Kuliah Maghrib, Hadis kelima disampaikan oleh Dr Maza
-
Dari Ummul Mu’minin; Ummu Abdillah; Aisyah radhiallahuanha dia berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (berasal) darinya, maka dia tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
dalam riwayat Muslim disebutkan:
siapa yang melakukan suatu perbuatan (ibadah) yang bukan urusan (agama) kami, maka dia tertolak).
-
"Seburuk2 perkara adalah perkara yang ditokok tambah dalam agama iaitu bid'ah"
-
Kenapa perlu belajar dan memahami konsep bid'ah adalah untuk menjaga keaslian agama.
-
Bid'ah itu adalah jalan dalam agama yang di ada adakan. Dan menganggap ibadah yang di lakukan itu sebagai lebih lebihan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
-
Analogi yang diberikan oleh Dr Maza adalah seperti seorang lelaki yang memakai pakaian yang mempunyai warna tertentu ke masjid pada hari tertentu. Sebagai contoh, lelaki tersebut mengatakan sekiranya memakai baju berwarna biru ke masjid pada hari Isnin akan mendapat pahala lebih kerana sunnah. Maka itu dikira bid'ah.
-
Wallahualam, semoga bermanfaat.
Tuesday, 26 May 2015
Kuliah Dr Maza
Wednesday, 20 May 2015
AlQuran
Tq..👍👍
NAK kongsi ilmu Al- Quran dgn yg sudi.
'-----'-------'------'--'------'-
1. S : Berapa jumlah Surah dlm al-Qur'an ?
J : 114 Surah.
2. S : Berapa jumlah Juz dlm al-Qur'an ?
J : 30 Juz.
3. S : Berapa jumlah Hizb dlm al-Qur'an ?
J : 60 Hizb.
4. S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Qur'an ?
J : 6236 Ayat.
5. S : Berapa jumlah Kata dlm al-Qur'an ?, dan Berapa Jumlah Hurufnya ?
J : 77437 Kata, atau 77439 Kata, dan 320670 huruf.
6. S : Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Qur'an ?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun,
HamalatulArsy, dll.
7. S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Qur'an?
J : 14 Sajdah.
8. S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm al-Qur'an ?
J : 25 Nabi.
9. S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Qur'an ?, sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd,
al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid,
al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun,
al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.
10.S : Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Qur'an ?, sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
11.S : Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Qur'an ?
J : 29 Surah.
12.S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
J : Suarah Makiyah adalah Suarah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am,
al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil,
al-Falaq.
13.S : Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyah?, sebutkan lima saja ?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah,
al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.
14.S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm al-Qur'an?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud,
Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib,
Idris, Muhammad Saw.
15.S : Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Qur'an?
J : Maryam binti Imran.
16.S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Qur'an?
J : Zaid bin Haritsah.
17.S : Apakah nama Surah yg tanpa Bamallah?
J : Surah at-Tawbah.
18.S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Bamallah?
J : Surah al-Naml.
19.S : Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Qur'an?
J : Surah al-Kafirun.
20.S : Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Qur'an?
J : Surah al-Ikhlas
21.S : Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk.
22.S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J : Surah al-Kahfi.
23.S : Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255.
24.S : Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.
25.S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebiji sawi ia akan lihat,
Barang siapa melakukan kejahatan sebiji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.
26.S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.
27.S : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat Berapa ?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.
28.S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dpt mengantarkannya masuk
ke dalam surga ?
J : Ayat Kursi.
29.S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.
30.S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa ? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?
J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin
ayat No. 10.
31.S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.
Tuesday, 19 May 2015
Program Dikir Zikir
Nyanyian lagu "Kun Anta" daripada barisan penyanyi Kumpulan UNIC dalam Program Dikir Zikir yang akan disiarkan sempena Bulan Ramadhan kali ini. Terima kasih atas pengisian rohani oleh Ustaz Ghazali dan Ustaz Sobri mengenai "Ibu, bapa dan Mahasiswa" dan "Ramadhan Bulan Rahmat". In shaa Allah. Cuma hiburan lebih banyak dari pengisian. Moga ada penambah baikan. #throwback #DikirZikir #AlHijrah
Saturday, 16 May 2015
Isra' Mikraj
Antara peristiwa terbesar yang berlaku dalam Peristiwa Isra ' dan Mikraj adalah solat 5 waktu yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas Umat Muhammad SAW.
