Monday 14 September 2015

Kuliah Ustaz Wadi Annuar Mengenai Dajjal

Kuliah bersama Ustaz Wadi Annuar pada hari Isnin 1 Zulhijjah 1436H bersamaan 14 Sept 2015.

Antara 10 Tanda besar Kiamat.
1.Munculnya Dajjal
2.Turunnya Nabi Isa
3.Yakjuj wa Makjuj
4.Ad dabbah (binatang berkaki empat)
5.Ad dukhon (asap)
6.Terbitnya matahari di sebelah barat
7.Gempa bumi di Timur
8.Gempa bumi di Barat
9.Gempa bumi di Semenanjung Arab
10.Munculnya api besar dari Yaman

Dikatakan Dajjal itu berambut kerinting. Tubuhnya besar. Buta sebelah dan di dahinya ada tertulis tiga huruf iaitu "Kaf" "Fa" dan "Ro" iaitu Kafir dan hanya akan dilihat oleh orang Islam yang mempunyai iman yang teguh. Kebanyakan pengikut Dajjal adalah Yahudi, Nasrani, Orang Islam yang fasik dan Orang Islam yang munafik.

Tempoh keluar Dajjal adalah selama 40 hari. Hari pertama seperti setahun, Hari kedua seperti sebulan, Hari ketiga seperti seminggu dan Hari keempat dan seterusnya adalah seperti hari hari biasa. Dajjal akan melewati semua tempat di dunia ini kecuali Makkah dan Madinah.

Kelebihan yang Allah Swt berikan kepada Dajjal adalah umur panjang, mampu menghidupkan yang mati dan mampu menurunkan hujan. Dajjal juga akan memberi makan dan minum kepada manusia yang beriman kepadanya ketika mana waktu itu makanan dan minuman tiada.

Kepada orang yang teguh imannya kepada Allah SWT, mereka tidak beriman kepada Dajjal, dan makanan harian mereka adalah dengan Zikrullah (mengingati Allah).

Tidak ada fitnah sebesar Fitnah Dajjal Dengan suasana kemajuan sekarang, fitnah senang tersebar. Kita digalakkan untuk membaca ayat 1-10 Surah Al Kahfi kerana ia adalah penawar untuk fitnah terutama untuk mengelakkan fitnah Dajjal. In shaa Allah. Semoga Bermanfaat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment