Monday, 5 December 2016

Jujurlah pada Hati




Kita mengaku kita suka kita sayang, tapi perbuatan tak pernah menunjukkan sifat.

Kita mengaku kita setia. Tapi hati tak tak pernah terjaga.

Kita mengaku kita manusia biasa, tidak sempurna. Tapi tak pernah berusaha untuk berubah.

Kita mengaku kita tidak menipu. Tapi tiada jawapan untuk setiap soalan.

Lari dari masalah bukan penyelesaian. Jujur adalah jawapan. Bukan untuk sekarang, tapi untuk masa hadapan.

Jujurlah pada hati





Coretan Mama buat Tok (18 Nov 2016)




Bismillah
17hb Nov 2016

"klau ikutkn hati mak dah tak larat dah nk g mengunjung sb selepas ni ada org nk mai tgk mak pulak!"
Itulah kata2 mak membuat kami adik beradik renung kembali..

Allah..
Besday mak pd 14 Nov dan sepatutnya kami raikn pd mlmnya kerana adik ipar mak meninggal pd petang tersebut.. jadi kami tangguhkn dahulu..
17hb ptg adinda Nurul Huda mgajak sy n suami meraikn bersama adik bongsu yg tinggal d Sarawak kebetulan bercuti di kg..
Sy dan suami sampai slpas Maghrib..mak bertelekung sambil menunggu solat Isyak..
Kemudian adinda Nurul sampai dan buat "surprise"..sambil minta maaf raikn lewat..
Mmg ceria sgt mak ketika itu..
wpun singkat tp amat manis dikenangkn semula..gurau senda kami adik beradik dgn mak..Allah..

18hb Nov
Pagi lebih kurang pkul 10 ..sy upload pic besday smlm.. pkul 11.10 terima watsap dr adik ttg kemalangan yg berlaku..mak dan adik dlm perjlnan ke Sg Petani dan kebetulan ada kenduri d Yan..kami pun sedang bersiap2 unt ke tempat yg sama.. insyaallah
Terus bergegas ke hospital Sg Petani..dan tak berkesempatan mak meninggal dlm pkul 12 lebih..
Terkejut sangat..namun kami redha melihat senyuman manis mak setelah dimandikn dan dipilih dipenghulu hari dan disepanjang perjlnan mak berzikir tak henti2..dan itulah
penawar hati buat kami.. sesungguhnya perancangan Allah buat mak sungguh cantik hanya cara kematian menjadi asbabnya..
Semoga bonda kami berehat setenang wajahnya..Allah sudah merindui hambaNya dan lebih menyayangi beliau..
Innalillah huwaiina ilaihirojiun

Dan
Di sini sy ingin merakamkn ucapan terima kasih tidak terbalas buat semua yg membantu semasa hari kejadian, pihak hospital ahli keluarga saudara mara rakan taulan..maaf sgt tak dpt menjawab semuanya ucapan takziah dan doa..
Jazakallah khairon kasiron
Sungguh kematian terpisah ant dua waktu..
Kita juga sedang menghampiri saat2 kematian..semoga rahmat Allah buat kita dgn husnul khatimah

Teringat kata2 mak kpd sy..
Mak kesian tgk klong (panggilan mak kkdang ina @ klong) byk sgt dugaan yg saya hadap..dan
kata2 itu selalu mak ulang setelah kematian mak n ayah sy pd tahun ini..
Dan kini..
hilang sudah kata2 itu.,setelah mak tiada..

Redha
semua bersifat sementara

menantu mak ❤️


Tiada lagi tempat aku berlindung suka duka selain Mama dan Abah








Majlis Tahlil seminggu kemudian juga berjalan lancar. Alhamdulillah, kami semua redha dengan pemergiannya, Hari Indah; Hari Sayyidul Aiyam; Jumaat penuh barokah



Monday, 7 November 2016

AlQuran bukan sekadar hukum




Public Lecture oleh Ust Nouman Ali Khan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis, menekankan kepentingan AlQuran untuk Ummah sekarang dan masa hadapan. AlQuran bukan sekadar menekankan tentang hukum hakam seperti halal haram, qisas, hudud, tetapi beberapa moral (pengajaran) yang ada hikmahnya.

Sekiranya kita mahu Ummah kita kuat, kita sepatutnya bukan sahaja membaca AlQuran, tetapi memahaminya. Setiap muslim seharusnya memperingati muslim yang lain mengenai AlQuran. AlQuran juga bukan sekadar untuk difahamkan, tetapi juga untuk kita fikir dan memuhasabahkan diri kita sendiri.

Dengan membaca, memahami, berfikir dan muhasabah dengan kandungan AlQuran mampu menyucikan hati kita dan membawa kepada kehidupan yang lebih baik. In shaa Allah.

Lihatlah bagaimana zaman sekarang bagi yang meninggalkan AlQuran, ramai yang tidak menunaikan solat, meninggalkan AlQuran dan menganggap ianya seperti perkara yang biasa. Malah, bertanyakan mengapa solat, Quran perlu itu dan ini sebagainya seperti membebankan dalam kehidupan mereka.






Thursday, 27 October 2016

Saturday, 1 October 2016

Trip To Korea - Dunia Keplastikan




Aku benci Kpop, Running Man, Drama Korea tapi tak tau kenapa rezeki daripada Mama bawak aku ke Korea.

Tapi bila sampai sana, aku solute kepada orang orang Korea, jalan raya mereka sistematik, kebersihan di jaga, alam sekitar mereka di pelihara. Malu beb nak compare dengan negara kita.

Tapi ye lah, satu ja. Perempuan perempuan Korea ramai yang plastik. Ramai make up tebal tebal untuk menyerlahkan kecantikan mereka. Tapi biarlah. Mungkin itu perkara normal bagi mereka. Ada juga yang tak make up tapi lawa bagi aku.

Apa apa pun. Aku harap dapat ke sana lagi. Tak puas main di Everland Theme Park 😂







KITA




We are all the same, Human. Not an angel 😇

Salam Maal Hijrah 1438H