Seperti yang kita tahu. Pada mulanya Solat yang difardhukan kepada Umat Muhammad ialah sebanyak 50 waktu.
Kemudian Muhammad SAW ditahan dan ditanya apa yang difardhukan ke atas Umatnya oleh Nabi Musa AS. Kemudian Nabi Musa mencadangkan agar solat fardhu itu dikurangkan kerana khuatir Umat Muhammad tidak mampu melakukannya.
Akhirnya, setelah berulangkali Nabi Muhammad SAW turun naik ke Sidratul Muntaha untuk mengurangkan jumlah Solat fardhu hinggalah ke 5 Waktu. Namun, Nabi Musa, tetap merasakan Umat Muhammad SAW tidak mampu melakukannya.
Benar atau Tidak kita sebagai Umat Muhammad SAW tidak mampu untuk solat 5 waktu?. Lihat diri sendiri dan sekeliling. Jangan menuding jari. Menurut statistik di Malaysia pada 2014, sebanyak 80% orang Melayu Islam tidak solat. Hanya di Malaysia.
Persoalannya kita golongan yang mana? 20% atau 80%? Peringatan buat diri ini. #MuhasabahDiri.
Friday, 15 May 2015
Hari Nakbah
Aqsa Syarif shared Aiman Khairul Azzam's photo.
14 May 2013 at 20:43 ·
Apakah itu Hari Nakbah?
Aiman Khairul Azzam
13 May 2013 at 15:21 ·
Apakah itu Hari Nakbah?
15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.
by Tarbiah Sentap
Repost balik dari Nana By buku tarbiah sentap :
Hipokrit yg semua org faham ialah bila kita depan org baik, tp belakang org kita jahat. Sebenarnya, tu bukan hipokrit.
Hakikatnya, hipokrit ialah
"Bila depan org, dia berpura2 baik, dan pada masa yang sama, dia amat BENCI kebaikan tersebut, dan ingin lari daripada kebaikan tersebut. Dan apabila di belakang orang, dia jahat dan amat sukakan kejahatan yg dia lakukan".
Tetapi,
ada satu keadaan yg mana ramai anggap perkara ini adalah hipokrit. Tapi, sebenarnya ia bukan hipokrit.
apakah keadaan itu? Cemni:
" bila depan orang, dia baik. Dan pd masa sama, dia amat CINTAKAN kebaikan tersebut, dan ingin kekal dalam kebaikan itu. Namun, apabila di belakang org, dia terjatuh dan tewas dgn dosa, dan dia amat BENCIKAN dosa yg dia lakukan dan berharap agar dpt bebas dari dosa tersebut"
Ini bukan hipokrit! Ini adalah lumrah hidup orang yg tak mampu 24 jam sentiasa baik tetapi berusaha bertaubat.
Hipokrit ni dosa dia sangat besar dan akan diseksa di neraka paling bawah sekali.
Jadi, mari sama2 check hati kita.
Usaha ke arah yang betul yg diredhaiNya, insyaAllah.
Hadis Ilmu
Kuliah Ustaz Majid.
-
Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula ilmu atau roh semangat Islam, juga ada tiang Iman, sesiapa yang mengajarkan Ilmu akan disempurnakan oleh Allah SWT akan pahalanya dan sesiapa yang menuntut Ilmu dan beramal dengan Ilmunya, nescaya akan ditunjuk oleh Allah mana mana yang tidak diketahuinya."
-
Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa:
1. Islam dan Iman adalah Ilmu.
2. Amal tanpa ilmu amalannya akan ditolak dan tidak diterima oleh Allah SWT.
3. Yang berilmu mesti beramal, menyebarkan Ilmu dan mempertahankan Ilmu (Islam)
4. Orang yang beramal dengan Ilmu akan dipermudahkan Allah untuk memahami apa yang tersirat dan tersurat.
-
Ilmu terbahagi kepada dua.
1.Ilmu Hati di mana ianya mengajak ke arah kebajikan dan bermanfaat. Bermakna ia mampu diamalkan.
2.Ilmu Lidah di mana ianya adalah mudarat kerana tidak mengamalkan ilmunya. Golongan ini akan dimasukkan ke neraka terlebih dahulu sebelum penyembah berhala.
-
Semoga bermanfaat. In shaa Allah.