Monday, 7 November 2016

AlQuran bukan sekadar hukum




Public Lecture oleh Ust Nouman Ali Khan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis, menekankan kepentingan AlQuran untuk Ummah sekarang dan masa hadapan. AlQuran bukan sekadar menekankan tentang hukum hakam seperti halal haram, qisas, hudud, tetapi beberapa moral (pengajaran) yang ada hikmahnya.

Sekiranya kita mahu Ummah kita kuat, kita sepatutnya bukan sahaja membaca AlQuran, tetapi memahaminya. Setiap muslim seharusnya memperingati muslim yang lain mengenai AlQuran. AlQuran juga bukan sekadar untuk difahamkan, tetapi juga untuk kita fikir dan memuhasabahkan diri kita sendiri.

Dengan membaca, memahami, berfikir dan muhasabah dengan kandungan AlQuran mampu menyucikan hati kita dan membawa kepada kehidupan yang lebih baik. In shaa Allah.

Lihatlah bagaimana zaman sekarang bagi yang meninggalkan AlQuran, ramai yang tidak menunaikan solat, meninggalkan AlQuran dan menganggap ianya seperti perkara yang biasa. Malah, bertanyakan mengapa solat, Quran perlu itu dan ini sebagainya seperti membebankan dalam kehidupan mereka.






Thursday, 27 October 2016

Saturday, 1 October 2016

Trip To Korea - Dunia Keplastikan




Aku benci Kpop, Running Man, Drama Korea tapi tak tau kenapa rezeki daripada Mama bawak aku ke Korea.

Tapi bila sampai sana, aku solute kepada orang orang Korea, jalan raya mereka sistematik, kebersihan di jaga, alam sekitar mereka di pelihara. Malu beb nak compare dengan negara kita.

Tapi ye lah, satu ja. Perempuan perempuan Korea ramai yang plastik. Ramai make up tebal tebal untuk menyerlahkan kecantikan mereka. Tapi biarlah. Mungkin itu perkara normal bagi mereka. Ada juga yang tak make up tapi lawa bagi aku.

Apa apa pun. Aku harap dapat ke sana lagi. Tak puas main di Everland Theme Park 😂







KITA




We are all the same, Human. Not an angel 😇

Salam Maal Hijrah 1438H



Friday, 30 September 2016

Jerangkang-Peristiwa Kencing Tikus


Alhamdulillah, hajat group aku dan kawan kawan ke Jerangkang Waterfall tercapai setelah bermalam sehari di sana. Kolam air yang menarik, permandangan yang cantik semua pakej lengkap di Jerangkang. Bagi kami, camping kali ni adalah paling terbaik.

Alhamdulillah juga kami semua selamat sampai ke halaman masing masing, cumanya aku dan kawan aku, kuqa (Atiq) tidak sedap badan, demam hampir seminggu selepas camping di Jerangkang.

Kami berdua melakukan ujian darah dan doktor mengandaikan kami sebagai suspek kencing tikus. Pergh, habis kecoh dalam group wassep. Semua nak check darah. Tapi setelah hari kedua check darah. Doktor kata darah kami berdua okay cuma perlu makan antibiotik yang mereka berikan.

Alhamduillah, setelah hampir dua minggu, kami semua sihat. In shaa Allah dengan izin-Nya.







DUA JALAN


"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar? Dan tahukah kamu apakah jalan yang mendaki dan sukar?"
(SurahAlBalad, 90:10-12)

Sungguh, Allah telah memberikan kita pilihan dengan jalanNya. Allah memberikan perumpamaan jalan yang penuh amal ibadah di dunia ini sukar. Sungguh, jalan melakukan amal itu sukar, tetapi mudah bagi orang yang yakin. Dan sungguh, rugilah orang yang mendustakan ayat-ayatNya. Wallahualam. Salam Jumaat 😔

"Mereka (orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan (beruntung). Dan orang-orang kafir kepada ayat ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri (rugi)"
(SurahAlBalad, 90:18-19)