Tuesday 5 May 2015

Alif Lam Lam Ha

Chapter 02: Surat Kepada Bekas Kekasih

"Kau tentu tidak mengerti betapa peritnya mencium bunga yang tidak lagi harum.."

"Ahh, kau tidak akan pernah mengerti, kerana yang meninggalkan takkan sama dengan yang ditinggalkan"

"Sejarah walaupun dilakarkan sepahit hempedu sekalipun, mustahil untuk kita padam kerana apa yang pernah terjadi pada masa lalu itulah yang membentuk siapa kita pada hari ini."

"Saat pertama kali cinta dikhianati, aku berharap untuk tidak percaya lagi dengan harapan yang ada. Cinta adalah harapan, barangkali itu yang membuatkan kita rebah atau berobah"

"Sekali, memaknakan cinta yang gagal juga mengajar kita saling berpesan dan mengingati, bahawa setiap detik ini adalah pengharapan. Maka dosa manusia paling besar, tentu bukan membunuh fizikal atau jasad, tapi membunuh harapan."

Buat bekas kekaseh,
Tentang harapan,
Samada menuju hidup atau mati - di tengahnya ada kita untuk saling memaknai.

Salam dari,
Pencinta yang gagal

No comments:

Post a Comment