Saturday, 1 April 2017

5 Rejab 1438H


Masih belum terlambat untuk sentiasa beramal dengan Doa ini:

"Ya Allah berkatilah kami di Bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"





Sunday, 26 March 2017

Rezeki masing masing




Rezeki. Ada orang rezekinya bagai air yang mengalir; mudah di mana mana dan ada orang mungkin sebaliknya.

Jangan dikeluh kerana lambatnya rezeki; kerana Allah Maha Adil; cepat atau lambat; semua rezeki dicukupkan dengan kehendakNya.

Rezeki cepat atau lambat bukan penentu pengakhiran. Kerana yang tampak di mataNya sama ada dengan Nikmat Rezeki itu menjadikan kita lebih Syukur atau Kufur. In shaa Allah; sentiasa yakin dengan Allah.

Sedarlah, mungkin kerana dosa; rezeki kita ditunda tunda. Hingga sampai satu masanya; Allah berikan yang baik pada waktu yang terbaik. In shaa Allah. Amin



Thursday, 2 March 2017

Kalaulah tiada pahala dan dosa




Kalaulah di dunia ini tiada pahala dan dosa,
Pasti ramai yang mengaku Raja,
Pasti ramai yang lupa mereka
manusia,
Pasti tiada kenal erti hamba.

Sungguh,
Dosa dan pahala membezakan segalanya,
Kebaikan dan keburukan yang tidak tampak di mata,
Apalah ertinya di bekal?
Yakin di akhirat SANA sudah pasti tiada.

Bila mana datangnya Islam,
Yakinnya tentang Dia,
Muhammad rahmat seluruh alam,
Allah yang Maha Esa,
Membezakan seisi dunia seperti siang dan malam.

Kadang kita,
Melakukan dosa tetapi sukar melakukan pahala,
seperti mana mulut dan mata,
banyak mengata dan membiarkan dosa berlalu saja.

Islam datang dengan asing, kembalinya dengan asing.
Dulunya tiada penampan, penampan kembali runtuh

Wallahualam, Allah lebih mengetahui 😔





Tuesday, 21 February 2017

3 Asal Kemaksiatan




Ada 3 Asal Kemaksiatan:

1)Sombong

(Bila mana Iblis sombong tidak mahu sujud pada Adam AS setelah diperintahkan Allah SWT)

2)Tamak/Rakus

(Bila mana Adam AS menghampiri dan memakan buah khuldi dan menjadi asbab Adam dan Hawa ke dunia; perancangan Allah SWT)

3)Hasad

(Hasad antara Habil dan Qabil)






Monday, 6 February 2017

UjianNya




Kadang, Ujian itu datang,
Sebagai peringatan,
Peringatan buat kita yang selalu lupa,

Kadang, kita lupa,
Terlalu merasa cukup, sempurna,
Sehinggakan lupa pada yang MAHA SEMPURNA.

Kadang, Ujian datang,
juga sebagai peringatan,
Peringatan masa silam,
sama ada kita masih sama atau tidak,
Kerana itu tanda tanda kehidupan yang berputar.

Hidup bukan selalu di atas, ada bawahnya.
Ada silapnya.
Kerana kita manusia, tak lekang dek alpa.

Kembalilah. Itu teguranNya. 😔

"... Sesungguhnya, manusia itu benar benar melampaui batas. Apabila melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya, hanya kepada Tuhanmu tempat kembali(mu)."

#SurahAlAlaq (96:6-8)



Sunday, 5 February 2017

Kasihnya Allah dan Ibu




Bila mana Anak sedih, Ibu tetap merasa,
Bila mana Ibunya sedih, belum tentu anaknya merasa.

Betapa kasihnya Ibu kepada Anaknya

Tetapi Kasih Allah kepada hambaNya 70 lebih dari kasih si Ibu kepada Anaknya.

Wallahualam



Tuesday, 24 January 2017

Road to Graduate, In shaa Allah




Alhamdulillah .. selesai Viva harini ..
In shaa Allah .. akan lebih realiti ..