Saturday 14 February 2015

Doa seorang Ibu

Hampir masuk bulan 3, dan Ibunya tak lama lagi akan mengerjakan Umrah.

"maa, doakan adik yaa di depan Kaabah nanti, doakan untuk jodoh adik", pinta Am kepada ibunya.

Am baru kehilangan cinta. Cinta yang berpaut selama 4 Tahun. Akhirnya dusta belaka.

Ibunya mengerti, faham akan perangai seorang anak lelakinya itu yang benar benar mencintai gadis tersebut.

"yaa Adik, mama doakan"

*******************************************

Semasa di Airport, ketika Am menghantar kedua ibubapanya, terlihat akan semua keluarga yang lain juga bakal mengerjakan Umrah.

Am lupa membawa "spek"nya. Dah rabun, tak dapat "usha-usha" awek pada hari tersebut.

Namun, dia sedar, dia seperti diperhatikan oleh seorang gadis, bertudung biru, di suatu sudut. Dan Am tahu, itu adalah anak kepada kawan baik ibunya yang juga bakal mengerjakan Umrah, mak cik Ti.

"Maa, jangan lupa doa adik tau"

Am mengingati ibunya buat kali terakhir sebelum berpisah. Seronok melihat ibu dan abahnya berkali kali ke sana.Di hati Am, dia juga mahu ke sana. Tapi apakan daya, belum tiba rezekinya lagi. Moga suatu hari nanti. Amin.

Am kembali ke Kampusnya, kebetulan pada waktu itu adalah semester terakhir, sakit hati kerana cinta masih lagi terasa.

Bagi Am, ianya merupakan Ujian yang amat berat.Kerana cinta Am bagaikan terasa nak gila. Am hilang fokus dalam pelajaran

Nasiblah ibu dan abahnya pandai menasihati Am. Ingat pada Allah.

Am sedar, semakin berat Ujian itu, semakin sayang Allah pada Am.

******************************************

Ibu dan Abah Am hampir sahaja selesai Umrah, dan berbaki 3 hari sahaja lagi untuk pulang ke Malaysia.

Kebetulan ibunya menelefon Am,  dan pada waktu itu azan Maghrib di Makkah di laungkan.

"ya Allah, sayunya azan" getus hati Am.

Am teruja ketika "on call" dengan ibunya. Mana tidak, "live" suara azan Makkah berkumandang.

Kata ibunya, ada berita gembira untuk Am.

*******************************************

Am tidak dapat hadir untuk mengambil ibubapanya pulang dari Makkah kerana pada hari tersebut dia sedang menduduki peperiksaan.

2 hari kemudian barulah Am dapat berjumpa dengan ibubapanya.

"Adik, masa dekat sana, kawan baik mama nak jadi besan mama, dia nak jodohkan adik dengan anak dia yang tengah tu, namanya Nur" cerita ibunya

Pada waktu itu, hati Am mula seperti mendapat harapan baru,

mungkin doa ibunya di Makkah di makbulkan.

"ya Allah, andai dia jodohku, dengan redhaMu, aku terima" getus hati Am.

Am sedar, Am bukanlah lelaki yang baik ketika dahulu, kuat cemburu kerana hal kecil, cepat marah, ilmu agama pun kurang.

Tapi Am sedar, setiap yang berlaku itu, Allah yang atur, ada hikmahNya.

Kita merancang, Allah juga merancang, TAPI ketetapan Allah, dan juga perancangan Allah adalah yang terbaik.

Am sentiasa ingat ayat itu.

Hadirnya Nur,
bagaikan memberi cahaya yang baru buat Am.

Am sedar,
Ujian Allah tak akan pernah terhenti.
Mungkin ini juga ujian dariNya,
supaya Am tidak terleka lagi.
supaya pisang tidak berbuah dua kali.

"Tidak!" janji Am.

No comments:

Post a Comment