Friday, 30 September 2016
Jerangkang-Peristiwa Kencing Tikus
Alhamdulillah juga kami semua selamat sampai ke halaman masing masing, cumanya aku dan kawan aku, kuqa (Atiq) tidak sedap badan, demam hampir seminggu selepas camping di Jerangkang.
Kami berdua melakukan ujian darah dan doktor mengandaikan kami sebagai suspek kencing tikus. Pergh, habis kecoh dalam group wassep. Semua nak check darah. Tapi setelah hari kedua check darah. Doktor kata darah kami berdua okay cuma perlu makan antibiotik yang mereka berikan.
Alhamduillah, setelah hampir dua minggu, kami semua sihat. In shaa Allah dengan izin-Nya.
DUA JALAN
(SurahAlBalad, 90:10-12)
Sungguh, Allah telah memberikan kita pilihan dengan jalanNya. Allah memberikan perumpamaan jalan yang penuh amal ibadah di dunia ini sukar. Sungguh, jalan melakukan amal itu sukar, tetapi mudah bagi orang yang yakin. Dan sungguh, rugilah orang yang mendustakan ayat-ayatNya. Wallahualam. Salam Jumaat 😔
"Mereka (orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan (beruntung). Dan orang-orang kafir kepada ayat ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri (rugi)"
(SurahAlBalad, 90:18-19)
Sunday, 3 July 2016
Forum Dhuha (25 Jun 2016)
Forum Dhuha di Pondok Hutan Palas, Kodiang, Kedah pada 20 Ramadhan 1437H bersamaan 25 Jun 2016.
Moderator oleh Ustaz Aiman Subri Arshad. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 183)
Huraian Oleh Ustaz Fawwaz Mohd Jan, Kita Umat Nabi Muhammad bukanlah Umat yang pertama berpuasa. Nabi Musa AS juga berpuasa bermula dari Isya' hingga Maghrib keesokannya. Nabi Zakaria dan Maryam juga berpuasa dengan tidak bercakap cakap. Cuma Allah SWT meringankan beban berpuasa untuk kita dengan bermula pada waktu sahur (sebelum subuh) hingga maghrib dan boleh bercakap di bulan Ramadhan. Apabila berpuasa, kita akan mudah dekat pada Allah SWT. Jadi apabila berbuka, kurangkan makan, kerana banyak makan akan membuatkan hati keras.
Abang Fadhil atau lebih dikenali sebagai Abang Long Fadhil menceritakan pengalaman beliau semasa mendapat hidayah. Beliau mendapat hidayah melalui mimpi akan terjadinya Kiamat. Beliau berpesan agar Hidup jangan mengecewakan ibubapa dan memilih kawan dengan betul.
Ustaz Shaffi Yusoff Gani menasihatkan agar melipat gandakan ibadah dan menghidupkan malam malam terakhir. Malaikat semuanya turun bersama Jibril as pada malam Lailatul Qadr ke rumah orang yang beribadah. Pastikan rumah tidak ada barang yang menghalang malaikat masuk ke rumah seperti anjing dan gambar yang ada bayang (patung). Jangan tinggal tahajud.
Semoga bermanfaat. In shaa Allah. Wallahualam.