Tuesday 9 September 2014

Deep :'(

Terus-terang saya cakap, hari ni, masalah masyarakat, khususnya remaja dan belia, ialah berkenaan isu . Yang mana, hasil dari masalah ni, lahirlah remaja dan belia yang lemah, jiwa kosong, cepat down, takde matlamat jelas, terumbang-ambing, tak mampu memberi manfaat untuk umat, anak derhaka, zina berleluasa, memberi fitnah pada agama, dan lain-lain. Puncanya ialah CINTA.

Sepanjang saya memberi perkongsian di sekolah serta universiti, dan bergaul dengan banyak remaja dan belia, tak kisahlah yang sekolah agama atau tak, yang berkopiah bertudung labuh atau tak, banyak yang terperangkap dengan masalah cinta ni. Haish….Tension gakla, serius...

Sedih gak rasanya. Nabi dan sahabat dan korban macam-macam, menangis tiap malam, bermandi darah untuk bina umat, tapi, hari ni, ramai yang menggunakan nikmat nangis untuk menangisi perkara-perkara yang memalukan.

Nangis ingat awek, nangis ingat pakwe, nangis ingat crush, nangis tengok drama cinta Korea, nangis dengar lagu Justin bieber, dan yang sama waktu dengannya. Sungguh, cukup memalukan. 

Semuanya hancur, hancur, hanyut dengan cinta. Kemudian, bila di tegur, masing-masing menggunakan alasan agama untuk membenarkan dosa. Alasan yang paling biasa orang guna ialah:

“Apa salahnya bercinta?? Cinta tu fitrah! Yang penting, tak lupa Allah dan rasul….”

So, saya nak kemukakan satu persoalan:

“Adakah cinta itu fitrah?”

Di sebabkan ramai guna hujah ni, maka, artikel kali ni, bertujuan untuk SENTAP mereka-mereka yang selalu guna hujah ni, seterusnya, memberi penerangan secara jelas tentang isu ini. Moga-moga, ramai dapat faham!

APA ITU FITRAH?

Firstly, saya nak terangkan dulu, apa makna fitrah. Kalau orang tak faham, nanti berlakulah salah faham. So, fitrah tu?

“Fitrah ialah sifat semulajadi yang Allah beri kepada setiap orang….”

Contoh sifat fitrah ialah, inginkan tuhan, sifat takut, marah, sayang, cinta, sedih, dan lain-lain. Semua sifat ni, tak payah belajar, tak payah berguru pun, semua orang aka nada sifat-sifat ni. Semua orang ada sifat-sifat ni. Hatta, Atheis yang kononnya tak percaya tuhan, di sudut hati dia, dia percaya adanya tuhan. Ada sorang atheis masuk islam, dia cerita macamana dia masuk islam:

“Aku berada di tengah-tengah laut, ombak kuat, aku rasa takde harapan nak hidup. Aku menjerit mintak tolong kerana terlalu takut. Tiba-tiba, ketika aku jerit tu, aku tersebut nama ALLAH!! Kemudian aku pun selamat. Lepas tu, aku teringat, yang aku ada jerit nama Allah, sedangkan aku tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Allah. Kemudian, aku bertanya kepada orang tentang Allah. Bila bertemu orang islam, dan apabila mereka cerita kepadaku bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam, aku terus terkejut, terkasima, dan masuk islam!!”

So, setakat ni, faham makna fitrah?

FITRAH PERLU DI URUS!

Tapi, saya nak bagitahu satu benda. Actually,FITRAH NI PERLU DI URUS. Yang mana, kalau tak di urus, seseorang tu boleh jadi sesat, menyeleweng, dan ‘lari dari fitrah’. Fitrah boleh jadi baik, fitrah boleh jadi jahat!

Saya bagi contoh.

Marah.

Marah adalah fitrah. Semua orang ada sifat marah. Sape takde sifat marah, maknanya dia lari dari fitrah. Cuma, persoalannya, bagaimana kita uruskan fitrah marah ni ke arah yang Allah redha?

Adakah Allah akan redha orang yang suka marah-marah, mencarut, mengamuk sini sana? Dan bila kita tegur, dia jawab:

“Apa salahnya aku marah? Marah tu fitrah!”

Rasanya, valid tak alasan dia? Memanglah sifat marah tu fitrah. Namun, ia perlu di urus! Macamana? Kita kena rasa marah bila tengok kemungkaran, kita kena marah bila tengok orang perlekehkan agama Allah, kita kena rasa marah bila orang hina rasul, kita kena rasa marah! Yang mana, dengan marah, baru kita akan bergerak untuk mengubah perkara yang kita marahkan. Itulah marah yang Allah redha!

Umar Alkhattab, seorang yang panas baran, cepat marah. Sebelum dia masuk islam, dia memang gangster mekah, semua cuak dengan dia. Sekali dia mengamuk, silap besarla. Tapi, bila dia masuk islam, adakah nabi suruh Umar buang sifat marah dia? Tak! Tapi, apa yang nabi buat ialah, nabi salurkan fitrah marah tersebut ke arah yang Allah redha. Lalu, terkenallah Umar, sebagai “Alfarouq”, pemisah haq dan batil, yang mana, dengan Umar sangat sensitif sangat marah, bila ada orang yang memperlekehkan islam.

Sebab tu saya cakap, tak semua fitrah itu Allah redha. Sebab tu, fitrah perlu di urus.

CINTA TU FITRAH?

Bila kita sebut cinta, cinta bukan setakat ungkapan di bibir wahai kawan. Cinta itu ibarat iman. Perlu di ucapkan dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan di BUKTIKAN dengan amal. Cinta yang hanya di mulut, tu namanya sembang kencang!

