Friday 18 July 2014

Kuliah Subuh : Malaikat Maut

Malaikat Maut.

Datangnya ke rumah kita 5 kali sehari dan akan menghadap wajah kita sebanyak 70 kali dalam sehari.

Jadi Malaikat Maut tu tau apa yang kita buat, kita ni solat atau tidak, baca Al-quran atau tidak, mengumpat atau tidak, buat benda faedah atau tidak.

Nabi Ibrahim pernah melihat wajah Malaikat Maut ketika mencabut nyawa orang mukmin dan wajah Malaikat Maut ketika mencabut nyawa orang kafir.

Ketika mencabut nyawa orang Mukmin, Malaikat Maut akan berubah wajah seperti budak kecil, tampan dan berseri wajahnya dan menyenangkan orang yang melihatnya. Maknanya sesiapa yang melihatnya akan rasa gembira. Malah dikatakan roh akan keluar dari jasad kerana terlalu gembira.

Tapi sekiranya Malaikat Maut mencabut nyawa orang Kafir, ia akan berupa seperti makhluk yang hitam pekat, kakinya di bumi, kepalanya di langit, wajahnya seburuk-buruk wajah yang kamu fikirkan, dan rambutnya mengeluarkan percikan api. Dikatakan roh akan keluar dari jasad kerana terlalu takut dan tidak sanggup melihat wajahnya.

Jadi, sedar2lah, mati itu rahsia Allah. Malaikat Maut sedang memerhati. :)

No comments:

Post a Comment