Monday 7 November 2016

AlQuran bukan sekadar hukum




Public Lecture oleh Ust Nouman Ali Khan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis, menekankan kepentingan AlQuran untuk Ummah sekarang dan masa hadapan. AlQuran bukan sekadar menekankan tentang hukum hakam seperti halal haram, qisas, hudud, tetapi beberapa moral (pengajaran) yang ada hikmahnya.

Sekiranya kita mahu Ummah kita kuat, kita sepatutnya bukan sahaja membaca AlQuran, tetapi memahaminya. Setiap muslim seharusnya memperingati muslim yang lain mengenai AlQuran. AlQuran juga bukan sekadar untuk difahamkan, tetapi juga untuk kita fikir dan memuhasabahkan diri kita sendiri.

Dengan membaca, memahami, berfikir dan muhasabah dengan kandungan AlQuran mampu menyucikan hati kita dan membawa kepada kehidupan yang lebih baik. In shaa Allah.

Lihatlah bagaimana zaman sekarang bagi yang meninggalkan AlQuran, ramai yang tidak menunaikan solat, meninggalkan AlQuran dan menganggap ianya seperti perkara yang biasa. Malah, bertanyakan mengapa solat, Quran perlu itu dan ini sebagainya seperti membebankan dalam kehidupan mereka.