Saturday 5 March 2016

Jalan Hidayah

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Don Daniyal pada 5 Mac 2016 bersamaan 26 Jamadil Awal 1437H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Beliau mengulas kata kata TG Haron Din mengenai "Kita semua (yang beragama Islam) sudah berada di jalan hidayah, tetapi kita sendiri yang tidak mahu mengambilnya"

Analogi yang mudah diberikan oleh Ustaz Don ialah, kita sudahpun beragama Islam, sudah mengenal AlQuran, dan AlQuran itu sudahpun dicetak dalam pelbagai bentuk yang menarik, dengan terjemahannya dan mudah dibaca, namun, kita sendiri yang tidak mahu mengamalkannya (membaca dan memahami).

Beliau juga turut menambah, sesiapa yang beriman kepada hari akhirat, dan yang lainnya, maka Allah SWT akan memudahkan mereka mendapat hidayah (petunjuk) melalui AlQuran. In shaa Allah.

Akhir sekali, Beliau juga mengingatkan kita semua agar menghargai Nikmat Sihat dan Nikmat masa lapang dengan sebaik baiknya. Semoga bermanfaat. Wallahualam. #muhasabahdiri

No comments:

Post a Comment