Ya. Cinta itu fitrah. Tapi, ingat, cinta boleh hancurkan kita, cinta juga boleh meningkatkan darjat kita di sisi Allah, bergantung pada BAGAIMANA kita URUSKAN cinta. Tolong, tolong jangan sempit sangat pemikiran. Jangan ingat, cinta ni setakat cinta awek, crush, bf/gf bagai. Janganla sempit sangat pemikiran tu wahai kawan. Cuba fikir jauh sikit. Cuba…

Cinta ada banyak.

. Sejauh mana kau cinta Allah? Atau kau sembang kencang, just kat mulut kata cinta Allah, tapi langsung takde bukti? Kalau betul cinta Allah, patutnya, kau selalu fikir pasal Allah, rindu Allah, menangis teringat Allah, tak berani nak buat Allah marah dan tersinggung, kau akan berusaha untuk cinta kau di balas, kau akan tungkus lumus buat Allah senyum gembira, kau takkan berani buat  maksiat, kau akan rasa marah bila kau nampak ada orang yang buat Allah marah, lalu kau tegur orang tu. Kau selalu berkhalwat dan berdua-duaan dengan Allah di tikar sejadah, tika sujud. Kau akan selalu sembang dengan Allah, mengadu pada Allah dalam doa kau. Kau tersenyum sorang-sorang bila fikir nikmat dan syurga Allah. Kau menangis sorang-sorang bila fikir azab dan kemurkaan Allah.

Itu kalau kau betul cinta Allah!

. Sejauh mana kau cinta rasul? Kalau betul kau cinta rasul, patutnya kau akan ikut sunnah dan ajaran baginda. Kau tak sanggup buat nabi kecewa, kau takkan sanggup berfashion pelik-pelik, kau akan rasa ghairah untuk berpakaian mengikut sunnah, tutup aurat sempurna. Kau akan selawat padanya, kau akan menangis rindu baginda. Dan, yang paling penting, kau sambung usaha dakwah baginda!!

Itu kalau kau betul cinta rasul!

Banyak lagi. Cinta ilmu, cinta mak ayah, cinta adik beradik, cinta suami isteri, dan banyak lagi cinta-cinta yang baik, cinta-cinta yang Allah redha.

Tapi, kenapa hari ni, ramai di kalangan kita yang menggunakan fitrah cinta tu ke arah yang Allah murka?!

Cinta sebelum nikah? Menangis fikir awek, menangis fikir pakwe, teringat crush, belajarpun sebab awek, habis masa berjam-jam fikir pasal awek/pakwe, duit banyak habis sebab awek/pakwe, kredit habis sebab chatting, call, belanja topup awek kononnya caring, belanja makan, pastu duit habis, minta mak ayah. Apa masalah sebenarnya?!

Pastu, gunakan alasan tunang untuk terus couple, cintan cintun, mesej bagai, pastu ada yang zina time tunang, apa semua ni? Pastu, tengok drama korea jepun pasal cinta, pastu lagi pelik dan gerun, jatuh hati pulak kat pelakon dan penyanyi, minat dan obsess Justin bieber, one direction, lee min ho, dan lain-lain. Pelik gila!!

Pastu guna alasan “cinta tu fitrah” untuk membenarkan kesalahan. Apa semua ni?

Makan pun fitrah. Tapi bila makan babi, jadi haram wahai kawan. Minum pun fitrah, tapi bila minum arak, jadi haram wahai kawan! Cinta tu fitrah, tapi bila cinta sebelum nikah, dan kau sibuk habiskan masa dengan cinta tu, jadi haram wahai kawan!

"Apa salahnya makan babi. Makan tu fitrah! Apa salahnya minum arak? Minum tu fitrah!!"

Apa ke gerun alasan macam ni?

Kau telah salah guna nikmat cinta yang Allah bagi, untuk benda yang kau tak patut cinta! Dan akhirnya, kau hancur! Kau sanggup lambatkan solat, sebab tengok drama, kau sanggup buat dosa ikhtilat, semata-mata nak chat dengan awek/pakwe. Semua ni syirik! Syirik! Kau takut untuk tinggalkan couple kau, kau takut untuk unfriend awek kau, kau takut untuk tak balas mesej pakwe kau, hanya semata-mata sebab takut diorang kata kau ni sombong, poyo, ekstrimis, bajet jual mahal dan lain-lain, sedangkan, kau lupa pandangan Allah!!

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….” 

Kau rasa, adakah cinta yang sebegini Allah redha? Apa nama yang kau letak, cinta islamik lah, apa-apalah. 

"Aku tak couple, aku just bercinta!"

Apa-apa alasan yang kau bagi, semuanya tak menghalalkan cara. Ingat, couple ni pegang-pegang tangan baru salah? Mesej-mesej tu pun dah salah!

KESIMPULAN

Cinta ni nikmat. Tanpa cinta, kita takkan mampu berkorban diri masa harta dan tenaga untuk Allah. Tapi, bila Allah bagi sifat cinta, dan kita gunakan ia untuk cinta Allah, maka kita akan sanggup korban segala-galanya untuk dapat Allah!

Janganlah salah gunakan nikmat Allah ni dengan cinta yang tak sepatutnya..

Saya yakin, ramai yang terseksa. Cukup menyeksakan...

Ramai yang nak sedar, dan ada di kalangan korang yang betul-betul ingin berubah   dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, , penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!

Wallahua’lam

-Tarbiah Sentap

No comments:

Post a Comment