa noktah. 

اللهم صل على سيد نا محمد و على ا له و صحبه و سلم

Salam Eid Adha

بسم الله الر حمن الر حيم.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham. 

Salam AidilAdha kepada keluarga dan sahabat... Maaf kupinta andai pernah menyakiti kalian, diriku hanya HambaNya, diriku pendosa Tanpa noktah. 

اللهم صل على سيد نا محمد و على ا له و صحبه و سلم

Pesanan Jaga Akidah

Pesanan daripada Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin supaya menjaga akidah pada kuliah tadi.
-
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ".

Terjemahan:
“Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”.
(Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)
-
Beliau berpesan agar menjaga akidah dan berpegang teguh pada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Nabi Muhammad S.A.W. tidak menyebut yang satu golongan lagi itu adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, tetapi Nabi S.A.W. memberi kata kunci bagi golongan yang akan memasuki syurga adalah golongan yang memegang teguh pada sunnahnya dan juga para sahabatnya. Mudah-mudahan kita menjaga akidah dan berpegang teguh pada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
-
Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.