Saturday, 23 January 2016

Pilihlah

"Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam syurga yang tinggi" (69:21-22)

"Wahai, kiranya (kematian) itulah yang menyudahi segala sesuatu,
hartaku sama sekali tidak berguna bagiku,
kekuasaanku telah hilang dariku" (69:27-29)

Thursday, 7 January 2016

Pesanan

Kuliah Maghrib TG Gazali Ahmad Al Fathoni di MATIN, Perlis pada 7 Januari 2016 bersamaan 27 RabiulAwwal 1437H.

Orang yang soleh itu bukannya dari rupa, pakaian tetapi pada isinya (ilmu dan amalannya)

Pesanan daripada Tuan Guru.
1. Khusus kepada kaum wanita ketika menjaga aurat ketika solat. Jangan menampakkan aurat bahagian bawah dagu.
2.Jangan membazirkan harta pada jalan sia sia seperti merokok. (saudara syaitan)

Kata Imam AlGhazali:
"Dicelakan bid'ah atas bukan nama bid'ah kerana bid'ah itu menyalahi akan dengan hujah2 syariah (alQuran dan hadis)

Orang yang selalu menghukum bid'ah ini selalunya adalah daripada mereka sendiri yang jahil dalam ilmu feqah.

Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.

Wednesday, 23 December 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1437H

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahza, 33:56)

Sabda Rasullah SAW : "Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda "(HR Muslim.)

Salam Maulidur Rasul 1437H

Monday, 21 December 2015

Bahayanya Syiah.

Kuliah BAHAYANYA SYIAH oleh Ustaz Hj Mohamad Hj Ismail di Masjid Tanjung Pauh.

Kata Imam AlGhazali: " Syiah secara zahirnya menolak kepimpinan sahabat Rasulullah SAW, manakala secara batinnya mereka kafir keseluruhannya, mereka hanya bersembunyi dengan menggunakan nama syiah serta ahlul bait sebagai perlindungan"

Antara Doktrin Syiah:
1) Al-Imamah dan Al-Walayah
2)Tahrif AlQuran yakni perselewengan dalam AlQuran.
3)Mengkafirkan para sahabat dan mencela ahlul sunnah.
4)Taqiyah yakni bersembunyi dalam beragama syiah.
5)Menghalalkan Nikah Mut'ah
6)Pandangan terhadap Ahli Sunnah iaitu menganggap kita sebagai "An-Nasibi" iaitu memusuhi ahlul bait (keluarga Rasulullah SAW)

Syiah diasaskan oleh Abdullah Bin Sa'ba iaitu pada 30H yang pada mulanya Yahudi kemudian memasuki Islam. Dia memasuki Islam sebagai ejen Yahudi untuk memecah belahkan umat Islam pada ketika itu.

Berhati hati dengan Syiah yang bergerak secara Taqiyah (sembunyi). Moga terhindar dari ajaran sesat ini. Wallahualam. #Syiah

Wednesday, 2 December 2015

PENTINGNYA SEDEKAH

"Dan infakkanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kami; lalu dia berkata (menyesali): "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menangguhkan (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku akan bersedekah dan aku akan termasuk orang yang soleh"

(Surah AlMunafiqun, 10:63)

Friday, 20 November 2015

Malu

Malu bila;
Orang sangka kita ini baik, alim orangnya, sering berdakwah,
Tapi Allah Maha Mengetahui, bagaimana diri kita yang sebenarnya, hakikatnya masih pendosa •
---
Malu bila;
Kita rasa senang bermaksiat,
Tapi lama-kelamaan makin tak tenang, rasa malu pada Allah, penasaran adakah dosa akan diampuni olehNya atau sebaliknya •
---
Malu bila;
Kita berdoa untuk masuk syurga,
Tapi hakikatnya amal kita tak seberapa •
---
Malu bila;
Jika dosa-dosa itu sifatnya berbau,
Nescaya takkan ada sesiapa yg mahu dekat dengan orang yang banyak dosa kerna kita pendosa tanpa henti •
---
Malu bila;
Kita buat salah dengan manusia, kita payah untuk akui dan memohon maaf terlebih dahulu,
Yang pastinya dosa manusia sesama manusia takkan mudah diampunkan oleh manusia yang dikhianati •
---
Malu bila;
Kita pernah merasai kesenangan lantas melupakan Dia,
Dan ketika Allah beri dugaan dalam bentuk kesusahan, kita rasa sangat malu pada Allah yang teramat asbab kita sendiri yang melupakanNya •   
.. "SESUNGGUHNYA MANUSIA TAKKAN TERLEPAS DARI KESILAPAN"

p/s:tersentak di hati.

#usrahMahabbah

Monday, 16 November 2015

Kuliah Ustaz Yaakub Yusra Yusof

Antara perkongsian oleh Ustaz Yaakub Yusra dalam kuliah maghrib pada 15 Nov 2015 bersamaan 4 Safar 1437H.

Dari Syadad bin Aus ra, dari Nabi Muhammad SAW, bahawa beliau berkata:
"Orang yang cerdas adalah orang yang menghisab (muhasabah) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang gagal adalah orang yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT"

Ulama mengatakan orang yang cerdik itu bermuhasabah tentang kelemahan diri sehinggakan mereka itu tidak sempat untuk mencari kelemahan (aib) orang lain.

Perbanyakkanlah amal soleh kerana kita tidak tahu mana satu amal yang diterima oleh Allah SWT dan mana satu amal yang dapat diminta sebagai syafaat oleh Nabi Muhammad SAW kelak.

Jangan menghukum seseorang berdasarkan mata kasar kita sehingga jelas zahir seseorang itu melakukan kesalahan. Sebaik baik hukuman adalah datangnya dari Allah SWT.

Semoga bermanfaat. Wallahualam.