Monday 30 May 2016

Aku Makin Menjauh

Hati manusia itu sifatnya berbolak balik,
Iman itu adanya turun dan naik.

Lumrah manusia,
Kadang, masih tergelincir.

Tahu halal dan haram,
Tapi kerana sayang,
Hukum itu dipendam.

Hukum ada. Iman tiada.

Iman ada.
Mungkin senipis bawang.

Hati itu,
Jika dibiar dengan debu,
Pasti usang.

Hati itu,
Kalau dijaga dengan baik,
Pasti cahayanya terang.

Mahu bahagia sampai Syurga,
Bukan sekadar di dunia.

Hidup hanya sekali.
Sudah di SANA,
Takkan kembali.

HukumNya mendahului Akal,
Bukan Akal mendahului HukumNya,

Bila mana Akal diutama,
Ia seiring nafsu dunia.

Sabar.
Ada ganjarannya.

No comments:

Post a Comment