Saturday 16 May 2015

Isra' Mikraj

Antara peristiwa terbesar yang berlaku dalam Peristiwa Isra ' dan Mikraj adalah solat 5 waktu yang difardhukan oleh Allah SWT ke atas Umat Muhammad SAW.

Seperti yang kita tahu. Pada mulanya Solat yang difardhukan kepada Umat Muhammad ialah sebanyak 50 waktu.

Kemudian Muhammad SAW ditahan dan ditanya apa yang difardhukan ke atas Umatnya oleh Nabi Musa AS. Kemudian Nabi Musa mencadangkan agar solat fardhu itu dikurangkan kerana khuatir Umat Muhammad tidak mampu melakukannya.

Akhirnya, setelah berulangkali Nabi Muhammad SAW turun naik ke Sidratul Muntaha untuk mengurangkan jumlah Solat fardhu hinggalah ke 5 Waktu. Namun, Nabi Musa, tetap merasakan Umat Muhammad SAW tidak mampu melakukannya.

Benar atau Tidak kita sebagai Umat Muhammad SAW tidak mampu untuk solat 5 waktu?. Lihat diri sendiri dan sekeliling. Jangan menuding jari. Menurut statistik di Malaysia pada 2014, sebanyak 80% orang Melayu Islam tidak solat. Hanya di Malaysia.

Persoalannya kita golongan yang mana? 20% atau 80%? Peringatan buat diri ini. #MuhasabahDiri.

No comments:

Post a Comment